♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 9 Mac 2012

Saya Nak Tudung Bawal

Assalamualaikumm Semua..

Mood nak join berkobar² walaupun jarang menangkan hihihihihi....  
Jomlah join ramai² klik kat gambar tu....

1. buat entry tajuk: saya nak tudung bawal
2. letak gambar diatas dan link kan ke entry ni
3. follow blog ika
4. tinggal link anda kat ruangan komen
5. siap! tunggu keputusan

tarikh tutup: 23. mac. 2012

Hitam² Sitampok Manggis

Assalamualaikum Semua....

Kisah malam tadi masa nak tido.... untuk yang kesekian kalinya...
Situasi berlaku... bile amir kata dia tak boleh nak lelapkan mata nak tido hihihihi... amir biaserlah dari kecik sampailah besar.. memang akan tidur dengan ibu... nak makan nak minum susu pun nak ibu.. tepuk² montot tu barulah nak tido...dah nak masuk 4 tahun pun masih macam tu... takde adik lagi oklah kan...kalau ade adik haru biru ibu huhuhuhu....

Ok.. sambung balik.. malam tadi biaserlah bile nak tidur jer amir pun guling² kat toto kat depan tv, buat muka mintak perhatian nak susu... muka manja.. siap kiss² ibu.. cakap.. amir sayang ibu.. sayang sangat huhuhu.. manelah tak cair hati ibu inikan.. perangai sapelah yg diikutnya tu.... pandai betul nak ambil hati ibu ni kan...

Bile susu dah siap, ape lagi sambil baring... amir hisap susu.. ibu pun ajaklah amir borak²... itu dah memang rutin kami.. tanya apa yang amir buat kat rumah ibu shima (nama panggilan pengasuh amir).. makan ape?? nakal x hari ni... gaduh dengan adik² tak??? lepas tu boleh pulak tanya ibu.. ibu cuti kan esok?? yeahhhh... ibu ade kat rumahhh....... macam² jerlah amir ni... kalau ibu asyik cuti jer... mauuu boss ibu jeritt marah macam rimau...

Habis jer hisap susu.. ibu akan suruh amir baca doa tido.. alhamdulillah.. doa tido pun amir dah hafal... senang hati ibu.. malam tadi sajelah amik² gambar konon² takmo bagi amir layan kartun mr.bean kat handset.. lepas tu ibu saje jer.. menyakat amir.. eh² nape gambar amir ni nampak gelap.. amir dah hitamlah... hihihihihi... amir siap cakap mane ade hitam.. amir tak hitamlah.. amir ok jer... amirkan anak ibu... putih macam ibu... huhuhuhu.. siap buat muka sedih.. yang kelakarnya berulang² kali amir guna jari telunjuk kesat kat muka sambil tengok jari tu balik.. mane ada hitam.. katanya.... tergelak² jer ibu dibuatnya....

Takpe hitam² sitampok manggis.. sungguh pun hitam dipandang manis.. muka hitam takpa.. jangan hati yang hitam tau... (^___^)v sayang anak ibuuu muaaahhhh... muaahhhhh.... malam ni kite tidoo kampung tau... esok ibu keje amir duduk dengan embah...

Sebelum tido sempat lagi makan coklat tu... lepas tu jangan haraplah boleh tido teruskan haruslah berus gigi dulu kan.... memang jenuhlah nak kene pujuk ajak berus gigi tu.... kalau ikutkan memang takmoo bagi makan coklat sesangat sebab gigi amir pun dah mula rosak.. tapi itulah makanan kegemaran dia.. sebab masa mengandung un saya suka sangat makan coklat huhuhuhu.......

Khamis, 8 Mac 2012

Khasiat Param Beras Kencur

Assalamualaikum Semua.....

Kan saya ada cerita yang saya sakit² kaki .. alhamdulillah kaki ku dah sembuh sekarang..sihat walafiat.. boleh lari laju² hahahaha.... hoyeaahhh.. opss.. terlebih kegembiraan sudahhh hahahahaha....

Saya tak pergi klinik pun.. macam mane nak pergi ade jer sebab² yang tak dapat dielakkan.. sudahnya tibe² dapat idea nak sapu bende alah kat bawah ni....ape lagi bermulalah sesi melumur dikaki hihihihi.. bau jangan cakaplah korang yang dah pernah guna masa dalam pantang mesti tau kan.. macam mane bau dia.... ;p

Param Beras Kencur

Biasernya param ni orang gunakan masa dalam pantang jer lepas bersalin.. Ini pun sebenarnya lebihan saya guna dulu masa dalam patang hahahaha hampir 4 tahun yang lalu beli banyak sangat sampai sekarang tak habis² guna tinggal 2 bungkus ni jer..

Banyak khasiatnya tau.. maklumlah dalam pantang kite ni tak boleh sejuk nanti bentan orang tua² cakap.. sungguh pun saya bersalin operation tapi saya masih berurut, pakai param, pilis dan minum jamu.. tapi minum jamu tu dah lps 40 hari hihihihihi.. sbb masa dalam 40 hari bidan tak galakkan saya minum takut panas badan, takut tempat operat tu merekah, jamu pun beli 2 bekas jerrr sampai amir umur setahun minum tak habis² haru betull.. ;p

Param ni selalunya saya lumur kat badan belakang.. sapa yang jadi mangsa untuk buat mesti mr hubby kan.. sebab dia jer yang sampai.. tangan saya mane sampai nak sapu kat belah belakang badan... mmg segarr dan ok... lepas sapu.. alhamdulillah tempat cucuk bius dulu pun dah ok.. takdelah sakit² lagi.. cuma saya tak boleh sangat nak baring kat toto ataupun simen.. mesti sakit² belakang tu datang balik...

Sebab kaki saya sakit baru² ni.. habis saya lumur param ni kat kaki.. hasilnya saya dah boleh lari sekarangg hahahaha.... buat sekali jer.. memang mujarab... berbaloi² dan tak payahlah saya pergi klinik hihihihi... itulah saya kata badan saya ni manja.. nak pergi SPA sebenarnya.. tapi duit pulak tengah banyak nak guna sekarang ni... hahahaha.. x dapat pergi SPA sapu param beras ni jerlah kat rumah... (^__^)v.

Lupe nak bagi tahu cara membancuhnya mestilah menggunakan air panas/ air suam... jangan guna air sejuk... nanti tak dapatlah hasil yang baik... rasanya korang lagi pandai kan kan....

 

Cara Nak Mendapatkan Bayi Perempuan

Assalamualaikum Semua.....

Sejuknya pagi ni hujan selebatnya dari semalam tak berhenti².. perkhabaran yang tak baik berlaku kat selangor ni huhuhuhu.... macam² tengok berita tadi.. takziah buat keluarga mangsa... semua yang berlaku ada hikmahnya. mungkin kite sebagai manusia mudah lupa diri...

Oklah... saya pernah janji nak kongsi cara² nak dapat bayi perempuan dalam entry kat sini. Eh² kenapa saya buat entry baby girl dulu.. tak buat entry baby boy sebab.... saya nak dapat baby girl pulak hahahaha.. jangan mara ....
 
Jom Baca : -

  • Anda dan pasangan perlu melakukan hubungan seks beberapa hari sebelum tarikh pengovuman.

  • Biarkan suami mencapai klimaks dahulu...

  • Bagi yang mengamalakn kaedah perancangan, berhenti 4 hari - 5 hari sebelum tarikh pengovuman kerana ia dapat mengurangkan peluang sperma tiba dahulu pada telur.

  •  Anda dinasihatkan melakukan aktiviti seks pada waktu petang.

  • Anda dinasihatkan untuk makan lebih banyak ikan selain minum lebih banyak susu dan produk tesusu yang lain seperti keju dan yogurt. Selain itu, mengamalkan makan sayuran hijau seperti bayam dan brokoli.

Selamat mencuba.. ini cuma cara² jer.. yang penting kite kenelah berusaha dan bertawakal.. semuanya kuasa Allah s.w.t. Saya cuma kongsikan dengan kawan² yang tengah merancang nak dapat baby girl.. macam saya lah tu hihihihihi... sebenarnya tak kisah sangat pun jantina ni.. yang penting baby sihat dan sempurna... tu pun dah bersyukur.. (^__^)v

 sape pulak baby girl ni.. hihihihihi.. comeyy tak??? comeyykan.. perasaan jer.. ini gambar saya.. abah amik masa saya baru pandai meniarap.. abah amik kat studio, dulu manelah ade kamera canggih² macam sekarang ni.. nak beli pun tak mampu hihihihihi... ;p ini jerlah satu² gambar masa masih baby yang saya ada....


Ok esok² saya sambung balik entry macam mane nak dapat baby boy pulak (^__^)v kalau kawan² ade cara lain nak dapat baby girl.. kongsilah dengan saya kat komen ni.. terima kasih semua...

Rabu, 7 Mac 2012

Ada Teratak Dihujung Kampung

Assalamualaikum Semua....

Hujung minggu baru² kami macam biaserlah pulang ke kampunggg yeaahhh.. amirlah orang yang paling suka sebab jumaat malam sabtu tidur rumah mertua. Dah lama tak tidur sana kan... kebetulan hujan malam tu jadi tidurlah rumah mertua sebab malas dah lewat² malam nak balik rumah mak saya....

Esok paginya barulah kami anak-beranak balik rumah mak saya.. tak jauh pun rumah mertua dengan rumah mak saya... kami kan sekampung hihihihi... (^__^)v

Kan saya ada cerita yang kaki saya sakit² tampal salonplas mungkin inilah puncanya, menyiapkan projek tergendala pagi tu  mengecat rumah mak saya.. bukanlah banyak sangat pun.. mak soh cat beranda tu jer.. mak kata macam tak sesuai warna tu.. jadi saya pun belikanlah cat warna kuning krim, atas arahan mak sebab nak sesuaikan dengan tema adik saya yang akan berkawin nanti. 

Inilah teratak a.k.a rumah mak dengan abah bahagian depan, operasi pagi tu mesti cat semua tu kepada warna krim okkk.... saya dengan adik lelaki berdua jer buat huhuhuhu.... amir tolong tengok.. siap amik² gambar² kami yang ntah hape² hihihihihihi..... tak boleh publishh semua aksi tak semengah, ibu biarkan jer.. nanti marah nangis pulak.. janji diam dan kamera dia tak jatuhkan.. kalau tak.. ibulah pulak yang akan menangis...

Dulu rumah mak saya ni tangga kayu jer.. bile saya nak kawin 6 tahun yang lalu barulah abah buat tangga batu ni.. sebab takut ade anak² saudara-mara terjatuh kang haru jer...

 Ini amirlah yang snapp hahaha.. bolehlah pulak dia susun selipar dia macam tu.... kreatif lah sangat... kan.. macam ade bakat jer nak jadi kameraman profesional akan datang...


Gara² mengecat rumah mak yang tak berapa besar ni kaki ku sakit² huhuhu... yang peliknya mengecat guna tangan kenapalah kakiku sakit... yer.. nampak nooo manje kaki ni.. dah lama tak bersenam execise baru buat kerja sikit dah sakit²... hihihihi... hubby nak elaunnn nak pergi SPA hahahahaha.. alasan jerkan...

Alhamdulillah dah siap pun mengecat tu.. siap cat bilik air rumah mak tau.. dah ar besar sebab ade kolah.. tp kolah takdelah kami cat.. cat ruang kat bilik air jer.. bagi comeyy sikit.... Alamak lupelah pulak nak amik gambar dah siap cat.. sebab dah kepenatan..


Harap² Masalah Air Tak Berlarutan

Assalamualaikum Semua....

  • Satu juta penduduk hadapi gangguan air 14 Mac ini
  • Kira-kira satu juta pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air pada 14 Mac ini ekoran kerja-kerja penyenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.

    Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas Abdul Halem Mat Som berkata gangguan akan melibatkan 153 kawasan di Hulu Selangor, Petaling, Kuala Lumpur Klang/Shah Alam dan Kuala Langat.

    "Gangguan bekalan air dijangka berlaku selama 36 jam bermula pada pukul 8 pagi 14 Mac sehingga 8 malam keesokan harinya," katanya dalam satu kenyataan.

    Beliau berkata di Hulu Selangor kawasan terlibat ialah Kuang, Kundang dan keseluruhan Bandar Tasik Puteri manakala kawasan Petaling melibatkan SS1 hingga SS6 Petaling Jaya, Kelana Jaya, kawasan perdagangan bebas SS8, Sungai Way, Damansara Kim, Damansara Utama, Damansara Jaya, Kampung Sungai Kayu Ara, Taman Megah, Taman Mayang Mas dan Taman Mayang.

    azlan Turut terlibat ialah kawasan Bandar Botani, Bandar Bukit Tinggi 1 dan 2, Flat Pendamar Indah, Taman Sentosa, Bandar Parkland, Kampung Idaman, Taman Gembira, Jalan Raja Lumu, Flat Perumahan Teluk Gadong Indah A, Rumah Teres Teluk Gadong Indah A, Flat Pandamaran Indah, Kampung Pendamar, Jalan Tengku Badar, Persiaran Raja Muda Musa, Jalan Kastam, Pandamaran, Pandamaran Jaya, Taman Telok Gedung Besar dan Sobena Jaya.
    Kawasan Kuala Langat pula melibatkan kawasan Sijangkang, Telok Panglima Garang dan Kebun Baru. Klik kat sini nak tahu kawansan lain yang terlibat huhuhuhu... harap sesangat tak berlarutan cukuplah 14 Mac.

    Abdul Halem berkata sebagai langkah persediaan Syabas telah meletakkan 42 buah lori tangki dalam keadaan bersedia serta sebanyak 192 buah tangki statik di kawasan strategik bagi membekalkan air sekiranya berlakunya kecemasan.

    Katanya orang ramai yang memerlukan bantuan bekalan air menerusi lori tangki atau ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual itu boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol, 1-800-88-5252.
    Abdul Halem berkata Syabas terpaksa menutup loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1 itu sepanjang penyenggaraan kerana melibatkan kerja-kerja menukar peralatan yang mengalami masalah teknikal seperti injap.

Selasa, 6 Mac 2012

Menu makan malam yang jarang² berlaku

Assalamualaikum Semua....

Semalam kan saya mengadu sakit² kaki.. jangan kata nak berjalan nak solat pun payah... baca kat sini kisah tu.. malam ni mulalah termangu² nak masak ape yer.. nampaknya malam ni menu pasar malam jerlah... sebab masih tak larat lagi nak masak rasanya huhuhu....


Ini menu makan malam semalam.. beli bungkus jer.. memang jarang² berlaku hihihihi...
habis licin kami 2 beranak  makan.. bedua jerlah sebab amir dah tidur.. tu lah sebabnya tak dapat nak keluar berurut.... beli makanan bungkus jer.. ;p sup ayam dan ubang goreng tepung...

 Nampak tak tu.. amir tidur nyenyak betull jenuh kejut xmoo bangun huhuhuhuhu.... baju pun tak salin.. mandi pun tak lagi.. nak maghrib dia tido.. padehal petang tu dah janji nak makan special... bukanlah special mane pun kentang goreng chiken chop huhuhuhu.....

special tak?? ini menu amir tau.. ayah belikan bungkus.. takut² dia terbangun tengah malam kelaparan ... tak ke haru kami nak cari makanan kat mane kan.. kan.. tq ayah belikan amir punyer chicken chop rm5.00 jer pun hihihihihi.... bangun pagi baru amir makan ... memang mengantuk betul dia malam tu.. tak bangun langsung... mungkin kat rumah pengasuh main jer kot.. xtdo huhuhuhu....


Malam tu jugak ibu tak pakaikan amir pempers buat pertama kalinya.. sebab lupa nak beli stok kehabisan.. yeahhh amir tak kencing kat tilam, malam ni bolehlah praktis lagi.. hihihihi.. elok jer pagi terjaga baru nak kencing.. siap mandi pagi tau.. lepas tu sarapan chicken chop rm5.00 tu hahahahaha.. bayangkan masa tu jam menunjukkan pukul 6.30 pagi okeyy....



 

Ade Motor POWERRRR

Assalamualaikum Semua....

Baru² ni saya ada cerita anak jiran ada beli motor besar hihihi.. saya ada buat entry kat SiNi sekarang abang sepupu amir dah belilah pulak... siap datang rumah bawak semata² nak main sama² dengan amir, tapi amir takut hahahahaha.... selamat duit ibu dengan ayah okeyy sebab amir takut xmoo naik motor tu hihihi....

Kebetulan khamis malam jumaat minggu lepas kami datang rumah akak ipar, tapi dia orang takde kat rumah keluar.. pergi pekan beli motor power nilah.. dan rupanya hari tu bestday akak ipar saya.. malam tu lepas kami balik makan anak buah pun hantar kek.. rumah akak ipar dengan rumah saya pun tak jauh sangat... bile dapat kek baru hubby cakap hari ni bestday akak dia... itulah lelaki kan.. manelah nak ingat tarikh² istimewa ni...


 Amir cuma berani duduk macam tu... dah macam perempuan ayu lah pulak.... memang amir tak berani langsung nak naik betul² hihihihi....
penakut dia.... abaikan jerlah barang²/pemandangan kat belakang tu yer.. rumah tengah bersepah...

 nampak tu hahaha.. tergelak² kami dibuatnya jenuh pujuk soh naik xmoo dia... boleh pulak duduk macam tu jer... soh pandang kamera pun xmooo

 Inilah abang sepupu amir tu.. ni tuan punyer motor sebenar Rifael...
Harga motor ni rm300.00 erkkkk terkejut kami dengar.. nasib baiklah amir tak mintak kalau tak.. mau duit tabung amir kami korek untuk membeli hahahaha.... ;p
 
Ni kek bestday akak ipar saya.. tu pun kami makan tak habis² sudahnya bawak pergi opis.. jamah kat kawan².. ;p
Sebenarnya masa beli motor ni bestday akak ipar saya.. saya pun musykill kejapp.. camne rifael pulak yang dapat hadiah dari ayah dia.. bukan sepatutnya mam dia ke.. hahahaha..


Apepun terima kasih bagi kek dan bagi amir cuba² naik motor power tu hahahaha.. memang power tau...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...