Alhamdulillah syukur diatas kurniaannya masih dipanjangkan umur dan berharap agar sentiasa juga dimurahkan rezeki ....
Masih banyak yang mahu diterokai.. masih banyak yang ingin diperbaiki... masih banyak yang belum dikecapi... tapi percayalah.. jangan sampai terlalu taksub pada duniawi.... (Peringatan buat diri saya sendiri)
Digalakkan berpuasa pada 1 Muharram, 9 dan 10 Muharram juga.... Insyaallah.... moga niat dimakbulkan Amin.... lagi² yang mahu ganti puasa.. bolehlah diteruskan....
Tiada azam baru melainkan dalam usia yang bakal menginjak ke 3 series tahun depan hanya mahu memperbaiki diri, mahu menjadi ibu yang terbaik buat anak² dan isteri yang terbaik buat suami..... diberi kesihatan yang baikkk dan kuat mental serta fizikal untuk menghadapi apa jua rintangan. (^___^)
Insyaallah.... usaha yang berterusan untuk memperbaiki diri dengan ikhlas akan dikabulkan...
Rindu dengan sambutan disekolah tak kala telah lama ditinggalkan, owhh pantasnya masa berlalu sekarang, musim berarak² menggunakan sepanduk pakai kain batik telah lama ditinggalkan.... kain rentang yang cukup kreatif hasil tanggan dalam kelas masing²... berebut² memberi idea.. berebut² melakar di kain putih.. hakikatnya setelah pandai menekan kakulator.. aku lupa daya kreativiti itu hihihihihihi ....
Alhamdulillahh tahun ini kami raikan bersama lagi solat berjemaah maghrib (insyaallah memang menjadi amalan dan akan diteruskan) walaupun hanya kami 3 beranak dirumah sahaja ibu dan amir mengamin doa ayah akhir dan tahun baru yang ayah bacakan.. terharuuu.... buat kesekian kalinya menjadi makmum bersama anak bujang yang makin membesar......
Bicara Hati : Yang terpaksa bekerja di hari cuti Awal Muharram...