Bicara Hati : Tetiba tab tak hidup daripada petang semalam, pftt apa pun tak bolehlah... ni tengah dok tekan² harap on lah balik.. jangan memacam nak raya ni ... hutang entry banyak lagi ni ... gambar tak sempat transfer lagi... naya .. naya ...
♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Rabu, 2 Julai 2014
Baru 4 Ramadhan , Dah Mula Mencari Kuih Raya
Selasa, 1 Julai 2014
Tempat Menarik Untuk Anak Mesra Dan Tak Takut Haiwan
Sebelum masuk dalam ladang ada burung kasawari kat sebalah kiri .. 2 ekor... betul² sebelum signboard farm in the city ni. Satu² nya ladang dalam bandar yang ada kita boleh bagi haiwan² dalam ni makan, ikut makanan yang disediakan, korang jangan tanya masya kat belah mana.. kita orang pergi naik bas ... tau² dah sampai .. hahahaha ... memang naya betul, tapi apa yang saya perasan ada nampak pasaraya giant .. itu pun sebab cikgu tadika singgah beli barang, hah!! menyempat koo cikgu beli jajan untuk bebudak ni.
Okeyy pada kawan² yang berminat nak pergi, nak bawak anak² pergi hujung minggu .. memang sesuai sangatlah untuk riadah ... harga tiket ada diskaun bagi yang ada mykad, kalau tak silap harga pakej pun ada untuk family tapi kena tanya dekat kaunter sebab dia ada bagi kupon untuk makan siap².. ala... kalau masuk sini baik bawak makanan siap² dia orang tak berkisah pun.. tapi janganlah korang bawak tikar bagai da macam nak berkelah.. memang takkkk lah kan, setakat nuget, roti tu semua okkeyyy jer .. makanan buat alas katanya, masa kami masuk ni siap bawak roti lagi .. kat baru balik daripada kilang roti hahaha ... air memang kena bawak ... pftt penat ko nak berjalan.. walaun tempat dia tak terlalu luas.. tapi bila bawak anak² ni .. bila dah memasing sibuk nak bagi makanan sana sini ... keterujaan sesangat ... masa 2 jam pun tak sedar berlalu .. kami masuk pukul 11, pukul 1 kot baru keluar ...
Korang jangan risau dalam ni ada toilet, alhamdulillah masa kami pergi tu memang bersih .. dan kebetulan ramai pengunjung sekolah tabika lain ... cuma toilet tak banyak jadi kena menunggu sikitlah ... tapi lelaki dan perempuan memang di asingkan ... yang penting air laju kikikiki ...
Okkk .. memula destinasi masuk² jer turun tangga farm in the city ada burung kakak tua .. walaupun sebenarnya masuk² korang akan nampak kura² dan ayam belanda berkeliaran ... korang jangan risau takdanya ayam belanda tu nak kejar korang hihihihi ..... jangan korang lari lintang pukang pulak ...
Berkerumun memasing nak bagi makan kat kura² ni .. besarnya wehhh seumur hidup inilah kali pertama jumpa kura² besar ni ... amir berani² takut memula masa nak bagi makan, tapi dia tengok orang lain relaks jer.. dia pun terus meluru nak bagi jugak makan.
Sebenarnya ada lagi gambar² kat bahagian kura² ni.. nanti kalau letak semua lagi panjang entry ni ... ke korang suka tengok gambar² hahahaha .... ada tu kura² zaman batu ke zaman dinasour ntah .. macam pelik je dalam air tu .. macam tak bergerak .. hidup rupanya .. sekali bergerak bebudak ni ketuk² cermin tu, dah kata kura² batu .. sekali tengok memang nampak macam batu jer .... dengan berlumutnya kat dalam air tu.
Kat bahagian burung ni memasing dah mula teruja dah, sebab kat sini lagi banyak burung, siap ada itik berenang² macam pulang petang gayanya walaupun matahari tengah meninggi naik pagi hari lagikan... ada tu siap berkejaran nak menangkap burung, ayam, itik dalam ni hahahaha ... yang nak bagi makan burung pun ada jugak, amirlah tu.. kemahin lagi dia... nampak orang bagi dia pun nak jugak. Tempat dia agak menarik jugak boleh possing² ada tangga kat kolam tu ... memang bebudak teruja sangatlah sampai diluar kawalan ... migrain cikgu huhuhuhu ....
Yeahh akhirnya sampai jugak kat ladang ni.. alahai kecik jer pun ladang dia... tak banyak sangat tanaman adalah jugak pokok biasa².. yang luar biasa nampak pokok lada hitam kot, yang lain² pokok cili, sawi, alov vera tu semua dah biasa ... tapi sebelum sampai kat ladang ni kami masuk tempat rusa, kangkaroo dan kancil kalau tak silap.. bagi² mereka makan .. memang kerjanya bagi makan je bebudak ni ... kekenyangan semua haiwan dalam tu korang bagi makan. Ada jugak nampak okok buah, buah cempedak, rambutan, markisa ... dll.
hah!! ni satu tempat, tempat tangkap ikan ni.. depan pet village .. dulu masa kat tambun pun amir suka kat sini.. dok menjaring ikan jer kerjanya tau .. mujur dapat sekor.. lepas tu ibu terlupa amik gambar kikikikiki .. sorry amir, majuk² budak tu .. sebab nak tunjuk kat ayah kununnya dia berjaya tangkap.. ibu pulak ralit mengambil gambar dia.. sudahnya ikan dalam baldi lupa amik gambar... dah lepaskan balik baru teringat tak amik gambar lagi. Bertempiaran ikan tu berenang nampak bebudak ni serbu nak menjaring ... macam² gaya ada.. sampai risau orang yang jaga tu .. terjerit² tak bagi panjat batu.. takut jatuh.
Dalam banyak² tempat kat dalam farm in the city ni .. amir paling tak suka masuk kat tempat arnab ni.. kat tempat wonderpets ni .. sebab dia kan pengeli jumpa binatang berbulu ni.. (teddybear pun dia tak suka geli) tapi kucing elok pulak.. kalau kat rumah tu dia pegang takda pulak geli, korang tengoklah gambar tu.. dah macam takda perasaan langsung kikikikiki .... kejap jer masuk lepas tu dia sambung main jaring ikan lagi kat luar tu.
Lepas² sambung jaring ikan .. nampak ada orang kerumun pegang ayam serama, kemahin lintang pukang amir nak pegang jugak... ya allah sabar je lah emaknya ni kan .... memang jadi jurufoto sana sini je lah hari tu ... amik gambar dia .. rakam sana sini .. kalau boleh tak nak satu momentum pun terlepas. Muka dah mula kepenatan sebab berlarian sana sini ... ajak ke toilet pun takmoo .. dah paksa baru nak pergi .. suka gitu .. tahan nak kencing.
Lepas layan ikan, arnab, ayam serama.. mari bagi makan ikan pulak .. yaaaarraaabbbiiii banyaknya ikan dalam kolam tu .. amir punya seronoklah dah macam beronok² kata johan nak bagi makan ikan siap cakap.. ibu sini² amik gambar, ibu rakam² video .. amboi kemahin dia kan .... ada angsa berenang lagi dalam tu .. elok jer.. 3 ekor kalau tak silap. Dia leka jer cecepat saya tangkap dudukkan atas tu soh amik gambar .. ishhhlah payah sungguh nak amik gambar bedua dengan dia tau ..
Merak!!!! oitt memang sinonim dengan berlagaknya kan .. masa sampai kat tempat merak ni.. eloklah pulak dia nak kembangkan bulu dia.. hohohoi... memasing amik gambarlah .. amir?? ermmm soh amik gambar ibu pun takmoo tau .. memang anak bertuah betul tu.. sebenarnya dia dah kepenatan kot.. dah banyak sangat tempat pergi ... air pun dah sebotol habis ..
Selalunya kat kampung dapat kejar ayam jer, tu pun dah lama atuk tak bela ayam.. memang takda peluang lah nak kejar lagi kan ... ni tetiba dapat peluang pegang anak ayam, hah!!! koooo tengokkk memula dia tengok² jer.. aimmm je mata tu .. sekali dapat pelung pegang memang sukalah dia .. berkali² saya pesan jangan sampai terjatuh hihihihi .. bukan tak caya .. ko jatuh naya patah kaki ayam tu tau.
Oklah dah penat rasanya korang baca entry ni, eh² baca ke.. tengok gambar je hahahaha .... moh ler balik, siap ada kereta antik lagi sebelum kami keluar ... api bukan balik naik kereta antik yer.. naik bas ... opsss.. sebelum erlupa.. masa korang kat dalam tadi biasanya ada kameraman yang akan amik² snap² sana sini gambar² korang .. jadi sebelum balik.. pergilah kaunter kat sebelah kiri sebelum naik tangga balik tu.. manalah tahu ada gambar korang yang cantik².. yang korang berkenan .. bolehlah beli.. saya tak pasti berapa .. sebab saya tak tengok pun.. amir dah penat sangat .. terus ajak naik bas... dalam bas memasing tidur .. padahal ada lagi satu empat nak tuju ni ... hihihi.. nanti sambung story eh... tengok amir penat ke tak .. kat tempat lagi satu .. ke tenaga dia lagi luar biasa... keterujaan dia macam mana pulak.
Dan sebelum terlupa ... inilah gambar abang fai .. yang baju hijau ni ... amboi abang yer.. mak² dalam bas kata mana pulak abang uncle hahahaha .. memacam lah korang nak gurau senda.. tq abang fai .. bawak budak² tabika ni ... jalan² dalam farm in he city .. sampai tak terkawal. keterujaannya, lepas ni kita pergi Pusat Sains Negara pulak .. destinasi terakhir sebelum balik ......
Bicara Hati : Sana sini dah update cerita puasa, hihihi xpe² nanti masya story pasal puasa pulak ada 27 ramadhan lagi kan.
Isnin, 30 Jun 2014
Hadiah FM Quilling Buat Yang Bertuah
2 hadiah fm buat giveaway.
3 hadiah fm buat pengomen terbanyak sepanjang jun 2014 di blog masya .... entry pun tak banyak bulan ni .. tapi rasa terharu masih ada yang sudi komen.
3 orang yang bertuah rajin komen di blog masya sepanjang jun 2014, cecepat emailkan alamat kat saya yer... nowzyana@yahoo.com ... maaflah kalau boleh nak bagi semua .. tapi setakat ni 3 jer yang mampu .. yang lain jangan terasa yer .. insyaallah ada rezeki yang lain.
Bicara Hati : Bznya akhir bulan, entry indah bulan jun masih ada lagi nak kongsikan walaupun dah masuk julai kikikiki ....
Jumaat, 27 Jun 2014
Giveaway - Buku Resepi Roti
Inilah buku resepi roti tu .. ada satu sahaja , cepat² kalau berminat meh ler join. okey sebab hadiah ni ada satu .. masya akan bagi 2 hadiah tambahan tau .... tapi bukan hadiah buku .. hadiah fm ... suka tak? suka tak .. fm tu special sangat² tau... quilling fm birthday amir hazim ... okey kalau nak dapatkan hadiah tambahan ni kena jadi orang yang pertama join atau menjadi url blog tertinggi link giveaway buku resepi ni .. hihihihihihi ..... good luck yer..
Okeyy masya kongsikan salah satu resepi dalam buku ni .. sorry gambar kabur ... hp tak bape nak canggih .. kosa nak amik gambar pakai kamera opsss..... ;p
Selamat Mencuba , Moga hari jumaat terakhir bulan syabaan ini akan memberi rezeki buat kawan² yang join ..... jangan malu² .. bukan follower pun boleh join .. jadi masa pengumuman cecepat serah diri .. kalau tak jangan salahkan saya kalau buku ni saya bagi kat orang lain.
Khamis, 26 Jun 2014
Pengalaman Dan Lawatan Ke Kilang Roti
Tempat pertama yang kami pergi kilang roti gardenia di seksyen 26 shah alam kalau tak silap saya, kilang gardenia ni ada 5 cawangan semuanya pun kat selangor ... takda kat negeri lain.. tapi roti ada kat semua negeri freshh pulak u pfttt.
Lebih kurang pukul 8.30 pagi dah gerak.. kalau ikutkan pukul 8.05 dah gerak .. tapi ada ibu bapa yang lewat .. makanya kami pun bertolak lewat .... tapi satu yang saya suka rombongan ni .. siap ada pemandu pelancong lagi kikikiki .. namanya abang fai .. bebudak pun suka .. sebab abang fai ni banyak cakap dan pandai amik hati budak².. dah kata pemandu pelancongkan ... bukan pemandu bas, pemandu bas diam kikiki.. bawak bas je kerjanya dan ishh korang tahu je lah bebudak ni.. manalah terkawal dah ramai² gitukan... bila ada pemandu pelancong ni .. dia orang dengarlah apa yang abang fai terangkan tu.. masa kat dalam bas.
Masa kat dalam kilang kami memang tak dibenarkan langsung amik sebarang gambar, dan budak² tabika pun tak dibenarkan bawak beg .. boleh bawak diri jer.. kikikiki.... ;p masuk tangan kosong .. pulang tangan penuh .. bak kata abang fai.
Memula masuk kami duduk di auditorium, kat situ boleh tengok video sedikit penerangan pasal sejarah roti gardenia lepas tu barulah lawatan ke dalam kilang. Demi keselamatan jugak bukan takat tak boleh amik gambar, nak pegang cermin kat kawasan proses roti tu pun tak boleh .. kat situ ada garisan kuning, daripada garisan tu lah kita kena berdiri .. takdalah jauh sangat pun daripada cermin ... masih lagi boleh nampak proses dalam kilang tu.
Lepas tengok wayang (video cerita sejarah roti) , dah tengok kilang roti .. kami di beri sarapan pulak.. makan wafer ko .. perisa oren yang baru .. nyum²... super duper sedapppp .... seyes lembut jer... dapat dua .. sempat ngap satu jer, amir pun suka .. cecepat dia habiskan. Lepas makan jomlah kita balik, opsss bukan balik sambung lagi 2 tempat pulak nak pergi.
Sebelum balik dapat goodies ni, kata masuk tangan kosongkan.. balik tangan penuh.. memang penuh tangan sebab amir punya pun ibu yang pegang .. anak bertuah betul... dia kemahin seronok dengan kengkawan dapat goodies soh ibu pegang .. motiff betul suruh ibu ikut yer...
Inilah roti² yang dapat dalam tu... ni satu beg punya barang, korang bayangkan ibu dengan amir dapat maknanya 2x ganda daripada dalam gambar, dengan roti sebuku tu memang banyaklah .. opss.. gambar roti sebuku belakang tu tak berapa nak nampaklah pulak.. nampak kotaknya jer. Jadi agih²lah pada mak denagn mak mertua hihihihi .. tak habisnya kita orang nak makan 3 beranak. Dalam ni jugak dapat buku resepi, oleh kerana buku resepi tu dapat dua .. saya nak kongsilah bagi kawan² blog .. esok saya bagi tahu yer.. macam mana nak dapatkan buku tu .. kalau ada yang berminatlah.. tunggu entry saya tau .. tau .. tau .. manalah tahu boleh gunakan masa ramadhan nanti, dapatlah idea masak untuk berbuka.
Hihihi bagi can tuan tanah interframe eh, jangan marah ... ala... asal amir tak senyum.. ibu pulak oberrr senyum. Nampak tak ibu lebih teruja nak possing .. anak dah sibuk nak naik bas nak pergi tempat yang lagi satu kikikikiki .....
Cukuplah ini je pengalaman saya yang pertama kalinya pergi sana, bukan saya jer.. amir lagilah kali pertama masuk kilang.. kilang roti pulak tu .. wangi jer tau bau kilang roti ni ... lagi² masa ni tengah proses roti krim jagung .. memang wangi sangat².
Bicara Hati : Nantikan entry esok untuk kawan² yang berminat nak dapatkan buku resepi mengenai roti.
Rabu, 25 Jun 2014
Suka Lattew
Kebetulan pulak nombor tu hihihihi ... unik 559559
Suka lattew hihihihi .. dapat cpuv baru, tak kisah tak semeriah orang lain yang penting setiap bulan dapat satu pun jadilah .. lebih daripada satu lagi sukaaaa ... (^_____^)
Teringin nak masuk iklan yang buat video tu .. tapi tak reti .. salu nuffnang offer pandang sepi gitu jer ... sekali tengok kengkawan up story mory kemahin meriah dapat bayaran .. mulalah mata ni (@@) hohohohoho syokknyaaaaa ..... kan best kalau dapat macam tu jugak... apepun tq nuffnang masih bagi cpuv untuk bulan ni .. stakat ni masih tak perasan lagi bila iklan ni menari² sebab tuan tanah kedaung pun bizi sejak akhir² ni tak sempat nak tengok dia ligat menari waktu bila.
Dah cashkan akhir bulan hari tu .. dan ini je lah bagi yang tinggal, suka lattew ... eh .. mestilah sukewwwww hahahaha ... sikit² lelama membukit kan...
Bicara Hati : Tak sabar nak tunggu cek dapat boleh guna raya nanti .. dah aim nak beli barang hihihi ...;p
Kenyang Dengan Roti Gardenia
hahahaha .. selambak roti, mana tak kenyang .... ni mau stok seminggu .... eh² kata teaser masya membebel pulak sorry .. nanti sambung story mory eh hihihihihi .. tengah menyusun ayat.
Selasa, 24 Jun 2014
Riadah Petang Hari Di Taman Alam Impian
Amir yang teruja sangat² ... tak turun kereta lagi dah cakap, amir nak main belon buih, amir nak main layang² .. amboi semua nak dimainnya yer.. jam dah 6.15 petang masa tu ... main belon buih je cukuplah ... nanti lain kali boleh datang lagi .. main layang² pulak.
Untuk permulaan main yang ni pun dah teruja nanti dah pandai boleh main yang giant bubble pulak eh ... harga berbeza² tau ikut lubang² untuk buih belon tu .. yang amir main ni rm 3.50 satu bekas .. kalau tambah buih rm 1.50 .. ini pun jenuh nak habiskan .... asalnya nak main yang rm 2.00 dah habis pulak ... ramai betul yang datang riadah petang tu.
Sorry tak dapat nak tayangkan video ... layankanlah amir main sambil berlari²an hihihi .. kemahin suka lagi dia.. bebas lari ... saya pun jadi teruja jugak .. sebab angin petang tu banyak dan cuaca dah mula redup. Korang nampak tak pemandangan belakang amir lari tu .. ada ruang rock climbing .. wahh bestnya kan .. takdalah tinggi sangat .. tapi mengujakan nak mencuba .. sebab dah lama tak buatkan.
Lepas dah puas main .. memasing kehausan .... kat sekitar taman ni ada jual air dan keropok .. bolehlah korang beli .. hilangkan lapar dan haus. Hubby pun macam teruja je tengok kawasan joging kemahin besar lagi kat taman ni.
Lokasi taman alam impian ni senang jer kalau daripada kampung jawa, lalu susur econsave tu masuk kiri.. yups econsave berada disebelah kiri ... korang akan jumpa bulatan, dan bulatan yang kedua korang masuk kiri .. jam berapa eh .. 9 kot haha.. bab ikut kiraan jam ni gagal sikit .. tp korang jgn risau .. sesat barat ke hapa ... kita orang pun memula risau jugak lps bulatan tak jumpa.. rupanya bulatan yang kedua daaaa... masuk kiri korang akan nampak taman ni sebelah kanan korang.
Bicara Hati : Nanti ada kesempatan saya cerita pasal farm in the city, korang pernah dengar tak???
Langgan:
Catatan (Atom)