♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Sabtu, 4 Ogos 2012

Masak taucu sempoi tapi sedap

 
Petang ni masak yer?? haihh buntu .. memikirkan nak masak ape ....  kalau kerja ni memang tak pernah lah nak masak beria².. selalu yang simple² jer ..... kalau cuti baru lah masak best² hihihihi... selamat bercuti panjang sempena nuzul quran, opss.. ade yang kerja ke isnin ni .. selamat bekerja ..(^___^)v

Hari ni nak kongsikan resepi saya masak minggu lepas .... sambal taucu ikan bilis.
 
Bahan² :-

1 botol kecil taucu (saya guna tak sampai sebotol pun)
3 batang cili besar merah
belacan sebesar ibu jari
2 ulas bawang besar merah
1 ulas bawang putih 

ikan bilis semangkuk (saya makan berdua mangkuk kecik jer saya guna)
gula secukup rasa
sedikit aji-nomoto
minyak masak untuk menumis


Cara masak :-

Goreng ikan bilis dulu .. minyak agak² nak garing masukkan cili besar, bawang merah, bawang putih semua saya hiris jer... lepas tu saya tumis sehingga naik wangi, masukkan belacan sikit (kalau tak nak pun takpe ....) masukkan taucu (pastikan tauchu dah dibasuh dulu atau dibiarkan terendam dengan air sebab taucu akan masin kalau tak buat macam tu ..) lepastu barulah masak taucu dan masukkan air baru yang bersih untuk dimasak.... masukkan gula dan serbuk perasa dan biarkan kuah pekat sedikit kemudian angkat.
 
Saya pakai jenama ni .. kebetulan yang bilal pulak dah habis ...
ok jugak .... rendam dulu taucu sebelum masak .. amik tauchu jer rendam dengan air biasa.. airnya buang ...


Bicara Hati : Siakap masak taucu sedap tak? agak²nya .. tak pernah buat lagi hihihihihi ..... terima kasih pada kawan² yang cuba jawab suami saya bagi ape hari tu .. tapi semua pun salah .. takde yang tepat .. takpe.. nanti saya buat entry yer .. ape hubby bagi hihihihi....


Jumaat, 3 Ogos 2012

Majalah Harmoni Hari Raya 2012

  

Semalam balik singgah petronas, bukan nak isi minyak pun ... hihihihi .. nak pergi keluarkan duit.. hadoilahh lajunya duit keluar macam air mengalir jer .... bayar itu ini, beli itu ini .... dah habis.

Ramai oranglah pulak .. mata ni mule lah kalau ramai orang kene beratur melilau sane sini .. pupppp .. nampak majalah harmoni baru keluaran khas hari raya pulak tu .. haruslah saya rembatkan kan.... peminat setia lah katekan lagi² ade gambar tok ti hihihihihi ...;p (sekarang dah kurang sikit fanatiknya berbanding sebelum saya kawin dulu ... pantang nampak gamboo siti kat majalah tahan nafsu jer kalau nak membeli)

 Majalah Harmoni Hari Raya 2012
Cover dia cantik semua berhijab .. 
 
Suke² ade resepi ...
kali ni dari tokey² tudung pulak ....

 Hijabstar

Sesuailah dengan konsep hijab .. ade cara nak pakai tudung ...
tapi saya memang tak reti nak pakai gaya gini ...
selalu pakai bawal jer .. 
tak pun tudung yang ade awning tu .. senang.
 
 
Macam² cerita lagi ade lagi dalam tu.. best² jugak berbaloilah RM 8.90 jer ...


Bicara Hati : Tudung raya pun tak beli lagi .. tak tau lah ade tak tudung sesuai dengan baju dah siap tu .. kalau tak sempat beli pakai jerlah ape yang ade dalam almari tu .. jangan terlupe bawak balik kampung sudah hihihihihihi ... memang alasan kene beli tudung jugaklah.


Dua minggu telah berlalu ......

 

Alhamdulillah 2 minggu dah berlalu ramadhan, hari ni masuk hari ke 14 ramadhan ...17 ramadhan ni insyallah cuti nuzul quran kan..... cepatnya ramdhan berlalu ....

Bile waktu kerja amir kat rumah pengasuh selama 2 minggu ni ibu belum pernah lagi culas untuk sediakan makanan untuk amir bawak bekal, lagi² sejak pengasuh tak sihat ni ..... memang setiap pagi ibu masakkan amir bekal sungguh pun ibu terbabas bangun sahur 9maaflah jiranku kalau dah azan pun masih terbau orang menumis hihihihi).. ibu masakkan jugak untuk amir nasi goreng atau ape² jer lauk yang ibu dah panaskan untuk amir bawak bekal jadi dapatlah ringankan beban pengasuh cuma masak nasi jer ... bekal tu selalu amir makan dengan kawan² lain jugak.
 
Insyaallah tahun depan barulah nak mule ajar amir berpuasa .. memang ade jugak nak ajar puasa sekarang tapi masa hari pertama puasa amir dah merenggek² nak susu padehal baru pukul 10.00 pagi .. siap cium² ibu pujuk .. boleh lah.. bolehh laaa..... lepas tu buat muka simpati .. geram jer.. tau .. sinetron habis. Bukan ape nak ajar puasa .. supaya berat badan dia turun sikit .. lagipun umur amir baru 4 tahun memang payahlah nak soh puase kan.


Bicara Hati :
Tambah lagi koleksi tupperware vitagen
Suke² .... sebab boleh guna bawak bekal amir, isi biskut² dia pergi rumah pengasuh.

 
 

Khamis, 2 Ogos 2012

kisah semalam buat ke sekian kali ....

 

Cuaca kat luar masa balik semalam semacam jer.. nak kata panas x nampak matahari .. nak kata mendung awan tak gelap .. dengan erti kata lain cuaca jerebu itulah rupenye huhuhuhuhu....

Nasib baiklah jalan tak jem, dalam kepala dok pikir nak masak ape lah balik ni .. ingat nak singgah kedai beli sayur .. pikir punyer pikir langsung terlajak kedai yang nak singgah hahahahaha... tu lah mengelamun lagi ..;p sudahnya mintak tolong hubby soh belikan telur.

Elok jer sampai rumah ... amir tengah terguling sambil gelak² layan kartun .. hadoilah saboo jer kan... gelak pun dah makin kuat (ikut sape lah tu kikikikikiki ..)
Hubby reques masak sambal udang (selalu tanye payah betul nak bagi jawapan asyik jawab sukati jer.. kan senang kalau bagi jawapan macam ni .. cepat jer nak melangkah kedapur masak tak yah pening² nak pikir)

Semua bahan² dah sedia .. udang pun dah rendam nak bagi ais cair .. sekali nak tumis sambal (cili kering memang dah kisar siap²).. ade 'announcement' 'perhatian kepada penduduk perumahan jalan pahlawan 13 sebentar lagi akan diadakan semburan denggi pukul 6.30ptg' uwarrrrrrrrrrrrrrrrr ...... nasib baiklah sempat tahan senduk ni masukkan cili tu ....

Ade semburan denggi rupenya kalau tak salah bulan puasa ni dah 2 kali .. lorong belakang pun iyer jugak .. kerap sangat rasanya ... hari tu siap pekerja majlis perbandaran racun rumbut dan potong rumbut. Sampah sekarang pun dah tak tentu hala jadual ambilnya .. tak taulah ade masalah kot .. 

Kalau yang baca blog saya ni dari awal memang dah tahulah pasal semburan denggi.


Bicara Hati : Semalam balik hubby buat suprise lah pulak .. nasib lah takde sakit jantung tau ... tq ayah bagi hadiah tu .. ce korang teka hadiah ape yang hubby bagi .


Hujan rahmat di pagi hari

 

Keluar rumah dipagi hari macam biaser, hadoilah dalam hati bebel² sendirian .. bile lah nak hujan ni jerebu makn teruk .. serius terbatuk² dibuatnya bau asap dalam kereta huhuhuhuhu ....

Separuh jalan, kereta pun dah mule banyak .. cuaca makin gelap jam dah pukul 7.10 pagi tapi macam masih malam jer ... serius tak tahan bile traffic light berhenti jer .. cepat² cari ambi pur nak sembur kereta ni ... toleh kanan toleh kiri opss.... kat tempat duduk belakang bahagian penumpang lah pulak erkkk.... 


Confiden nak capai .... kereta sebelah siap padang semacam .. hadoilah aku salah ker???? lepas capai sembur belakang .. kanan bawah semua erkkkkkkk ..... baru perasan kereta aku bergerak .. pergghhh nasib baiklah tak tercium kereta kat depan tau.. rupenya aku tak tarik 'hand break' tadi kalau tak .. tak pasal jer g balai.... nak² raya ni jangan nak buat pasal pulak roadtax baru nak renew.

Opss terbebel panjanglah pulak .... alhamdulillah pagi ni hujan selebatnya moga ade hujan rahmat .. hilanglah jerebu nak nya .. risaukan budak² jugak kalau main kat luar dengan cuaca macam ni kan. sedangkan kite yang dewasa pun terasa bahangnya.

Bile dah hujan jalan jem teruk pagi ni hadoilah hujan pulak dah nak sampai opis ... tapi kereta memang dah banyak sampai tak bergerak dibuatnya. lewatt lagi .. errmmmmm ..... takpelah lewat kali pertama bulan baru ..;p


Bicara Hati : Kali ni terbabas lagi tak sahur, harap dapatlah berpuasa macam biaser .. malam tadi tidur lewat gara² layan korea (^___^)v sendiri salah .. jam bunyi hubby pun tak dengar .. yang tengah pelik ni nape jam hs aku tak bunyi erkkkk .... masing² terbangun terkejut dah pukul 5.40.



Rabu, 1 Ogos 2012

Allah s.w.t Muhammad

  

Terjumpe gambar ni di FB
Sangat hebat mereka yang berusaha memotong macam ni ....
  

Bicara Hati : Moga kite sentiasa ditetapkan hati , ditetapkan iman dan percaya pada Allah s.w.t yang satu.




Mekap cara islam

 



Bicara Hati : Semalam baru cerita jangka hayat alat kosmetik barang mekap




Jerebu makin teruk ......

 

Uhukk.. uhukkkk.. uhuukkkk... terbatuk² pagi ni drive nak pergi kerja, hadoilah jalan berkabus dah macam nak naik cameron higland jer .... serius memang teruk sangat kabus pagi ni. Rasanya dari minggu lepas lagi dah mule jerebu ni tapi 2 hari ni dah teruk sangat rasanya ..... tekak pun dah mule rasa perit.

PENDUDUK terpaksa  memakai topeng akibat jerebu   di sekitar Putrajaya, semalam. - Foto Mohd Fadli Hamzah 
PENDUDUK terpaksa memakai topeng akibat jerebu di sekitar Putrajaya, semalam. - Foto Mohd Fadli Hamzah

 IPU melebihi paras tidak sihat

KUALA LUMPUR: Pelabuhan Klang mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tertinggi melebihi paras tidak sihat di Semenanjung dengan bacaan 147 pada jam 5 petang, semalam.
Berdasarkan bacaan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) yang dimuatkan di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), turut diisytiharkan indeks tidak sihat ialah Kuala Selangor (IPU 129) Shah Alam (120) dan Cheras (105).

"Melalui laporan imej satelit NOAA-18 dikeluarkan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC), terdapat 61 titik panas di Sumatera disebabkan lindungan awan dan asap jerebu dibawa angin barat daya bertiup dari kawasan titik panas di Wilayah Riau, Sumatera Tengah menghala ke arah Pantai Barat Semenanjung. Ini menyebabkan lingkaran jerebu peringkat sederhana berlaku di pinggir pantai kawasan Sumatera Tengah serta memasuki pinggir Pantai Barat Semenanjung Malaysia. - Kenyataan dikeluarkan JAS"
Mengikut kenyataan dikeluarkan JAS, kemerosotan kualiti udara dikesan pada 14 Jun di stesen Alor Setar dan Sungai Petani, Kedah; Seberang Jaya, Pulau Pinang dan di Pelabuhan Klang, Selangor.

“Melalui laporan imej satelit NOAA-18 dikeluarkan oleh ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC), terdapat 61 titik panas di Sumatera disebabkan lindungan awan dan asap jerebu dibawa angin barat daya bertiup dari kawasan titik panas di Wilayah Riau, Sumatera Tengah menghala ke arah Pantai Barat Semenanjung.

“Ini menyebabkan lingkaran jerebu peringkat sederhana berlaku di pinggir pantai kawasan Sumatera Tengah serta memasuki pinggir Pantai Barat Semenanjung Malaysia,” kata jurucakap JAS, dalam kenyataan di sini, semalam.

Justeru, orang ramai dinasihatkan tidak melakukan pembakaran terbuka dan melaporkan kes berkenaan kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol, 1-800-88-2727.

Katanya, JAS sentiasa memantau status kualiti udara di seluruh negara dan mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka di setiap negeri serta mempertingkatkan Prosedur Tetap Operasi (SOP) Program Pencegahan Tanah Gambut Mudah Terbakar dalam mengawal penurunan kualiti udara.

Sehubungan itu, penguatkuasaan pelepasan asap dari kenderaan bermotor dan industri dipertingkatkan memandangkan cuaca kering di beberapa negeri sekitar utara dan Pantai Barat Semenanjung.

Sementara itu, di Shah Alam, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohamad Sani Harul, berkata antara kawasan mencatat bacaan tinggi termasuk Sungai Kelabu di Banting, Pulau Kempas di Sepang dan Johan Setia di Klang kerana kawasan paya bakau di situ terbakar.

Kebakaran di Sungai Kelabu dan Johan Setia berjaya dipadamkan manakala di Pulau Kempas sedang diusahakan anggota kami.

“Orang ramai dinasihat mengurangkan aktiviti di luar rumah sehingga keadaan terkawal seperti biasa,” katanya. 

Bicara Hati : Kebakaran di johan setia (hadoilah .... bilelah dia orang ni takkan buat pembakaran terbuka kat kebun sayur tu lagi huhuhuhu .... ) Sumber : Klik sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...