♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Selasa, 4 Jun 2013

Menang Minyak Wangi Enchanteur



Blurr sekejap bila mak bagi tahu dapat sampul surat daripada minyak wangi ni, puas pikir .. bila masanya isi borang sample... ada join GA dia ker?? lepas pikir²... baru teringat .. rasanya ada join kuiz dia simple jer kat fb dah lama bulan mac kot.. hahahaha.. tak sangkalah pulak ..... ni menang ke dia bagi penyertaan terawal, sebab ada jugak terbaca kat blog kawan² yang dapat maknanya saya tak bermimpi lah tu kan... kan...

Bau minyak wangi ni mestilah wangi.. dah nama pun minyak wangikan kikikiki .. yang bestnya siap dapat baucer watson, kalau nak beli minyak wangi macam ni untuk 50ml adalah diskaun... kalau bau dia best apa salahnya belikan.. tapi.. tak tahulah sempat beli takkk .. tamat tempoh baucer ni 31 Julai 2013.



Tak dapat yang besar.. dapat yang kecik macam ni pun jadilah.. boleh pakai² pergi berjalankan... nak harap sendiri beli tak tahulah bile.. memang beli sebotol bertahun gunanya.







Tak sangka dapat sampai Kompleks Kraft Malaysia



Orang kata kalau rancang sakan tak menjadi, kamilah tu ... setiap tahun pun ada HKK (Hari Kraf Kebangsaan) tapi tak pernah pergi, dah ni tak pasal² sampai sana apa kes.... bukan ada HKK pun, HKK pun dah lama berlalunya..... inilah nama rezeki .. kalau dah rezeki nak sampai insyaallah sampai ... insyaallah... 

Lepas pergi jalan TAR tu .. dah abang ipar konfius² jalan nak ke KLCC, pusing²... tetiba nampak signboad Pusat Kraft ni, kita sajalah cakap... apa ada kat sana .. jomlah singgah, elok pulak hubby pun ikut jer.. arah yang ditunjukkan... walaupun mula² sampai pejabat dia dulu .. sebelah pejabat barulah bangunan untuk pusat kraft jualan, maklumlah tak tahukan .. memang sesat baratlah ... 

amik mood sikit, panas erik.. sempat juga snap gambar ni ...




kebetulan dan rezeki kami ada pameran lukisan kat sini .. jadi seronoklah budak² tu ... 
jadi kita orang pun pergilah tengok² ... ini minggu lepas, dah tamat pun.. sorry eh .. baru buat entry.



sekali jumpa sedara hubby la.. kat sini ... dia pun join pameran karya seni, seyelah lukisan mereka ni betul² hidupkan.. saya tengokkan. sekali.. lepas tu tengok lagi .. lepas tu tengok lagi... tak puas rasanya, tengok harga pulak .. owhhhh ni makan gaji 3, 4 bulan campur baru boleh beli .... ngee~~~ pitam, tengok lagi ... hohohoho memang berseni .. yang ini gaji setahun kot baru boleh beli.. hubby gelak jer...



Budak² kemain seronok lagi .... bukan seronok tengok lukisan.. seronok berkejaran sana sini...



Kalau tak silap ini ruang karya yang akan dilelong ... bukan lelong murah, tapi macam membida lah sapa nak beli .. masa kita orang nak balik tu .. baru nak mula jualan membida ni .... jadi tak payah nak tunggu eh.. bukan bawak duit seguni pun... kad kredit hubby pun limit tak banyak .. jadi semua pakat balik.


Antara barang² yang dijual dalam kompleks kraft, memang ada kedai khas dalam tu tempat jualan ni .. sebelah kanan dan kiri ... gambar kat bawh 4 orang tu bukan penjual yer.. dan tak dijual.. harap maklum .. hihihihihi ..;p




Banyaknya gambar dalam entry ni ... inilah gayanya kalau ibu yang pegang kamera semua gambar nak di ambil .. semua gambar rasanya cantik, lagi² tempat tak pernah sampai ni .... tak sia² tak jumpa jalan masuk KLCC tu, kalau tak memang tak sampailah kat kompleks kraft ni.



Sebagai tanda² kenangan kami pernah sampai ......
nahhh .. kat sini pun nak amik gambar hahahahaha ... maklumlah kat rumah takda gazebo macam kat kompleks kraft ni.




Bicara Hati : Tetiba teringat seorang sahabat blogger yang bekerja disini, saya doakan sahabat alam maya saya itu agar cepat sihat .. dan kembali ceria macam biasa (^^,) maklumlah beliau diberi berehat panjang sekarang.








Isnin, 3 Jun 2013

Tupperware vitagen baru

Kat opis ni memang selalu lah ada orang datang jual air vitagen ni, stok sebulan saya beli tu tidaklah .. tapi sebulan sekali memang orang tu datang... hahahaha .. beli 3 pek selalunya rm11.00 dan kali ni yang bestnya beli dapat tupperware vitagen yang baru. yeahhhhhh .. reramailah kengkawan sedondon kita bawak bekal yer...
Sebelum ni pun pernah beli dapat tupperware vitagen jugak.klik sini, rasanya ini kali yang ketiga dah.... tapi yang kali ni besar sikit berbanding yang sebelum² ni.. warna pilihan mestilah warna kesukaan si bujang.

Pesen bulat kali ni. ni daripada gambar penutup depan.....
siap ada air vitagen bawah tu ..
yang kelakarnya memula eksyen takmoo beli sekali dapat tupperware free ni semua pakat beli ramai²...




Ruangan tepi tupperware tu pun ada gambar bunga² an lutsinar.
jangan korang tanya promosi ni sampai bila.. kita sendiri pun tak tahu.. abang vitagen yang datang opis tu tak bagi tahu pulak, tapi korang beli kat pasaraya pun dapat jugak kot.. cuma tak tahulah beli berapa baru dapat.. macam kami ni.. beli 3 pek baru dapat 1 tupperware huhuhuhuhu .....




Ada kawan saya bagi tahu kene hati² beli air vitagen sekarang sebab ada yang tiruan, yang tiruan tu botol dia mudah lembik atau di pegang diakan kemek sikit tak berapa keras.. tak pastilah betul tak .. nanti kaji eh.. sebab selama saya minum ni semua pun ok...

Lai satu baiknya air vitagen atau pun air yang berbentuk yourgut macam ni untuk budak².. bila mereka cirit birit bagilah minum insyaallah dapat mengurangkan sakit perut mereka tu.. sebab dalam air kultur macam ni ada kandungan yang sihat untuk membunuh kuman yang tidak elok dalam perut.



Bicara Hati : 1 pek amir minum sekali hadap jer.. sorang²... memang minuman kegemaran dia...











Blogwalking Berkesan





Blogwalking atau BW cara yang berkesan ialah meninggalkan komen di ruangan entry .. terima kasih semua... komen² untuk 2 hari ni.. walaupun entry 2 hari ni adalah autopublish... saya akan cuba balas semua jejak kawan².... tapi hari ni memang tak sempat nak jejak semua ... sebab banyak sangat kerja perlu disiapkan... nanti ada kelapangan barulah saya balas jejak eh.

Badan masih lesu kepenatan ni, amir pagi ni steady jer nak pergi taska.. walaupun ibu tahu sebenarnya mood anak ibu pun macam ibu jugak.. sebab ramai kawan² taska cuti ... nanti ibu amik amir awal eh sayang.. mujurlah berkesan pujukkan itu.



Bicara Hati : tak salah nak tinggalkan komen, tapi jangan sampai entry sedih ada pulak yang komen gambar senyum tanpa membaca entry yer.. tolonggggggggg lah.. jaga sikit perasan orang.












Duta Baru Kit Kat




Hahahahaha.. tajuk tak menahanlah ... boleh kene saman ker?? takkan... mesra seo tak agak²nya hahahaha .... sawan asyik nak mesra seo semua entry... dah kenapa.... penatnya nak cuti .. nak cuti .. tapi mana boleh awal bulan cuti, takda maknanya nak monday blues....

Cuti 2 hari tak serupa cuti untuk berehat guling².... ;p jom kita layan gambar duta kit kat yang baru, jauh sekali daripada muka zizan ... zizan memanglah duta baru yang betulnya kan... relaks.. kan ada kit kat asyiklah di ulang² ayat tu oleh sibujang ni.


Amboi bukan main lagi berseleranya, ini macam boleh jadi duta ker??? hahahaha ....
bukan senang nak tengok sibujang ni pakai baju t-shirt berkolar tau... sesuai sangatlah dengan warna merah tu.


 Terbaikkkkkk ... sedappppp, coklat amir lagi mahal daripada surat kabar ayah, itulah yang hubby selalu cakap.. kalau bawak amir pergi kedai beli surat kabar.
coklat kit kat besar ni sekarang dah rm 2.90 tau ... ke kedai depan rumah tu yang memang mahal.






Bicara Hati :
Nak jugak interframe .. kami sedondon .. sesuai tak .... tuan tanah kedaung bz .. bz awal bulan, nanti up lagi cerita banyak² eh...


Ahad, 2 Jun 2013

Menu Minum Petang Paling Mudah Buat Sekeluarga





Hari ni kan cuti, okk kalau cuti korang bosan kat rumah, meh baca entry saya ni.. saya kongsikan menu minum petang yanggggg palingggggggggggggg saya suka, paling hubby sukaaaaaaaa ... dan amir pun dah mula suka .... nanti petang bolehlah korang cuba.

Resepi ni memang simple jer.. tak tahulah kot korang kata susah pulak, sebab tak semestinya mudah pada saya.. dan mudah pada korangkan.... tapi kalau korang memang malas nak cuba, kita tak boleh nak kata apalah ... jamu mata jerlah eh...


Resepinya:

Tahu dalam 5 pun dah cukup banyak sebab korang akan potong 2 dan gorengkan kalau 5 dan tentu²lah dapat 10, sebelum goreng pastikan tahu korang basuh ... dan potong dua.. lepas tu belah tengah dia.

Tauge rendam dengan air panas campurkan garam sikit.. sikit jer.. tau. dalam suku sudu.


Kuah untuk tahu goreng yang ini memang versi sendiri, kalau nasi ayam pun saya suka kuah sambal macam ni :

Cili Kering siap² gunting dan rebus.. dah sejuk kisarkan bersama bawang putih, masa kisar agak² yer air takmoooo banyak sangat.... siap masukkan periuk ... panaskan sampai mendidih.. banyak kali pun takpa.... sampai pekat sikit.. masukkan gula dan garam.. secukup rasa.. 


Siap dah boleh di hidangkan.. .....








Sabtu, 1 Jun 2013

Semuanya Indah Di Bulan Jun



Cepatnya masa.. cepatnya masa..... fuhhh dah pertengahan tahun, dalam bulan jun banyak yang indah dalam hidup saya.... kebanyakkannya yang indah.. yang tak indah .. tak mahu kongsi huhuhuhu..... biarlah yang tak indah menjadi sejarah sahaja, sebagai sesuatu yan mematangkan diri saya.

Sebab apa saya kata indah sebab bulan jun saya dapat kerja, bulan jun saya bertunang, bulan jun saya nikah, bulan jun saya jadi isteri, dan bulan jun saya jadi ibu ... indahnya apa yang allah aturkan untuk saya, saya sendiri pun tak sangka ..  semuanya perancangan Allah s.w.t Alhamdulillah.

Hari ni tuan tanah bizi.. kat kampung ada kenduri, jadi entry ni autopublish... (^____^)v














 



Jumaat, 31 Mei 2013

Kreativiti amir menggunakan tanah liat




Jom layankan gambar² amir ni... bukan main tekun lagi dia buat, hasilnya .. memanglah super duber.. nak tergelak ibu dibuatnya .... 

Dah belikan, kenelah melayankan kerenah dia pulak, main sama².... saya tak perlu risau sangat sebab amir dah 5 tahun jadi dia memang dah boleh main tanah liat... cuma kene pesan jerlah.. lepas main simpan, kemas dan jangan lupa basuh tanggan.

Buat rama², buat ulat (ulat tu yang pertama dia buat) siap nyanyi² lagu ulat lagi ... gambar bawah rama² tu .. amir kata stoberi, hihihi.. ada rupa stoberi ker?? macam takda jer... yang bawah sekali sebelah kanan tu.. buat berger.. ayah.. kami nak makan berger bakar .... bila mahu tunaikan ni.... ;p

Doh tanah liat ni saya beli kat cosway.


Bicara Hati : tengahari ni rehat panjang, mahu kemana kita??? ...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...