♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 30 Mac 2012

Sana Sini Banjir

Assalamualaikumm Semua.....

Salam pagi jumaat.... mood pagi ni tak berapa nak sihat.. badan daripada petang semalam dah sakit² huhuhu.. tanda² nak demam... harap² tanda² tak semakin jelaslah dan berlarutan.. pagi tadi dah makan ubat.. harap okkk...

Patutlah mood pagi ni nak pergi kerje kelauttttttttt jer.. rupenye hujan malam tadi tak reda² kawasan kami ni bajirr oooooo..... sana sini banjir... hujan masih tak reda.. lampu traffic light banyak rosak.. kawasan banjir.. banyak kereta dah tersadai huhuhuhuhu.... nasib baiklah hubby yang hantar pergi kerja, sebab badan tak sihat... perjalanan dar rumah 6.38pagi sampai opis 7.38pagi.. satu jam tuu.. macamlah jauh sgt opis dengan rumah kan...

Kerja pulak akhir² bulan ni  tengah banyak.. kalau ikutkan hati memang nak cuti jer.. nanti kalau sempat saya BW rumah kawan²... sobbb.. sobb...

 Gambar tak kene mengena... 
Bangun pagi tadi amir meragam xmoo pergi rumah pengasuh....
Hubby pesan.. minggu ni tak payah tidoo kampung nak bawak kami jalan² sebab minggu depan dia periksa huhuhuhuhu..... rinduu makkk.....

Khamis, 29 Mac 2012

Ole² Dari Langkawi

Assalamualaikumm Semua...

Langkawi tempat idaman nak pergi, tapi tak pernah pergi³ pun... tapi selalu dapat ole² dari sana.. tak kirelah coklat ke.. key chain ke... bear comey² ke.. macam² lagilah daripada kawan².

Baru² ni saya dapat key chain daripada kawan blogger sape lagi kawan yang suke melancung kalau bukan pnstoberi a.k.a kekda atau pun boleh jugak panggil dia reen yang ade kebun stoberi besar tu hihihihihi.... kenapa saya kata dia suke melancung tengok kat sider blog sebelah kanan dia macam² info percutian dia akan bagi tau... dan siap ade pusat sumber percutian. Saya suke singgah sana sebab bile nampak kebun stoberi dia teringatkan memori indah percutian ke Cameron Highland dulu......

Saya dapat key chain ni sebab bagi idea kat kekda klik kat sini keputusan penuh boleh tengok kat sini
Terima kasih kekda bagi hadiah ni takde kenang²an (^___^)v

Alhamdulillah saya punyer selamat sampai tanpa sebarang kecacatan..... mungkin sebab takde sayap...


Jomlah berkenalan dengan puan stoberi klik jer kat gambar semoga silaturahim ini akan lebih diberkati walaupun hanya dialam maya (^__^)v.

Rabu, 28 Mac 2012

Akhirnya sampai juga ......

Assalamualaikumm Semua....

Dah lama jugak saya dapat hadiah ni.. lebih kurang awal bulan hari tu.. sebab sibuk sangat menguruskan majlis adik.. tak sempat nak publish story ni.... tepuu jer kat dalam draftt.... saya join GA ni pun dah lama kat sini.

Saya ni jaranglah bertuah nak menang GA, berbanding kawan² lain yang memang jari² bertuahh hihihihihi... dan rasanya inilah kali pertama menang kot... Apepun terima kasih sangat² pada penganjur, walaupun lambat pos.. tapi hadiah dapat berganda² hihihihihi.... Keputusan penuh GA boleh tengok kat sini pengumuman pemenang ga besday.


Sepatutnya hadiah tumble tu jer.... tapi bile buka terkejut pulak ade 2 pensil comeyy tertulis terengganu... terima kasih masduranisaqaseh.blogspot.com



Akhirnya Majlis Bersanding

Assalamualaikumm Semua...

Tak terungkap dek kata².. sangat² bersyukur majlis berjalan lancar.. yang kelangkabut saya jer.. pagi² bangun kene siapkan makan beradap, lepas tu kejap nak tolong mak kat depan kat meja goodies... nak pergi dapur tengok ade tambahan berkat untuk sedara mara dah siap belum.... tu belum lagi kene masuk rumah amikk goodies tambahan.. amir pulak meragam asyik nak dukung.. pingsan saya huhuhuhuhu....

Bermula dengan pelamin idaman, rewang dikampung, kisah jumaat malam sabtu, saat ijab dan kabul, malam berinai tradisi jawa, kambing golek dan sekarang entry terakhir Akhirnya majlis bersanding tapi bukan entry akhir pun sebab ade majlis bertandang kerumah pihak lelaki pulak.


Selamat Pengantin Baru...
hihihihi perasan².. nak interframe jugak.. (^___^)v

Menu sambal goreng dengan ayam goreng ala² KFC antara yang paling laris....

Mak cik² dan anak² dara haruslah cedokk nasi kan... kan...

Air beraneka pilihan.. mengalahkan pasar malam.. terbaikkk daripada abang sepupu

Baru nak susun goodies yang berkotak².. tapi untuk saudara mara adelah 'berkat sampingan' lain (nasi+rendang+sambal goreng)

Hamboii senyummm sokmo pengantin ni.. sabar yer.. 
walaupun cuaca dah mule gerimis masa ni...

Tuhh dia pengantin perempuan baru nak sampai.... terkial² nak sampai.. kasut bukan main tinggi lagi....

 Direnjis renjis dipilis.. ditepungilah tawar.. haiii beras pulut ditaburrr.....
kompang pun bertalu²....

Abah merenjis tepung tawar....
tuhhhh dia gambar pengantin lelaki terketar² gigil kikikikiki....

Mak pulak merenjis tepung tawar....
Aku??? uwarrrrr tak sempat jugakkk... mak pergi merenjis kene ganti tempat mak kat tempat goodies huhuhuhu.....

Gambar kami sekeluarga...... hadoii masa ni adik lelaki ku tak dapat dikesann....

Sudahnya amik gambar lagi.. dengan adik lelaki pulak.. abah pulak tak dapat dikesan...
Memang takde gambar yang semua orang ade haruu jer....

Masa untuk tabur gula²..... hoyeahhh².. berkerumun masing² kat depan tuu... budak², mak budak semua ade......

Makk aii besarnya kotak.. adik² sepupu yang bagi ni....

Antara menu makan beradap.. hasil tak semengah... harap dapatlah puaskan hati semua....

Masa untuk potong kek.... sponsor daripada abang sepupu.. memang sedapp.... 
Ade buah² freshhh dan dalam tu macam kek span pandan.. terasa kelembutannya...

Jangan buat² terkejut.. lelaki yang paling kiri sekali dalam gambar ni.. ahmad busu pelakon
pi mai pi mai tang tu.. tu.. dia bapak sedara pada adik ipar saya ni...

Antara tetamu pengiring daripada pihak lelaki.... tak pastilah berapa ramai.. tapi memang ramai sesangat... (^__^)v

Sound sistem terbaikk yang mengihurkan tetamu daripada pagi sampailah petang....
DJ dia pun sporting .. dalam pada sibuk² sempat jugak saya terdengar celotehnya yang mencuit hati...

Pop corn antara makanan dalam goodies untuk malam...
Ni semua budak² meningkat remaja yang bungkus hihihihihihihi......

Lepas penat rewang.. ade saguhati sikit daripada tuan rumah......
Kami buat cabutan bertuah pada penduduk dan sedara mara yang dah penat rewang.....
Nombornya kami tulis kat tuala good morning.....
Semua hamper² ni... hubby yang buat, dia bab² bungkus hamper ni pandai sangat.. sebab dah selalu buat untuk sekolahkan....

Ini jerlah antara gambar² masa hari persandingan dapat saya kongsikan... ade lagi.. tapi masa tak mengizinkan nak upload. Apepun kemeriahan majlis memang terasa... moga jodoh adik berkekalan, cepat² dapat baby dan majlis kami diberkati amin... walaupun majlis bersanding bukan acara wajib tapi.. biaser kalau takde majlis bersanding dan berkompang ni tak meriahlah kan... lagipun ini buat kenang²an.. sekali seumur hidupp...

Terima kasih sangat² pada semua yang menjayakan majlis ni secara langsung dan tak langsung... terutama bagi sedara mara yang datang awal dari hari rabu sebelum majlis... jasamu ku kenang... mmmuuuaaahhhhhh...



Selasa, 27 Mac 2012

ARWENDANISH 1ST GIVEAWAY

Assalamualaikumm Semua...

Jom ramai² join GA ni....




SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
  1. Mesti ade blog sendiri (blog khas tuk contest/GA/biz xboleh) dan juga akaun facebook. 
  2. Korang kene jadi follower: -
         - Arwendanish blogspot (blog tuan tanah)
         - My Luvly Kids&Baby Collection blogspot
         - Ten Little Fingers (TLF) blogspot

     3. Like / add facebook

        - Pesona Puteri Collections
        - Miemiey Collections Owner
        - Bundle Addict
        - Syafa Shamioon
        - Qaseh Zueieda

   4. Buatkan satu entri bertajuk “ARWENDANISH 1ST GIVEAWAY”, letakkan  banner di atas dalam entri dan link kan ke entry ni (copy paste jek n3 ni kt blog anda). Letakkan juga banner tersebut di sidebar blog anda dan link kan ke entry ni.
   5. Terpulang pada anda nak tag atau tidak.
   6. Pas dah buat n3 tersebut komen kt n3 sini besertakan link anda tadi.
   7. Antara 5-10 pemenang akan diumumkan secara random. Ikut sape yg bertuah dpt hadiah2 tu ye.
   8. Hadiah akan bertambah dari pihak sponsor jika mendapat sambutan yang mengalakan
   9. Giveaway ini berlangsung 6/3/12 - 5/4/12 jam 11.59pm
10. Pemenang akan diumumkan pada 6/4/12 sempena besday aku ahaks.
11. Anda diminta ikut syarat2 yg diberikan..kalo tidak..penyertaaan anda tidak layak.

Setahun Sudah Berlalu

Assalamualaikumm Semua....

Setahun dah berlalu.. patutnya saya publish entry ni hari jumaat lepas... tapi atas sebab² yang tak dapat dielakkan saya terlupe pulak nak publish elok jer terletak dalam draf hihihihihi....

Pada tarikh 23 Mac 2011 tahun lalu saya telah terbuka hati untuk wujudkan blog ini... Bermulanya sesuatu yang baru adalah entry pertama saya... dan hanya seorang kawan jer yang komen disitu.. itulah kawan saya yang banyak bagi semangat saya wujudkan blog ni. Selain kite orang ni duduk berjauhan bile ade blog masing² bolehlah tau perkembangan diri masing² yang sememangnya akan kembang² xmoo kurus hahahaha.... Selain tu saya dedikasikan kisah hati ini buat satu²nya putera kesayangan saya buat masa ni yerrr.... moga adelah puteri² dan putera² lagi selepas ini untuk tatapan dia di masa akan datang.

Banyak lagi kekurangan blog ni.. maklumlah baru setahun jagung jerkan... tapi dunia blog memang lebih mencabar daripada ape yang saya bayangkan.. cuma niat saya buat blog ni untuk berkongsi kisah hati saya buat tatapan insan² yang saya sayang... macam diari hidup sayalah. Opppsss.... macam syok sendiri jer menulis pun iyer jugak... bajett ramai noo yang nak membacanya yer... hahahaha ...

Apepun terima kasih pada semua.. terutama pada kawan² alam maya yang banyak memberi sokongan, dorongan dan teguran pada blog saya ni... teguran kawan² semua.. memberi semangat untuk saya terus menulis kisah hati ini.

Eh² ade kek jugakkk (^___^)v nak tepek jugakkan...
Ni gambar kek Muhammad Amir Hazim  masa sambut bestday dia umur setahun


Isnin, 26 Mac 2012

Kambing Golek

Assalamualaikummm Semua...

Sape suke kambing golek angkat tangan???? angkat tinggi² hahahaha.. macamlah saya nampak kan.. kan.... tapi kite nampak korang tersenyum².. jangan meleleh air liur kat sini yer... banjir nanti... sila sekat dengan tisu atau tuala dimulaut hahahahaha....

Kalau majlis malam ade menu special soto, mee goreng basah dengan char kutiaw, menu siang pulak yang special ade kambing golek masa majlis sanding adik saya baru² ni.. saya yang order kambing golek tu, saya ni bukanlah peminat tegar kambing golek.. tapi sejak makan kambing golek yang kawan saya buat ni.. memang terus jatuh hati.. seriuss tau.... dah macam jadi menu wajib kalau buat bbq dengan kawan² juga.. lagi² dengan pakej aksesori selain kambing golek tu.. nyum².. berpinggan² mau dimakannya kalau lupe diri... Jadi saya sajelah order nak berkongsi rasa dengan saudara mara pulak.. hasilnya memang ramai yang memuji.. tq khkfoods.

Besar tak?? saya amik se ekor jer berat dia dalam 20kg.

Tuh diaa... sebesar alam... cukuplah menjamu saudara mara kan...

Tengokk pun dah berselera. membara jer tau....

Ade roti bakar prancis sapu butter bawang putih....makan dengan sos mushromm memang sedappp

Potong kecik² daging kambing tu.. bagi garing sikit...
Iyelah isi yang dalam² tu kan tak garing sangat.. bauu dia hadoiiii jangan cakaplah.. semerbakkk...

Tuhh dia berbaris panjang.... menunggu giliran.. tak terlayan chef.

Pada sibuk² pun sempat jugak kite amik sepinggan hihihihihi... 
kongsi² makan kat meja bagi goodies... sampaikan ade makcik² xmoo makan pun.. makan berulang² kali tau...

Hadoiii sayang ibu ni.. kenapalah kamu asyik mintak dukung hari ahad tu...
tak larat ibu tau... nak marah pun tak sampai hati.. sebab kalau budak² pun dah penat...
kt yang dewasa ni lagilah penatkan...


Pada kawan² yang berminat bolehlah tengok fb khkfoods untuk pertanyaan atau ape² jer tentang sebutharga.... pada saya memang puashatii... sangat² dan berbaloi² dengan harga yang ditawarkan.. ramai jugak saudara mara yang bertanya kat mane order tu.
 

Sabtu, 24 Mac 2012

Malam Berinai Tradisi Jawa

Assalamualaikumm Semua...

Malam berinai bukanlah acara wajib.. tapi sekadar meraikkan pengantin.. biasanya bagi pengantin sebelah perempuan majlis ni akan berlangsung selepas akad nikah. Macam adik saya baru² ni sabtu malam ahad... kemeriahan memang terasa sebab tetamu biasa bagi kite orang masyarakat jawa ni daripada malam dah ade tetamu datang ziarah ... jadi ade majlis berinai ni takdelah boring sangat majlis malam tu kan.. kan...

Jom layan gambar yang sempat kameramen tak profesional saya amikkan hihihihihi.....

 Awat kuyu jer mata tu.... mesti bulu mata beratkan.. kan.. hihihihihi.. 
sesuai sangatlah dengan mata kamu yang galak tu....

Berdebar² menantikan kehadiran si 'DIA'

 Bermulalah majlis berinaii.. kompang dipalu.. mercun berwarna-warni meghiasi angkasa... sangat²lah meriah...
amir sampai menangis² terkejut kikikikikikiki.. hadoilah anak ibu..


Sebelum berinai ade tukar² baju.. tapi ini jer gambar yang sempat kawan kite amik hihihihi... layan...

 Baju minang.. tuhh dia.. merah menyala²....

 Baju perak wajib pakai.. sebab abah asal perak..
dulu saya pun pakai jugak kikikiki.. warna kuning.. ;p

Tuhh dia possingg sikit.. anak murid nampak ni haruuu.. ustazah weiiiii

 Antara yangs sempat menitik inai..
nape gambar mak dengan abah takde.. nak kene kameramen kite ni....

 Alhamdulillah.. tetamu malam ramai jugakkk.... tak terlayan kamii...
tak menang tanggan dibuatnya....
nasib baiklah ramai budak² bujang yang membantu...

Opsss..... nak interframe jugak tembamnye saya huhuhuhuhuhu.....

Tak sempat nak pergi pelamin kat khemah berkat pun jadilah.....

 Meriahnya mercun bunga api.. suke.. adik sepupu sponsor dan kami kongsi² beli...

 Menu malam yang larisss soto speciall air tangan pak cik kt, abang sulong tiri mak.. same mak lain bapak (btl ke kt taip ni.. harap paham masa baca)

Menu kembarlah paling lari.. char kutiaw & mee goreng basah² TERBAIKKKK


Semoga majlis ini diberkati.. niat kami nak buat sederhana.. tapi banyak pulak saudara mara yang sudi menaja dah mengalahkan artis pulak adik kite kawin kali ni kikikikiki... orang kata rezeki jangan ditolak.. musuh jangan dicari.. yang penting keberkatan majlis Amin.. (^___^)v
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...