♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 26 April 2013

Berita Gembira



Jam menunjukkan tepat pukul 4.40 petang, sms hubby memberitahu dah sampai kat bawah opis, jadi bolehlah saya lompat bintang yahuu mahu balik.... waktu paling seronok nak balik bila hubby amik sebab tak payah drive.

Ini bukanlah berita gembira saya mengandung yer.... jangan salah paham pulak, cuma baru² ni bila hubby ambil balik kerja masa nak naik kereta tu .. saya sajalah menegur 'ayah hisap rokok ker??' hubby kata .. mana ada hisap dah dah nak 4 bulan dah tak hisap rokok ni .... termanggu jap mendengarnya... patutlah kemas ruang parking kereta hari tu .. dah tak nampak bekas abu rokok (sebab dalam rumah memang diharamkan menghisap rokok) .. kat kampung pun macam dah tak nampak rokok² hubby selalu letak kat syiling pangkin rumah mertua.. rupanya hubby dah tak hisap rokok.. syukur sangat...
Bila hubby tanya balik kenapa tanya hisap rokok tak?? saya kata.. macam nampak abu rokok kat kusyen kereta ni.. (sebab dalam kereta pun saya haramkan hisap rokok hahaha.. kejam tak?? )  

itulah jerlah pun berita gembiranya.. syukur sangat dengan niat ikhlas hubby .. saya tak pernah paksa.. jauh sekali memaksa.. dan tak sukalah nak bebel.... tapi bila saya tanya hubby balik kenapa tak hisap rokok... dengan muka selambanya hubby kata.. takda bajet hahahahaha.... saboo jerlah.. niat kenalah betul saya cakap kat hubby .. insyaallah kalau niat ikhlas kerana Allah ianyan berkekalan hubby senyum aja.... dan jangan tak percaya .. amir kalau orang tanya ayah hisap rokok tak.. dia akan jawab tak hisap.. sebab dia tak pernah nampak ayah dia hisap rokok.

Tiba² teringat .. dulu masa nak mengandung kan amir macam tu jugak, hubby berhenti kejap.. dan kebetulan hubby kene batuk teruk masa tu.. tak lama lepas tu alhamdulillah dapat berita gembira saya mengandung.. tapi saya nampak dia hisap balik... walaupun saya tahu dia hisap bukanlah kategori tegar.... sekotak pun tak habis seminggu.


Bicara Hati : Moga niat hubby nak terus berhenti di makbuklkan.. kuatkan iman eh...

Khamis, 25 April 2013

Niat Kerana Allah s.w.t



Apa jua yang kita lakukan dalam kehidupan seharian, mestilah dimulakan dengan niat, insyaallah niat yang baik dan ikhlas akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t.

Berfikiran positif dan jangan sesekali berprasangka buruk pada orang lain, adakalanya perubahan yang ingin kita lakukan mendapat tentangan.. anggaplah ianya sebagai satu ujian, ingat.. ujian... dan jangan sesekali mudah alpa dengan pujian.. kerana bila di buang 'p' di hadapannya menjadi ujian.

Mengambil kira apa yang berlaku disekeliling kita, menjadikan contoh dan merenung ke masa hadapan.. lupakan perkara² yang telah berlalu .. anggaplah ianya sebagai satu pengalaman.. dan pengajaran... jangan sesekali menidakkan ... walaupun ianya pahit.. tapi percayalah itu yang boleh mematangkan diri ... anggaplah ianya sebagai hikmah di sebalik kejadian.

Hargailah insan² sekeliling yang menyangi kita... berdoalah moga hidup mereka juga diberkati, doakan juga moga hati mereka juga akan berubah... moga mereka juga mendoakan kita juga.

Amin .. rindu Arwah adik, al- fatihah moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dah 5 tahun berlalu ... tapi peristiwa itu masih dalam ingatan.



Bicara Hati : Tajuk macam lain jer.. dengan isi kandungan .. hati tengah lara macam ni lah...

















Mini Giveaway : Brooch by Aini Zakaria



Jarang join GA sekarang ... tapi macam mearik pulak GA kali ni dapat hadian brooch yang comel, manalah tahu ada rezeki kan... jom join....


Mini Giveaway : Brooch by Aini Zakaria

30 bow brooch X 15 orang Pemenang. Sepasang bow brooch untuk 15 orang Pemenang. Harga bow brooch ini bernilai RM2.50-RM3.00 setiap satu tau..hehe.. Jadi setiap pemenang dapat 2 pasang bow brooch.


Pemilihan pemenang adalah berdasarkan cabutan.
Tarikh Tutup: 01/05/2013






Sambal Telur Peranakkan



Tajuk tak menahan dibuatnyakan.. pandai² jer saya bagi nama gitu 'sambal telur peranakkan', janganlah pulak ada yang terasa ni.. memang takda kene mengena dengan peranakkan peempuan ataupun.. bab dan nyonya.

Sebab saya namkan peranakkan.. sebab saya campurkan sambal telur ni satu telur ayam, dua telur masin yang saya buat hari tu.. hihihihihi .... seyes sedapp... hubby dah habis makan .. pun saya tak bagi tahu.. saya campurkan 2 jenis telur dalam sambal ni hihihi.. sebab hubby pun tak tanya.... berselera jer dia makan.. maknanya sedapplah tu... agak² apalah reaksi hubby kalau tahu saya campurkan 2 jenis telur dalam ni.. kan... kwang²....



Sambal telur peranakkan
1 bji telur ayam 
2 biji telur masin

Resepi asal sambal telur saya google jer.. dan saya terjumpalah resepi ni sambal telur pecah berlada cuma bezanya saya gunakan 2 jenis telur yang berlainan hihihihihi ....

Penat ibu masak untuk makan 3 orang, tapi amir lagi suka yang masak telur hancur goreng tu jugak.. letak kicap sikit huhuhuhu .. saboo jerlah... 




Bicara Hati : Tak tahu nak makan tengahari apa .. hari ni hubby hantar, jadinya tak keluar kot.. moh kita tidur kat surau sama²...










Kerusi Meja Tulis Dah Patah




Nampak tak tanda merah yang saya bulatkan tu, dah lama dah sengget rupa gitu.. eh² tak berapa nampak pulak dalam gambar ni.... amir pun naik takut nak duduk kat situ waktu belajar.. dia biasalah lagi suka menulis meniarap.. saya yang risau kalau dia sakit dada nanti ...

Sebenarnya tak perasan pun sejak bila rosaknya, sebab kerusi ni memang serbaguna betul amir gunakan.. dah pandai nak basuh pinggan sendiri sejak dua menjak sekolah ni .. sibuk nak berdiri guna kerusi ni panjat, tu belum lagi.. sibuk nak pasang suis lampu ... kami ni penjimatan sikit kat rumah tak suka pasang banyak lampu.. tapi kalau amir semua lampu nak dipasangnya termasuklah waktu tidur.. takmmoo bergelapp.. tapi dia dah tidur .. saya matikan jugak lampu tu.. sebab tak elok tidur dengan lampu terang benderangkan.


Nampaknya memang kene belikan meja baru ni... Meja ni baru je beli tahun lepas tu pun sebab ada promosi hubby belikan saya ada buat entry meja tulis serbaguna buat amir learning masa baru beli memang suka betul dia.. siap menulis mengajuk gaya hubby mengajar kikikikiki .. padahal tak pernah nampak pun hubby mengajar.



Bicara Hati : Hujung minggu ni amir ada sukaneka kat tadika, tak sabar rasanya nak tengok.. perkembangan dia dengan kawan².. tapi hubby pulak kerja erm... kita pergi berdua jerlah mir.













Rabu, 24 April 2013

Amir Moody



Jarang² interframe muka, menjaga hak eksklusif ker?? hahahahaha .. takdalah... sebenarnya banyak nak cerita pasal amir ni.. tapi nak menyusun ayat tak pandai... takut silap ayat .. orang kata banggakan anak sendiri pulak huhuhuhuhu ....

Nak pingsan rasanya pagi tadi gara² tak cukup tidur malam tadi, sejak² nak sukan hujung minggu ni.. amir asyik mengadu.. sakit kaki.. kepenatan agaknya buat latihan.

Sebenarnya balik petang semalam lagi amir dah mengadu sakit kaki, okk saya pujuk nanti ibu urut eh sampai rumah.. puas tanya jatuh ker?/ terseliuh ker?? risaulah jugakkan... tapi amir kata .. tak jatuh.. amir penat.. amir penat.. tadi sukan.. itu jerlah jawapannya...

Mujurlah malam tadi hubby baik hati nak isi minyak kereta teruslah makan kat luar, kikiki.. saya bawak jer kereta elaun minyak kereta hubby bayar... pasal kereta saya pun tak tahu.. bayar bulan² saya bayar... lain² semua saya tak amik tahu...


 Nasibb baik pagi tadi .. mood dah ceria sikit.. tak mengadu sakit.. sempat possing² dulu dalam kereta ...



Amir tidur awal malam tadi, dalam pukul 11.30 dia terjaga.. ngadu sakit kaki.. saya urut², sapu minyak... api dia merenggek² pulak.. mata pejam.. saya tepuk² monot bam bam tu dah okk sikit.... sambung tidur .. pastu tiba² cuit saya.. ibu amir mimpi.. bila saya tanya mimpi apa... dia boleh pulak sambung tidur ... diam.. haihh sabooo jerlah mengigau ke hapa ni.. adeh.. sudahnya kaki dia saya tampal koyok salonplas ayah kat tapak kaki.. dan bahagian betis.. jam menunjukkan pukul 2.30 pagi .. okk .. lepas tu tak dengar renggekkan dah.. tidur lena sampailah pagi... 

Sekejap² terjaga amir kejutkan.. naik sakit kepala dibuatnya.. tu yang pagi tadi rasa semacam jer.. macam nak pitam... nak drive pun macam tak larat, mencucuk mata.. sakit daripada kepala tu.. tapi gagahkan jugak diri.... sebab tengok amir macam dah okk jer... tak moody, kang keluar statement dia takmoo sekolah nak duduk taska.. lagi ibu haru ...


Permintaan baru ... roti stoberi pulak.. ni hubby belikan.. selamat bawak kesekolah pagi tadi .... jambu betul anak ibu kan.. makan roti stoberi hihihihihi ... saya belikan jugak nasi lemak telur mata katanya.... padahal kat sekolah ada jer disediakan makanan.



Bicara Hati : Sekian.. yang mahu tidur awal malam ni... 

Telur Masin Buat Sendiri





Bila telur itik banyak dirumah, idea lain takda memang buat telur masin jerlah, kalau nak harap masak dadar memang tak lah.. tak rasa macam tak boleh makanlah kalau tahu telur dadar telur itik kembang tekak dibuatnya. Tak tahulah kenapa.. tapi kalau dah goreng suruh makan tak tahu .. itu telur itik barulah selamba makan kot....

Telur itik kali ni kawan opis yang bagi, kebetulan banyak .. tapi saya amik 5 jer pun.. itu pun dah cukup banyak rasanya buat kami 3 beranak ni.... sebab jarang masakkan.. takut² nanti.. telur tu busuk pulak...

Pada kawan² yang nak buat sendiri telur masin itik ni.. cuba lah cara² membuatnya klik sini, lebih mudah.. di jamin kebersihannya... sebab beli kat kedai pun mahalkan...




Bicara Hati : Dah selamat masak pun 2 biji telur ni...















Kidzania - Koleksi FM Terbaru

Sebenarnya dah agak lama jugak dapat koleksi ni, hubby yang belikan hihihihi ... sebab ada rombongan bawak budak² sekolah kat Kidzania, nak harap hubby bawak kami takdalah kan.. sebab hubby kata takut amir boring kat situ banyak aktiviti macam buat² kerja.. kalau dah sekolah rendah darjah 3 ke atas mungkin terujalah macam² boleh buat...


Cantik tak?? Tak dapat pg .. dapat FM pun jadilah buat koleksi kan... amir siap dapat baju sehelai.. 



Jadi bertambahlah koleksi FM yang ada tu.. bahagian bawah penuh dengan FM Abjad amir...
itu jerlah pun... kebanyakkan FM² ni ada kawan² blogger yang bagi.... 




Bicara Hati : Tak sabar nak tunggu hadiah daripada sabah, ada orang lupa pos hihihihi .. yang sebenarnya saya pun terlupa jugak kikikikiki ....











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...