♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 23 Mac 2012

Saat Ijab Dan Kabul

Assalamualaikummm Semua....

Pesanan saya entry kali ni agak panjang daripada biasa... jadi jangan jemuu.. baca dari mula hingga akhir...

Majlis Ijab Kabul adalah saat yang mendebarkan bagi bakal suami. Sah! Maka termeterailah ikatan perkahwinan. Tanggungjawab pun terpikul dibahu. Amanah yang besar perlu dilaksanakan.
Sebelum Majlis Ijab Kabul dilaksanakan, amatlah berharga dan penting bagi bakal suami isteri mengetahui tentang pengertian dan syarat-syarat yang terkandung dalam Pernikahan. 
Masa majlis nak nikah adik baru² ni agak kelangkabut sikit.. maklumlah nikah pulak lepas zohor.. tok kadi dah pesan pihak lelaki mesti datang masjid solat sama².. kami pihak perempuan kene datang dalam pukul 2. Tapi pukul 2 pun adik tak siap mekap lagi.. kesian dia... orang demamkan.. nasib tak pitam.. kalau tak satu hal pulak kami nak papah dia...
 Kek hantaran last minit baru beli...

 
 Masa nikah kawan saya yang mekakan...

tq ujie... ujie baru jer melangsungkan perkawinan
Baca kat sini dan kat sini juga.

 Sorry lambat.. tengah tunggu driver sampai.. hadoii hubby pergi parking kete kat rumah mak dia pulak
Tak pasal saya kene lari pecut amik kete tau... nasib baiklah rumah mertua tak jauh sangat kikikikiki..
tapi kalau dah kene lari depan rumah pun rasa jauhkan huhuhuhuhu......

 Possing dulu... padehal dah lambat kikikikikiki....
bukan kameramen profesional pun.. ini kawan saya yang amik.. kredit buat dia miey ak.a achik.

Sayalah driver bidang terjun masa ni... hadoilah.. abah dah berkali² call soh sampai cepat.. 
kami tak sampai² macam jauh jer nak pergi masjid padehal tak sampai 5km pun kikikiki......

Berdebar².. saat² menunggu di Ijab Kabulkan...

Bakal pengantin berdebar 2 kali jugak lafaz hihihihihi.......


Ijab Dan Kabul
Ijab ialah lafaz yang diucapkan oleh wali kepada pengantin perempuan yang dinikahkan kepada pengantin laki-laki. Contoh lafaz (sighah) ijab: "Saya nikahkan engkau dengan anak saya bernama ......... binti ...... dengan maskahwin sebanyak ....ringgit tunai".

Kabul ialah lafaz yang diucapkan oleh pengantin lelaki selepas wali mengucapkan ijab. Contoh kabul: "Ku terima nikahnya dengan maskahwin ......ringgit tunai". Kalau maskahwin tidak berupa wang , sebutkan jenis atau nama barangnya.

Syarat-Syarat Ijab Kabul
  • Ijab mesti menggunakan lafaz (aku nikahkan engkau) atau lafaz (aku kahwinkan engkau) tidak boleh menggunakan kata-kata yang lain umpamanya: "Aku ikat engkau atau aku jodohkan engkau dan lain-lain".
  • Ijab hendaklah diikuti kabul oleh pengantin laki-laki dengan segeranya.
  • Ijab dan kabul hendaklah didengar dan difaham oleh dua saksi.
  • Ijab dan kabul tidak boleh bertaklik (penggantungan pada sesuatu kejadian). Contohnya:"Bila anak perempuanku telah ditalak dan habis masa iddahnya, maka sungguh saya kahwinkan dengan engkau".
  • Ijab dan kabul tidak dihadkan masanya. Umpamanya si wali berkata: "Kunikahkan kau dengan anakku bernama ...... dalam masa 10 tahun". Nikah semacam ini tidak sah sekalipun dalam masa yang sangat panjang, kerana terjadi seperti nikah Mut'ah.
  • Ijab mesti ta'yin' yakni mesti disebutkan nama anak perempuan yang dinikahkan. Tidak boleh dengan lafaz:Kunikahkan engkau dengan salah seorang anak perempuan saya".Ijab semacam ini batal. 

 Alhamdulillah telah sah bergelar isteri..... rasa bersyukur...
Tok kadi Haji Aman memanjakan doa kesyukuran majlis akad nikah selesai... (^___^)v

 Tersenyum lebar penggantin bile dah selesai akad nikah...
Sesi sarung menyarung untuk membatalkan air sembahyang sambung kat rumah....

p/s: pssttt... pssttt.. gara² kelangkabut.. kalutt dapat panggilan dari abah banyak kali.. sebab kami tak sampai² kami tertinggal kusyin pengantin nak akad nikah kat rumah hihihihihi...

 Alhamdulillah abah terima seadanya.. ni masa sesi penyerahan barang hantaran...
Yang pengantin dah haru pergi membatalkan air sembahyang kat dalam bilik padehal belum pun lagi penyerahan dari wakil... tak saboo betull yer...
Buat kami tergelak² jer kat luar jadi bahan kikikikiki... ;p

p/s:sila abaikan pemandangan barang² perhiasan dibelakang.. rumah bersepah....

Antara barang hantaran daripada pihak lelaki... (^__^)v halwa tu sedappp... nak lagiii....

Sesi penyerahan mas kawin..

 Gelak boleh pulak sama dengan saya masa sesi batalkan air sembahyang.. 
nasib baik saya punyer ade loceng... dan saya punyer kecik sikit takdelah besoo macam ni...

Amboii kemain suke lagi azri dapat cincin daripada adik saya...
Dah pesan soh beli yang jari kelingking ikut sunnah....
xmoo dengar kata.. pengantin beli ikut size jari manis juga...

Suke pengantin yer... jadi bahan gelak kami jer... mereka masa ni dah sarung cincin dah... pepandai jer...

 Antara juadah petang itu... yang paling berselera asam pedas kepala ikan.... nyuum²...
Semuanya dimasak bergotong royong... (^__^)v

Antara tetamu pengiring turut menjamu selera.....

Kami².. eh² mak nampak macam anak sulung pulak kikikikiki.....

Budak² bujang.. kawan² adik ipar tolong angkat barang² hantaran.

Selamat pengantin baru moga kekal keakhir hayat...
tanggungjawab sebagai isteri adalah lebih berat.... semoga menjadi isteri yang solehah
tibe² mood sedih pulak...
cepat² dapat baby yang comel² okk... (^__^)v

Entry sambungan selepas ni ialah malam berinai besar pulak tungguuuuu.... saya abadikan kisah perkahwinan satu²nya adik perempuan saya yang tinggal, sebab adik perempuan saya yang ketiga telah meninggal dunia hampir 4 tahun yang lalu.. dalam kemalangan.. nanti satu hari saya cuba buat entry pasal arwah adik pulak.. sobb.. sobb... mood memang syahduu bile dalam kemeriahan ni teringatkan arwah adik. Al- Fatihah buat arwah adik NorAzilah Bt Sayuti.
 

Kisah Jumaat malam Sabtu

Assalamualaikummm Semua....

Tak habis² bercerita kisah adik kawin .... Ok.. sambung balik jumaat malam sabtu kami isi telur masin dekat bunga telur, dulu masa saya kawin pak cik sponsor telur pindang... telur pindang lebih kurang macam ni. 


Mak cik²/ embah² buat tapai... saya pulak sibuk kat atas bilik tolong adik buat hantaran dengan mak cik².. hasilnya biaser² jer.. takde yang luar biaser sebab mood pengantin dah melayang²... lagi sorang mak cik tolong pakaikan adik inai.. meriah sangat malam tu.. dah macam sabtu pagi tu pulak majlisnya... Alhamdulillah semuanya menjadi lebih mudah dengan bantuan mak cik²...

Nasib sempat membeli bekas ni petang jumaat tu... 
sesuai dengan tema untuk letak cincin dan jam tangan....

 Yang tudung biru tu adik mak, kire mak cik sayalah.. ini jerlah satu² adik beradik mak satu mak dengan abah yang ade.. saya panggil bik atin kakak mak dah meninggal dunia hampir 4 tahun lepas.....
bab² menghias barang hantaran ni memang soh mak cik saya yang ni jer buatkan....

 Hasilnya.. warna-warni hihihihi.. sebab pakai barang² yang dah ade jer... 
bunga putih tu lebihan abang sepupu berunang minggu lepas....


 Budak² a.k.a sepupu nak meningkat remaja mengisi telur itik masin kat bunga telur untuk pahar pelamin.

 Hasilnya kene siapkan 6 pahar tau... pukul 1 pagi baru siap...
Budak² tu semua tidooo rumah mak....

 Pengantin siap sedia untuk dipakaikan inai.. yang tudung hitam tu adik beradik dengan nenek saya....
pangkat buyut dengan amir... saya panggil embah mah, inai pulak sepupu² saya yang tolong tumbuk kikikikiki....... macam² dicampurnya kat inai tu gambir+nasi... kononnya nak bagi merah


Gambar orang tengah mengisi nak buat tapai tak sempat snap... memang meriah sangat masa jumaat malam sabtu tu... memang macam tu lah kami sekeluarga sebelah mak.. kemeriahan terasa sangat lagi² mak dah 6 tahun baru ni nak sambut menantu.. lepas ni ntah bilelah lagi nak buat kenduri kawin.. sebab adik yang tinggal lelaki jer.. 2 orang (^__^)v.

Nanti sambung gambar majlis akad nikah pulak.. agak kelangkabut sikit... hihihihihihi.....

Amir Demam

Assalamualaikumm Semua...

Semalam terpaksa amibil cuti kecemasan sebab amir hazim demam, panas sangat² badan dia daripada pukul 1 pagi dah merenggek². penat agaknya masa kenduri hari tu tak hilang² lagi.....

Pagi semalam dah hantar amir kat rumah pengasuh... tapi hati macam tak sedapp jer sebab tengok dia demam kan... separuh jalan dalam perjalanan ke opis jalan pulak jem terukk ade lori rosakk... sudahnya amik keputusan patah balik kerumah cuti kerja.... daripada hati tak sedap kat tempat kerja baik cuti.. nampak perkembangan amir yang tak sihat tu macam mane kan..

Sampai rumah pengasuh amir terlentokk jer tdoo.. soh mandi pun xmoo tukarkan baju jer.. terus bawak balik rumah, ingatkan nak pergi klinik.. tapi amir xmoo pulak.. nanti meronta² kat klinik payah pulak ibu sorang².. jadi kenelah tunggu ayah balik baru pergi huhuhuhuhu....

Alhamdulillah makan ubat doktor semalam dan pagi ni dah ok sikit.. harap oklah naknya... nasib baiklah esok cuti... tadi pesan jugak dengan hubby bile balik kerje tengahari nanti soh tengok²kan amir kat rumah pengsauh.. harap dia tak meragamlah...


Gambar amir dengan kawan² mase kenduri hari tu.....
Sibukk dengan peace dia.... (^__^)v


Malam ni cadang nak bawak amir pergi berurut, sebab tengok badan dia dah makan ubat masih tak berpeluh² lagi.. cuma panas badan dah kurang.. dah ok sikit.. selera makan masih takde... cuma mulut dah bleh senyum, bercerita dan gelak² oklah tu...

Harap anak ibu tak pape dan cepat sembuh macam biase.. rinduuu nak gadoo².. gomol² kene gusti dengan amir.. walaupun ibu tau.. ibu yang selalu kalah huhuhuhu.....


Rabu, 21 Mac 2012

Rewang Dikampung

Assalamualaikum Semua....

Rewang ni bahasa jawa,bahasa melayu lebih kurang macam gotong royong kot.... rewang maksudnya macam tolong-menolong daripada jiran² saudara mara supaya majlis berjalan lancar. 
 
Kerja rewang macam kupas bawang, siang ikan, potong ayam, potong daging, masak lauk² berkawah, membasuh pinggan, bancuh air dan lain² kerja² dapur. 
 
Kalau anak dara pulak sibuklah buat bunga rampai, letak telur kat karung bunga telur untuk letak kat pelamin, buat bunga manggar dan macam² lagi... kat kampung saya alhamdulillah masih lagi buat semua² ni.. makanan jer dah tak berhidang, sekarang pakai barang katering nampak lebih teraturlah sikit takdelah penat orang nak basuh pinggan kan.
 
Jom saya kongsikan sikit antara gambar² yang sempat saya ambil walaupun tak dapat nak tunjukkan sampai habis, sebab saya pun sibuk kehulu kehilir huhuhuhuhu....

Bayangkan dari hari rabu sedara mara dah mule datang rumah.. lagi² sedara mara yang duduk kat kawasan kampung jugak.. saya pun cuti hari khamis tau hihihihihi.....

Tumbuk kerisik ... hahahaha.. kemain besar lesungnya...
Ade 3 semuanya....
Tu pun ade satu yang paling besar khas unuk tumbuk kacang buat kuah pecal...

 Sebelum tumbuk kerisik.. kenelah sangan/goreng tanpa minyak dulu kelapa tu.... 
Abaikan yer pemandangan kat belakang tu.. maklumlah kendurikan.. rumah berselerak.

 Tuhh dia hubby pun tolong jugak kikikikiki.....

 Buat kepal² inti koci, sorry gambar kuih koci dah masak tak dapat siar.. 
tak sempat snap gambar huhuhuhu....

 Bayangkan kene kepal sampai jadi macam ni... 
jenuh jugakkan kalau satu besen besar tadi tu huhuhuhuhu...

 Ni batang keladi yang dah siap disiang untuk dimasak
buat makan tengahhari ni.. ramai².. goreng ikan...
memang sedap dengan nasi panas²...

 
Ni yang tinggal sikit.. nasib baik sempat snap gambar.. habis licin satu kuali kami masak...
ade jugak sedara yang bawak balik sikit hihihihihi.. jadi takdelah membazir...


 Kupas ubi pulak pak cik bagi.. tanah kat rumah dia memang subur.. banyak jugak hasil ubi ni dia bagi...
Rezeki adik sayalah.. 

 
Tuhhh dia dah siap kupas nak basuh dan kikis untuk dibuat tapai...
lepas tu masukkan dekat bekas letak tepung ubi campur ragi kalau tak silap...
tapai yang dah siap pun tak sempat nak amik gambar huhuhuhuhu....

Telur masin yang dah siap direbus.. siap sedia untuk ditelakkan pada karung jer...
Ni projek buat budak² jumaat malam sabtu.. memang meriah.. sampai dekat pukul 1 baru siap.. biaserlah budak² yang buatkan...


Ok nanti sambung cerita lagi yer....korang jangan boringlah pulak baca hihihihihi.... sajelah nak kongsi dekat sini.. mungkin ade kawan² yang tak pernah merasainya.... tapi saya bukanlah nak bermegah² pulak tunjuk kat sini.. saya sekadar nak berkongsi kemeriahan ini kalau amir dah boleh baca nanti bolehlah dia tengokkan... mesti dia suke lepas tu ade jer cerita tambahan dia kan.. kan.. maklumlah sekarang ni dia bukan paham sangat.. kenapa ade kenduri kawin, kenapa kene kawin. 

Nasib baiklah masa saya sibuk² ni pandai dia bawak diri main dengan kawan²... kalau tak haru jugak saya dibuatnya.... (^__^)v

Pelamin Idaman

Assalamualaikumm Semua...

Dah tengahari baru dapat bersiaran, biaserlah pagi² melawat kawasan dulu... kawasan jiran² hihihihihi.... dalam kepala ni ligat banyak idea mencurah² nak taip.. tapi sebab badan masih sakit²... kt layan gambar pelamin dulu.. semalam gambar kek.

Cantik tak pelamin ni.. pelamin sekarang macam² pilihankan.. ikut bajet dan kemampuan diri.. tapi suke sangat pelamin adik ni... meriah dan rasa macam berseri² jer.... bukan kata pengantin jer yang berseri.. ni kakak pengantin pun perasan kene tempias berseri² ape halnya hihihihihihi......

Pelamin tema vantage (^___^)v
Bunga telur kat pelamin tu adik² sepupu yang letak kat sarungnya hari jumaat malam sabtu 
sampai pukul 1 pagi dia orang siapkan nak letak kat pelamin...


Kesian kat adik saya.. beberapa hari sebelum nikah dia demam panas, lepas tu hari khamis masa saya balik kampung dia kene gata² (bahasa jawa panggil biduren betul ke saya eja tu huhuhuhuhu... kalau salah ampunkan ) panas dalam yang terlampau... habis satu badan keluar ruam² kecil.. lepas tu mak bagi minum air kelapa... keluarlah semua ruam² tu.. pagi sabtu baru ok sikit....

Masa pasang pelamin petang jumaat tu adik pun tak tengok sangat.. tak larat nak bangun.. dia redhoo jerlah.. tu belum gubahan hantaran lagi.. kami belasah jer.. ape yang ade kite orang letak untuk gubah tak sempat nak membeli.. mak cik² yang banyak tolong.... pengantin pun tak sihat.. saya pun dah sibuk mane nak tolong orang rewang lagi... alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan atas kehendak Allah s.w.t.

Hantaran untuk pihak lelaki buat simple² jer gubah... 
apam pink dengan biru kebetulan mak cik bagi dengan anak jiran...
Kami tak sempat nak buat agar² oklah tu kan.. janji bagi...

Abang sepupu tolong pasangkan tirai hihihihihi...
Masa nilah tenaga lelaki diperlukan untuk mengetuk² dan memasang² ape² yang perlu kat bilik pengantin.. maklumlah rumah kampungkan.... terima kasih semua....
Penagntin redhoo jer.. dah tak larat bangun ;p



Inilah kemeriahan kalau kawen kat kampung saya.. lagi adik beradik sebelah mak,walaupun mak 3 beradik jer... yang lain ramai adik beradik tiri tapi semua rapat dan bekerjasama..... sepupu² pun alhamdulillah jenis yang ringan tulang.. (^__^)v

Ok nanti² saya sambung cerita tradisi rewang dikampung pulak yer.. kemeriahannya dari hari rabu lagi dah ramai yang datang rumah mak ade jer.. nak dibuatnya... buat koci, buat tapai dan lain².. walaupun majlis sanding hari ahad. Tapi kat kampung korang mungkin lagi meriahkan.... kampung saya ni biaser² jer... tapi masa macam nilah nak jumpe sedara mara dan bergurau senda....


Selasa, 20 Mac 2012

I'm Back

Assalamualaikumm Semua.....

Selamat pagi .. moga semua² sihat² belaka hari ni... lama tak mengadap komputer.. sunyi sepi dari laptop... dan dunia alam maya.. bz menguruskan majlis adik.. alhamdulillah dipihak kami semuanya dah selesai... tinggal pihak lelaki pulak hujung minggu ni... nanti kite cerita tau... tepek gambar sekali...

Bile majlis dah selesai barulah terasa kepenatannya daripada hujung rambut kehujung kaki.. senggal² badan jangan cakalah huhuhuhuhu.. amir yang baru nak masuk 4 tahun pun pandai mengadu.. sakit² badan kikikikiki....

Bile sempat saya maraton rumah kawan² semua nanti yer.. tunggu saya datang berkunjung ok... (^___^)v. Rindu rasanya.. lama tak bukak blog. Keje pun banyak nak kene siapkan.. maklumlah cuti dah lamakan.. mestilah meje ni bertimbun kerja² yang terbiar.

Letak Gambar kek dulu.. sponsor daripada abang sepupu... 
Mintak maaf tak dapat nak jamu kawan²... blogger.. jadi kawan² jamu mata jerlah yer.. 
jangan mara (^__^)v
 
 

Mood masih melayang².... badan masih sakit²... macam mane nak siapkan kerja ni huhuhuhu....
Chaiyok... kuatkan semangat okkk.....


Jumaat, 16 Mac 2012

Semburan DENGGi

Assalamualaikummm Semuaa....

Sejak duduk kat rumah yang suami beli, dan kami duduk berdua sampailah bertiga hampir 5 tahun ni... tak tahulah berapa kali semburan denggi ni berlaku.. rasanya tak terkira tau... tak lorong depan.. lorong tengah.. tak tengah belakang pulak huhuhuhuhu.. dah macam bergilir².. dan biasernya semburan ni memang ade suspek yang keje jangkitan denggi...Jumaat minggu lepas, sebelum balik kampung ade semburan ni kat lorong rumah kami kebetulan rumah jirang uang paling hujung kene suspek denggi.

Sebelum semburan mesti ade van lalu buat pengumuman semburan akan dilaku pada waktu 6.30ptg, dan selalu semburan dah nak dekat maghrib.... barulah mule.. memang nyamuk masa tu banyak tengah berkeliarankan....

Paling tak suka, bile balik kerja penat² dah siap masuk dapur masak ade pengumuman ni uwarrrrrrrrrrrrr.. rasa macam nak jeritt tau.. napelah lambat bagi tahuuu.. kalau cepat sikit takdelah saya nak masak kan.... kann.. makan luar jer.. ;p satu hal nak tutup atau masuk peti sejuk makanan tu.... Baju kat ampaian lagi mesti lintang pukang nak kene angkat tau.. tu belum lagi pinggan mangkuk kat dapur mesti nak kene basuh balik.... eemmmmmm..... keluhan yang kesekian kalinya...

Yang peliknya selalu kene kat taman² jer.. kat kampung tak pernah kene langsung.. cerdikk jugak nyamuk ni kan.. dia dok pekan jer.. tak dok kampung kikikikiki.... ;p

Haaaaa!!!!! Sempuuutttttt 
Tahu pun.. lain kali jangan datang kawan rumah kami okeeyyyyy...
pergi tempat lain....





 Macam nilah lebih kurang asap dengan orang kesihatan yang akan semburr..... 
Cabutt lariii... tak boleh hidu rasanya sesak nafas....


Selalu terpikir² apekah puncanya sebab kerap sangat berlaku kat taman rumah kite tu.... selalu jugak berdoa semoga kami sekeluarga dilindungi supaya jangan terkene. Dulu masa amir kecik² selalu jugak kerap demam, memang kalau 3 hari tak baik cepat² pergi klinik cek darah takut masalah berlarutan... Alhamdulillah setakat ini ok lagi belum pernah kene.. selalu orang lain yang kene....



Khamis, 15 Mac 2012

Cutie

Assalamualaikumm Semua...


Terbaikkkkk hahaha... rabbit pun pandai tunjuk jari macam tu... bermula hari ni saya dah cuti, sampailah hari isnin minggu depan.. haihhh sape yang kawin ni.. silap² pengantin pun dah kerja.. sebab pengantin cikgu jugak.. tak boleh cuti suka²hati... (^__^)v. Nampaknya kakak pengantinlah yang kene mengalahkan cuti... kesian kat mak nanti nak megemaskan... lagipun lepas kenduri mestilah penatnya berganda² huhuhuhu....

Kalau ade kesempatan adelah entry auto publishh.. kalau tak berhabuklah blog ni.. tolong² lah korang tiup² habuk tu yer... (bajet perasan tak sudah saya ni.... macam ade yang datang menyinggahkan..) hihihihihi.....

Doakan kami semoga semuanya berjalan lancar... dan dipermudahkan segala urusan amin...
 

Kebetulan lah pulak.. nak balik kampung ni kenelah beli pampers untuk amir pakai stok dimalam hari... sebab bilik air kat kampung kat luar rumah.. takde yang dalam rumah.. lagipun cuaca kat kampung biasernya sejuk.. takut² amir terkencing kat toto embah pulak nanti kan.. kan.. lebih baik stanby pampers jer...

Sudahnya dapatlah pampers brand cutie, beli yang murah jer.. sebab nak pakai malam.. walaupun tahu yang murah biasenya agak nipis sikit.. xpelah harap tak tembus kat toto embahkan kan huhuhuhu..... Lagipun susah sikit nak cari yang size XXL ni.. kalau size lain tu xpelah jugakkan.. senang sikit.. kebetulan pampers ni tak pernah beli pun ade banyak 42 keping harga lebih kurang rm22.90 oklah tu kan.. bajet betull....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...