♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 9 November 2011

Home » , , » Coretan Raya Haji - Episod 2

Coretan Raya Haji - Episod 2

Assalamualaikummm Semua.....

Ok kite sambung coretan semalam... kali ni episod ke-2 pulak hahahaha... dah macam drama bersiri lah pulak kan.. kan.... episod yang kedua ni agak panjang sikit.. jom layan....

Lepas berkumpul dekat rumah pak mertua... kami kerumah Buyut amir pulak.. iaitu mak mak saya hihihihi.... sambung makan² .. borak² dengan sedara mara.. maklumlah lame tak jumpe dan berkumpul macam ni.. akhir sekali berkumpul masa raya hari tu.. borak punyer borak.. sampai lupe nak ambil gambar huhuhuhu.... menu special rumah embah mestilah pecal.. kuah kacang terbaikkkk dari embah. menu lain rendang masak minang memang superrbbb sedapp....

Macam sakan jer raya haji ni... sebenarnya takdelah sesakan raya aidilfitri.. raya haji ni kami memang suke ziarah menziarahi sedara mara yang tak sempat ziarah mase raya aidilfiti.. kalau tak raya pun ziarah jugak.. cume bile raya ni rasa syahdu lain macam sikit.. selain tu bawaklah jugak juadahkan.. berkumpul makan ramai².......




Lepas solat zohor kami sekeluarga bergerak kerumah pak cik pulak dekat Kota Damansara... ni adik beradik abah.. ini jerlah seorg adik lelaki abah... satu emak satu bapak.. pak cik dah lame sakit... dekat 9 tahun.. alhamdulillah.. tahun ni dah beransur pulih.. dah boleh bangun sendiri cume.. belum boleh berjalan jer.. urat² saraf dkt betis dah kejang lame tak berjalan.... dah boleh duduk dekat kerusi roda oklah tu kan.. daripada dulu terlantar jer dekat atas tilam...




Begitu tabahnya mak cikku ini.. 9 tahun menjaga suamimu yang sakit... tanpa mengira penat lelah... semoga Allah sahaja yang akan membalas budi baik mu itu.... bayangkan dengan anak yang masih kecil waktu itu.. lebih kurang 3 tahun seusia amir sekarang.... masih memerlukan kasih sayang dan perhatian ibu ayah.. mak cikku terpakasa menjaga suami yang sakit.. anak yang memerlukan perhatian, makan, minum, susu.. semua dilakukan sendiri... sentiasa tersenyum  walaupun dalam hatinya tiada siapa yang tahu perasaan sebenarnya...




Bayangkan sekarang umur anaknya dah 11 tahun.. walapun nana cume anak angkat.. tetapi mak cik menjaganya seperti anak sendri.. sekarang dah membesar bolehlah diharap.. nana pun jenis berdikari sejak dari kecil mungkin sebab memahami kepayahan ibunya membesarkan dia... maka dia pun kelihatan lebih matang daripada usianya...




Walaupun makcik sibuk.. tapi masih ade mase nak bercucuk tanam.. tengoklah hasilnya.. makcik memang rajin.. lepas tu kalau menanam mesti pokok tu subur hidupnya.. orang kate untung kalau berbudi dengan tanah ni kan.. hasilnya boleh dituai...





Banyak lagi pokok, dekat sebelah tu ade 4 pasu pokok cekur (kencur bahasa jawanya) kalau nak membeli memang mahalkan.. kalau tanam ni.. dapatlah jimat duit sikitkan.. tak payah nak membeli... bagusnyalah makcik saya ni... selain tu.. dia pun duduk rumah jaga anak orang tau.. jadi adelah sumber pendapatan sikit.. lagipun nana dah besarkan... dah boleh diharap...




Kami balik dulu yer.. moga dipanjangkan umur pak cik.. dapatlah kite berjumpa lagi... nampak tak disitu.. begitu kuat digagahkan diri untuk melihat kami pulang.. gambar ni saya ambil dari bawah fokus sikit sebab pak cik duduk tingkat 4, tinggi tu....

1 ulasan:

fieda berkata...

besor pahala makcik tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...