♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Ayam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ayam. Papar semua catatan

Isnin, 24 Februari 2014

BBQ Dirumah Mertua - Sesi Persidangan Adik - Beradik


Jarang² dah dapat berkumpul bersama sekarang ni .. memasing banyak hal, memasing dah membesar, memasing dah mula bekerja .. jadinya anak² buah bila free barulah dapat peluang buat macam ni.

Kami mak² ni tak kisah sangat, bapak²nya lagilah .. kalau bab makan suka jer... tapi sesekali dapat berkumpul panjang ceritanya .. mau kesubuh tak habis sesi persidangan .. ditambah pulak masa bbq ni tahun baru cina dan ada Maharaja Lawak Mega.

Baik yang kecik, yang besar .. semua sepakat .. gotong royong .. bab makan memang laju ... tambah² menu semuanya menyelerakan .. lagilah seronok ... amir jangan cakaplah ... masa ni lah pun dia nak mengamuk, merajuk .. suka tau mintak perhatian .. ibu ni barulah nak amik mood makan banyak² .. nasib baik kejap jer.. lepas pujuk okey balik.. kalau tidak.. memang putus selera dibuatnya.



Kambing lagi ???? hahahaha ... kali ni anak buah suami yang buat.. ni resepi dia.. seyes sedappp ... sos akak ipar buat sendiri.. mantap terbaiklah sangat² tau.







Jangung bakarlah paling ditunggu² sebab dah lama tak makan, sudahnya satu pun saya tak makan.. sebab dah kenyang makan yang lain² .. amir makan sosej jer.. dia suka sosej ... 







Malam tu sesi penutup adalah potong² kek besday anak buah.. akak ipar buat kek coklat.. terbaikkkk sedap amir paling suka kek coklat... selamat dah dipotong bukan uan yang sambut bestday yang potong .... saya pun tak perasan sapa yang potong.. tau² dah boleh ngappp hahaha ....





Kalau ada rezeki teringin nak buat bbq kat air terjun, lama sangat tak buat macam tu tau... tambah² amir dah besar ni okeylah sikit kot... rindu nak rasa nikmat mandi di alam semulajadi tau ... tak dapat bbq kat air terjun .. kat rumah mertua pun jadilah .. nasib baik buat malam.. kalau siang mau bentang kolam mandi bebudak nak mandi hihihihi ... >_____<






Bicara Hati : Orang kata yang jauh mari dekatkan, berkumpul ... mengeratkan silaturahim ... moga sentiasa rezeki diberkati bila berkongsi dengan orang tua.








Selasa, 6 Ogos 2013

Ayam Percik Chef Ismail


Bila dapat peluang pelepasan, bila dapat peluang gantung kuali setingginya .... bila dapat peluang berjalan² diluar... rasa keseronokkan tu mengalahkan dapat pergi berjalan² ke luar negara hahahahaha ...

Memang pantang sungguhkan kalau dapat peluang yang sesekali itu, sebab biasanya hujung ramadhan dah mula mood kelaut nak memasak ... idea buntu.. idea buntu .. (^____^)v walaupun sebenarnya lagi selesa kalau dapat makan kat rumah.

Setiap tahun pun pilihan berbuka kat luar mesti kat chicken rise shop, ntah pelikkan .. kalau tak puasa tu takdalah nak makan kat situ pun .... tahun lepas pun sama, sebab kat chicken rice shop ni versi 'home style' kot hihihihihihi ...


Menu pilihan ayam percik kelantan chef ismail memang sedappp ... tak tahu tekak orang lain pada saya memang sedapp (orang tak reti buat ayam percik gitu ler..)



2 Ketul, kenyang sampai ke sahur tau ..



Hubby dah pesan awal² jangan amik banyak atau macam² nanti tak habis .. ini pun jenuh nak menghabiskan ayam 2 ketul tau ... opss.. sup tak sampai lagi.



Air sirap selasih letak serai.. ada rasa macam air gas sikit .. sedapp memang sedappp.. amir macam pelik .. sekali hambikkk esok pagi bangun 3 beranak hilang suara huhuhuhuhu .. ;p



Kalau korang berminat nak berbuka kat sini masih sempat lagi, maklumlah shopping kat luar tu bolehlah singgah sini chicken rice shop makan kan.... kami pilih Set A sahaja, tahun lepas pilih Set B ... banyak sangat.




Bicara Hati : Tuan tanah dah mula bercuti entry ini dan seterusnya kalau ada entry auto publish hihihihihi... insyaallah cuti sampai isnin depan, selasa kalau takda aral datanglah kerja.. kalau sempat bw daripada rumah sahaja masa cuti ni.





Khamis, 1 Ogos 2013

Ayam Ala Kenny Rogers Dan Tom Yam Sayur



Hujung minggu baru² ni hari ahad mak mertua nak buka kat rumah.. dah khamis .. ko tak sudah² dengan entry hujung minggu lagi eh masya hihihihihi .. jangan mara .. baru sempat update nak buat achanerkan ... 

Bila mak mertua kata nak buka rumah, saya ni mulalah mengelupur tak tentu pasal hihihihi ... pikir nak masak apa ni, jemu dah nasi ayam, jemu dah goreng² ... yang tak jemu tom yam hihihihihi .. jadi sebagai tuan rumah .. yang datang tu pasrah jerlah yer.. menu yang tuan rumah sediakan .. tak masak banyak menu pun sebab tahu nanti mesti mak mertua dengan ipar bawak lauk jugakkan .. atau juadah baazar ... jadinya saya masak tom yam sayur, ayam ala² kenny rogers dan tempe goreng jejari (tak snap pulak yang ni .. tak dan)



Tak dapat bawak mak makan kenny rogers .. dapat masak ayam ala² kenny rogers pun jadilah mak, suka betul mak .. akak ipar pulak masak siakap 3 rasa... bertambah² mak meratah ....



Tom yam sayur campur, masak koboi jer.. alhamdulillah bapak mertua suka.. bertambah² bapak mertua makan dengan ipar duai ... bukan sebab sedapp pun .. sebab memasing lapar .. makan berkuah macam ni sedapp ....



Ini  jerlah yang sempat di ambil gambar, macam biasalah tuan rumah bz bz tak sempat nak amik gambar ramai² tengah makan .. penuh rumah tau ... insyaallah tahun depan kita buka puasa kat rumah baru yer mak (^____^) amin .. moga dimurahkan rezeki kami .. berkat doa ibu bapa dan mertua ...




Bicara Hati : Tahun ni mak dan family saya tak dapat berbuka kat rumah saya, takpalah mak kita orang kan balik kampung buka sama² oklah tu.. sama jer....



Selasa, 16 April 2013

Kepak Ayam Sedap Lagi Ajaib



Tajuk tak nak kalah hihihihihi ... bukanlah ajaib mana pun resepinya biasa² sahaja, cuma di panggang dengan pemangang ajaib yang baru saya beli daripada langkawi tu sahaja hihihihi... kira merasmikanlah gitu.

Ini Kisah cuti hujung minggu baru² ni.... lepas siap mengemas rumah, tak tahu nak masak apa... jemulah asyik makan nasi sahaja.. lagipun pagi² sarapan hubby dah beli nasi lemak, mujur ada lebih.. makanya amir makan bersuap nasi lemak yang berlebih 3 bungkus ayah beli kunun makan untuk sorang satu... tapi saya kongsi dengan amir sahaja...

Sekadar menghabiskan stok yang mak beri sebenarnya, walaupun saya tahu kepak ayam ni tak elok di amalkan ... sesekali bolehlah kot kan.. kan... lebihan masa buat kenduri hari tu.. boleh tahan banyak jugaklah stok tu bagi kami 3 beranak ni... ;p jenuh jugak nak menghabiskan. Kali pertama masak ayam lada hitam itu pun selepas hampir seminggu ayam dalam peti sejuk, kalau dibiarkan lama takut tak sedaplah pulak rasa ayam tu.


 Kepak ayam yang telah siap di pangang sedapp lagi ajaibb oooooo .. sekejap jer masaknya... nyum²
Resepi biasalah koboi jer.. apa yang ada di dapur
Bawang merah
Bawang putih 
saya tumbuk sahaja kedua dan campurkan kiub ayam bersama sedikit garam, halia habis.. jadi tak letak
Sos tiram
Sos lada hitam
Madu
Lad hitam tumbuk kasar
Saya gaul semuanya sampai sebati dan perapkan... Lepas 2 Jam baru saya panggang



 Sos pulak saya guna yang ini sahaja, tapi sup krim cendawan jenama maggie ni agak masin berbanding cambells yang pernah saya cuba, tapi layan jugaklah dah itu sahaja yang ada.. saya panaskan dan campur sikit sos lada hitam.

Hasilnya super duper....
seperti gambar dibawah ....
pada yang tak sanggup tengok cepat² klik X kat atas sebelah kanan
kikikikiki ... (^___^)v

v




v



v



v




v




v




v
Ada banyak jugaklah saya masak.. siap pulangkan pinggan mek kikikikiki ...





Bicara Hati : Sesekali hujung minggu dapat masak.. semua nak dicubanya, sekadar menghabiskan stok jer pun... 







Sabtu, 13 April 2013

Ayam Masak Lada Hitam


Hujung minggu yang mendamaikan, sejuk rasanya hati petang semalam bila balik kerja hubby dah lap kipas angin di ruang tamu dan bilik bacaan hubby buat kerja, sakitt mata oooooo kalau baring pandang kipas berhabuk ni huhuhuhuhu ... nati mintak tolong hubby risau hubby penat.. sudahnya hubby macam paham² jer apa yang ibu rasakan hihihihihi .....

Masak apa hari yer, hujung minggu jarang² sekali kat rumah.... kalau boleh nak masak special sikit.. kalau bolehlah.. tapi dah kalau 3 beranak jer.. yang makan... tak payah special sangatlah ... habiskan stok yang adooo dalam peti ais sudah hihihihihihi...... 

Ini saya nak kongsikan menu petang semalam yang saya masak, sempoi.. super duper... maklumlah hubby kata tak makan lagi, siap² dah dimasakkan nasi.. ayam pun dah siap berendam, tapi tak reti nak mask lauk lah tu.... patutlah bukan main rajin lap kipas.. nak amik hati ibu rupanya.... okk.. ting.. idea super duper.. pantas ayam masak lada hitam sudah... ni pun sebab baru tengok blog kak yatie sinar kehidupan... dan kebetulan bahan² ada kat rumah cuma saya ubah suai ikut bahan yang ada dirumah sahaja.


Kepak Ayam Masak Lada Hitam



Bahan-Bahan
Kepak ayam
Serbuk kunyit
Garam
minyak masak secukupnya
Lada hitam-kisar kasar
2 biji tomato- belah 4
1 labu bawang besar-potong bulat


Bahan HirisBawang besar
Bawang putih
Halia


Bahan Sos
Kicap manis
Sos lada hitam
1/2 cawan air


Cara Menyediakannya.
Kepak Ayam di bersihkan dan gaul ayam bersama serbuk kunyit dan garam.
Goreng separuh masak. Angkat, toskan minyak dan ketepikan dulu.
Panaskan minyak, tumiskan bahan2 hiris sehingga sedikit layu. Masukkan bahan2 sos dan gaul rata.
Masukkan lada hitam kasar.
Masukkan ayam yg di goreng tadi. Gaul rata.
Masukkan bawang besar yg di potong bulat dan tomato. Gaul rata. Tambahkan sedikit gula dan garam jika perlu dan sikit kiub ayam knoss.




Resepi Asal : Klik Sini 




Super duper senangkan idea ni... hujung minggu macam ni pun boleh masak, budak² pun suka tau.. sebab ala² macam masak kicap gitu, tapi.. amir dah kenyang dia takmmoo makan.. masa saya masak semalam jadi.. tak salahlah ibu letak lada hitam lebih.. memang sedappp....






Bicara Hati : ikutkan hati nak bakar kepak ayam macam ala² kenny rogers gitu guna pemangang ajaib, mesti ajaib rasanyakan.. kan.... tapi sebab nak cepat tu yang masak macam ni jer... 












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...