Dunia Masya

Khamis, 14 Mac 2013

Trauma Bunyi Siren


Rasanya entry ni pernah buat dulu.. tapi situasinya berbeza.. masa tu baru mula² bawak kereta dan sorang diri masa drive. Situasi kali ni memandu dah berdua dengan amir, dengan memandu kereta mpv ni mencabarlah jugak tau .... (bak kata kawan saya .. mana kepalanya pemandu kereta tak nampak pun)

Saya ni seriuslah kategori seriau sikit kalau bunyi siren ni.... asal dengar jer bunyi siren polis, bomba, ambulans ke.. memanglah mulalah tercari² kat belah mana datangnya bunyi tu..... kecuali van jenazah.. sebab takde siren kalau lalu saya bagi laluan jer.. tu pun meremang bulu roma....

Kalau dah saya panik, amir lagilah.. ibu.. tepilah ibu.. tepilah.. ambulans tu nak lalu.. haihh.. anak² sabarr jerlah dibuatnya tau.... kadang² tu rasa dah ketepi dah.. tu pun macam tak muat lagi mereka nak lalu.... kadang yang geram lepas ambulans dengan bomba lalu.. ada pulak yang ambil kesempatan follow belakang tu.... kalau motor takpalah.. ini kereta ... kadang pikir positif jerlah.. saudara mereka agaknya...

Pernah sekali tu saya tercari² manalah datang bunyi siren ni.. rupenya dari haluan sebelah bertentangan saya hahahahaha.. itulah mengelabah jer tak tentu pasal kan...


Amir pun dah mula suka ekspost sekarang ni.. mesra kamera.. ikut sapalah tu....




Bicara Hati : Korang pun trauma tak???






Rabu, 13 Mac 2013

Sujud Di Malam Hari









Kamera Olympus Putih




Hadiah hari wanita katanya hihihihihihi ..... 
Jangan ditanya edisi yang baru ke bukan.. saya sendiri pun tak pasti... 

Terima kasih hubby ... itu sahaja ayat yang terkeluar dari mulut ini.... minat yang satu ini mengambil gambar dan diambil gambar .... sukar dikikis daripada sekolah rendah lagi (terima kasih hubby kerana memahami) dan susah nak digambarkan satu kepuasannya.. pada saya apa jua yang saya lakukan.. mesti saya nak ambil gambar... kerana pada saya semua yang berlaku takkan berulang... walaupun orang kata beli jerlah hp canggih pun ada kamera juga.. tapi saya lebih selesa bawak kamera.. dan mengambil gambar menggunakan kamera....

Okklah nanti²/esok²/tulat sambung cerita lagi beli kat mana, sebenarnya nak buat entry WW jer.. tapi jari gatal pulak tertaip ayat² hihihihihihi......



Bicara Hati : Hubby sekarang fanatik betul warna putih, kasut, t-shirt banyak warna putih dan sampaikan kereta pun warna putih sekarang ..... (^____^)v 





Penyakit Hati







Shawl Half Moon Corak Batik



Shawl Half Moon Paisley Zaara
My Online Boutique For You







Satu Titik PASRAH




Selasa, 12 Mac 2013

Menu Minum Petang Katanya ......




Pagi tadi agak kelangkabut dibuatnya, baru masuk opis sempat bancuh nesum secawan, berbekalan roti telur sekeping belum sempat ku ngapppp.... dapat arahan daripada bos suruh pergi kursus... agak² blur juga lah dibuatnya.... Mujurlah ½ hari sahaja.

Jadi sudahnya secawan nestum kuhulurkan pada kawan sebelahku.. memang tak sempatku minum pun.. dan ku berikan bekalku juga walaupun hanya sekeping roti.... sudahnya petang ni bekalku dibalas balik dengan menu petang yang nyum²..... keropok, pisang dan keria. Terima kasih kawan... saya tak mengharap pun awak balas.. tapi... syukur sangat.. atas rezeki ini... bolehlah alas perut sementara nak balik nanti.

Dua entry pagi tadi adalah entry autopublish yang saya dah siap² draft semalam.. hihihihihi... tak sangka lah pulak... kan... itulah seronoknya dunia blog ni.. kita boleh sukahati nak publish entry bila² masa... tak semesti mengadap blog 24 jam jer.. kan.. kenelah pandai... bahagikan masa, walaupun kadang² masa memang sangat cemburu dengan kita kan.


Bicara Hati : Rezeki jangan ditolak ... 
 

King Of Ambition or Queen Of Ambition




" Pasukan penyiasatan pendakwa khas tiba di Rumah Biru Presiden. Mereka sedang menyiasat First Lady untuk didakwa menerima rasuah. Memandangkan mereka mula untuk memulakan penggeledahan dan penyitaan mereka, Wanita Pertama Da-Hae (Soo-Ae) muncul di hadapan mereka. Beliau meminta pendakwa khas Ha-Ryoo (Kwon Sang-Woo) untuk memasuki dengan dia ke dalam bilik tidur. Sana, Dae-Hae memberitahu Ha-Ryoo untuk menghentikan siasatan dan kes itu hanya akan hilang. Ha-Ryoo kemudian menjerit pada dia "Pembunuhan adalah berbeza. Mengapakah kamu mahu membunuh aku?" Da-Hae kemudian bertukar sekitar dan menunjuk pistol di Ha-Ryoo. Tembakan dipecat. Da-Hae dan Ha-Ryoo memeluk. Darah menitis keluar ke lantai dan senjata digugurkan. "


itu cumalah sinopsis pada episod pertama, lepas tu... barulah berlaku dan diceritakan apa yang menyebab kejadian tu berlaku ...

Kalau amir tidur awal bolehlah saya melayankan cerita ni.. kalau tak memang tak tengoklah... tunggu kawan² review jer... tapi kalau tak sabar memeng cepat jer.. jari ni cari link dramacrazy.

Cerita ini memang boleh buat orang sakit jantung kata kawan saya hahaha.. emosi terganggu dibuatnya.... dan tak sabar² nak tahu apa yang terjadi seterusnya.. bahana².. terjebak cerita korea ni... tambah² dah tengok episod pertama menarik.. mestilah nak tengok episod yang seterusnya pulak hihihihihihi .... sudahlah cerita ni hanya ditayangkan isnin dan selasa 9.00 malam - 10.00 malam. Ulangan hari ahad (6.30 petang macam tulah)


Biasalah dah kalau cerita best ni.. mestilah tangan laju jer nak bukak dramacrazy.net hihihihihi ..... dasar memang tak penyabar pun sayakan..... jangan ikut perangai saya yang satu ni.. hihihihihi ...;p ala.. la... laa... korang yang tengok pun mesti tak sabar jugakkan.. kan.. baik ngaku cepattttttt ..... episod malam tadi kat tv mesti buat korang geramkan.... tak sangka ha rhy ada kembar kikikikiki... tapi nanti mati... sebab kene bunuh.. sedihh tau...


Sorry pada yang tak pernah tengok tu.. takpa.. saya kongsikan link daripada dramacrazy jom layan.... tapi kat dramacrazzy tajuk dia queen of ambition, kat tv king of ambition layan sampai lebam... biar lebam mata.. jangan lebam dalam hati. Kalu ikutkan kat tv baru sampai episod 10, dalam dramacrazy dia cepat sikit hahahaha... dah episod 16.

http://www.dramacrazy.net/korean-drama/queen-of-ambition-episode-1/
nak tayang video tak boleh.. jadi saya kongsikan link pertama jerlah yer.. daripada situ boleh tengok episod yang seterusnya...



Suka tengok pelakon lelaki ni muka dia sweet sangat... 




Bicara Hati : Hubby tak layan cerita korea sedih².. tapi kadang² terjebak juga hahahahaha....









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...