♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 15 November 2013

Pengalaman Manis Semasa Hari Konvokesyen Tadika Al-Hufaz


Beberapa Hari menyepikan diri bila buka jer pc, bukak jer blog ... nak buat entry taip² lepas tu padam.. taip² lepas tu padam.. sudahnya hilang idea nak menulis.... dalam keadaan diri ting tong dan tak sihat ni .. memang kalau boleh nak baring jer huhuhuhuhu .... itulah makanya takda entry baru. 

Hujung Minggu baru ni pada 10 November 2013 sekolah amir buat majlis konvokesyen kat Hotel Cristal Crown Port Klang .. memori tau hotel ni... dulu² lepas spm saya kerja kat sini jadi pembantu tukang masak kikikiki .. sementara tunggu keputusan spm jer.. tu pun 2 bulan jer kot hahahahaha ... pembantu tu kerja cuma potong² sayur jer pun.. dia tak bagi masak.. tapi ada jugaklah saya belajar² masak chicken chop dan fish and chip.

Ops.. ni nak cerita pengalaman amir kan.. ober pulak ibu cerita ibu pernah kerja kat situ kikikiki .. jangan mara... amir dia teruja sangat² tau dapat pergi konvo kat hotel ni, ni kali kedua pergi kat sini.. buat amir.. kali pertama.. masa majlis perkahwinan anak kawan hubby... ada saya buat entry tu.. kalau korang baca blog ni.. korang mesti perasan kan.. kan.. dan ini kali pertama amir menghadiri konvokesyen kat sini pulak.. mestilah dia teruja... 




Jemputan buat kami .. tema flora, tapi ibu dengan ayah tak oberrr sangat pun nak ikut tema... pakai apa yang ada jerlah... walaupun cikgu cakap ada hadiah buat family yang datang mengikut tema... opsss... entry ni panjang berjela tau... banyak gambar jugak.. jadi baca satu² yer.. jangan tinggal sepatah pun.. kata rindukan.. lama tak buat entry nahhhh layankan tuan tanah ni baru nak sihat ni dah ... semangat nak membebel hahahaha ...






Semangat kami 3 beranak.. majlis mula pukul 2.. kami lagi 5 minit pukul 2 baru keluar rumah kikikikiki .. lagi 5 pukul dua yer.. keluar rumah... bukan dah sampai kikikiki .... sampai hotel dah 2.30 petang, bukan apa.. kami makan dan solat sesiap dulu.. sebab makan kat hotel tu tak pasti lagi pukul berapa kan.. kang amir dengan nak buat persembahan.. nanti takut dia tak larat pulak.... tu pun dalam kereta amir dah semangat menyanyi² tau... hahahaha.. oberrrnya macam dia buat persembahan tu sorang².. kami layan jerlah... sampai² jer.. budak² baru nak naik pentas.. terus bagi amir kat cikgu.. terus naik pentas...






Meja kami nombor 6, masuk² jer.. dah penuh orang.. ramai sangat² pulak tu huhuhuhu ... mujurlah ada nombor mejakan.. kalau tak memang duduk palingggg belakanglah jawabnya. Tu pun dapat duduk asing² dengan hubby.. nasib baiklah yang duduk sebelah kami tu sudi bertukar tempat... dapatlah duduk sebelah².. walaupun tak berapa nak nampak mc bercakap di sebalik tiang.. tapi ibu sakanlah mengambil dan merakam gambar amir.





Antara desert² yang menarik perhatian saya petang tu... seyes.. mengiurkan... walaupun tak sempat nak merasa semuanya huhuhuhu.. hubby yang tukang amik makanan.. saya pulak tunggu kat meja jer.. hihihihi ... amir?? ishh anak bertuah tu.. dah jumpa kawan² takmoo makan dah.. sibuk nak main.. bukan main jer.. kalau boleh takmooo balik.. macam ibu ni ada booking bilik pulak kat hotel tu yer... saboo jerlah...


Bagi amir yang berumur 5 tahun ni dia tak pakai baju konvo.. pakai kemeja yang disediakan oleh pihak tadika dengan songkok jer.. siap ada munga² hihihihi ... comel sangat tau... 5 tahun pun takda sijil kat situ.. cuma 6 tahun jer pakai baju konvo dengan dapat sijil masa tu... amir banyak buat persembahan untuk umur 4,5 dan 6 tahun... satu ibu puji sejak amir ke tadika ni tahap keyakinan diri dia dah ada sikit.. makin berani tak berapa nak takut sangat.. dan dah kurang sikit sikap malu² dia.. walaupun masih ada lagi sikap malu² tu... alhamdulillah sangat² atas perubahan yang positif ni.




Antaranya amir terpilih membuat persembahan membaca skrip dipentas.. alhamdulillah umur 5 tahun ni amir dah pandai membaca ... walaupun masih merangkak jugak untuk perkataan yang panjang,  ibu hargai sangat² jasa cikgu ain sebab banyak membantu amir membaca pada kelas petang sebab amirkan duduk transit kat taska situ.. jadi petang memang ada kelas membaca... itu pun amir mengadu nak tuisyen dia tak pandai bahasa inggeris.. alahai anak²... ibu puji sikap kamu tu yang berkobar² semangat kawan² agaknya dia rasa tercabarlah.. saya pujuk².. nanti pandailah tak pergi tuisyen pun jani rajin membaca.. mesti boleh.. mesti pandai bahasa inggeris (padahal ibu pun tak pandai.. ayah dialah yang selalu ajar) sayangnya cikgu ain dah berhenti kat tadika ni.. tahun depan cikgu ain mula mengajar di Tabika Kemas pulak.. dekat dengan rumahnya.... tahniah buat cikgu ain.. amir pun mungkin tak sekolah sini lagi dah... sejak cikgu ain takda ni.. dia kata tak bestlah sampai petang... kat taska ibu.. awal² dah cakap dah cuti sekolah takmoo duduk taska huhuhuhuhu... ibu pun dah pening mana nak hantar dia ni...




Antara persembahan lain yang amir masuk hafazan beramai² dengan surah² pendek.. amir punya giliran baca surah al-fill, koir, drama pentas nenek² si bongkok tiga.. patutnya mair jadi putera raja.. tapi sebab dia pemalu.. cikgu ganti dengan orang lain.. maunya dia tak malu.. kene kawin dengan tuan puteri.. soh jalan sama².. takda maknanya lah amir tu nak ikut .. kalau buat macam tu... nak berkawan dengan perempuan kat tadika pun dah kira okkk sangatlahhh tu.... pemalu betul.




Kat meja makan .. semeja dengan kawan baik jugak tareq.. betul ker nama tu??? amir panggil macam lain jer bunyinya .. dengan qairena ... suka betul dia... sambil makan.. sambil borak.. lepas tu lebih borak dengan main jer.. makannya pun sikit jer huhuhuhu .... balik rumah ngadu lapar.. ishh lah sabo jerlah...





Amir dapat hadiah.... alhamdulillah... semua pun dapat hadiah.. cuma amir terpilih pelajar pintar tulisan jawi .. jawi yer.. tulisan khat agaknya.. bukan jawa kikiki... kot jawa ibu pun tak pernah lagi ajar amir... nanti amir belajar dengan atuk dan embah yer... ;p




Embah dengan atuk sempat singgah sekejap kat hotel lepas tengok adik saya yang bongsu kat asrama.... sukalah amir embah dia datang.. sebab sebelum tu amir ada cakap dengan embah .. nanti amir konvo.. embah tak datang jr.. ibu dengan ayah jer boleh masuk.. anak² ni baru 5 tahun jer pun.. nanti kalau konvo kat universiti barulah ibu bawak semua hahahaha.. amin... 





Sebelum balik dan sebelum ibu akhiri bebelan ibu ni meh layan gambar dengan cikgu pulak, sempat bergambar dengan cikgu² taska dan tadika amir.. cikgu tadika amir yang sebelah kiri sekali yang mengantikan cikgu ain... baru lagi cikgu ni sekali dengan cikgu taska sebulan rasanya. Ala.. baru peras cikgu ujie takda.. cikgu uji ni ketua bahagian taska.. dia lah yang dulu² banyak bagi semnagat dan inspirasi kat amir jadi berani dan tak takut dengan orang lagi ... 



Banyak jugak video² yang saya rakamkan .. masa persembahan amir, tapi tak bolehlah upload... kat sini semua kalau ada kesempatan saya kongsikan sebagai kenang²an.. oklah ni.. cukuplah ni dulu.. gambar² kemain banyak .. jangan korang muntah sudah... nanti sambung lagi cerita yer... ni pun dah cukup panjang... korang baca tak ni.. baca tak??? hahahahaha ....




Bicara Hati : Sakan makan minum.. isninnya ibu dengan amir hilang suara, sakit tekak.. perit dan batuk² huhuhuhuhu .... 
















Rabu, 13 November 2013

Intro - Hari Konvokesyen



Layan gambar sekeping ni dulu yer.... nanti sambung cerita.. kata intro kan... hihihihi... lagipun hari rabu ni takkk kosa nak bercerita panjang dengan keadaan yang tengah tak sihat ni ...









Isnin, 11 November 2013

Makan - Makan Happy Depavali


Ini cerita jumaat lepas.. pada sibuk² tu sempat juga pergi kerumah sahabat saya.. belakang opis jer pun melampau kot tak pergi kan... 

Kami makan².. atas jemputan sempena depavali.. biasalah.. tak ramai pun.. kami² sahaja.. memeriahkan majlis, sorrylah yer.. gambar kosalahhh nak upload sesatu .. pakej gambung macam ni .. senang hihihihihi ... yang penting nak abadikan kat blog... kata appication fotorus kan.. gitulah.. watermark guna picsay sahaja.. hihihihi ....



Menu tosei paling terbaik sedapp.. kalau boleh memang nak tambah lagi.. kang tak makan nasi pulak.. dengan sambal kambing.. seyes.. kawan saya kata sambal.. ko sekali rasa eh² macam kari .. sedappnya.. asal saya masak sambal tak rupa gitu.. rupanya dia pakai blender lain lah... lupe pulak nak amik gambar blander tu.. seyes.. sedappp pedas.. dan terangkat pekatnya... sampai hari ni masih terasa kesedapannya.. hihihihihihi .... tu yang comel tu anak bujang kawan saya.. rishi.. anak mona.. sangat² peramah ok.. masa tetamu datang dia lah tukang layan kita orang ni hahahahaha....









Opsss... ada jugak candid tuan rumah, kami macam biasalah possing² sakan kat sini.. tapi kot letak semua gambar karang korang pitam entry panjang berjela.. cukuplah layan gambar sekeping dua ni dulu yer...

Terima kasih mona.. sudi jemput.. sorry dah buat kotor tak tolong kemas.. tosei terbaikk sedappp... nak lagi.. hahahahah.. tak malu.. bajet macam mona baca blog ni jer... (^___^)v














Ahad, 10 November 2013

Al-Fatihah Buat Arwah Ahmad Busu





Sesungguhnya allah itu maha mengetahui apa jua hikmah yang berlaku disebalik setiap kejadian, minggu lepas baru sahaja arwah mak adik ipar meninggaldunia... Kali ni kami dikejutkan pula dengan ahmad busu meninggal dunia.... Lepas maghrib tadi, Ahmad busu pak cik pada adik ipar.. Adik beradik dengan bapak adik ipar .. 



Doakan moga rohnya tenang disana... Al-fatihah... Kami sekeluarga masih terkejut mendengar perkabaran ini... Sesunggahnya.... Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat dirinya.. Dari dia kita datang... Pada dia juga kita akan kembali.




Kali terakhir saya berjumpa arwah cukup ceria masa majlis aqiqah anak adik... Sempat kami rakamkan gambarnya... Masa arwah datang ziarah minggu lepas saya tak sempat jumpa.. Tapi mak bagi tahu arwah sihat dan dah mula berjalan tanpa tongkat... Tapi kuasa Allah.. Tiada siapa yang mampu menahannya walaupun sesaat....

Al-fatihah... Moga rohnya dicucuri rahmat





Tahniah Fizo Dan Mawar


Hihihihi.... Tetiba nak update pasal retis pulak, sesekali takpa kan... Mohh layan gambar2 pernikahan fizo tadi yang sempat saya snap live dr tv9 kat rumahhh... Habis tak dapat jemputan.. Kita layan tivi jerlah..




Diketuai oleh hero malaya.. Kemain lagi 7 orang kalau tak silappp... Dato Rosyam ketuanya....








Jongkong emas antara barang hantaran yang unik dengan burger .... Tak mampu wehhh nak tempah jongkong mcm tu siap ada nama lagi..









Alhamdulillah tahniah buat mereka ... Fizo dan mawar moga jodoh mereka berkekalan hendaknya... Bercinta selepas kahwin lagi berkat amin..... Insyaallah.. Suka pengacara majlis bercakap tadi... Tak bosan penuh pengisian dan ada jugak lucunya sikit2 selingan hiburan....



Khamis, 7 November 2013

Cara Kami Mengeratkan Silaturahim Di Pejabat


Datang kerja mestilah nak mood² happy jerkan.. takmoo stress² walaupun hakikatnya kerja berlambak².. hakikatnya ada jer yang tak habis² bercerita itu ini disekeliling.. tapi.. kita biarkanlah itu semua.. bukan tak nak amik pedulikk atau petingkan diri.. tapi biarlah kita buat sesuatu yang lebih baik.. lebih mengeratkan silaturahimmmm  barulah nak bekerja pun best iyer tak??? angguk laju² kalau setuju.. sambil senyum (^____^)

Ni cerita dah hampir seminggu berlalu rasanya, baru berkesempatan nak buat entry.. hihihihihi... ini pun entry autopublish.. tuan tanah kedaung ada kerja luar 2 hari ni... jadinya moh layan gambar² ni...




Suprise... buat kak nani... special kek kami order homemade okkk.. sedapp bangat.. tengok gambar pun dah mengiurkan.. apatah lagi baru rasa sepotong... semoga kak nani (yang baju biru.. tudung biru) dipanjangkan umur dimurahkan rezeki ... dan sentiasa diberi kesihatan yang baik.. umo?? umo jangan tanya eh.. tekalah korang sini.. 







Sesi possing² nakal .. tak sah kalau takda.... bersama berstday girl... silalah jangan muntah layankan gambar² ni yer.. ni pun dah banyak tapis dah ni... kalau letak semua kot mau pingsan .. berjela gambar kat entri ni.
kak nani kawan sepejabat saya.. tapi lain² bahagian hihihihihi... lain bahagian pun masih lagi satu opiskan.. mestilah kami jadi kawan jugak.. kira macam kawan baiklah daripada mula masuk kerja.. kiranya dah 8 tahun kami kenal.






Disebalik tabir majlis.. dan antara mereka² yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk sesi suprise kali ni, saya yang sempat cadid.. kalah wartawan RAP tau kikikikiki ... sesi possing² ni kalau dibiarkan mau tak potong kek hahahaha ... ober tak?? ober tak??? ... sayalah tukang cadid tu.. suka momen macam ni spontan.. ada cerita di sebaliknya.... cara dan masa macam ni lah kami mengeratkan silaturahim .. walaupun kami ni daripada unit yang berbeza.





Bicara Hati : Nilai persahabat itu mahal harganya, menjadi seorang sahabat jugaklah adalah berat tanggungjawabnya.. moga menjadi sahabat yang baik dunia akhirat amin...

















Rabu, 6 November 2013

Suprise Pecan Butter Scotch



Layan gambar dululah yer.... kata suprise... nanti saya sambung ceritanya.. tuan tanah bizi ni... yang pasti kek ni sedapppp bangatttttttt ... mahu makan berhiris².. berkali²... kalau takda sapa tegur kikikikiki ...;p






Musim




Sana sini baca kawan² update anak² tak sihat, kesan daripada jerebu dulu agaknya... amir pun baru jer baik demam alhamdulillah.... 

Lepas amir baik anak buah pulak demam, rizqi (anak adik saya) .. cian rizqi demam, selsema dan batuk... rindu wan yer... lepas wan meninggaldunia dia demam ... ni masa kenduri last tu.. orang tahlil kami bawak dia pergi klinik sebab tu ada gambar amir... cian sangat kat rizqi dah tak selesa selsema... nafas pun dah berbunyi²... letih pun iyer agaknya dah mula meligat.

Baru ni mak bawak dia berurut, apa lagi menjerit²lah lah dia kene urut... barulah nampak sihat sikit.. kalau tidak kuyu jer mata tu... tapi masih meligat jugak....







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...