♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 13 Januari 2017

Gambar Mia Ahmad Nikah



Ada ni haaaaaaaaa .... fuhhh lama sungguh tak update blog, tup² update pasal artis muahahahaha .... Mohon jangan kecam Blog saya (^______^)v. Memamng sejak akhir² ni sibuk sikit ... boleh di katakan sejak setahun nilah ... agak bz dengan komitmen kerja yang baru ... Alhamdulillah sekarang dah makin serasi. Dah berlalu 2 minggu rupanya tahun baru 2017.

Sempena hari jumaat 13.01.2017 yang mulia ni nak ucap tahniah pada Mia Ahmad (walaupun dia tak tau pun blog saya ni... jauh sekali baca kot) maklumla.. blog suam² kuku. Moga ikatan perkahwinan Mia Ahmad dan Izham Tarmizi kekal hingga akhir hayat .... kenal mia berlakon dalam cerita Hati Perempuan sejak tu suka tengok muka dia.. cute je.. manja jer... dalam cerita tu berlakon okey .... paling suka adegan romantik tapi tak pegang tangan pun.. pandang mata je pun tapi dah rasa sweet,  walaupun ramai dokkk kecam kata kayu hahaha... lantak pi lahhhhhh ... suka² tengok dia berlakon itu jer ... belulahhh tahap meroyon sampai hal peribadi pun nak amik tahu.

Jom la layan gambar² pernikahan Mia Ahmad daripada ig Mia Ahmad. Walaupun diri ini tak di jemput muahahaha (ko bajet mia kenal ko hahahaha ....)



















Tahniah Mia Ahmad .. tak sabar nak tengok baju sanding esok 14.01.2017.



Bicara Hati : Ikatan perkahwinan ialah satu titik permulaan hidup baru dalam perkongsian hati dengan orang yang kita sayang, usahalah dalam perkahwinan mencari persefahaman dan cipta kebahagian dengan cara kita sendiri disamping mencari Redha Ilahi, jangan cari persamaan tapi wujudkan keserasian .. moga akan ada persefahaman antara satu sama lain.




 


Rabu, 15 Jun 2016

Melepasi Tahap 10 Tahun Yang Penuh Ujian



Entry yang patut di publish 1 Ramadhan tapi kelupaan untuk letak autopublish, jadinya hari ini sahajalah kita publish mihmihmih...... Rindunya zaman ligat berblogging dulu ... kalau boleh sehari sampai 3 entry, sekarang hadoilah .. sebulan sekali pun payah nak ada entry baru.


Tapi takpalah ramadhan ni rasanya rajin sikit selit² mengarang entry hihihihi ..... kat opis macam biasalah bila ramadhan mesti ada tadarus .... rajin dengan rajin je lah nak joinkan. Petang pun takdalah balik awal .. balik cam biasa jugak pukul 5, lepas tu balik memang melintang pukanglah... masak.


Oklah tu intro rindu²an sikit, sebab dah lama menyepikan... korang rindu tak masya membebel kat blog, sebenarnya satu ramadhan kali sangat istimewa buat kami 06.06.2016 adalah anniversary kami yang ke 10 tahun. Alhamdulillah dah 10 tahun rupanya melayari kehidupan berumah tangga. Rasa bersyukur sangat² dengan apa yang diaturkan... alhamdulillah punya suami yang tidak punya banyak kerenah.. dan dikurniakan anak yang sangat cerdik dan soleh. Sambutan takda yang istimewa pun.. macam biasa sahaja lagi² ramadhan ibu masak makan jelah 3 beranak kat rumah. Tapi.. ni nak kongsi sikitlah kisah sebelum ramadhan ritu.... dah pergi aeon mall shah alam yang baru .. saje jalan² amirkan cuti sekolah dengan hubby, ibu pun cutilah kemas apa yang patut kat rumah sebelum ramadhan dan saja luangkan masa dengan dia orang tu cuti tu.
Moh ler layan gambar kami .... (^_____^)v




Asam pedas laksa .... giler bau kuah ikan dia kuat sungguh.. mengodaN tekak nak merasa mujo sedap...







Amir layan makan roti sosej ..... sukalah dia ibu dia cuti dapat jalan².








Alhamdulillah 10 tahun bersama, sama² membesar kita yer mihmihmih... moga suamiku sayang tak pernah jemu melayan kerenah isteri ini mihmihmih .... semoga kami semakin matang dalam melayari kehidupan berumahtangga, merajuk  .. marah itu biasa asam garam dalam kehidupan ... kerana disitulah manisnya perhubungan.















Orang kata bila dah sampai tahap 10 tahun ni .. dah lepas semua dugaan dan ujian dalam berumahtangga .... itu orang kata, pada aku pulak selagi hayat bergelar suami isteri selagi itulah ada ujiannya ... moga kami sentiasa kuat menghadapi apa jua ujian.

Hadiah tahu ni ... hadiah gunasama namanya ... muahahaha .. dah kenapa semua barang letrik nak jahanam ni :-


v



v




v




v



v





Mesin basuh baru ... masih setia dengan panasonic, yang lama dah jahanam ... melingkup dah tak boleh repair ... motor dia dah tercabut .. senget dah mesin basuh dalam tu tak boleh berpusing huhuhuhuhu ..... mengeletorrr ler hubby keluarkan duit nak bayo mesin baru (^___^)v Harap² yang ni bertahan lah sampai 10 tahun lagi mihmihmihmih ......




Bicara Hati : Syukur dengan apa yang Allah s.w.t berikan. Amin.









Isnin, 14 Mac 2016

Menjelang Anniversary ke-10 : Hadiah Kawin Paling Berjasa



Lamaaaaa .. masya menyepi kan , macam membawa diri je mihmihmihmih .... bukannya membawa diri yer jangan salah paham. Cuma Sekarang ni masa terhad sikit nak mengarang entry .. kalau boleh sehari nak jeee publish 3 entry macam dulu ... atau pun sehari satu entry .. tapi sekarang ni kalau seminggu sekali pun dah syukur sangat ... apatah lagi kalau sebulan satu entry aduhhhhhhhhh parah sangatkan. Seyes rindu sangat nak bw kengkawan... kadang tu sempat baca jer laju² tak sempat pun nak komen.... sob sob .. sobb.... sampai terlupa nak publish entry akhir bulan lepas .. tahun ni special sikitkan bulan februari ade 29 hari.

Kemain tajuk entry kali ni kan ... tu dia.. sadis sangatkan .. lagi beberapa bulan je lagi nak menjelang anniversary kami yang ke-10 mihmihmihmih .. orang kata ini adalah fasa kedua yang mencabar untuk dilepasi selepas fasa pertama pada tahun ke-5.

Sebenarnya aku cuma nak cerita hadiah paling berjasa masa kita orang kawin ialah periuk nasi ni mimihmihmih ....


Kalau tak silap aku periuk nasi adalah dalam 4 kot kita orang dapat masa kawin dulu .... 3 yang jenis macam ni... 1.8L tapi jenama lain² dan ada satu besar.... besar dia melebar ... bukan yang tinggi tak hinggat untuk bape liter tapi arwah dah besar tu.. rosak sebab jarang guna.. tetiba nak guna dah tak boleh hidup nak masak .. ntah kenapa ntah majuklah tu. Semua hadiah periuk nasi pun kita guna ... tapi yang ni (yang gambar atas ni) special sikit paling berjasa sebab aku guna setiap hari untuk masak (^______^)v 10 tahun kooo berjasa ... daripada mula pindah rumah dulu.. sampailah pindah balik kampung ku bawak. Baru² ni je dia buat perangai .. tak boleh nak on cooking .. dokkkk lah kat warm je uwarrrrrrrrrr ko dah kenapa 10 tahun ko hidup penat dah eh, aku pulak pesen pakai barang letrik ni selagi tak jahanam .. selagi tu tak beli yang baru.


Sebulan jugaklah merana guna periuk masak kat api gas tu, dah lama tak guna koooo memang lupe nak kawal api tu ... adalah kadang tu tergaring kuikuikuikui ... somi kita pun jadi naya nak masak guna gas tu ... dah terbiasa masak guna periuk letrik ... jadi somi bagilah hadiah periuk nasi baru .... macam kat bawah ni ...

v



v



v


v


v


v






Kebetulan ada offer kat aeonbig bukit rimau somi kita belikan lah periuk nasi ni 2 minggu lepas kalau tak silap masa hari wanita tu ari cuma RM 59.90 jer .... semalam pergi lagi tengok harga dah lain dah ngeeeee .... dah selamat rasmikan pun minggu lepas .... teruja jugak lah guna yang baru ni ... sebab dalam dia jenis tak berkerak, anti melekat orang kata warna yang gelap ala² macam kuali ajaib tu .... lepas ni bolehlah masak nasi ayam, nasi tomato dan nasi minyak dalam tu jer... hamboi kemain poyo kan statement nak masak tu hahahaha ....

Yeahhh semangat memasak datang kembali ... tq hubby belikan periuk nasi baru, kalau tak rosak tak merasalah periuk baru kot .... blander pun baru je jahanam ni.. hadoilah masya ko ni kan... ada je barang letrik yang rosak yer... dah 10 tahun kot macam tulah ... memang mintak baru. Kita tengoklah sampai bila pulak hayat periuk nasi ni.




Bicara Hati : Sterika yang guna sekarang pun hadiah kawin jugak dah masuk 10 tahun dah .... ngeeeee ;p















Selasa, 12 Januari 2016

Tahun Kedua : Sesi Persekolahan Di Sekolah Dan Pengalaman Baru Buat Amir Hazim



Alhamdulillah tahun ni dah tahun kedua amir hazim sekolah rendah, ini maknanya dah darjah 2 ... ibu tengah biasakan diri dengan jadual sekolah amir yang bertukar sesi sekolah agama waktu pagi dan sekolah rendah kebangsaan waktu petang ... confuse jugaklah 4 hari ni asal nak bagi baju pakai waktu pagi mihmihmihmih .... 


Oleh kerana jadual sekolah agama amir pagi, jadi sekarang ibu lah amik alih untuk menghantar amir pulak .. kalau tahun lepas amir pergi sekolah dengan hubby jer .... waktu keluar rumah masih sama.. cuma bezanya kenalah amir ikut ibu pergi rumah embah dulu hantar barang² untuk sekolah nanti dengan baju kemudian barulah ibu hantar amir pergi sekolah.


Bila dah tahun kedua ni dah takdalah masalah sangat dah ada pengalamankan berbanding tahun lepas.. cuma sekarang sekolah agama tak boleh bayaran yuran waktu pembelajaran hari pertama kena bayar waktu 11 pagi hingga pukul 2.00 petang iaitu sesi balik dan sebelum waktu belajar bagi pelajar petang masuk pfttt pasrahlah mak kooo mir kena bayar kul 11 tu mujo sorang kalau 4 orang, mau 4 kali beratur mihmihmih ... ;p



Putera yang tegas, cermat, bijak dan teliti itulah satu²nya putera ibu .. maksud disebalik namanya. Dah takda nak berdrama pagi hari buat masa ni masih bersemangat lagi ... sebab dah lama tak sekolah rindu kengkawan lah tu .. tu semangat lebih.


Balik² daripada sekolah amir pagi tahu sekolah kebangsaan dia kena jadi ketua kelas .. mulalah aku pasrah kena dengar dia bercerita takmoo jadi ketua kelas ... masih lagi kedengaran jugak keluhan² dia minggu ni kena angkat buku cikgu .. kena suruh kawan dia .. amir penat sangat ... hahaha.. macam² lagilah dia membebel aku layankan je lah.. sebab amir memang rapat dengan aku pun kalau ada masalah berbanding ayahnya.


Sesi pembelajaran pun dah bermula .. maklumlah jadual waktu dah terima .. boleh dikatakan seminggu lebih sekolah ni .. lepas dapat buku aktiviti .. memang banyak je kerja sekolah dia setiap malam .. sebab tu masa cuti hari tu hubby bagi dia kebebasan sikit tak mendesak sangat cuti sekolah baca buku. Kemain kan.. cuti sakan ... mendapatlah dah sekolah ni memang balik penat, malam ngaji .. lepas siap kerja sekolah .. pukul 10.00 malam paling lewat tidur.



Bicara Hati : Mujo buku teks semua dah siap balut, tinggal buku aktiviti je belum balut lagi .... Dah mula sekolah ni, mulalah jadual masak aku semula di pagi hari hihihihi 























Rabu, 6 Januari 2016

Tahun Baru Kami


Dah plan dalam kepala 3 hari cuti tahun baru memang tak kemana sebab nak fokus kemas rumah dan persiapan sekolah amir isnin nanti.. jadi taknaklah cuti 3 hari yang tinggal masa tahun baru tu penuhkan aktiviti nanti takut amir kepenatan pulak nak ke sekolah. Korang jangan tak tau malam tahun baru tu amir dah tido sebelum habis berita lagi .. memang takda maknanyalah kami nak tengok bunga api.. jadi mari tonton tv sahaja mihmihmihmih.

Petang tahun baru tu adalah keluar jugak pergi taman alam impian main belon jer pun... sebab pagi tu aku kemas rumah je.. lagipun jumaatkan masa terhad kalau nak keluar kemana.

Esoknya lagi sakan aku kemas rumah segala langsir semua bukak ... karpet semua anto basuh kat dobi layan diri .. jimat masa.. wangi pun wangi ... karpet biasa je pun rumah tu.. bukan ada karpet turki pun ... kalau karpet turki memang tak bolehlah basuh kat dobi layan diri... puas rasanya hati dapat tukar langsir baru (opsss bukan langsir baru.. langsir sedia ada jugak cuma tukar² yang bilik pulak letak luar .. yang kat luar letak kat bilik kihkihkihkih) .. tu yang hutungnya rumah hubby buat tingkap bilik sama besar sama banyak dengan ruang tamu .. jadi pusing² langsir tu jugak.. bukan orang tau pun.


Tapi kan.. pada² seronok dan teruja mendobi tu... ada yang sedih jugak.. masa kami nak balik rumah tetiba kereta kena sondol dek motor aduhhhhhh .. masa² ni lah pun nak berkiyumnya huhuhuhu .. sedih sangatlah jugak... mujolah montot yang berkiyum kalau yang depan lagi haru wehhhhhh ..... pasrah ler aku bawak kereta macam tu.. mujo masa kejadian hubby yang bawak. balik tu hubby betulkan bonet belakang tu.. mujo boleh sambung .. tak kena cermin kereta.. kalau tak memang naya lahhhh .... (^___^)'





Hubby pujuk hati .... takpalah nanti tak yah bayar duit kereta.. betulkan kereta je.. akhir bulan ni.. kita orang memang bayar lebih duit kereta selama ni ... kita orang tak report pun .. tengah berkira² nak mintak ganti rugi ... kat kampung masa kena sondol ni.. aku dah le lapar masa tu.. siap beli lauk nak makan ... bila jadi camni .. terus tak lalu makan ... mengeletar terkejut huhuhu ...




Bicara Hati : Bukan hari ni hari tanpa kata ke?? alah.. aci bebel jelah ye.. dah lama tak meluahkan perasaan ni.








Rabu, 30 Disember 2015

Prestasi Merosot Tahun 2015



Aku tak tahulah apa punca utamanya blog ni makin merudum ... mungkin salah satunya sebab faktor waktu sekarang dengan kekangan kerja jadinya rehat memang takda masa nak menjengah kengkawan punya blog.. asal rehat mata ni kuyu je mau tidur ...  kadang baca sekali lalu jer.. tak sempat nak komen .... lagi² sejak cpu masuk hospital hari tu.. segala format² data ... semua hilang ... memang mood menulis blog pun terus hilang.

Aku rasa entry paling sadis tahun bila tak cecah 50 entry pun sepanjang setahun ni ooooiiiiii memang haru betul ni, yang ini pun entry pertama bulan disember 2015.







Dan rasa bersalah lebih² bila mood kelaut nak menulis cpuv blog datang mencurah².. ya allah rezeki apakah ini?? nampaknya kena gigihlah aku menulis blog lagi .. sebab cpuv yang datang ni macam satu penghargaan dan pemberi semangat jugak ... rasa macam bersalah pulak bila ada iklan datang ke blog kita tapi kita tak buat entry baru .... memang syilling² jerlah hasilnya kan .... sebab takda entry baru .. harapkan entry popular je lah orang dok google datang jenguk blog.







Sepanjang tahun ni jugaklah paling banyak aku cash out, 4 kali tu hahahaha .. kiranya satu pencapaian baik jugaklah buat diri ni pada tak sempat nak mengarang entry baru .. tapi masih ada cpuv ..... walaupun tak sempat buat entry baru .. tapi sempat jer cash out nuffnang hahahaha ... asal dah boleh cecah nak cash out .. amaun takdalah riban² pun ... sebab aku memang kategori tangan gatal sikit .. cepat je nak cash out .. takdanya nak tunggu lama. hahahaha ..... 





Akhir sekali terima kasih sangat² pada kawan² yang bertanya kabar .. ada jugaklah yang aku dah terpublishkan .. sepanjang aku jarang ada entry baru ni .. sorry sangat² kalau korang lalu lalang dok masih entry lama .. takda perkembangan baru. Sebenarnya aku banyak update kat ig je sekarang .. tu yang bila nak mengarang entry amik masa sikit mihmihmih .... (^____^)v Terima Kasih sekali lagi yer ...









Bicara Hati : Selamat Tahun Baru, moga tahun 2016 memberi sinar yang lebih baik berbanding tahun² sebelumnya ... Insyaallah ....

























Jumaat, 20 November 2015

"8th Anniversary GiveAway!".



Mihmihmihmih ... rindu kt eh cik sue .... memang banyak benda nak cite kat blog tapi kekangan masa sangat² sekarang nak menaip entry aduhhhh camnelah nak buat tu ....

Tapi sebagai tanda sokongan dan nak jugak kulit gebu cam cik sue.. saya join giveaway ni .... happy anniversary awakkk.. moga kekal hingga jannah .. Amin ... (^____^)v








Giveaway ini akan berlangsung daripada 20.11.2015 hingga 25.11.2015 11:59 malam.







Khamis, 22 Oktober 2015

Erti Penghijrahan



Alhamdulillah selamat tahun baru semua ... maknanya kita dah berada di tahun baru hari ni ikut kalender islam .... iaitu Bulan Muharram.


Korang pernah tak cuba atau paham apa beza bulan muharram ni dengan bulan lain, kenapa muharram di pilih sebagai permulaan tahun baru dalam islam... kenapa bulan muharram bulan yang istimewa salah satunya bulan yang dilarang melakukan perang ..... selain kita di galakkan berpuasa, Oklah kita kongsikan sikit yer ilmu yang kita tahu ni ... kalau ikutkan maalhijrah ni ialah perpindahan nabi muhammad dari kota mekah ke kota madinah .. tapi yang sebenarnya perpindahan tu / penghijrahan tu berlaku bulan rabiulawal ... Bukan bulan muharram ... tapi sahabat baik nabi yang telah mengkaji dan dipersetujui oleh nabi memilih bulan muharaam sebagai permulaan awal tahun hijrah kerana selepas bulan umat islam mengerjakan haji .. iaitu pada bulan zulhijjah .. simbolik sangatkan maksud tersiratnya.... jadi kita sebagai umat islam ni .. kenalah paham maksud sebenar kenapa awal muharram di pilih sebagai tahun baru hijrah.





Alhamdulillah hari ni pulak dah hari tasu'a esok hari asyura .... selamat berpuasa pada yang berpuasa hari ni dan esok ... moga apa yang dihajati akan di makbulkan. Aminnn.....




Bicara Hati : Rindu bubur lambuk asyura .. alhamdulillah semalam dah dapat makan, orang surau hantar ke rumah. 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...