♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Rabu, 14 September 2011

Home » » 15 SyawaL

15 SyawaL

Oleh kerana hari isnin saya cuti sakit gigi... hari selasa datang keje mood pun lemau jer... maklum jerlah macam² ada atas meja sampai tak tau nak mule yang mana dulu..... huhuhuhuhu......

Baru mahu memulakan tugas, saya dikejutkan dengan panggilan telefon daripada suami memberitahu bahawa Pak cik Boniran (pak cik sebelah suami) meninggal dunia sangatlah terkejut.. terkeduuuu.. terkesima sekejap.... sampai suami cakap dekat talian pun dah tak kedengaran....

Dalam meraikkan kemeriahan syawal tak sangka kami dikejutkan dengan pemergian arwah pada 15 syawal.. masih terngiang² keramahannya bertanyakan khabar kami pada 1 syawal kami berkunjung maklum jerlah Pak Cik Boniran ialah abang mak mertua yang paling tua yang ada... jadi kami pasti akan berkunjung kerumahnya dulu setiap kali 1 syawal..... disusuli kunjungannya semua satu keluarga kerumah mertua pada syawal ke 5 bersama anak²....

Kami juga baru sahaja melawatnya dihospital kerana kakinya tiba² lemah dan sukar untuk berjalan... doktor juga ada memberitahu tekanan darahnya semakin rendah.... rupanya itulah pertemuan terakhir kami di HTAR pada 12 syawal.. memang agak banyak perubahannya berbanding pada 1 syawal kami bertemu.. suaranya juga agak lemah... Al-Fatihah buat arwah moga dirimu dirahmati dan ditempatkan dikalangan orang² yang beriman amin...


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...