♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Abah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Abah. Papar semua catatan

Selasa, 30 September 2014

Makan - Makan Hari Lahir Abah



Assalamualaikummmm minggu lepas pada 24 september hari lahir abah , saya dengan adik² dah sepakat .. kemahin sekarang ni adik² aku ni aktif berwassupppp ... siap buat group bagai .. 9tapi aku admin, sebab kak long) termasuklah menantu² sekali ada dalam group tu (2 orang je pun) ada dalam group tu nantu abah kikikiki  .. abah??? abah takda sebab hp abah takda line tenet, alah hp kita pun takda jugak .. hubby kata nanti saya dok wasuup jer.. kang dapur tak berasap wakakakaka .. saboo je lah .. jadi kalau kat rumah hubby on kan hotspot jer ...

Memula cadangnya 24 haribulan tu nak beli kek dengan kfc, tapi rasa cam tak best pulak .. nak beli dan makan jer, jadi saya cadang kat adik² kita buat 25 hari bulanlah yer.. sebab khamis malam jumaat .. bolehlah solat maghrib sama² dan baca yassin .. lepas tu barulah kita potong kek dan makan².


Ini kek pilihan adik² pandan layer katanya.. tapi yang tukang pilih akak dia ni hah!!! balik kerja terus berdesup beli tau .. gigih tak gigih nak tempuh jem dengan beli ayam kfc .. dah ada pulak adik bujang ngidam nak makan kfc katanya hahahaha .. kitew okeyy jer.. sebab dia bagi duit soh belikan. Sedap jugak kek ni beli kat king's ... macaron tu mengoda.. tapi tak sempat rasa amir dengan adik dah ngap dulu lepas abah potong kek.





Sempat jugaklah snap gambar ramai² satu family.. inilah menu hari tu.. sebab banyak tekak .. jadi banyaklah menunya hahaha .. adik ipar beli satay, kita beli kek dengan soto, adik sorang lagi nak kfc ... menu8 lain mak masak.. yupsss.. mak masak betik tumis ya allah sedapppnya ..... langsung tak heran ada kfc boleh camtu wakakakaka ... ;p






Amir dan atuk potong kek, hahahah .. cam biasalah amir bestday sapa pun dia paling sibukk nak join potong kek, ni pun kira suprise dia tak tau pun .. kalau tahu .. mau lah asyik nak bertanya jer.. huhuhuhu ....


Alhamdulillah rezeki yang ada sedikit kami kongsikan bersama².. yang penting .. semua happy dapat berkumpul makan² macam ni .. ada rezeki kita pergi bercuti sama² pulak yer... abah... apapun kami mengharapkan abah diberikan kesihatan yang baik aminnnnnnn ....... 






Bicara Hati : Hujung Tahun bestday mak pulak ... Bulan 12.








Rabu, 24 September 2014

Hari Hero Saya , Mak Dan Adik -adik





Sebenarnya bulan september ni agak istimewa jugaklah buat saya, kalau ikut belah mertua memang ramai sambut bestday bulan september Daripada adik beradik ipar, bapak mertua dan jugak anak2 buah.

Tapi hari ni .. Yups 24 september adalah hari yang cukup istimewa buat hero saya, mak dan adik-adik kerana tanpa kami semua tiada disisi iaitu hari lahir abah yang ke 60 tahun .... Alhamdulillahhhhhh abah masih sihat, moga abah di panjangkan umur ... Dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik .... Berkat doa abah kami pulak yang bantu abah beri rezeki ... Doakan kami .. Moga rezeki kami lebih luas. Amin ....

Gambar mak dengan abah ni saya amik masa raya kat kampung hari tu .....






Selasa, 24 September 2013

Hati Seorang Abah - Kasihnya Jarang Ditunjukkan



24 September,  dalam usia melewati akhir 50'an kakak rasa bersyukur sangat² sebab abah di dunia ini masih sentiasa menyokong apa jua yang akak lakukan walaupun akak dah berkahwin ... abah sentiasa menjadi sahabat, sentiasa menjadi pendengar yang setia .... dan menjadi tulang belakang kejayaan akak .... sayang abah ... peluk seeratnya. (^___^) sebak kejap...

Abah jarang mengeluh, jarang menunjukkan reaksi yang tidak menyenangkan .... walau abah penat macam mana sekali pun.. walau abah marah dan geram macam mana sekali pun dengan kami abah akan menegur kami dengan penuh hemah .. memang abah tiada penganti.. dan sentiasa menjadi heroo yang hebat di mata akak, alhamdulillah abah masih dipanjangkan umur ... moga sentiasa diberi kesihatan yang baik .... sentiasa dimurahkan rezeki ... moga niat abah untuk menunaikan haji bersama mak akan dimakbulkan dan dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Amin....


Gambar kenangan raya baru ni .. cucu abah yang tolong amikkan, sapa lagi amirlah hihihihihi .. bukan kat rumah kami pun.. rumah jiran .. pergi beraya masa ni ...




Sorry kalau entry syadu sikit .. bab family ni memang mudah sentap dibuatnya, asal nak menaip.. baru nak mukadimah dah nak menangis.. dasar cenggeng betul saya ni kan ..;p camnerlah orang kata anak sulung ni selalunya kuat.. anak sulung ni selalunya pemimpin.. saya rasa saya selalu mintak pimpim adalah kikikikiki (tetiba teringat hubby) ... 



Bicara Hati : Tengah pikir nak ajak keluarga saya makan² hujung minggu ni... harap termakbul hendaknya. Kira meraikkan bestday abahlah...











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...