♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Isnin, 23 September 2013

Kek Batik Biskut Marie





Dah lama tak membuat kek batik, bukan sebab takda mood .. tapi tiada permintaan hihihihihi .. jadi bila tiada permintaan jarang²lah nak membuatnya.... tapi baru² ni rasa macam nakkkk sangat makan .. nak rasa biskut yang ranggup bila di gigit.. coklat pahit manis.. tak melekat² sangat ... jadi dah cerewet sangat tu.. kenelah buat sendirikan.. ikut citarasa tekak sendiri ... kalau beli 6 ketul hirisan tu dah rm 2.50 huh kan ke mahal tu.

Bahan² semua dah ada ... patutnya buat dirumah .. tapi hubby bagi tahu pagi sabtu kene balik kampung.. dah semua bahan² ku hangkut dalam satu plastik kikikiki .. buat kat kampung .. hasilnya, stu plastik biskut marie.. menjadi seloyang tentu²lah tak cukup kikikikiki ....

Kembang kempis .. mak kata sedappp (padahal resepi durhaka tu... suka suki bahan ikut apa yang ada.. habiskan stok), amir lagilah melambung² dok memuji kata sedapppp ... siap pesan bawak balik ... nak makan kat rumah pulak.

Resepi asal korang google jerlah.. macam² versi adakan.. pilih jer yang mana nak... nak tunggu masay kongsikan resepi ... berjanggut pulak korang kang ... sebab tak drfat lagi hihihihihi ...;p



Bicara Hati : Hujung minggu ni nak cuba versi yang cheese pulak.. tapi haruslah ada olahan coklat, kata peminat tegar coklat... ;p itu pun kalau sempat bualah huhuhuhu .... 











Rizqi Dah Pandai Meniarap



Jarang rasanya hujung minggu dapat jumpe rizqi bila kami balik kampung, kebetulan sabtu baru ni ada hal sikit balik kampung .. hubby pulak kene kerja.. pasrah lah kami 2 beranak pagi² dah kene pos ke kampung kikikikiki ....

Kebetulan adik pun ada sekolah ganti sabtu tu.. jadi petang barulah balik rumah mertua ... kemain lagi amir suka dapat jumpa rizqi .. (iyerla selalu balik memang tak berjumpa kami ni) ke hulu kehilir dia sibuk nak menjaga. Tu yang petang tetiba badan panas demam tu.. sampai kemalam... malam pulak kenduri rumah jiran kat taman (fuhhh jadual sentiasa penuh hujung minggu)


Rizqi dah pandai meniarap .... aloloooooo .. mulut becok kemain lagi.



Penat meniarap .. tak reti pusing .. menjerit² mintak dukung kikikikikiki.....



Rizqi dah botak macam abang amir jugak, mam dia botakkan lepas kenduri qiqah hari tu... (^___^)v


Sejak dah pandai meniarap ni ... memang payah nak kene tinggal mak cakap, nanti dia nangis.. lagi² kalau dia penat .. mak kata pandai majuk budak ni hihihihihi .. memang lain betul akalnya dengan abang amir kecik² dulu ... hihihihihihi ...



Bicara Hati : Bila dah botak ni muka rizqi macam muka arwah adik yang meninggaldunia pulak.. perasaan saya jer kot.












Hari Baru , Mood Baru , Rambut Baru




Dua heroooo ibu hari ni berambut baru hihihihihihihi .... amirlah paling bersemangat hari ni, sampai tak sempat ibu nak amik gambar dalam kereta tau .. sabar jerlah ....

Baru² ni kan amir tak sihat, semalam pun masih dedar² lagi .. tapi sebab ada jemputan kawin anak kawan hubby dan pertama kalinya nak bawak amir pergi kenduri kat hotel .. dia kemainlah teruja tau .. sampaikan demam pun dia kata dah sihat.... lagipun ni pertama kali kawan hubby buat kenduri kawain 3 orang anak dara sekali kawin hihihihihi .. yang sulung dapat orang jooopun ..... meriah majlis mereka .. ramai jemputan, balik kenduri kami bawak amir jalan² .. terus ajak potong rambut sekali.. memula tak nak .. pujuk².. hubby umpan .. lepas potong rambut boleh masuk playground .. terus setuju... bila rambut dah pendek ni ringanlah sikit kepala tu .. kalau tak asiklah dok mengaru .. hubby pun potong rambut jugak... nak bagi amir semangat potong rambutkan... (^___^)v












Sabtu, 21 September 2013

Resepi Agar - agar Oreo Paling Senang Dan Sedap



Bila anak dah buat permintaan di malam hari, iyer di malam hari yang tak berapa nak malam lagi .. kira² lepas maghrib gitu .... ibu nak makan agar² oreo lah sedappkan. Manalah ada ibu yang sampai hati nak kata .. ala .. ibu penatlah, ala.. takda bahanlah .. kalau takda bahan pun saya akan suruh hubby beli ... jugak, mujurlah ada bahan²nya kat rumah .. dan agar² yang dah lama beli tu tak tamat tempoh lagi kikikikiki ...;p


Bahan² yang saya gunakan super duper senang .. yang ada kat rumah sahaja .. janji oreo ada .. itu yang penting.

Agar² 20g
Oreo
Susu Cair
Serbuk koko dan gula (tiada dalam gambar.)
Air secukupnya


Caranya pun mudah sahaja basuh agar² .. masukkan air.. saya ikut sukatan panjang plastik agar20g yang saya gunakan.. maknanya kan ada plastik agar² tu .. korang dah bukak jangan buang, korang dah basuh agar².. gunakan plastik agar² tu .. buat sukatan untuk letak air kat agar² tadi... pastikan basuh plastik tu dulu.. bukan basuh dengan air sabun yer.. kang pingsan pulak korang makan... kira macam bilas² dengan air gitu.. itulah tips supaya agar² tidak terlalu cair atau keras wiwiwiwi .....
ok dah masukkan air masak dia ... letakkan gula ikut selera masing² nak manis ke tidak.




Sementara air agar² mendidih... si bujang buang krim oreo .. haruslah tolong ibukan.. sebab amir yang buat permintaan. hihihihihi .. lepas buang krim masukkan biskut oreo dalam blender dan campurkan satu tin susu cair serta satu sudu besar serbuk koko. Bila agar² tadi dah mendidih barulah masukkan semua bahan yang dah blander ni ... senang jerkan... (^____^). Tunggu sampai beul² masak dan likat.. barulah matikan api.





Tara... inilah hasilnya ... ada lebihan oreo tu saya saja patah² masukkan kat agar² ni .. jadi bila makan terasalah sikit kerangupan biskut oreo u.. emmm sedappnya.. senang jerkan....



Percaya tak inilah kali petama saya buat, memula tu macam ala... macam mana nak buat ni ... ala .. macam mana ni , saya pikirkan secara logik dan senang jer.. inilah resepinya.. inilah hasilnya.. alhamdulillah menjadi .. sebekas saya bawak pergi opis, satu bekas untuk makan kat rumah ... kalau ikutkan yang sebekas tu amir nak makan dengan kawan² tadika .. no.. no .. no.. kang tak cukup haru .. baik makan kat rumah jer... dan percaya tak.. sebelum tidur.. dia dah mintak tolong potongkan dia nak makan... ni memang betul² nak makan ni .. dia makan 2 potong jer.. dia kata sedapp.. esoknya dia sambung lagi makan... siap bawak pergi rumah akak ipar kikikikikiki .... sebekas tu banyak sangatkan... tak habis kami 3 beranak.


Selamat Mencuba .....



Bicara Hati : Hnaya buat agar² atas permintaan amir sahaja, kalau tiada permintaan memang tak buat.



Jumaat, 20 September 2013

Khasiat Buah Delima

Baru² akak ipar bagi buah delima merah, walaupun tak berapa nak merah .. api asal nampak jer mesti teringat dulu nak bersalin dah tetiba mengidam nak makan delima merah ni tau.. haru wehh.. masa tu dah kat atas katil pun tunggu hari jer ... tetiba baca majalah nampak gambar buah delima ni.. terus tekak rasa macam nak makan delima.

Sajalah saya google sana sini, banyak khasiat buah delima ni kan... jadi saya kongsikan serba sedikit.. tak kongsikan semuanya pun... saya amik sikit² jer...

Kaya dengan vitamin C, kalsium dan fosforus. 
Penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi melawan Penyakit Jantung, Tekanan Darah Tinggi, Lemah Tenaga Batin, Melambatkan Penuaan, Kanser Prostat, Kanser Payudara, Kanser Usus dan Leukimia.

Antara khasiat-khasiat lain yang menunjukkan kebaikan Jus Delima Mengurangkan Berat Badan.

 Sesiapa yang menggunakan delima akan sedar bahawa mereka akan berasa lebih ringan, bahan yang terkandung dalam delima itu berkesan dengan membersihkan sistem dan mengurangkan kembung yang tersimpan.
Jus Delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada alat kelamin. Delima Memberi dan Merangsang Tenaga batin

Jus Delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (pengerasan salur arteries). “Dalam Jus Delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, dimana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”

Meminum Jus Delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus Delima juga mengandungi ‘ptassium’ dimana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.

Kajian Penyelidik mendapati Jus Delima dan minyak bijiannya dapat memusnahkan dan mengurangkan sel kanser payudara , kanser kulit dan kanser prostate serta mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada.

Delima Mengurangkan Batuk dan Asthma

Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi apda buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

Delima Membantu Menstabilkan Paras Kolestrol. Jus Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik disamping menurukna kolestrol yang buruk. Tahap kolestrol buruk yang tinggi boleh membawa risiko penyakit berbahaya.

Delima Membantu Merendahkan Tekanan Darah. Jus Delima mempunyai kandungan ‘phytochemical’ yang mendorong penerima serotonin dan estrogen, membaiki simptom tekanan dan tulang. Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

Motivasi Diri Dihari Jumaat











Khamis, 19 September 2013

Buai Laju - Laju Tunggu Tuan Puteri




Laju ... laju .. buaiku laju .....
sayalah putera tunggal anak masya .....


Laju .. laju buaiku laju ......
Sapa yang sudi nak meminang saya ...
Saya nak kawin dengan puteri raja ... 


hahahahahaha ..... saya tak katan lagi mana boleh di pinang, sayakan lelaki ... jangan marah semua ... ibu amir tengah tension tu .. dia bizi .. jangan kacau dia .. jom layan amir.



















Mesyuarat Batal , Rezeki Ditempat Lain



Yahoooo..... meeting batal suka², tak payah nak hadap leteran. Cian bos .. bos tak sihat eh ... bos demam, bos pening ... sabar yer bos ... saya buat kerja macam biasa hihihihihihihi ..... tak ganggu bos, bos rehatlah, saya bukan suka bos sakit .. saya cuma suka takda meeting jer... huhuhuhuhu.. boleh siapkan kerja lain.

Rezeki ditempat lain, mesyuarat batal ... makanan dah tempah .. haruslah kami makan kenyang pagi ni sampai tenghari nanti ... rezeki² jangan ditolak ... bihun dan apam sudah masuk dalam perut dengan selamat.

Semalam baru cerita pasal statistik nuffnang, hari ni bukak akuan nuffnang .. nuffnang baik hatilah bagi cpuv baru Olay JAS Bundle.. yahooooo sukanya.. sukanya ... kalau korang bermina nak tahu jangan lupa klik kat iklan tu yer, untuk makluma lanjut. 


Cek nuffnang yang baru ni saya cash out dah bank-in pun .. dah beli sesuatu saja buat kenang²an .. nanti saya cerita eh. (^_____^)v Bukan nak menunjuk² atau poyo kehapa.. cuma satu inspirasi buat diri .. lagipun ada cpuv ni lagi semanagt nak menulis kat blog, walaupun kadang² tu dah macam merapu meraban jer membebel kat blog ni.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...