♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 15 Februari 2012

HOT Ke??? HiHiHiHi.....

Assalamualaikum Semua....

Saya pulak yang terlebih teruja bile Kieran Hot.Fm datang kat majlis kawan saya ni... maklumlah majlis sebelah lelaki saya tak tak dapat nak datang, sebab² yang tak dapat nak dielakkan kene menemankan hubby/ayah membeli buku² untuk habiskan baucer Rm200, nnt saya ceritakan yang itu yer... huhuhuhu.... 

Hotkan.. eloklah tu.. pengantin pun pakai baju merah menyala... memang hot tau.. dengan cuaca yang panas hari tu... (^__^)v


Semoga ikatan mereka berdua berkekalan hendaknya hingga kehujung nyawa dan dikuruniakan zuriat yang comel serta soleh dan solehah amin.... baca kat SiNi untuk majlis sebelah perempuan yang saya datang.. dua² pun kawan saya.. kami sebaya...

Selasa, 14 Februari 2012

KUATNYA PENGARUH LAGU PADA AMiR

Assalamualaikum Semua.....

Selamat pagi... tibe² pagi ni dapat idea nak buat entry pasal amir yang suke sangat menyanyi... lagipun amir ni dari umur setahun lebih dah pandai bercakap tanpa pelat yang ketara.. dan alhamdulillah.. memang senang paham, lagipun kami dah membiasakan dari dia kecik lagi tak pernah cakap pelat.. memang ayat macam orang² dewasa kami guna hihihihi...

Kecik² takpela nak menyanyi hobi² yer sayang.. hiburkan ibu, ayah, embah, atok, sedara² dengan keletah kamu kalau mengajuk nyanyi tu... jangan jadikan kerjaya.. dah besar nanti no.. no.. no.. hahahahaha....

 Ini antara lagu mula² yang amir suka.. sampaikan ayah kene cari kat you tube download kat handset dengan laptop tau... sampai naik jemu kami dengar...

Lepas tu amir suke lagu upin ipin ni... sampaikan ayah kene download jugak kat handset semata² takmoo amir merengek² asyik nak tengok kat laptop...

Bile dah besar sikit dah paham tenok siaran tv dan dengar radio,  amir suke lagu maher zain sampailah sekarang  lagu insyaallah.. sampaikan ayah kene beli cd untuk pasang kat kereta tau... dan klu jalan jauh memang pasang lagu tu jerlah.. walaupun kat cd tu ade lagu lain...

 Lepas tu amir suke lagu pokok hazama ft meet uncle husin.. bukan amir jer.. ibu pun suke.. ayah siap pasang lagu ni buat ring tone handset hihihihi.... asal dengar lagu ni jer kat radio mesti amir cakap.. ibu².. ni lagu yang ka handset ayah ibu... (^__^)v
 

 Lagu stacy lagi haru.. amir nyanyi siap berjoget² macam stacy huhuhuhuhu... kat rumah pengasuh pun dia suka menyanyi lagi² lagu ni selalu terpasang kat astro ria dengan videonya... pernah sekali ibu tukar canel ade stacy menyanyi dia tak bagi alih tau.. haru betollah...

Ini lagu yang paling terkini amir suke.. kebetulan, lagu ni ade kat drama dingin cinta lavenda kat tv3, 

malam tadi nak tido ibu soh baca doa tido sebelum tido.. amir pun baca macam biaser.. tibe² 

Amir : amir tak boleh tido lah ibu amir tak mengantuk lagi
Ibu: Ala.. ibu dah mengantuk dah pukul 11 ni.. esok ibu nak keja nani bangun lewat...meh ibu tepuk² amir..  
 Amir : Amir nyanyi boleh tak?? 
Ibu: nyanyi???? lagu ape malam² ni...
Tahu tak amir nyanyi lagu dadali  ni.. haihh memang kelautlah lirik dengan melodi tu.. ibu senyum jer.. lepas tu kite orang pun sama² tertido.. tak perasan pun pukul berapa masa tu...


Semua gambar² ihsan google jer.. (^__^)v anak² korang mestilah lagi macam² kerenahkan.. amir pun sama jer... sekarang ni dah besar boring kot main kat dalam rumah.. ayahlah jadi mangsa.. kalau tido mesti dia kacau.. lepas tu bisik kat telinga ayah janganlah tido.. jomlah main dengan amir.. agak² ayah macam tak bagi respon mase bisik barulah dia jerit, silap² ibu kat dapur tengah masak.. tercampak sudip tau.. terkejut dengar dia menjerit. haru betullah...

Isnin, 13 Februari 2012

Berkatnya Air Tangan Mak

Assalamaualaikum Semua...

Salam pagi isnin, mood janganlah blues jer... walaupun sayalah tu yang blues sebenarnya hihihihi....  oklah... berbalik pada tajuk sebelum meleret yang bukan²...

Berkatnya Air tangan mak, percaya tak kalau saya cakap.. macam mane sedap pun makanan yang pernah terhidang didepan mata.. pastinya air tangan mak juga yang sedapp kan.. kan.. hihihihi....

Orang kata berkat air tangan mak ni lain macam sikit, x kirelah walaupun mak cuma gorengkan telur dadar untuk dimakan bersama² dengan nasi panas dan kicap.. nikmatnya terasa hingga menjilat² dihujung jari... dan berkat seorang mak masak dengan ikhlas akan diingati sampai bila² oleh anak²... 

Tapi janganlah membandingkan masakkan isteri, mertua atau orang lain dengan masakkan mak kite.. tak baik tau hihihihi.. kalau dah ade isteri tu.. suruhlah isteri belajar masak menu kegemaran tu dengan mak kite. walaupun mungkin rasanya tak sama.. tapi niat isteri nak belajar tu patut dihargai tau...

Ini retak seribu/lala besar yang mak bekalkan kat saya masa balik kampung 2 minggu lepas... 
Sangatlah sedappp... sampai kuah² pun kami hirup....

Hujung minggu baru ni tak dapat balik kampung, kan baru balik cuti panjang hari tu masa MauliduRasul.. rindu kat mak tau hihihihi... tu publish lauk mak bagi ni, walaupun kampung bukan lah jauh mane... (^__^) Amir pun elok jer tak merenggek² ajak ayah balik kampung.. mungkin paham kot.. ayah sibuk keje tengah banyak.. sabtu baru ni ade sekolah ganti pulak...

Sabtu, 11 Februari 2012

ikan Masak Stim Asam Boy

Assalamualaikum Semua....

Ingat tak hari tu saya ada buat entry pasal tak tau nak masak ape dengan kepala ikan jenahak apelagi saya pun pergilah jenguk dapur otai² semua.... dan terjumpelah resepi paling senang di resepiraidah.blogspot.com (ikan kukus stim asam boi) tapi saya ubah sikit.. biaserlah saya ni kan.. suka ikut citarasa tekak ni sendiri hihihihi....

Bahan-bahan:

1 ekor kepala ikan ( ikan lain2 pn blh seperti siakap atau ikan merah besar)

6 biji asam boi
1 biji bawang besar
1/2 inci halia (agak²lah ikut besar ibu jari pun ok.. tumbukkan dia)
1 batang lobak merah
3 biji cili api (tak boleh letak banyak kene ikut citarasa amir)
1 btg serai (diketuk)
2 biji bawang putih
1 camca teh tepung jagung
2 sudu besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

Cara penyediaan:

1. Panaskan kukusan.
2. Satukan bawang putih, bawang besar yang telah dihiris bulat², dan halia yg ditumbuk, sos tiram, tepung jagung, garam, gula (kalau nak) dan perisa pasti sedap.
3. Gaul rata bahan tersebut bersama ikan. Tabur lobak merah, cili api, asam boi (rendam dengan air panas bagi kembang) dan serai.
4. Kemudian kukus ikan atas air mendidih selama 15-20 minit atau sehingga masak. Angkat dan taburkan sedikit daun bawang.

Gambar siap sedia untuk dikukus ikan

Nyum².. nyum²... siap sedia terhidang untuk dimakan.. abaikan jerlah hiasan tu yer.. tak pandai nak deko² ni....

 Bendi rebus untuk ulam...


Tmpe goreng.. wajib untuk sibujang.. (^__^)v


Cuti 2 hari ni nanti bolehlah kawan² cuba.. memang sedap.. berbaloi²lah.. ummmppppp nyer....

Jumaat, 10 Februari 2012

Petai Belalang

Assalamualaikumm Semua...



Inilah Petai Belalang a.k.a petai kecik

Petai ni ade tumbuh terbiar kat depan rumah mak saya, kite orang pun tak tau bile masa tumbuhnya.. tau² dah membesar... dan hasilnya memang lumayan.. opsss.. bukan hasil ape.. hasil buah tu.. kebetulan kat tepi jalan masuk rumah mak tumbuhnya.. orang yang lalu lalang pun adelah menyinggah nak mintak buah ni.. x pun daunnya... sebab petai belalang penawar penyakit kencing manis saya pun tak pasti.. sebab dalam keluarga belum ada yang kene penyakit ni.. nauzubillah...

Dulu masa kecik² saya suka makan petai liar ni dengan kawan², tp bukan kat rumah.. kat kawasan rumah kawan saya.. dia orang siap bergayut² kat pokok tu... petik petai ni, tp saya duduk bawah jer tunggu.. penakut nak panjat... Petai belalang ni pun boleh masak tau..baru² ni sajelah masak sambal udang letak petai belalng ni.. sedap jugak.. cuma dia kecik sikitlah dari petai biaser tu... hihihihihi....

Korang pernah jumpa tak petai ni.. pernah cuba makan tak?? nanti cubalah.. sedap tau hihihihi.....

Khamis, 9 Februari 2012

Amir Kalau Tidooo...

Assalamualaikum Semua...

Gambar kat sofa rumah berselerak.. abaikan jerlah yer... ;p

Inilah antara gaya anak bujang saya kalau tidoo memang tak sedar ape.. dengan botol masih kat mulut, mainnan masih terpegang... ape yang berlaku kat sekeliling... nak gelak kuat ke.. nak ribut ke... memang dia takkan bergerak² tido... macam ayah dialah jugak tu hihihihihi... tapi masa bayi percaya tak.. jangan kata batuk, kalau org berjalan pun dia cepat tersedar.. tajam betul telinga tu...

Sebenarnya dia selalu tido kat toto jer depan tv, nanti dah malam sikit.. barulah kami angkat masuk bilik. kami ker??? hubby jer angkat.. ibu dia ni.. memang tak laratlah.. tapi kalau kene pakse angkat pun memang gagahkan dirilah jugak huhuhuhu.....

Tu belum lagi kalau kami tido bersama² memang macam² aksilah.. kuak lentang, kuak tertonggeng.. meniarap... macam² lagi.. penatnya mengalahkan orang keje menyangkul hihihihi...

Petang² macam ni mengatuklah pulak dalam pejabat ni.. huhuhuhu... nasib baiklah ade kudapan...(^__^)v

Kalau Dah Jodoh Tidak KeMana² (^__^)v

Assalamualaikumm Semua...

Hujung minggu baru² saya pergi kenduri kawan kawin, 2 merpati sejoli ni kawan saya masa sekolah.. dari sekolah rendah sampailah kesekolah menengah.... orang kata kalau dah jodoh tak kemana.. percaya tak.. kalau saya cakap cinta mereka baru² ni jer berputik kembali.. sebelum ni bukan bercinta tapi kawan baik bersama²... maklmumlah dah lepas sekolah masing² buat hal sendri... bile ade FB barulah terjumpe kawan² lama balik... rupa pun masing² dah matang lain bebenor huhuhuhu.. lagi² saya ni yang bertambah² gebu dan tembam... ;p


so sweet.. warne vantage dah menjadi trand terbaru sekarang ni kan....


 eh² menjeling² pulak pengantin tu yer...


 cantikkan cenderahati dia... tema vantage jugak. tambah koleksi saya.. semakin banyak bagi cawan macam ni...


Cuaca panas sesangat hari tu... amir pun merengek² takmoo ambil gambar, sampaikan ibu pun terlupa nak ambil gambar dengan penganin tau huhuhuhu.. haru betullah.. minggu kat rumah sebelah lelaki pulak.. satu kampung dengan saya, tak tau lah dapat pergi ke tak sebab.. ade jemputan lain jugak. kalau balik kampung.. mungkin pergilah kot... ;p

Apepun mendoakan kebahagian pengantin.. selamat pengantin baru dan moga berkekalan hingga keakhir hayat.. dikurniakan zuriat yang soleh dah solehah... amin...

Rabu, 8 Februari 2012

"Segmen Review Blog Kami"

Assalamualaikum Semua...



Jomlah join segmen ni.. klik jer dekat gambar tu.. boleh terus link ke blog tihara, dan saya pun tak sangka .. saya boleh dapat anugerah top commenters mingguan  kat blog tihara..  dapat anugerah crown lagi tau hihihihi... jemputlah datang kesana banyak ilmu dan perkara baru saya tau.. selain daripada tu saya suka cuci² mata tengok barang² yang dah berkait yang baru² dan cantik² tau..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...