♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Selasa, 21 Mei 2013

Kad Ucapan Untuk Cikgu Daripada Amir



Dalam entry teruja dapat crayon saya ada bagi tahu, saya nak up entry yang seterusnyakan.. sorry lambat up sebab.. sebab gambar yang buat ibu nak berubah jadi hulk tu ntah mana hilangnya daripada kamera ibu, takpa .. nanti ibu amik gambar lagi ibu tunjuk eh...

Apapun ibu terharu bila amir bagi tahu, ibu ... nanti hari guru amir nak buat kad untuk cikgu ain. Pada hal dia tak tahu pun bila hari gurunya, sebab ayah dia pun dok kata .. amir.. amir tak nak bagi cikgu hadiah ker??? amir macam blurr jer tak paham lagi .. jadi ibu dan ayah dia lah yang teruja.... kita orang teruja nak belikan hadiah jer.. tak sangka pulak amir dapat idea nak buat kad, super duber.. ensem good boy lah anak ibu ni... idea brillion kan.. kan... dan satu²nya kad yang terhasil, iyer satu²nya sahaja.. kata amir untuk cikge kelas dia.. kelassssssss cikgu tau .. dapat kad daripada amir ni.


Pertama kali amir tulis depan ibu ... Kad ni,
Berulang kali dia tanya, dia eja, siap nak tukar warna pensil crayon.. teruja sangatlah katanya... 
nasib baiklah tak tukar² kertas.. sehelai ni jer... saya pulak bagilah semangat kat dia.. nak menyiapkan kad ni



SELAMAT HARI GURU






Dalam tu .. amir tulis
SAYANG CIKGU AIN
DRPD AMIR


itu pun dia sebut nak tulis apa.. saya bagi idea.. dia tak berkenan, dia kata nak tulis sayang cikgu ibu .. macam mana nak eja ni... sebab amir baru belaja takat 2 suku huruf jer.. macam 'ba' 'ca' 'ka' 'ku' tapi .. tak sampai 'yang' 'yong' 'kang' lagi .. dia confuse nak mengeja jadi .. saya bantulah ... bila siap suka betul dia.. sampai kan tak menyabar².. kad ni dah selamat pun dia bagi kat cikgu dia.. masa hari guru 16.05.2013 hari tu... padahal sambutan hari guru kat tadika amir hari nini, hari selasa 21.05.2013.

Teruja saya tengok amir buat tau, hubby lagi jeles.. sebab dia pun tak dapat kad ucapan hari guru daripada amir kikikikiki ...;p



Bicara Hati : Balik petang tu cikgu ain cerita lah kat saya, kemain cikgu tu pun ower sukahatinya hihihihihi .. tak sangka dia kata amir nak bagi dia kad hari guru lepas makan tenghari...

Isnin, 20 Mei 2013

Tayar Pancit



Ni kisah tengahari tadi, bila kawan opis bagi tahu ... tayar kereta belakang nampak macam takda angin jer.. pancit kot... dia tak habis cakap lagi .. dah laju .. ligat saya nak pergi turun tengok huhuhuhu .... (korang nampak tak.. bertapa lah hai ... cuaknya.. terus nak pergi tengok)

Sebab.. sebab perkara² macam ni lah saya takut bawak kereta sendiri, tayar pancit, kemalangan .. haihh memang gerun sikitlah kalau tengah hadapi sorang²... mujurlah ada kawan opis boleh temankan pergi cek kat kedai. Kenelah rm 5.00 oklah tu .. mana nak cekau duit kalau tetiba kene tukar tayar kan huhuhu ...

Dalam panik tu sempat sms hubby, dah tu baru rasa bersalah sebab hubby kan puasa... takmmoo lah menyusahkan dia datang opis, hadoilah dah sms baru teringat, nasib baik boleh setel sendiri ... bukan susah pun pergi jerlah kedai cek masya oiiii kamu ni kan... panik tak tentu pasal jer... huh!!

Yeahh malam ni gantung kuali, buka puasa kat luar .. sekali nak beli hadiah untuk cikgu² amir.. sebab esokkan ada sambutan kat sekolah dia.. (walaupun sebenarnya minggu ni.. minggu exam )

Oklah bye .. dah lewat malam mahu tidur dulu ... hati senang .. sudah kenyang apa lagi .. jomlah tidur hik.. hik.. hik... tayar pancit pun ko nak cerita kat blog eh masya, dah pergi tidur.



Bicara Hati : Amir nak baju superman .. mana ibu nak cari ni gegegegee ... GM Klang ada jual tak eh.







Spageti Meatball Yang Simple Dan Sedap



Ni makanan kegemaran western yang paling kita suka makan, paling suka masak hihihihihi .. simple pada saya .. tapi mungkin tidak pada korang kot ... sedapp.. pada saya tapi.. tak tahu lah citarasa tekak korang pulakkan huhuhuhuhu ....

Tapi saya kongsikan juga resepi ni.. ni versi saya .. yang dah di ubah suai mengikut citarasa versi tekak jawa saya ni hahahaha ... bukan derhaka ... tapi bila dah campur² ni.. eh² .. sedaplah pulak .. tak percaya .. tak percaya cubalah .. kalau tak menjadi janganlah marah pulak .. jomlah potluck kat rumah saya .. hahahaha .. poyooo .... 


Hasil spageti yang telah direbus bersama meatball ayam





Resepi Spageti Meatball 



Bahan - Bahan



Spaghetti
Cili kering blander siap² dengan bawang merah dan bawang putih ikut sukati kepedasannya.
1 Botol Sos Spaghetti Prego Tradisional (jenama lain pun ok)
Daging Ayam Hancur
Sosej
1 Tin Tomato Puri (guna tin kecik pun ok jugak kalau masak sikit)
1 Tin Cendawan Butang
Lobak merah (dipotong dadu)
Bebola Ayam/Daging ( Siap² cucuk kat spageti tu.. sebelum rebus.. dah cucuk baru rebus)
Asam keping (Kata versi jawa .. guna inilah .. tak payah gunakan buah tomato hihihihihihi ..)





Caranya mudah sekali. Untuk spageti, rebus air dalam periuk besar hingga mendidih pastu masuklah spageti. campurkan sikit minyak supaya spageti tak melekat, rebus sampai kembang .. sampai empukk tau... angkat dan toskan.. masa tos tu jirus air paip sikit .. biar hilang melekit² kanji dia.



Buat kuah paling sempoi lah kalau versi saya ni.. panaskan minyak/ mentega atau minyak zaiton dan cili kering yang dah blander tadi tumis sampai naik bau.. masukkan daging ayam cincang dan masak sampai naik bau dan garing dah garing masukkan sosej.. Masukkan lobak merah, cendawan butang, sosej akhir sekali sos tomato puri dan sos spageti, masukkan asam keping, gula dan garam sikit serta air supaya tak terlalu pekat atau garing.. lepas tu rasalah kesedappannya ikut citarasa masing².. nak lebih pedas.. letak lada hitam sikit.... kalau nak bau oregano .. taburkan oregano .. kita takda.. takdalah letak.. apa yang ada jerlah hihihihihi...





Hasilnya .... rasa sekali ... memang nak lagi hahahahaha .... makan banyak kali pun tak jemu .... (setakat inilah).. tak tahulah nanti .. kalau dah lama² kot jemu pulak...

Kenapa saya buat meatball dengan spageti macam tu.. supaya jimat tenaga saya .. tak payah nak berebut² dengan hubby makan meatball.. sebab kalau letak kat kuah.. memang dia akan ratah meatball tu sahaja... ;p percaya tak dulu hubby tak reti makan, gigihlah isteri ni belajar masak tau.. tak sia² .. hubby suka versi ni. sebab ada rasa masam, manis, pedas... semua lengkap.. (opss.. puji diri pulak).

Selamat mencuba yer... simple tak?? okkk.. susah .. korang tak cuba lagi .. tu nampak susah .. kalau dah cuba .. mesti korang kata simple .. haihh mudahnya, kenapalah nak beratur susah² makan kat luar ...



Bicara Hati : Lama tak masak makaroni .. ni pun sekadar menghabiskan stok yang ada dalam peti sejuk .. hujung minggu ni dah mula cuti sekolah, jadi dapur belum tentu berasap.

Hari Pertama Amir Periksa Di Tadika




Perjalanan ke pejabat pagi ni ditemani hujan rintik², suasana sepi di dalam kereta .. mood amir masih melayang² lagi kot .. cuti 2 hari ni .. macam² dibuatnya.

Mujurlah bangun awal pagi ni tak meragam, sebab malam tadi ibu dah urut²kan kakinya... bagi lega sikit .. semalam main kat kampung tak hinggat..... baca buku .. jangan diharaplahkan.. malam tadi pun tidur awal.


Saya suka air kotak ni.. perisa strawbery sedappp.... (^___^)v


Ibu doakan amir mudah menjawab soalan peperiksaan hari ni, moga apa yang amir pelajari disekolah.. amir gunakan sebaik mungkin .. ibu tak mengharapkan terlalu tinggi .. tapi amir buat yang terbaik masa periksa ibu dah suka.. dapat jawab semua soalan dengan baik ibu dah rasa satu kebanggan sebab perkembangan yang baik untuk 5 bulan persekolahan kan... jangan warnakan macam² warna lagi dalam satu gambar.

Sebelum turun kereta sempat lagi ibu pesan.. buat yang terbaik.. walaupun amir macam masih blurrr lagi tak paham istilah peperiksaan itu apa .... 



Bicara Hati : Anak yang nak periksa .. ibu pulak yang owerrr nebesnya haihh ...







Anak Buah Pertama Saya Selamat Lahir



Alhamdulillah adik saya telah selamat melahirkan seorang baby boy yang sangatlah comel .... geram tengok, tapi tu lah... dapat tengok daripada jauh sahaja, sebab baby di tempatkan di kawasan khas.... kenapa di letakkan tempat khas?? okk.. sebelum korang tanya ... nanti-nanti lah saya cerita yer... baby okk jer.. sihat ... takda masalah apapun.... (^___^)v


Layankan dulu gambar baby ni yer.... rasa macam nak cubit jer pipi dia yang tembam tu ..... gambar ni ambil daripada fb adik ipar hihihihihi .....







Ahad, 19 Mei 2013

Mask Muka Yang Menyegarkan





Sejak akhir² ni kan cuaca panas sangat, fuhh .. rasanya membawa kemalam pun masih terasa bahangnya.. dah nak mula kemarau ker??? huhuhuhu .. tak lama lagi bulan puasa, haihh kalau puasa panas macam ni memang dugaan betul

Sekarang ni, kalau malam kulit rasa kering .. malasnya nak sapu PMC tu .. bukan malas apa.. malas nak membasuh muka hihihihi .. jadi saya gunalah mask ni.. jimat tenaga... bila kulit muka kering nanti mudah mengelupas .. jadi pakai mask ni kira macam bagi air lah kat muka tu.. barulah segar .. kan.. esoknya kalau pergi kerja pun muka berseri² jer ... (^____^)V

Selalunya 2 jenama dalam gambar ni memang menjadi pilihan.. paling simply sii tu.. kalau beli online jimat sikit beli 1 percuma 1 cuma kenelah bayar kos penghantarannya rm 7.00.



Bicara Hati : Ni entry autopublish .. tuan tanah nak pergi kenduri .. banyak jemputan ...






Sabtu, 18 Mei 2013

Kad Hari Ibu Pertama Daripada Amir



Yeahhh dah cuti, hari ni dah hari sabtu kan.. fuh .. nama jer cuti .. tapi jadual dah bersusun penuh ni.... rasanya bulan 5 memang penuh jadual kita orang jemputan kawin hari ahad, sabtu memang kene kemas rumah siap² huhuhu .. walaupun tak mengemas sangat .. nak melepak jer ... santai².. guling² dengan amir.

Kalau minggu lepas hubby dah bagi hadiah telekung baru, entry kat sini ... kali ni saya nak publishkan kad yang amir buat dengan kawan² kat sekolah pulak .. alahai .. comelnya jer .. ayat tu.. terharu ibu dibuatnya.. lagi² masa amir bagi ni .. tak menyabar². masuk kereta bukak beg terus bagi kat ibu.. siap cium² pipi lagi.

Ini kali pertama dapat kad hari ibu daripada amir, kat sekolah memang dah beberapa kali jugaklah ada hasil kreativiti amir buat dan bawak balik rumah cuma kadang² tak sempat nak publish kat blog, yang ini saya kongsikan sebab kali pertama dapatkan.. kalau boleh nak frame.. owerr lah pulak.. simpan kat album sudah ... jangan hilang.


selamat hari ibu
you're my evertything
daripada amir


" Hari² pun hari ibu ....
Susu ibu bancuh lagi sedap ....
Semua ibu masak pun sedapp .... "

Terharu dalam usia 5 tahun mula terserlah sifat matangnya, walaupun manjanya mengalahkan budak umur setahun .... alhamdulillah di beri peluang ini, moga diberi peluang sekali lagi .. insyaallah .. amin.

*********************************************************************************














Raja Lawak Muzikal & Running Man



Dah berminggu-minggu rasanya raja lawak musim ke-7, tapi hari ni baru dapat layan .. itu pun sebab versi muzikal, rasa macam menarik sikit .. bukan yang sebelum ni tak menarik .. cuma malas nak berebut remot dengan amir, biarlah dia layan cerita dia nak tengok ... 

Pembukaan yang menarik dengan lagu rap waris versi nogori tu memang mencuit hati.. tambah-tambah pulak johzan masuk .. bolehlah melayankan gelak kejap ...

Ni layankan running man pulak hahaha .... mata ku yang tak mahu lelap .. sejak akhir-akhir ni payah sikit nak tidur malam .. dok guling sana, guling sini.. pusing sana.. pusing sini .. pasang acon pun masih rasa panas lagi ermmm...... 2 beranak sebelah ni dah selamat dah .. belayar ....


Bicara Hati : Macam tak best nak tulis entry tak bergambar .. huhuhu .. bw kengkawan lah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...