♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label AidilFitri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AidilFitri. Papar semua catatan

Rabu, 19 Ogos 2015

Kemeriahan Beraya Di Pantai Timur



Hamboi kemahin .. gitu tajuknya, sebab cam tak kena jer .. kalau nak cakap beraya ke pahang raya ketiga sebab dah habis syawal muahahahaha .... Tahun ni kami beraya ke pahang, kira aci pantai timur jugaklah tu kan ... walaupun kat jengka je pun ... 

Sebenarnya kita orang ni jarang bapak mertua ajak pergi beraya ke pahang ni .. salunya balik johor ... tapi sebab tahun ni dah takda sapa dah kat johor tu .. abang ayah mertua baru je meninggaldunia awal tahun ritu .. makanya kami akan beralih angin raya seterus²nya bermula tahun ini akan kepahang sahaja .. selain sekinchan.

Awal jugaklah kita orang bertolak pagi tu .. dalam pukul 5.30 pagi .. solat pun kat petronas karak tu ... sebab takut jalan jem tu bapak mertua ajak keluar awal, alhamdulillah kul 9 lebih kami sampai ... tu mujo tak jem tau .. balik??? hohoi jangan cakaplah kematu montot .. nak hala ke tol tu huhuhuhu .... 


Kami tema pink hihihihihi.. sukelah kitew tahun ni somi kita nak melaram warna pink ... alhamdulillah sampai² kami di jamu nasi lemak. Yang sebenarnya .. kami ni nak pergi ziarah mak cik ni sebab anak dia tak sihat, kiranya dugaanlah buat mak cik somi tahun ni 2 orang anaknya masuk hospital daripada mula ramadhan sampailah raya hari tu .... raya mereka pun tak berapa nak meriah .... tapi biasanya belah sini raya aidilfitri memang tak berapa nak meriah sangat... berbanding raya haji.





Sebab dah tahu jalan balik akan jem teruk, masa kami pergi hospital temerloh .. balik hubby lalu jalan kampung sampailah karak ... nak masuk tol kat highway bentong tu barulah keluar ... kat pekan karak tu.. area masjid tu meriah kemahin orang jual durian .. lepas pekan tu pun meriah .. tapi susur belah kanan lah ... kami borong masa kat pekan tu jer.. tu pun dah penuh bonet kereta.. sudahlah kami kali ni naik kereta comel jer ... pasrahlah bau durian tu ... 





Sakan memilih durian ... kalau tak silap sekilo 3 hinggit kot .. lupelah dah lama sangat ... tapi seyes cakap puashati sangat dengan rasa durian tu ... sudahnya lepas makan .. 2 minggu anak beranak demam .. somi paling teruk sampai batuk dan hilang suara .... berlarutan ... sebab dia belasah makan lagi banyak daripada kami ni .. kami yang makan sikit ni pun demam perit tekak huhuhuhuhu ...




Sesekali beraya ke pantai timur redah jem ni ... merasa jugaklah keluahan orang lain balik beraya tempuh jem.. jujur cakap tak kuat iman hohoi... kot nak memulas sakit perut memang hazablah ... alhamdulillah pukul 10 malam sampai rumah sebab singgah rumah akak ipar dulu kat batu belah ..... makan² lepas tu barulah balik tidur.. esoknya sambung beraya rumah embah saya pulak kat sekinchan .... pfttt penuh kan jadual kami ... raya pertama baraan kat kampung, raya kedua baraan orang² kampung lelaki .. yang ketiga ni ke pahang, ke empat pergi sekinchan ... raya kelima kemas rumah .. berehat kununnya sebab esok nak kerja dan sekolah memasing .. tapi memang taklah .. ada jugak kami keluar beraya sekejap petang tu (^_____^)v






Bicara Hati : Seronok tengok amir membesar dapat jugak beraya jumpa sedara mara atuk dia dengan embah dia ... sakan dia berjalan, mujo raya kali ni demam dia tak melarat sangat .. kami² je yang teruk ...


















Rabu, 5 Ogos 2015

Sedondon Dengan Geng Gaduh - Raya Part 2



Hahahaha .. cam melampau sampai gitu tajuknya, geng gaduh terus .... memang pun cian kat embah dia orang yang jaga .. mujo jugak amir dah sekolah ... jadinya masa jumpa tu selalu bila balik tengahari dan petang balik sekolah.

Tak sangka pulak dah 2 tahun mereka sedondon ... tak rancang pun ... tahun lepas tema pepel tu pun last minit sebab hubby takmoo beli baju .. amir pulak nak warna pepel jadi carikan je lah baju melayu dia ala² warna hubby .... elok pulak sama dengan tema adik pepel cair .. kami pepel ala² gelap sikit. Tahun ni?? kami tema oren ... kebetulan iqy pun ada baju oren raya tahun lepas .. mak pakaikan jelah .. cian dia tak beraya mama eh dalam pantang ... jadi dia berayalah dengan kita orang.




Tara .. sepupu geng gaduh kat rumah embah ni, sejak dah besar ni ada je akalnya budak iqy ni ... kesian kat amir kadang² kena banyak mengalah ... tapi amir tahu je lah .. kot datang hangin puting beliung dia .. berebut mainan pun takmoo mengalah ... haihh urut dada dibuatnya ... (^____^)' kot datang mood baik .. makan aiskrim satu pun boleh kongsi ... hahahahaha ....




Bicara Hati : tema ape eh tahun depan?? ntah tak pikir lagi .. tapi macam suke warna merah delima ... ala² marsala tu ... kita tunggulah amir pilih karang yer ... 








Jumaat, 31 Julai 2015

AidiLFitri 2015 - Part 1



Tu dia.. satu entry je bulan julai ni, hohoi nak abis julai dah masya oit, jangan sampai raya habis baru nak up entry raya pulak .... maaflah tak sempat nak menulis kat blog ni sebenarnya.. walaupun minat menulis blog ni masih menebal lagi ... tapi lagi suka membaca blog kengkawan kekdahnya dari menulis blog sendiri kohkohkoh .... pasrahlah korang .. dok lalu lalang entry lama kan... maaf ye....


Oklah .. kita amik mood raya eh, bermula dengan part 1, jangan korang tanya ada berapa part .. blog masya ni biasalah selagi tuan dia mood menulis beraya sakan memang akan berpart²lah entry raya sampai hujung syawal hahahaha ... ;p


Macam biasalah .. syawal kami ni tidaklah berebut nak balik kampung mana kan, dah kami suami isteri memang sekampung .. sekarang pun dah buat rumah kat kampung ... memang kat sini je lah kami beraya .. ni pun rasa cam tak cukup cuti 15 julai sampai 21 julai tu nak beraya .. hahahaha ... aku part cuti raya ni memang akan ikut jadual hubby salunya .. sampai bila cuti sekolah, sampai situlah aku cuti raya tambah² amir pun dah sekolah.


Meh kita layankan dulu gambar² hari raya pertama eh .. muntah orenlah korang .. sebab tema oren kita orang tahun ni ... ramai puji cantik warna oren ni .. haihh korang tak tahuk .. banyak cerita di sebalik pemilihan tema ni .. sampai rasa nak tukar warna dah .. gara² susah nak jumpa warna baju hubby, tapi pasrahlah sebab amir pilih warna oren ni (cam biasalah amir yang pilih warna, ibu dengan ayah tak kisah .. walaupun ayah nak pink belacan yang sebenarnya ... haha cam tak caya hubby nak pakai pink) ... ibu pakai jubah yang ada je .. kosa beli baju baru ... (yang sebenarnya tak sempat shopping)





Kita mulakan dengan gambar² kami .. biasalah kalau dah kat rumah memang takda gambar bertiga .. semuanya berdua .... rasanya memang takda pun gambar raya sekeluarga huhuhuhu ... tak tahulah kot ada kat kamera.. tapi kat handphone memang takda. Melaram bergambar kat sofa baru ... bunga masih bunga tahun lepas .. takda idea nak mengubah .... bekas kuih raya tupperware tahun lepas menjadi pilihan .. senang .. tak risau kot jatuh pecah.








Macam biasalah lepas solat hari raya, kami akan ke rumah mertua dulu ... tahun ni tak berapa nak meriah pagi syawal sebab malam syawal semua dah berkumpul buka sama² akhir ramadhan tu ... pakat sakan main mercun depan rumah. Jadi rumah pun dekat area klang jer... malam raya tu balik lah balik rumah memasing .... tengahari barulah berkumpul balik .. Rasa syukurnya di dalam hati dapat lagi beraya dengan mertua .. nak banding tahun lepas meriahnya lagi tahun ni .. sebab tahun lepas mertua kan sibuk buat persiapan nak ke mekah ... dah tu dapat keputusan last minit mak boleh ikut bapak .. memang persiapan raya tak meriah manalah.








Lepas rumah mertua .. beraya rumah mak dengan abah pulak ... dekat je kan ... naik motor je .. sebab lepas tu terus join baraan keluarga belah mak aku. Alhamdulillah syukur jugak dapat berkumpul adik beradik sama² pagi raya ni .. cuma adik perempuan aku dalam pantang .. dia lah tolong snapkan gambar ni ... somi dia balik rumah kejap nak ziarah kubur .. tu .. yang comel iqy tu anak buah aku .. anak adik aku .. elok pulak ada warna oren .. jadi mak pakaikanlah sedondon dengan kami.







Tahun ni mak dengan abah melaram baju jakel, hamboi kemahin mak kan .. abah pakai baju aron ajis lagi,  tu adik lelaki aku sebelah kanan aku tu yang sponsor .. dah kerja katanya kan ... sesekali belanja adik beradik.. aku jugak yang sebak kejap.. terasa adik² dah besar ni ... ringan sikit beban mak abah. Yang bongsu hujung sekali sebelah kiri tu pun dah lepas spm dah sambung belajar kat kolej pun .. mak tak bagi jauh².. haduhh mak aku ... silap² kang dapat lagi menantu sekampung kang ... orang tua gitu lah .. lagi² sekarang ni macam² kes kan .. lagilah dia takut kalau adik aku tu sambung belajar jauh² .. dulu aku pun lepas ke ipoh tu sebab abah bagi .. kot ikut mak aku .. tak lah pergi ipoh tu .. mau belajar kat shah alam je ulang alik. opss.. masya dah merapu .. ni nak cerita raya ke .. nak meluahkan rasa ... ;p










Kekenyang baraan raya pertama, macam biasalah pergi rumah sanak saudara ni ...ko pergi beraya dekat 20 rumah jugaklah raya pertama tu ...  meriah memang meriah sesekali berjumpa .. lepas makan lupa hingatan dah hari esoknya membuang je.. mujo tak pergi mana² .. sebab amir baraan ikut ayahnya raya kedua tu... jadi ibu dok rumah je lah berkemas .... sukalah amir banyak kutip duit raya tahun ni ...



Aku baraan kali ni tak masak beria sangat, masak bubur kacang letak jagung je ... tu pun banyak jugak habis .. riso jugak kot raya² orang takmoo makan buburkan .... lagi² dah macam² menu makan mesti ramai dah kenyang .. sebab rumah kami belah petang.











Oklah meh belanja gambar tuan rumah berdua pulak .. amir baik hati tahun ni .. banyak amik gambar ibu dengan ayah berdua tahun ni ... layankan je lah .... minat dia yang suke amik gambar, bergambar cam ibu dia jugak masa muda mudi dulu .... ootd hubby .. baju kurta beli kat pasaraya hari² .. hahaha nak gelak aku .. jenuh teman g GM, g baazar² khemah ramadhan .. sudahnya baju kat pasaraya hari² ni barulah kena dengan selera hubby .. tema kurta (^___^)v .. aku pakai jubah beli kat aeonbig je .. tudung pakai aidijuma je .... corak munga².. dengan harapan hati pin munga² raya kali ni.










Bicara Hati : Tidak ada yang lebih membahagiakan hati ini di hari raya .. melainkan dapat beraya dengan seisi keluarga di pagi saywal.









Isnin, 26 September 2011

Ampunkan Saya

Assalamualaikumm semua....

Macam mane cuti hujung minggu semalam??? mesti banyak jemputankan.. jangan kate rumah terbuka.. kenduri kawin pun dah banyak jemputan kan... kami pun samelahhhh tak menang tangan dibuatnya.. tu belum lagi dapat panggilan telefon kate ade orang nak datang kerumah mak.... ape lagi macam lipas kudunglah masak menu yang senang² jer.. pakej utuk dua hari hihihihihihi..... pagi ini datang keje mulelah rase kepenatan... huhuhuhuhu.....

Ok² berbalik pada tajuk 'Ampunkan Saya' jangan salah paham pulak saya yang dimaksudkan ialah AMIR hihihi... naluri seorang ibu kan.. bile syawal menjelma pastinya dipagi raya kami akan bermaaf-maafan... bile anak dah mule membesar macam² keletah dan kerenah dibuatnya.. pagi raya tu.. semua orang pun bermaaf-maafan sesama ahli keluarga tak terkecuali lah jugak dengan AMIR... pastinya hati ibu inilah paling syahdu... dalam kepetahan nya berkata² memohon maaf dan diajar oleh ayah memang sayu dibuatnya walaupun mungkin Amir masih belum faham lagi erti bersalaman memohon kemaafan dipagi raya.....



'Ibu Amir mintaakk Maaf Selamat Hari Raya' itulah antara kata² amir sudah cukup membuatkan hati ibu sebak.... (^___*)v 



Salam Ayah pulak - Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin Ayah........


Semoga anak ibu dan ayah ini menjadi anak yang soleh bile besar nanti... dan berjaya dengan cemerlang didalam apa jua bidang yang diceburi amin......

Jumaat, 23 September 2011

Raya Tahun Pertama

Alhamudillahhh... dipanjangkan umur dan dimurahkan rezki... selepas ramadhan berlalu .. syawal pula menjelma.. hari ini genablah 25 Syawal 1432H, cepatnya masa berlalukan....

Tahun ini rasa bersyukur sangat² sebab beraya tahun pertama saya sebagai blogger... wahh.. walaupun belom otai macam kawan² semua.. terima kasih pada kawan saya Syila kerana memberi semangat ini... saya juga rasa amat bersyukur sangat sebab banyak perkara baru saya belajar sepanjang beberapa bulan menjadi blogger ni.. paling suke.. mestilah baca blog masak² hahahahaaa... macam² resepi ditengok ade yang dah dicuba.. ade juga yang masih dalam simpanan belum ade kesempatan nak cuba lagi kikikikikikiki...... ada masa nanti baru nak cuba...

Apepun terima kasih pada kawan² yang banyak memberi sokongan dalam penulisan blog ni.. walaupun kadang² ayat saya tulis macam berserabut dan carca merba.. masih lagi cuba untuk berlajar menulis blog dengan baik, saya mintak maaflah yer.. masih belom terlambatkan.. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin.. rajin²lah singgah blog saya ni.. kalau nak tegur bagi nasihat pun boleh... maklum jerlah saya budak baru belajar.. budak ker?? kikikikiki.....

Masukkan gambar terkini raya 2011 - Raya Tahun Pertama sebagai penulis blog...

Moga dipanjangkan umur dah sentiasa dimurahkan rezki dapatlah raya tahun kedua pula nanti hihihihi.. tp tahun depanlah yer....

Dammm.. Dammm.. Dummm... Bunyi Mercun

Assalamualaikum.... salam pagi jumaat....

Sejuk sahaja cuaca hari jumaat ini, mengambil keberkatan 25 Syawal.... masih terasa lagi bahang kemeriahan berhari raya..... maklum jerlah puasa pun sebulan.. raya pun mestilah nak sebulan kikikikiki.....

Kite mulekan lagi entry baru hari ini dengan main mercun dimalam raya.. hihihihi.. walaupun susah nak dapat stok sekarang.. tapi abang ipar kite dapat beli jugak.. tak tau lah dia beli dengan sape.. macam mane boleh dapat.. sukelah budak².. amirlah paling suke.. sebab raya tahun ni abang ipar ade belikan mercun khas utk budak² main.. dia lah paling seronokkk.. kalau dengan ibu jangan haraplah dapat main.. ibu bagi jer mercun pop pop... tu pun dia merenggek² baru ibu bagi... sebab dah tak larat nak dengar dia merenggekkk...

Kongsi skit kemeriahan malam tu.....

Inilah mercun tu.. memang speciall... kite pun tak taulah ape name nyer.. amir bukan main suke sangat²....



Mercun ini yang paling seronok sebab berwarna-warni bile meletup² dekat udara.... TERBAIKKK....

Memang sakan lah malam tu dekat rumah mertua... hihihihi.. tau tak kenapa ramai berkerumun nak buka picu mercun tu.. sebab semua pun tak tahu kat mane nak bukaknya.... maklumlah selalu tengokk jer.. memang tak pernah pasang sendri.. apepun terima kasih sangat² dekat abang ipar yang memeriahkan keheningan kampung malam tu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...