♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 4 Julai 2013

Bekas sabun pek ekonomi



Hari ni sajalah nak kongsikan sikit ... tempat bekas sabun kami kat rumah, kami ni jenis pakai yang sabun serbuk berpek besar 2.5kg .. dan sabun ni memang guna berbulan²lah selalu satu pek ni 2 bulan lebih atau paling jimat 3 bulan, jarang pakai yang cecair .. kalau cecair untuk pewangi jer... dan habby paling suka jenama TOP kalau ade offer rm 9.90 3 pek .. memang dia borong 3 pek sekali hahahaha .. habikkk stok simpanan jimat katanya, sebab memang hubby yang basuh bajukan.. seminggu 3 kali basuh jimat air dan tenaga katanya .. kalau seminggu sekali .. takut takda ruang cukup nak sidai .. lagipun baju amir adalah keutamaan sebab nak kene bawak pergi tadika setiap hai, sebab tu basuh baju pun ada rutin... lipat baju . sama².. walaupun baju ayah ayah lipat, baju amir dengan baju ibu .. ibu lipat hahha.. sepakatkan.. janji lipat sama².. lepas angkat terus lipat .. hubby jenis tak suka bertangguh nanti berlonggok sakit mata katanya huhuhuhuhuhu .....

Opssss.... panjang pulak mukadimah, padahala nak cerita bekas sabun jer pun, napa masya nak bebel ni .... pang kanan kiri baru tahu masya ni asyik nak membebel jer... oklah nak kongsikan bekas sabun saya, puncanya bila ada bekas tong sampah kat rumah dah tak boleh guna, kat bahagian nak pijak tu.. yang selalu pijak dengan kaki tu tertanggal dah .. dah lamakan .. jadinya kita orang sayang nak buang bekas tu .. kita orang letaklah sabun ni dalam tu ....


 Sabun pilihan hati .. haruslah warna biru, sebab menyinggirkan debu hama ... walaupun amir pernah jugak terkene hama kikikikiki .... bau dia ok jer.. yang penting basuh baju tak luntur, yang penting basuh malam hubby sidai awal pagi tak berbau .... dan yang penting hubby basuh awal pagi .. balik sekolah sidai tak bau hihihihihihi ... baunya masih wangi dan tidak hapak.. sesuai sangatlah dengan tradmark dia tu ....



Inilah bekas tong sampah yang saya maksudkan tu, krang nampak tak kat bawah tu ada lubang tu .. itu kan ada tempat yang kita pijak² tu.. nak bagi penutup dia terbukak, bende tu rosak dah ... jadi kalau nak buang sampah mesti kene bukak tutup leceh, lagi² sejak amir rajin buang sampah sendiri ni kan ... kita orang belilah yang baru .. jadinya bekas ni sayang nak buang ... tu kami letak sabun serbuk dalam ni ...





Bila dah bukak sabun serbuk tu kami tuanglah dalam bekas tong sampah tu ... kan cantik, jadi serbuk sabun pun takdalah keras kejung kalau korang guna sampai 3 bulankan macam kita orang ni .. (hahaha ada ker sabun jadi keras .. macam tepung pulak pepandai jer...) nak amik sabun pun senang, praktikalkan bekas ni .. jadi kalau korang ada bekas sampah macam ni janganlah buang .. letak sabun serbuk ... bau sabun wangii tau .. tidaklah bau sabun tu hilang wanginya kalau korang dah bukak terbiarkan ...



Ini cara kita orang, lain orang lain cara menyimpannya.. mungkin ramai yang lagi suka pakai cecair sebab .. kalau basuh guna sabun serbuk ni .. kadang melekat kat baju .... tapi kalau saya basuh jarang serbuk² sabun baju melekat kat baju .. sebab saya suka letakkan sabun dulu dan biasrkan air terpasng barulah masukkan baju sebab mesin automatikkan .. kalau korang letak baju dulu .. baru letak sabun basuh memanglah serbuk sabun tu merata² tak sekata melekat kat baju hihihihiihi





Bicara Hati :  Suka jugak beli pek ekonomi pewangi, lepas tu simpan kat botol² pewangi yang sedia ada .. jimat... (^____^)





Macam mana yang dikatakan kuat




Photo: DINIHARI} Assalamualaikum Alhamdulilah kita bersua kembali waktu ini anda bersama saya Zamshuri Hj Ramli kongsikanlah mutiara kata , kata - kata hikmah serta pengalaman terbaik anda di Ikimfm pilihan utama anda .

Kata² inilah yang dimaksudkan kuat, bukan kuat dari segi fizikal .. tetapi kekuatan dalaman itulah yang sebenarnya penting .. kekuatan rohani ... kerana semangat tidak pernah mengalah, berusaha .. dan terus berusaha mesti membawa kejayaan.. Yakinlah Allah berada disisi kita .. Yakinlah dia maha mendengar, maha mengetahui dan maha melihat .... jadi kuatkan semangatmu Masya .. kuatkanlah dirimu ...

Pernah tak korang rasa rendah diri, takut nak bergaul dengan orang yang lebih .. segalanya lebih ... termasuklah dari segi kehidupan, ataupun lebih dari segi kebendaan, lebih dari segi kepandaian .. lebih berpangkat ... dan segalanya lebihlah ... tapi korang kenelah yakin diri .. kerana orang lain rezekinya mungkin lain²... adakala kamu lebih disana, saya kurang disana .. kamu lebih disini .. saya kurang disini .... tapi mungkin rezeki saya lebih luas dibahagian lain ... bukanlah rezeki Allah bagi itu lain².. bergantung pada usaha yang kita lakukan..... 

Mak selalu pesan, biarlah kita susah dahulu .. kita akan bersenang² kemudian ... kerana kesenangan yang kita perolehi biasanya akan lebih berkat dan kita akan lebih menghargai apa yang kita perolehi...

Masya sayang semua .... Korang layanlah entry² masya membebl ni yer.... 

























Pengalaman Berada Di Menara Berkembar Petronas




Dalam entry sebelum ni ada kongsikan gambar air pancut kat KLCC pemandangan daripada skybridge, pada saya cantikk sangat .. maklumlah pertama kali tengookkannn... dah lama tak pergi KLCC ni, dah tu pulak amik gambar daripada skybridge ... orang kata malam lagi cantik .... 

Pagi tu keluar daripada opis memang awallah sebab takut jalan jem, lalu lauan duta kunun² ada budak opis ni kata boleh elakkan jem .. berbanding lalu jalan persekutuan, sudahnya meeting nak mula pukul 9.00 pagi .. bayang KLCC pun tak nampak  dari dalam kereta.. haru²... mahulah patah balik kalau tak jumpe jalan masuk apatah lagi nak parking kat KLCC tu kan, bila dah sampai pulak kita orang parking kat menara 2 padahal meeting kat menara 1 hahahaha .. musibat betullah, nasib baiklah sekuriti kat KLCC ni jenis rajin meronda tanya dia orang macam mana nak pergi menara 1, siap jumpe kakitangan kat petronas .. dialah yang tunjukkan lif nak pergi menara satu tu.. terima kasih sangat² ... kita orang ni tak pernah sampai .. terus terang jer cakap.. kalau menipu kang berdosa ....

Sampai² jer kat ruang legar teruslah pergi kat penyambut tetamu tu, tanya mereka .. owhh rupanya dah ada urusetia yang menunggu kami, ko .. tunggulah situ .. sebab ada jugak orang lain belum sapai.. owhh ingatkan kami yang terakhir .. sebab jam menunjukkan hampir 9.30 pagi, tunggu dalam 5 minit .. barulah bergerak naik atas .. sistem sekuriti dia sangat ketat tau .. nak naik tu kita orang ni diiringi polis bantuan, beg pun kene scan .. dah kawan saya dok cuit² .. macam kat lapangan terbanglah pulak nak scan beg kata kawan saya ... hahaha saya senyum jer.. kapal terbang pun tak pernah naik. Iyelah empat² macam ni mestilah banyak kawalan keselamatannya kan.

Panjangnya mukadimah hahahahaha ... korang baca tekun ker?? skip .. sorrylah sekarang ni asyik nak tulis berjela² membebel jer kat blog ntah kenapa ntah ... ibu² ni memang suka membebel agaknya, ni baru part nak pergi KLCC belum lagi masuk part  kenangan muda² kat sini dolu²... Banyak sangatttttt kenangan indah kat KLCC ni masa muda-muda dulu tau ... hak.. hak .. hakkk .... yang itu entry lain jerlah yer... kalau rajin taip... takmoo mengimbau saat² itu lagi kikikikiki ...


Ini gambar yang pertama kali saya lalu hari itu, depan mata .. depan mata nampak kat trafficlight .. haruslah .. cepat² snap... orang lain tak heran kot hahaha .... 





Meeting kat tingkat 41, dewan makan .. hahahaha .. ni meeting ke nak bersantai, sekali sampai .. fuhh orang dah ramai .. dah macam ala² cafe dah ruang makan dia .. tak berapa nak amik gambar .. sebab lebih teruja nak makan dah kelaparan.. mujurlah meeting belum mula ... rasanya macam tobatttttlah kalau disuruh pergi meeting lagi ..... tapi bos dah suruh .. pergi jerlah dengan pasrah.


Meeting bukan lama pun hadoilah sejam setengah kot dah habis sebab jumaatkan .. lepas u dia orang ajak naik skybridge.. dia orang kata kalau nak naik ni bayar rm25.00 pakej sampai puncak .. selalunya lah .. tapi sebab kami ni datang atas urusan kerja.. jadi dapatlah naik percuma kan .. kan... merasalah jugak.




Masa pergi tu ikut jerlah orang yang bawak kita orang tu, jadi kalau korang nak pergi nanti pun rasanya mestilah ada pemandu pelancong .. korang jangan risau tak sesat punya.. cuma gayat ... 





Pesatnya pembangunan sekitar KLCC ni ....





Nampak Menara Am Bank jugak hihihihihihihi .....





Paling teruja nampak iar pancut yang kat bawah ruangan KLCC tu hihihihihihi ...





Sebelum balik sempat lagi amik gambar ni dengan kawan yang sama² pergi, ni gambar kat ruang legar ... belakang tu pemandangan kereta Petronas.





Sempat lagi amik gambar dengan mamat ni siap pegang bahu .. macam dah lama kenal jer, ini semuaaaaa poyoooooooooooooo ... itu cuma patung, gilerrrr sukati nak pegang orang macam tu .. dengan hubby bolehlah ....





Sebenarnya banyak lagi gambar² .. lagi² masa kat jambatan tu .. tok sah tengoklah cukuplah buat kenangan sendiri gambar gedik² tu hahaha .. kang kalau korang tengok.. takut muntah hijau macam warna tudung saya tu pulak hahahaha ...







Bicara Hati : Seronok jugak dapat peluang jalan² sambil kerja macam ni, bilalah agaknya dapat naik Menara KL pulak, takda nak buat mesyuarat atau makan² kat sana ker?? hahahha.. kali pertama pergi dan terakhir rombongan sekolah rasanya .. itupun Puteri Islam buat.








Rabu, 3 Julai 2013

Pemandangan Air Pancut Dari Skybridge


Cantikkan ... seyes tak sangka dapat jugak amik gambar daripada jambatan kat klcc tu .. alahai nama glamournya 'skybridge' tu lah huhuhuhuhu .. gayat .. memang gayat .... tapi kan naik ramai² tidaklah gayat sangat, seyes.. korang janglah pandang bawah ngeri sangat hohohohoho..... 

Orang lain nak naik kene bayar tau, kami ni kebetulan kene pergi meeting kat situ dapatlah naik percuma yahoooooooo ... walaupun dapat naik sampai jambatan tu sahaja dah cukup tinggi, tak sampai kat puncak pun ... esok up entry gambar² lain yer ...



Bicara Hati : Tak boleh bayangkan orang yang cuci² bangunan tinggi² ni .. tak gayat ker???


Rezeki Selepas Sebulan Menyepi


Wahhh .... dah sebulan menyepi tak sangka dapat cpuv baru, dan tak sia² pagi tadi sempat update bio blogger ... cari idea apa nak tulis bagi menarik hati nuffnang.

Tapi cpuv baru ni tak perasanlah bila iklan dia keluar jadi kalau korang nampak iklan Kanebo Kate SS Collecion menari² kat blog saya ni korang klik²lah yer... bila saya google iklan ni kalau tak silap pasal produk kecantikkan ni.

Terima kasih nuffnang sudi bagi cpuv baru, saya ingatkan nuffnang dah merajuk dengan saya.



Bicara Hati : Dapat 2 tugasan blogbuster .. tapi tak tahu nak buat huhuhuhu ...






Kene Sondol




Tak tahu nak mula dari mana, yang pasti jari masih lagi mengeletar .. fuhh nasib baiklah takda apa² yang terlalu serius atau kemek....

Terperanjat sangat pagi tadi tau, lepas laluan kesas nak ke klang tu ramai break mengejut ... tapi tidaklah mengejut sangat sebab nak mengelakkan tayar sapa ntah terjatuh kat tepi jalan tu, daha ramai yang mengelak .. kita pun berhentilah jugak nak mengelak siap dah bagi signal dan break nak masuk kiri... tiba² bukkk .... kereta yang tengah dibrek bergerak sendiri ...

Dah kenapa pulak ni .. tengok cermin belakang, allahuakbar .. sapa pulak sondol kereta ni huhuhuhuhu .... panik, panik, sabar².. kepala ligat pikir .. terus bagi signal berhenti tepi jalan tu jugak, bukan tepi jalan.. kat tapi jalan kat laluan laju tu jugak ... adehhh ... keluar kereta tengok .. nasib baik kereta tak apa².. tengok kereta lagi satu .. kereta saga lelaki yang keluar .. mamat tu macam panik jer... kak sorry kak.. break saya tak makan.. saya dah tekan habis kak ... sorry sangat, ni tayar kereta sapa yang tertanggal ni akak ker???? kita ni dah lah tengah mengeletar .... 

Bila dah takda apa² kita pun cakap, sebab tayar tu lah saya nak elak awak... bukan tayar sapa .. ntahlah sapa punya tayar spare cicir huhuhuhu .. sudahlah kat tengah jalan .. budak tu pun dah alihkan.. takut kene kat orang lain pulak .. dan selama jugak kami .. sebab takda kereta lain yang lalu lepas kita orang lalu tu.. adalah jugak kereta tapi tak ramai lagi .. sebab masih awal pagikan. 

Alhamdulillah terus sambung perjalanan, tak sempat pun nak tanya nama mamat u .. dia siap cakap nak bagi kad kalau ada apa², dia pun panik jugak rasanya tu ... macam blurr pun iyer... takpalah dah selamat pun semuanya yang penting saya selamat, amir selamat kereta pun takda yang kemek, rasanya basuh hilang kot ... calar kereta yang melekat nombor flat kereta mamat tu.



Bicara Hati : Dah berhati² .. malang itu tak berbau kan ...



















Selasa, 2 Julai 2013

Menu makan tengahari ni sebelum Ramadhan



Alhamdulillahhhhhhh dah selamat dengan berjaya makan hari ini dengan banyak sekali hahahahahah ..... hari ni pakat ramai² dengan kawan² masak sorang sikit lauk, pada sorang sikit .. sudahnya penuh satu meja hohohohoho .. jimat masa tak payah keluar, tapi tenaga kene kerah sikilah bangun awal pagi masak kikikiki ....


aumm gebusnya tangan kawan ku.. yang itu tidak boleh dimakan yer.. yang boleh dimakan menu² dalam gambar itu sahaja.



special air tangan dari kawan ku yang jarang² masak .. ko sekali rasa, nak rasa lagi, sekali makan, nak makan lagi hahahaha.. terbaiklah carbonara ni ... sayang nadia.



Ni ada jugak yang tak masuk lagi, buah² hihihihi .. anggur dengan buah pear hijau .. tapi ini pun makan tak habis??? korang rasa mana yang kita masak??? .. tok sah tekalah .. bukan ada hadiah pun ..;p



Nanti dah puasa, tak bolehlah nak tergeda² makan .. tapi tergeda² tidur reramai kat surau pulak hahahahaha ..... tak semengahkan, orang lain tadarus .. kita orang tadarus pagi .. jadi tengahari rehat bolehlah lelapkan mata ... sebab nak gantikan sahur bangun awal pagikan .. nanti petang nak masak lagi nak buka puasa ...

Oklah terbebel pulak sejak akhir² ni .. suka membebl jer.. kenapa ni, kan nak cerita menu tengahari jer tadi ...




Bicara Hati : Dah kenyang mahu tidur boleh, mata sudah keroo nak buat laporan.











Rezeki Dapat Pergi Floria 2013 Tema Bunga Orkid



Orang kata kalau sakan rancang tak menjadi, itu sayalah tu ... ni kes tak disengajakan bila kebetulan saya cuti hari khamis tu masa amir tak sihat dan hubby ada kertas kerja nak kena hantar kat Putrajaya ... hah!! memang langkah kananlah kan... bila hubby tanya nak ikut .. harussslah nakkkkannnn .. siap balik belanja dapur terus masak tau .. nak berjalan punya pasal, walaupun tak berapa nak sihat sebenarnya, ditambah cuaca panas khamis tu sebab jerebu dah mula hilang, alhamdulillah ....

Banyak sangat ambil gambar, sampai tak tahu nak pilih dah gambar mana ... walaupun bateri hampir² nak kong, mujurlah sempat pusing² dan posing² hahahah ... kalau tak ada yang nangis guling² dah pergi Floria tak dapat nak bergambarkan hahahahaha ... iyalah masa pergi u pun tak disengajakan.. jadinya bateri kamera ni dah memang ntah bila kali terakhir cas .. saya pun tak hinggat .. bawak jerlah.. pasrah.

Jadi kita layan sikit² jerlah yer.. sebagai kenangan tahun ni dapat pergi, yang pasti amir paling happy .. sebab dapat tengok bunga, dapat tengok bot .. ibu ayah pun sedondon nak pakai baju superman hahahaha ... baju superman tu tak sengaja terbeli jugak, masa beli barang dapur .. sekali ada kedai kat luar tu jual baju² superman .. rembatlah itupun kemain besar size M tau ...


Taman inovasi, best rasanya masuk sini .. sebab sangat kreatif dia orang deko² dalam tu ada macam² inovasi .. dan masa kita orang sampai ni tak tahulah ada rombongan dari mana.. jadinya asal nak amik gambar .. mereka pun sibuk menerangkan kat orang kenamaan ni tentang pameran ni ... siap rakam² video .. sudahlah kami 3 beranak ni pakai pakai baju superman .. interframe dibuatnya...





Antara gambar² kreatif dalam tu (bukan gambar saya amik kreatif .. tapi bunga² yang di gubah kreatif).. amir paling suka part panda tu .. dia boleh toleh kanan kiri panda tu hahahaha .. tu dia suka.. tak sampai kiri pun kira kanan pastu bawah.. pastu kanan balik ada 2 panda kalau tak silap.

 Kat sini pun best jugak, tak hinggat sapa punya bahagian .. tapi kat laman gomen agensi ni memang best sebab ada pertandingankan .. memang kreatif laman dia orang buat ...



Sempat bersantai kat kerusi hasil kreatif di laman warisan klang .... amir kata terbaik ...



Puas jugaklah berjalan kat dalam tu .. sebab hari biasa jadi orang tak berapa ramai sangat, cumanya panas terik jerlah yang tak tahan ... ada laman seni .. tapi tak sempat nak tengok sangat apa yang dijual amir dah sibuk ngadu hausss.. nak minum... 

Kunun² nak beli bunga orkid, kunun jerlah .. sekali sampai .. langsung .. rabang mata tak tahu ,mana yang cantik letak kat rumah .. tak beli sudahnya, tapi paling terkilan jumpa pokok roselle rm 12.00 tapi tak beli pun .. sebab amir dah merenggek takmoo pergi balik kat kedai yang ibu nak beli pokok tu ermmmm ..... beli lain tempat jerlah.



Bicara Hati : Bila ambil gambar dengan bunga, mood pun berbunga .. macam dalam gambar hihihihihi .... (^___^)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...