♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 13 Jun 2013

Bila Kami Beraya Sedondon Mengikut Tema



Sebulan lagi insyaallah kita akan menyambut ramadhan, semoga dipanjangkan umur dan berpeluang merasainya lagi, azam tahun ni nak bawak amir pergi terawih .. lagipun amir dah 5 tahun .. harap berpeluanglah hendaknya ... nak beri amir merasai suasana kemeriahan solat terawih, ibu akan mula ajar amir puasa.. walaupun mungkin puasa susu sahaja .. kikikikiki , sebab umur seusia amir memang belum digalakkan berpuasa .. tapi haruslah diberi pendedahan solat terutama solat 5 waktu. Jadi takmoo paksa² amir berpuasa (^____^) walaupun pihak tadika ada maklumkan mungkin amir akan diberi pendedahan puasa ramadhan nanti.


Jom layankan gambar kami beraya bertiga pulak, alhamdulillah 3 kali sambut hari raya sebagai seorang isteri akhirnya kami beraya bertiga pulak sebagai ibu dan ayah. (^___^). Puasa pun belum.. tapi dah mood raya eh... ;p Sila jangan pitam layan gambar masya possing super fotogedik hihihihihi ...



Akhirnya jumpa gambar ni kikikiki, Alhamdulillah raya pertama sebagai seorang ibu, kalau tak silap amir 4 bulan masa ni, allahuakbar tembamnya muka aku masa ni bagai di pam .. pam... ramadhan tu hubby dan aku kemalangan betul² lagi seminggu nak raya, nasib baiklah takda kecederaan yang teruk .. hubby patah tangan .. aku pulak melecet sikit jer.. nasib baiklah tak pape baru lepas pantang masa ni, pertama kali beb.. pertama kali aku kemalangan naik motor dengan hubby, bukan dengan hubby jer.. rasanya ini pertama kali jatuh motor lepas dapat lesen lepas tu hubby fobia nak bawak aku naik motor kakakaka ..;p


Baju amir susah nak cari .. jadi amir pakai warna lain dari kami, kami pun pakai baju bukan tempah untuk raya pun... pakai baju apa yang hadooo jerlah.. pasrah, tak sempat nak membeli.


Pertama kali bawak amir pergi opis, kebetulan ada jamuan hari raya, amboii kemain lebar ibu senyumm yer.. tapi sebenarnya mengah dukung amir ... kikikiki ... amir teruja tak reti duduk diam, semua dok pakat nak dukung dia.. lagilah dia suka.



Yang ini tak hinggat raya dah berapa hari, yang pasti kami nak pergi beraya ... kumpul duit, kumpul duit .. sakan beraya dengan orang baru .. padahal hubby bukan boleh drive sangat .. aku?? lagilah tak boleh diharap .. harap ada lesen jer masa ni .. tapiiii penakut yaaarrrraaaabbbiiiiiii nak bawak kereta, hubby pasrah jerlah ... kalau ada yang ajak kami ikut jerlah masa ni.



Tahun kedua beraya dengan amir, kebetulan hari raya pertama hari lahir bapak mertua jadinya ... hubby bagi hadiah kat bapak amir yang lebih terujanya, masa ni amir dah pandai dah nak teroka sana sini ... main dengan sepupu².



Tema melinium ni paling seronok rasanya, sebab amir pakai sedondon siap dengan kasut.. comel sangat tau .. geram dibuatnya. Lepas tu dapat duit raya .. merata² dia letak, ibu dengan ayahlah tukang kutipnya. Mula hubby macam tak suka tema ni, sekarang baju ni jugaklah ang asyik di pakai buat ke masjid solat jumat grrr sabooo jerlah.




Gambar akhir, tapi bukan yang terakhir yer... dalam entry ni ni jer.. yang ini raya 2011 rasanya, banyak sangat gambar raya dalam entry ni .. muntah hijau pulak korang layan kikikikiki .... tahun ni tema lain sikit, kunun² ibu pun nak melaram jugak .. sudahnya baju ni sekarang dah tak muat yer... gantung jerlah buat perhiasan sob.. sob.. sob... sebelum ni pernah jugak kongsikan gambar beraya kami sedondon dalam entry warna-warni di aidilfitri dalam tu memang sampai ema 2012, tahun tak taulah kami tema apa... kalau ikut selera amir tak sudah² warna hijau .. mahu lah hijau pokok tahun ni ... pulak erkkkkk ...




Bicara Hati : Dalam suasana gembira, pastinya tak dilupakan pada insan yang tiada .. al-fatihah buat arwah adik, kelahiran amir membuang duka lara kami sekeluarga atas kehilangan arwah adik.



Rabu, 12 Jun 2013

Makanan untuk alas perut dari lapar



Stok maggie cup kat opis memang ada .. tak banyak satu bekas mesti kita stanbykan ... tapi kalau kat rumah stokk maggie jangan cakaplah mestilah sebuku ..walaupun jarang makan.. saja beli, ntah habit kot .. ke pasaraya mesti nak beli buat stok .. lepas tu sebulan pun belum tentu habis makan .. hubby jer yang suka masak.

Hari ni nak kongsikan masakkan maggie goreng yang simple saya suka buat, versi goreng ni kira sebelah tangan pun boleh buatlah .. bukan pejam mata yer.. kalau pejam mata .. mana nak nampak huhuhuhu ...


maggie goreng simple, sila abaikan ada udang grill kat tepi tu hihihihi ...


Bahan :

Minyak
Telur
Maggie perisa kari
Bawang goreng


Cara Masak :

Rendam maggie, sampai kembang kemudian toskan. Panaskan minyak .. pecahkan telur hancurkan² dia... masukkan maggie yang telah direndamkan dan ditoskan. Gaul²kan sebati.. masukkan serbuk perisa maggie kari .. dan padamkan api ... letak bawang goreng .. gaul bagi sebati .. siapp... senangkan.. memang boleh buat alas perut .. tapi tak boleh buat selalu ... hihihihihi ...



Bicara Hati : Murah rezeki ada orang belanja makan KFC kat opis hari ni, jadinya tak tahulah nak masak apa malam ni.. dah kekenyangan ni...



Masalah Internet Kat Pejabat



Orang kata kat pejabat jangan layan internet, tapi kalau dah siap kerja takpalah kalau naik kerooo mata nak layankan internet takda sapa nak maah pun.... huhuhuhuhu ...

Tapi dah 3 hari ni memang internet kat opis ni tahap lembap dia hadoilah mengalahkan kura² berjalan tau, korang bayangkanlah .. kalau bukak blog korang nak baca memang lambat, tu belum lagi nak komen.. dah terpusing² pusing kat ruangan atas tu memang tak boleh nak kmen.. sudahnya .. masuk dua kali .. masuk tiga kali .. dah tak boleh komen .. memang bye lah yer.. maaflah sangat huk .. huk ..huk... 

Geram pun ada jugak, lagi² nampak entry tu .. eh² sama pulak menu kita masak, eh² sama pulak seleranya.. tapi tak boleh nak komen nak buat macam mana.. saya datang bacalah .. saya tak tahulah blog kawan² yang besar lambat nak loading atau pun komputer saya ni memang dah penat .. atau memang line internet tengah lembap sangat pun kat opis ni ...

Harap korang tak marah yer, saya datang jer baca.. terutamanya yang datang komen, cuma saya tak boleh nak balas komen atas masalah² tak dapat nak dielakkan ni...



Bicara Hati : Tak puas rasanya dah baca, lepas tu nak komen tak boleh uwarrrr, tapi .. ada jugak .. dah baca blurr kejap nak komen.. bila boleh komen .. takut silap bagi pendapat pulak.







Tumbesaran Amir Dari Tiga Tahun Hingga Lima Tahun



Kita sambung balik cerita tumbesaran amir, kalau yang belum baca entry tumbesaran amir dari lahir boleh klik sini untuk lihat gambar² amir masa baby, dan bila saya jumpa gambar² amir ni baru saya perasan muka anak adik saya yang baru lahir hampir sama dengan amir maklumlah sepupulah katakan.

Terujalah tengok gambar² amir dulu² hahahaha .. nak gelak pun iyer jugak... memang terasa sangat cepatnya masa berlalu ya allahhhh ... rasa macam tak puas nak gomol² nak cium² dia lagi .. walaupun kadang² ragam dia datang dah besar ni tak bagi ibu cium sangat huhuhu .. sentapp kejap tau.. tapi kalau mood dia baik, sibuklah nak cium² ibu pulak.. ibu pulak yang rimas dibuatnya.

Dan dalam entry yang sebelum ni pun saya dah bagi tahu amir pandai bercakap dulu .. sebelum berjalan, kalau tak silap umur dia 7 bulan dia dah pandai sebut ibu ... tanpa pelat tau .. memamng amir sebut ibu, mungkin dah terbiasa kot ... dengar saya bahasakan diri ibu sejak dia dari dalam perut lagi ... dan umur hampir 2 tahun kalau tak silap setahun 8 bulan macam tu .. amir dah pandai susun aya kalau nak sesuatu, alhamdulillah rasa bersyukur sangat dikurniakan anak yang bijak dan baik macam ni, moga menjadi anak yang soleh dan baik budi pekertinya. amin.


Sorry nak tayang jugak ni gambar hadiah pertama hari lahir amir, ayah belikan amir lori hahahaha .. memang sesuai sangatlah dengan size amir tu .. yang debab dan gebusss masa ni... tak boleh belikan yang kecik².. nanti dia bawak .. mengundur habis tergolek² kebelakang terlentang.





Ni hadiah daripada atuk masa amir nak masuk umur 3 tahun kalau tak silap, lagi beberapa bulan atuk dah belikan basikal .. tapi amir takut nak kayuh .. dia naik jer.. umur 3 tahun lebih barulah dia pandai kayuh dengan jayanya penuh pusingan kat kaki tu.. kalau tak asyiklah disorong² sahaja dengan kaki.





Pertama kali amir jejakkan kaki kepantai ... muka teruja, takut semua pun ada hihihihi ... tapi mula² jerlah.. lepas tu takmoo balik pulak.... balik terus demam² tau huhuhuhu .....





Ayah belikan amir hadiah basikal baru masa umur 4 tahun, amir ngadu basikal atuk belikan susah nak kayuh .. saboo jerlah.. habis di canang kat semua orang ayah belikan basikal baru kat nilai kakakakaka .. memang tak boleh simpan rahsia betul ini budak.

Sekarang pulak dah 5 tahun ni, amir ngadu .. amir tak pandai lagi kayuh basikal tanpa roda kecik .. iyerlah sekarang dah jarang main basikal petang² cian amir ... kawan² semua dah pandai kayuh tanpa roda katanya, dia malu .. tak pandai lagi .. pulakk dah.. rasa macam bersalah pulak, nanti kita belajar yer mir .. cian amir .. selalu saya pujuk dia.





Alhamdulillah dah 5 tahun, amir akhirnya dah mula ke tadika .. teruja sangat dia dapat ke tadika .. dapat kawan².. suka betul dia.... dan tadi ibu dan ayah baru jer pulang daripada tadika amir untuk perjumpaan hari ibu bapa amibil report kad, ibu tak terlalu mengharap yang besar².. tapi amir dah pandai membaca dan menunjukkan minat belajar itu dah buat ibu terharu .. satu perkembangan yang baik buat amir dari segi tumbesaran amir sekarang.






Akhir sekali nak juga letak gambar tuan tanah kedaung, hahahaha .. mengandung nak masuk 4 bulan .. masih boleh pakai kebaya .. hebat tak hebatlah .. lepas bersalin.. baju ni pun tak muat gegegegege .. dah selamat ku bagi orang lain.




Okk nanti sambung lagi, tumbesaran kami beraya sedondon pulak eh (hahahaha... puasa belum sibuk nak tayang gambar beraya), tengok keputusan peperiksaan amir .... ibu cari idea nak mengarang dulu eh.



Bicara Hati : Ada yang nak muntah tak layan entry tumbesaran amir banyak gambarkan hihihihi ... tapi sebenarnya ada lagi banyak .. lain entry kongsikan lagi.





Selasa, 11 Jun 2013

Tart Telur KFC Yang Sedap





Kegemaran baru .. kegemaran baru ...

Jatuh hati betullah makan tart telur kat KFC ni, korang pernah cuba makan tak??? okkkk .... dulu .. dululululuuuuuuu lah yer... sebut jer tart telur erkkk kembang tekak, seyes tak berani cuba ... dah habikk setelah kawan opis perkenalkan suruh cuba ... asyik nak makan tart telur ni sahaja huhuhuhuhu .... hadoilah jatuh hati betul dibuatnya. sedappppp .. sebab tart telur ni ada rasa cheese jadi dia tak muakk ... kulit tepi tu macam pai .. bukan yang tepung macam blueberry cheese tart yang selalu kita suka makan tu.

Nak lagi .. nak lagi ... rege boleh tahan jugak satu ni RM 3.++ kalau tak silap, memang patutlah pun sedappp.... opsss .. sedapp pada tekak saya tak bermakna sedapp pada tekak korang jugak, kalau nak tahu sedapp atau tak .. cubalah rasa sendiri yer.. beli kat KFC.

Hubby memang tak makanlah, amir ... sekali gigit dia nak lagi .. sekali gigit dia nak lagi .. ermm sedapplah ibu .. kan... kan.. sedappkan.... rugi ayah tak nak.




Bicara Hati : Ada terbaca resepi yang mudah nak buat tart telur macam ni pakai roti canai hahahahah ... tapi .. mood tak mariiiii lagi nak buat sendiri .. sapa nak buatkan ni.. kenyit mata kat semua yang dah baca entry ni.


















Tumbesaran Hingga 3 Tahun



Muhammad Amir Hazim membawa maksud yang bermakna buat kami, dan kami percaya setiap anak yang dilahirkan dan diberi nama yang mempunyai maksud yang baik.. insyaallah akan menjadi baik seperti maksud namanya...


40 Hari lahir lebih kelahirannya sempat mengada majlis cukup jambul sekali kenduri 100 hari arwah adik


Muhammad = Yang terpuji 
Amir = Putera / Ketua / Pemerintah 
Hazim =  Yang Tegas / Yang Cermat / Yang Bijak



Seawal usia sehari kelahirannya amir anak yang begitu mudah untuk dijaga daripada lahir, dalam pantang dan sehinggalah seusia 6 bulan. Amir jarang meragam ... dalam pantang kalau bangunnya pun hanya untuk menyusu sahaja.... selebihnya amir lebih suka tidur....


 Suka buat muka manja macam ni seawal umur 4 bulan, lepas pandai meniarap ...
puting tak pernah lekang .. huhuhuhuhu ...





Pertama kali naik stroller, muka teruja .. takut pun iyer hahahahaha.....


Bila dah mula mendapat langkah, dah mula pandai berdikari seusia setahun amir dah mula asyik demam, hampir setiap bulan pasti akan ke klinik, salah sendiri hanya 4 bulan pertama amir menyusu sepenuhnya.. yang selebihnya amir lebih gemarkan susu formula anmum yang aku perkenalkan, jadi janganlah merunggut kalau antibodi anak tidak kuat ... (^^,)
Percaya tak amir pandai bercakap dulu sebelum pandai berjalan, amir ni dia kategori tak pandai merangkak .. tapi dia pandai mengesot sahaja.. lepas tu terus berjalan ... dan pandai berjalan dengan beralari terus umur setahun 4 bulan hahahaha .. hebat tak hebatlah.. sebelum tu penakut yaaarrrraaaabbbiiiiii kalau nak berjalan ibu lepaskan tangan dia.

Teruja dapat naik walker, masa ni dah nak dekat setahun kot, tak reti diam .. jadi ibu letaklah dalam ni.. senang sikit ibu nak buat kerja rumah ... hadiah daripada kawan² sekolah hubby .... ini pun habis satu rumah di sondolnya.. memag rumah lapangg jerlah masa tu.



Menginjak ke usia 2 dan 3 tahun amir mula menunjukkan sifat penyayang pada haiwan, amir suka sangat bagi makan kat ayam, suka sangat belai haiwan .. lagi² kucing .. huhuhuhu .. tak takut langsunglah kucing tu cakar atau ayam tu patuk.


Nanti kita sambung lagi eh, up entry tumbesaran amir ... ibu baru jumpe gambar² ni.. jadi ibu kongsikanlah sedikit kat sini buat kenangan dan tatapan amir masa depan .... fuhh ni baru 3 tahun, ada lagi 2 tahun ni... banyak sangat gambar tak tahu nak pilih yang mana.. dan setiap gambar pun punya cerita yang tersendiri...



Bicara Hati : Masa kecik adalah memori yg indah buat kita, tapi gambar saya kecik² tak banyak macam gambar amir ni huhuhuhu ....










Isnin, 10 Jun 2013

Seorang putera yang fanatik pada mainannya


Ok.. kita lupakan tentang entry luahan hati pagi tadi, jangan ikut emosi sangat .. percaya Allah sentiasa berada disisi hambanya, yakin .. yakin.. insyaallah .. Allah akan melindungi hambanya untuk berada di samping mereka yang sentiasa positif diri .. yang sentiasa percaya Allah akan melindunginya, sahabat yang baik dunia akhirat ialah sahabat yang tidak suka bercerita hal sahabat baiknya kepada orang lain ... apatah lagi mengaibkan sahabatnya betul tak?? betulkan.... betulkan .. angguk banyak kali kalau setuju ... 

Ok .. sebenarnya minggu ni saya nak kongsikan kisah putera kesayangan saya ni, sapa lagi putera yang bijak pandai lagi cermat orangnya kalau bukan amir hazim kan, alhamdulillah dah 5 tahun putera ibu ni, tapi manjanya mengalahkan budak setahun.

Fanatiknya putera ibu ni, herooo yang sorang ni kalau di bawak kemana² di dalam kereta sukalah sangat melihatkan lori sampah, lori pasir dan segala mala lori lah... dan fanatiknya jugaklah sampaikan koleksi kat rumah dari yang kecik sampailah yang besar semuanya pun ada.

inilah kerjaannya kalau dikampung bangun seawal pagi tahu ....
janganlah sesekali dilarang selagi dia belum puas main, walau nyamuk sudah hinggap penuh dimuka dan peha.. sudah tergaru² disana sini .. dia masih lagi leka bermain .. siap bersama bunyi mulut.




Betapa tingginya imaginasi seorang anak .. amir akan memyangkan macam inilah kerjaannya, macamlah dia berjalan. dan kalau menonton ke youtube ini jugaklah yang dicarinya.



Puas sudah kadang² ibu merang, tapi itu jugaklah yang disukakannya, puas sudah koleksi yang ada berderaian tapi ayahnya tak pernah melarang untuk membelikan haihh.. anak²....

Anak lelaki korang fanatik tak macam ni??? memang anak lelaki kegemaran maianannya begini bukan, jadi janganlah nak menyekat perkembangan dirinya.. biarlah dia terokai apa yang disukakannya kita pantau jerlah daripada jauh ... selagi bukan yang tidak² dibuatnya.




Bicara Hati : Esok kita up story tumbesaran amir yer.. sepanjang 5 tahun.










Dekat Tapi Jauh





Kalau ikutkan minggu ni nak up entry gembira² sahaja , tapi .. lumrah hidup .. apa yang kita rancang tak semestinya akan menjadi kenyataan ... Tak pasal 2 hari cuti dimulakan dengan entry macam ni.

Maaf buat teman² blogger dan terima kasih saya ucapkan kerana sudi komen di blog saya selama ini, kata² di atas sebenarnya membawa maksud yang mendalam buat saya untuk hari ini... bukan saya tujukan pada kawan blog tau jangan salah paham pulak, ini cuma luahan hati saya sahaja. Kalau korang tak berminat nak baca ... jangan habiskan baca ... cepat² klik X.

Dekat tapi jauh , mungkin perkenalan kita bukanlah terlalu lama .. tapi mengapa kata² kamu itu sudah kamu ulangi lebih daripada 2 kali, adakah kamu .. memang masih tidak berpuashati dengan apa yang telah berlaku .. adakah aku ini memang kelihatan lebih di mata kamu ... atau apakah?? maksud tersirat dihati kamu....

Apa sebenarnya yang terbuku dihatimu ... 


Aku mungkin masih banyak silapnya .. solat 5 waktu sudah lakukan dengan lengkap dan memperolehi rezeki yang berkat sudah mencukupi buat diriku, aku jarang nak meminta², jauh sekali mengungkit² atau membesar²kan sesuatu isu kepada orang sekeliling. Yupss... aku bukan seperti kamu yang rajin solat sunat .. itu aku akui .. itu akuiii yaaaa alllahhhhhh kuatkan semangatku untuk menulis dan meluahkan lagi kisah hati ini.

Sikap semulajadiku, dan jujurnya diriku seorang yang perahsia ... sedari kecik, tapi .. tapiii ... sejak berkahwin aku jarang berahsia .. banyakku kongsikan dengan housemate ku selagi aku rasa iyanya perlu dikongsikan, Walaupun kami jarang berkongsikan kisah kerja atau apa jua yang berlaku ditepat kerja .. kerana padaku dirumah adalah masa untuk keluarga .. masa untuk mesra² gitu hahaha ..;p
Aku rasa aku tak mampu nak luahkan lagi ... ya allah kuatkanlah semangatku ....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...