♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Ahad, 14 Julai 2013

Meriahnya Dengan Keletah Budak Peramah Ni



Ni kisah saya masa 1 ramadhan hari tu .. masa buka puasa kat rumah mak tu hari, sebab amir kat kampung kan .. malas nak meredah jem balik rumah .. jadi kami buka puasa siap² kat rumah mak, lepas tu barulah balik ....

Meriah dibuatnya bila amir melayankan keletah rizqi anak buah saya tu hihihihihi .. pada demam² dia tu .. masih jugak nak melayankan rizqi.. dah pandai borak, dah kenal orang ... tangan kaki siap bergerak² kikikikikiki ... dah macam mengayuh basikal gaya berceritanya.

mulut, tangan kaki semua bergerak seiring, geram toiii saya ...... dengan budak tembam ni 2 bulan dah 5kg lebih .. adehhh siaplah ibu koo nanti rizqi nak dukung masa raya...



Lepas kita orang buka puasa elokk jer dia tidur kikikikiki .. apa lagi, saya mekapkanlah dia .. pakaikan dia celak ... bulu kening halus kemain hihihihihi .... kan comel dah mekapkan kening tu  (^___^)



Semalam rizqi dah balik kampung, pergi rumah wan dia.. cepatnya masa berlalu dah nak 60 hari usianya ... seminggulah rizqi kat sana nanti.. barulah balik rumah mak balik.






Bicara Hati : Tak tahulah nak buka puasa ni, kat rumah sendiri ke.. kat rumah mertua....












Sabtu, 13 Julai 2013

Ciri - Ciri Pada Anak Dan Diri



Sajalah nak kongsikan malam hari ni .. korang anak nombor berapa??? 
Saya Anak sulung, tapi .. kalau jumpe sedara mara dulu masa arwah adik ada.. saya ni tak macam anak sulung pun.. orang kata macam anak kedua.. sebab badan saya ni tak besar dan gagah perkasa kikikikikiki ... dan takda ciri² pemimpin kot huhuhuhuhu .. tegas, tegas ada.. sampaikan kat opis pun orang gelarkan rimau kikikiki .. padahal tak garang pun sukati dia orang jer.. nak bagi gelaran.






Photo: Ramai tanya Pakar Diari Hati (PDH) tentang perwatakan anak, ini saya kongsikan. Yang baik kita ambil, setiap anak berupaya mengubah perwatakan menjadi lebih baik setiap hari :)

TANAH
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang menghargai kebendaan, keras hati, sabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

(JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING)
Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sebar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.

AIR
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

(JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH)
Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.

API
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

(JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

ANGIN
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

(JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.

P/S: SIFAT-SIFAT yang dinyatakan ini bukannya RAMALAN NASIB. Tapi ianya diakui sebagai FAKTA SAINS yang membuktikan, perihal manusia. Tolong jangan sempitkan fikiran anda. Terima kasih! Silakan SHARE. :)

Oh yea, anda anak yang ke berapa? Nyatakan dalam komen. PDH anak ke-2!!! ♥








Petua Sakit Kepala






Petua Rawatan Islam Untuk Sakit Kepala

1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali) 

2. Baca Ayatul Kursi (3 kali) 

3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali) 

4. Baca Surah Al-Falaq (1kali) 

5. Baca Surah An-Nas (1kali) 

6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali) 

7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)





NOTA: Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit, tapi kalau dah berhari-hari tak baik.. pergilah jumpa doktor cek bertanya pada yang pakar.



Bicara Hati : Selalu sakit kat bahagian depan kepala, saya tension rupanya baru tahu huhuhuhu.... lagi-lagi waktu lepas kerja atau panas terik, hubby pulak selalu sakit kat tengkuk orang kata itu tanda nak kene darah tinggi ... mintak dijauhkanlah hendaknya.











Jumaat, 12 Julai 2013

Rezeki Dalam Menulis Blog



Orang kata jujur dalam menulis, orang lah kata ... sapalah saya nak cakap kan, dah lah baru nak bertatih² dalam dunia blog ni .. blog picasan yang UV pun tak menentu hala turun naiknya kunjungan .. tapi saya bersyukur sebab dah mula ramai kenal kawan dalam dunia blog ni.


Bila makin ramai kenal, bila makin banyak blog saya bw jadi banyaklah jugak ilmu² baru saya tahu, dulu masa mula wujudkan blog korang tanya apa.. korang cerita apa pasal nuffnang sungguh satu hapa pun tak paham, kalau korang cerita pasal BE atau pasal CPUV lagi lah tak paham .. tapi bila dah masuk tahun ketiga menulis ni barulah saya paham itu semuanya, barulah saya mula berjinak² nak amik tahu (sebab masa free jer boleh google cari info) .. alhamdulillah .. tahun ni barulah mula rezeki dalam dunia blog ni, orang lain dah berkepuk² dah .. takpa biarkan orang lain, janji kita usaha dulu ... biar lambat janiji akhirnya merasa jugakkan.




Alhamdulillah .. ada lagi CPUV baru daripada Sunsilk CnF , Ford MCA Launch (JUL) dan KL Sogo Raya 2013 Online yang paling baru .. tak nampak lagi masa bila menarinya, dah jangan korang kata kita berlagak menunjuk² pulak yer.. jauh sekali nak bermegah² .. yang sebenarnya saya sendiri pun terkedu .. sekali dapat bederet² macam ni dalam seminggu... dalam tengah tepu nak mengarang ni ... dalam tengah serabut macam² nak pikir ni... tolong... tolong... sapa nak taipkan entry.


Kalau korang nampak iklan tu menari-nari kat blog ni dan nak tahu apa infonya korang klik yer...  iklan RHB tu earning dia dah tak bergerak nak kredit agaknya sebab iklan Kanebo Kate ss Collection berebut-rebut nak duduk kat tempat sama atas header tu waktu tengah malam sampai pagi, Iklan Coke Ramadhan tu selalunya kat bawah entry dia ikut sukati dia jer nak keluar bila-bila tapi memang kerap keluar masuk berebut dengan Ford MCA Launch tu huhuhuhuhu.. iklan Sunsilk CnF ni pulak selalunya tengahri dok menari-nari atas bawah dan tepi .. tapi yang bagi bayaran.. tak tahu yang bahagian mana.... sebab semua pun dok menari serentak.



Tips yang saya buat untuk dapat cpuv ni cuma satu jer.. saya tak putus asa menulis, saya belajar macam² daripada kawan² blog jugak ... dan saya menulis bukan untuk duit, tapi ... kalau ada rezeki daripada nuffnang itu jadi semangat buat saya untuk menulis.. sudahnya bila banyak² macam ni ... saya kenelah tahu bila iklan² tu menari² barulah saya keluarkan entry autopublish, cpuv akan banyak earning dia berbayar bila kebetulan iklan yang sedang berkempen tu ramai pengunjung masa saya keluarkan entry hihihihihi .. terima kasih nuffnang.


Jangan lupa update serve dan bio blogger itu jerlah yang saya buat ... alhamdulillah ada rezeki, kalau korang tak dapat lagi .. cubalah gunakan tips² daripada blogger otai² .. mereka ajar macam mana nak menarik minat iklan² ni nak datang blog kita, saya pun belajar daripada mereka semua.... terkedek² baru belajar ... sebab baru nak mula aktif blog tahun lepas, tahun sebelum tu baru nak tahu.. menatang nuffnang apapun saya tak tahu huhuhuhuhu .... nak update entry sehari satu pun terkial²....






Bicara Hati : Macam tak percaya ramadhan uv naik mendadak² ... lebih 600 uv sehari, satu pencapaian yang luar biasa pada blog picisan saya yang selalunya nak cecah 500 uv pun tak pernah.













Petunjuk Dalam Mimpi



Korang pernah tak alami sesuatu mimpi sebagai petunjuk, yupsss.. ada orang kata mimpi cuma mainan tidur jangan percaya .. memang kita jangan terlalu taksub percaya... tapi ada jugak kebenaran dan kebetulannya mungkin itu sebenarnya peringatan buat diri kita sendiri tanpa kita sedar .. sebenarnya allah nak beri kita petunjuk.


Perempuan belum berpunya mimpi dipatuk ular : ada lelaki nak masuk meminang atau merisik.

Lelaki mimpi dipatuk ular : Ada seseorang dalam kalangan kenalan atau keluarga berniat buruk terhadap dia. dalam erti kata lain, tikam belakang lah.

Mimpi air atau banjir (yang berkaitan air) : Nak dapat rezeki.

Mimpi gunting rambut : Nak dapat susah

Mimpi barang kepunyaan sendiri hilang : Musibah

Mimpi orang lain atau diri sendiri berjalan tanpa baju atau menunjukkan kemaluan atau dalam keadaan aib sebegitu.: Nak dapat malu. 

Mimpi orang yang dah meninggal datang menjemput seseorang yang masih hidup. : Ajal

Mimpi selipar sebelah hilang atau putus : Salah seorang kenalan atau keluarga nak meninggal.

Perempuan mengandung mimpi bunga atau buah-buahan : Anak dikandung adalah perempuan.

Perempuan mengandung mimpi ikan atau lain-lain haiwan. : Anak lelaki.

Mimpi mengandung : Rezeki 

Mimpi daun kering atau daun segar jatuh ke arah anda : Rezeki

Bermimpi kehilangan tangan kiri : Akan kehilangan ibu.

Bermimpi kehilangan tangan kanan : Akan kehilangan ayah.

Bermimpi kehilangan sesuatu : Ditimpa kesulitan selama 1-2 hari.

Bermimpi kehilangan perhiasan permata :Akan sukses tanpa disangka-sangka.

Bermimpi kehilangan ayam : Akan kehilangan anak atau sanak keluarga.

Bermimpi kehilangan kancing : Akan disalahkan orang karena kita kurang hati-hati.


Yang saya highlight kan tu saya pernah alami, dah beberapa hari ni amir tak sihat dan demam panas ... sebenarnya allah dah bagi petunjuk .. tapi saya yang tak perasan .. minggu lepas saya mimpi kereta saya hilang, rupanya itulah petanda saya nak dapat musibah ... saya ingatkan sebab kereta saya kene sondol .. tapi saya heran .. saya mimpi lagi .. rupanya inilah petanda allahuakbar ... moga saya kuat hadapinya, cabaran dan dugaan besar buat saya .. tambah² lagi bulan ramadhan macam ni ....



Bicara Hati : Tak sabar nak balik rumah.








Khamis, 11 Julai 2013

Allah Tetap Bersamamu , Jangan Mudah Berputus Asa





Direnung, bait² kata² indah ini punya banyak maksud tersiratnya, Ya allah apalah ertinya baru di duga sekecil ini sudah tidak mampu menghadapi .... sedangkan ramai lagi yang punya masalah besar diluar sana... lebih hebat diduga dan diuji ... moga hati ini kuat hendaknya.


Mengharapkan agar ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sebelum-sebelumnya, agar dapat di lalui dengan sempurna ... 



Photo: -C-



Bicara Hati : Putus Asa Bukan Satu Pilihan, Moga Allah kuatkan Hatiku lagi ....




Hari Kedua Ramadhan





Alhamdulillah hari kedua puasa amir dah kurang panas, makin okk cumanya mata masih lagi kemerahan dan keluar tahi mata tu ... panasssss kalau keluar mata dia, dan sempatlah jugak suap dia bangun tidur pagi tadi...

Kami pun dah balik kerumah malam tadi, semalam sempatlah buka puasa kat rumah mak sebab amir kat kampungkan .. nasib baiklah hari ni amir dah tak berapa panas sangat, cuma merenggek² tak nak ketadika dia nak duduk taska .. saya okk sahaja .... 

Dah pesan kat pihak taska kalau ada masalah apa cepat² sms saya, risau jugak hati ni ... ubat demam dah makan, ubat batuk pun dah ... malam tadi tidur pun saya letak eyemoo kat mata.. hilangkan tahi mata dia tu .. panas dalam sangat²kan.. tuala basah memang kat kepala sahaja, mujurlah dia okk sahaja ... sebab kalau saya jerlum dengan air asam jawa dan beras mesti dia tak nak.

Terima kasih sangat² pada kawan² yang memberi nasihat dan doakan kesihatan anak saya, bukan saya nak meraih simpati .. atau apa, saya tahu ramai lagi yang lagi susah hati .. dan sengsara ... ini cuma luahan kisah hati saya sahaja .. janganlah salah paham ingatkan saya mintak simpati pulak ermmmmm ....

Ok jom layan video aktiviti amir masa ke masjid sebelum ramadhan hari tu .. anjuran pihak tadika seluruh kawasan sekolah berhampiran sekolah amir dan PERTIM saya tak reti nak upload video tu sebab daripada fb orang lain kan.. saya bagi link ni harap bolehlah korang tengok huhuhuhu ... saja abadi kenangan sebab tadika amir pun terlibat jugak, tapi kelibat amir saya tak nampak .. ramai sangat Liputan TV3 Siaran Langsung Program Gerak Serentak ke Masjid 2013




Bicara Hati : Rasanya musim demamlah sana sini, mak kata sekarang musim buah.. tu musim orang demam (tengah pikir ada kaitan ker??? mak² .. ada² jer... masalahnya satu buah apapun tak beli lagi baik durian, manggis atau apa² jerlah)








Rabu, 10 Julai 2013

1 Ramadhan Kami





Salam ramadhan buat semua kawan² pembaca setia blog ni, ya allah hari pertama nak sahur kami telah di uji .. bukannya saya lewat bangun sahur atau tidak sempat masak sahur, saya dah buat siap² nasi goreng cendawan malam tadi .... cumanya tiba².. bangun pagi tadi .. mata amir penuh tahi mata sebelah kanan, badan dia panas sangat² allahuakbar .. takut dibuatnya .. saya panggil² pun dia tak menyahut .. dia cuma menggeranggg jer....

Cepat² saya lap dengan tuala sejuk, cepat² saya letakkan eyemoo kat mata amir ... itu pun dia merenggek tak nak disentuh ... hubby teruskan sahur .. saya dah tak lalu dibuatnya, melihatkan amir dah piki nak cuti .. tapi ... hari ni tak boleh cuti selagi gaji tak siap ... huhuhuhuhu ... sudahnya hubby hantar saya pergi kerja, terus hantar amir balik kampung ... tengok amir pun dah okk sikit .. badan tak panas sangat .. mintak tolong mak jagakan dulu .. kalau melarat petang nanti baru pergi klinik lagi .. sebab ubat demam sebelum ni ada lagi .. saya pesan kat hubby suruh mak bagi makan ubat tu ....

Nampaknya rezeki amir nak berpuasa 1 ramadhan ni tak ke sampaian sebab dia demam, nanti dah sihat baru puasa yer sayang .... suara amir pun serak pagi ni .. memang tak dengar suara dia langsung nak bercakap.



Bicara Hati : Jadual Tadarus dah keluar, alhamdulillah dapat join lagi ... 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...