♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label 10 Muharram. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 10 Muharram. Papar semua catatan

Khamis, 22 Oktober 2015

Erti Penghijrahan



Alhamdulillah selamat tahun baru semua ... maknanya kita dah berada di tahun baru hari ni ikut kalender islam .... iaitu Bulan Muharram.


Korang pernah tak cuba atau paham apa beza bulan muharram ni dengan bulan lain, kenapa muharram di pilih sebagai permulaan tahun baru dalam islam... kenapa bulan muharram bulan yang istimewa salah satunya bulan yang dilarang melakukan perang ..... selain kita di galakkan berpuasa, Oklah kita kongsikan sikit yer ilmu yang kita tahu ni ... kalau ikutkan maalhijrah ni ialah perpindahan nabi muhammad dari kota mekah ke kota madinah .. tapi yang sebenarnya perpindahan tu / penghijrahan tu berlaku bulan rabiulawal ... Bukan bulan muharram ... tapi sahabat baik nabi yang telah mengkaji dan dipersetujui oleh nabi memilih bulan muharaam sebagai permulaan awal tahun hijrah kerana selepas bulan umat islam mengerjakan haji .. iaitu pada bulan zulhijjah .. simbolik sangatkan maksud tersiratnya.... jadi kita sebagai umat islam ni .. kenalah paham maksud sebenar kenapa awal muharram di pilih sebagai tahun baru hijrah.





Alhamdulillah hari ni pulak dah hari tasu'a esok hari asyura .... selamat berpuasa pada yang berpuasa hari ni dan esok ... moga apa yang dihajati akan di makbulkan. Aminnn.....




Bicara Hati : Rindu bubur lambuk asyura .. alhamdulillah semalam dah dapat makan, orang surau hantar ke rumah. 







Isnin, 3 November 2014

Rahsia Di Sebalik Rasa Pavlova Yang Sedap





Assalamualaikummmmmm ... Selamat menyambut awal muharran 1436H dan 10 muharram .... tiada rasa yang mengembirakan .. melainkan rasa syukur yang tidak terhingga di dalam hati. Yupsss hari ini 10 muharram 1436H , tak sempat nak buat entry pada 1 muharram hari tu ... kira jumudlah hari ni sekali ... tahniah dan syukur buat rakan² yang berpuasa semalam dan hari ini ... aku??? (@@) tak dapatlah rasanya .... marilah manfaatkan diri pada hari ini dengan berzikir .. insyaallah allah permudahkan hajat kita.


Rezeki dapat makan pavlova ni hari jumaat minggu lepas kawan opis belanja .. kemahin besarrr lagi .. meriah melimpah ruah buah²an atas tu.. sampaikan krim pun tak nampak dah daripada atas. 



Sambutan di opis tahun ni ala kadar sahaja, macam biasalah hari jumat lepas dah adakan ceramah .. ramai jugaklah yang dapat join ... itu pun dah rasa syukur .. sesekali bila kita diberi peluang hadir ceramah² agama ni hati rasa lebih tenang sahaja. Malam tadi patutnya hadir ceramah di surau kg, tapi hubby penat .. tak menyampai hati pulak nak ngajak paksa²kan ... baik dia berehat jer .. kebetulan ipar duai datang rumah mak mertua .. mengemas.. dah lepas maghrib barulah balik.. jadinya tak dapatlah nak dengar ceramah.







Bila korang padang pavlova yang meriah macam ni .. apa yang korang rasa, ok pada yang tak pernah makan ... saya bagi tahu rasanya yer.. dia rasa tepung bawah tu ranggup jer.. mudah berderai.. dia bukan macam kek atau biskut pun ... lepas tu rasa krim yang lembut dan buah² tu tengoklah pada buahnya macam stoberi tu masam, anggur hitam manis, anggur hijau masam sikit .. tapi rasa² itu semua lah yang membuat pavlova tu jadi tak muak ... jadi korang bayangkanlah kehidupan seharian kita yang macam tu .. ada rasa masam, lemak, manis .. mungkin sedikit kelat² buah freshh gitu .... yang menjadikan kehidupan kita lebih sempurna ... sesempurna rasa pavlova .. hahahaha gitu .. kemahin masya kan simbolik sangat makna di sebalik rahsia pavlova yang sedap. Dah jangan korang ingat masya nak kongsi resepi .. kosalah haiiihhh nak buat... kalau nak makan beli jer salunya.. tapi .. jarang beli pun.. salunya budak² opis ni beli kita join makan jew hahahahaa ... ;p






Bicara Hati : Yang tak sabar nak tunggu 5 nov ni jeng jeng jeng ..... nantikan update di ig wakakakaka (gelak jahat)










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...