♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 26 Jun 2014

Home » , , , , , , , , » Pengalaman Dan Lawatan Ke Kilang Roti

Pengalaman Dan Lawatan Ke Kilang Roti




Semalam ada buat teaser kenyang dengan roti gardenia, hahahaha .. selambak roti kooo dapat .. bukan beli yer.. semua tu dapat percuma jer (^_____^)v.
Pfttt ... ibu cikgu kata ada rombongan nanti sebelum puasa, ibu pergi yer.. ni suratnya.. kena bayar .. ibu pergilah .. nanti mak mak kawan amir pun pergi. Alahai anakku .... kalau tak pergi tak boleh ke .. amir boleh enjoy dengan kengkawan.

Oleh sebab amir dah pujuk, hubby pun setuju dan bagi duit .. kita ok je lah... sebenarnya ada  tempat rombongan tabika kali ni, saya pun teruja jugak kalau ikutkan.. nanti up story satu² eh. Untuk 3 tempat rombongan ni bayaran untuk mak² ni rm 62.00 pftttt mahal jugakkan.. tapi itu semua untuk bayaran tiket, bas dan termasuk makan. Jadi berbaloi²lah jugak... takdalah mahal sangat.



Tempat pertama yang kami pergi kilang roti gardenia di seksyen 26 shah alam kalau tak silap saya, kilang gardenia ni ada 5 cawangan semuanya pun kat selangor ... takda kat negeri lain.. tapi roti ada kat semua negeri freshh pulak u pfttt.

Lebih kurang pukul 8.30 pagi dah gerak.. kalau ikutkan pukul 8.05 dah gerak .. tapi ada ibu bapa yang lewat .. makanya kami pun bertolak lewat .... tapi satu yang saya suka rombongan ni .. siap ada pemandu pelancong lagi kikikiki .. namanya abang fai .. bebudak pun suka .. sebab abang fai ni banyak cakap dan pandai amik hati budak².. dah kata pemandu pelancongkan ... bukan pemandu bas, pemandu bas diam kikiki.. bawak bas je kerjanya dan ishh korang tahu je lah bebudak ni.. manalah terkawal dah ramai² gitukan... bila ada pemandu pelancong ni .. dia orang dengarlah apa yang abang fai terangkan tu.. masa kat dalam bas.




Masa kat dalam kilang kami memang tak dibenarkan langsung amik sebarang gambar, dan budak² tabika pun tak dibenarkan bawak beg .. boleh bawak diri jer.. kikikiki.... ;p masuk tangan kosong .. pulang tangan penuh .. bak kata abang fai.

Memula masuk kami duduk di auditorium, kat situ boleh tengok video sedikit penerangan pasal sejarah roti gardenia lepas tu barulah lawatan ke dalam kilang. Demi keselamatan jugak bukan takat tak boleh amik gambar, nak pegang cermin kat kawasan proses roti tu pun tak boleh .. kat situ ada garisan kuning, daripada garisan tu lah kita kena berdiri .. takdalah jauh sangat pun daripada cermin ... masih lagi boleh nampak proses dalam kilang tu.




Lepas tengok wayang (video cerita sejarah roti) , dah tengok kilang roti .. kami di beri sarapan pulak.. makan wafer ko .. perisa oren yang baru .. nyum²... super duper sedapppp .... seyes lembut jer... dapat dua .. sempat ngap satu jer, amir pun suka .. cecepat dia habiskan. Lepas makan jomlah kita balik, opsss bukan balik sambung lagi 2 tempat pulak nak pergi.




Sebelum balik dapat goodies ni, kata masuk tangan kosongkan.. balik tangan penuh.. memang penuh tangan sebab amir punya pun ibu yang pegang .. anak bertuah betul... dia kemahin seronok dengan kengkawan dapat goodies soh ibu pegang .. motiff betul suruh ibu ikut yer... 




Inilah roti² yang dapat dalam tu... ni satu beg punya barang, korang bayangkan ibu dengan amir dapat maknanya 2x ganda daripada dalam gambar, dengan roti sebuku tu memang banyaklah .. opss.. gambar roti sebuku belakang tu tak berapa nak nampaklah pulak.. nampak kotaknya jer. Jadi agih²lah pada mak denagn mak mertua hihihihi .. tak habisnya kita orang nak makan 3 beranak. Dalam ni jugak dapat buku resepi, oleh kerana buku resepi tu dapat dua .. saya nak kongsilah bagi kawan² blog .. esok saya bagi tahu yer.. macam mana nak dapatkan buku tu .. kalau ada yang berminatlah.. tunggu entry saya tau .. tau .. tau .. manalah tahu boleh gunakan masa ramadhan nanti, dapatlah idea masak untuk berbuka.





Hihihi bagi can tuan tanah interframe eh, jangan marah ... ala... asal amir tak senyum.. ibu pulak oberrr senyum. Nampak tak ibu lebih teruja nak possing .. anak dah sibuk nak naik bas nak pergi tempat yang lagi satu kikikikiki .....

Cukuplah ini je pengalaman saya yang pertama kalinya pergi sana, bukan saya jer.. amir lagilah kali pertama masuk kilang.. kilang roti pulak tu .. wangi jer tau bau kilang roti ni ... lagi² masa ni tengah proses roti krim jagung .. memang wangi sangat².



Bicara Hati : Nantikan entry esok untuk kawan² yang berminat nak dapatkan buku resepi mengenai roti.
















22 ulasan:

Kakzakie berkata...

Roti gardenia pilihan keluarga kakak tau. Dapur rumah kakak boleh katakan sentiasa ada gardenia.

Seronok betullah Amir kalau macam ini gaya ole-olenya..

QasehnyaRania berkata...

bestnya. gi kilang roti gardeniar siap dapat goodie bag tu.

in shaa Allah jika ada rezeki, nak le juga buku resepi tu. ihik ^_~

Nad MamaZN berkata...

yana, kilang tmpt keje papazakwan tu, hehehe..
mmg wangi kan? dari luar pagar dh dpt bau..cemana la papazakwan keje nnt masa bulan puasa haha! tergoda iman :)

Nieyl berkata...

Melarat kilang roti..best...

::EIDA:: berkata...

stok roti banyak ni! bak seketullllll hehehhe

Mama Idlan Irsyad berkata...

bestnya.. nanak2 pun suka makan roti gardenia ni.. kalau dpt pergi mesti lagi seronok...

Ida Reen berkata...

Best nya!
Akk suka kalau ada rombongan camni. Bule tau kan cemna buat roti semua. Good..good.

Sal Bee Yah berkata...

sayangnya tak boleh tangkap gambar..mesti excited budak-budak dalam kilang roti.

Ujie berkata...

best dpt melawat kilang mknn ni, lagi best bila dpt beg goodies yg penuh mcm2 tu. Puas le mkn roti hari2 ya.

lieyalatif berkata...

seronok la masya...siap parents leh join sekali lawatan anak2....lieya kalo dpt punnak pergi...lagi2 pi kilang roti gardenia...roti peberet lieya satu keluarga nieh hehehehe

mmg berbaloi2 tgk isi goodies bag tu...penoh ngan roti jek hah....

Ratu Hatiku berkata...

Wah..... seronoknya. Teringin nak pegi kilang roti. Agak2 kalau proposed dkt tadika ank tu cikgu setuju x erk.. :D

Kausar Amin berkata...

kemain ibu pun sonok pi ikut rombongan hihihi... salam kenal dari saya :)

Naemah Umi berkata...

Bestnye dpt g kilang roti...rezeki kan dpt byk roti, puas la mkn roti pasni hehehehe..

Eh tak sabar plak nak baca next entry :)

Falsya berkata...

Pegi tgn kosong, blk tgn penuh..iu la yg best sebenarnye..hehe..

Masya ngan amir dh mcm adik ngan kakak dh..;))))

n O e s u h a i m i berkata...

patut la meriah roti nya...upanya g kilang... :)

Khai♥Rin : anies berkata...

bila keluar badan berbau roti x? ;-)

IntaNBerliaN berkata...

bestnya dpt g lawatan kt kilang roti

fieda berkata...

wah..bestnyer...seronok dia berjalan ye..

Zefa NorAsmara berkata...

Seronoknya g rombongan.. Zaman tadika anak2 ibu Yusuf dah berlalu. Semuanya rombongan yg anak2 join ibu bapa mmg tak dijemput ikut sekali. Jd xdelah pengalaman. Huhu..

Nory Zoulkefle berkata...

wahhh syioknyer dapat stock roti free..boleh buat stock sarapan tu..heheh

Fiza Rahman berkata...

Bestnya ibu pon blh ikut gi kilang roti.

Azlina berkata...

Saya pun peminat roti sampai saya dah bukak kedai roti saya sendiri. Sebenarnya buat roti ni tak susah. Cuma kena ada tok guru dan selalu buat. Insya Allah, roti anda memang jadi. Nak resepi roti, lawatlah ke blog saya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...