♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Exabytes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Exabytes. Papar semua catatan

Rabu, 14 Ogos 2013

Iklan Exabytes Tiba ² Hilang Daripada Blog



Sedih dan pelik kejap .. pagi tadi baru saya perasan sebenarnya iklan exabytes tak menari² kat blog saya. Saya tak pasti sejak bila .. tapi pagi tadi baru perasan huhuhuhuhu ...

Pagi tadi dah emailkan pada exabytes tanya masalah yang saya hadapi ni nanti dia orang cek, maklumlah ... kalau ikutkan kontrak hujung bulan ni baru iklan tu tamat tempoh.. tu yang heran tu ... kenapa tetiba hilang gitu jer.

Rezeki yang dapat dalam kontrak exabytes sebelum ni RM 50.00 saya dah belikan sesuatu sebagai tanda kenangan² hihihihihi .. saja suka².. sekurang²nya nampaklah jugak hasilnya depan mata kan.


Tikar ala-ala buluh saya letak kat bawah meja makan jepun saya tu .... 
RM 30.00 sahaja, korang tahu tak kat luar mahal .. kemain tikar ni sampai ada yang jual RM 75.00 saya pun heran kemain mahalnya .... 



Karpet alas kaki saja beli panjang kunun² nak letak kat ruang dapur hala ke ruang tengah .. sekali rasa.. eh macam sayang pulak hahahaha .. terus letak kat bilik utama ... yang ni RM 18.00 fuhh.. mintak kurang RM 15.00 langsung tak dilayankannya.. padahal memula kita orang datang takda orang pun .. lepas dah berduyun² orang singgah kemain eksyen lagi eh.. tak bagi kurang.



Semua²nya ni saya beli kat GM Klang sahaja hihihihi .. tahun ni tak sempatlah nak pergi Nilai 3 sana tu ... lagipun saja nak pergi GM Klang yang baru ni. Kedai karpet ni pun jenuh cari tau .. akhirnya jumpa .. kat tingkat 4 kot area gadjet, naik lif bergerak tu ... nampak jer banyak kedai² gadjet.. hah dia area belakang tu .. tingkat 4 ni atas sekali kot .. tak hinggatlah .. sebab berpusing².. begitu .. begini lagi .. dengan amir yang kepenatan mengalahkan orang puasa.. dengan ramai orangnya .. gigih hubby hanggut 2 barang ni ke kereta .. sayanggg hubby ... (^__^)v

Oklah dah membebel² beli barang pulak, Kalau ada rezeki saya dengan exabytes tu adalahkan.. nak buat achaner .. bukan saya yang buang, iklan tu yang hilang....



Bicara Hati : Nak beli karpet bulu² .. tak menyampai hati nak suruh hubby pikul daripada tingkat 4 tu .. budak/ pekerja pakistan kat kedai karpet tu tak boleh hantar sibuk nak melayan pelanggan datang huhuhuhuhu ... sebab lepas kita orang datang tu kemain ramai pulak yang singgah situ.





Khamis, 1 Ogos 2013

Pertama Kali ' Cash Out ' Nuffnang





Sudah selamat semalam ' cash out ' tips otai² waktu terbaik nak ' cash out ' kene hujung bulan .. saya pun confuse jugak maklumlah pertama kalikan .. pulak tu .. bulan ni 31 hari pulak tu ...

Tak sempat nak raya kot, takpa lepas raya pun ok ... ni adalah hasil pertama kali tunaikan daripada nuffnang sepanjang berblog ni, orang lain dah berpuluh kali .. dan beriban dapat .. takpa .. itu orang lain .. pada saya janji lambat janji ada jugak hasilnya kan .. kan.. Alhamdulillah..... Jadi sekarang ni dah kosong kembali (^____^). Harap² CPUV yang ada tu menari² lah lama sikit .. bolehlah cash kan lagi bulan depan hihihihihihi .....

Alhamdulillah rezeki dengan exabytes pun dah masuk akaun bulan lepas ... sekarang dia dah tak pakai cek .. terus bank-in genab sebulan daftar dan letak iklan terus duit masuk dalam akaun... bulan depan tamatlah tempoh iklan exabytes tu .. tengah pikir berapa minggu eh kene renew balik exabytes ni??? .... confuse jap .. nanti saya kongsikan apa yang saya beli dengan duit exabytes tu yer.. duit nuffnang ni tak pikir lagi nak beli apa... eh² ni cerita nuffnang ke.. cerita exabuytes ni ... alhamdulillah jugak .. walaupun saya letak iklan exabytes setakat ni tak menganggu status glitterati nuffnang saya .. maklumlah 2 tahun berblog baru tahun ni merasa ada cpuv risau jugakkan ....



Bicara Hati : Sapa kata menulis di blog buang masa .. jangan cakap macam tu .. tak baik tau .. sebab berblog ni boleh buat hasil, walaupun suri rumah.













Isnin, 27 Mei 2013

Perkembangan Positif Statistik Nuffnang



Bila mood macam kebulan, kelaut nak buat kerja .. mulalah jari ini akan google sana sini cari info baru mengenai dunia blog, google sana sini ... pusat belian online. Maklumlah saya ni kan blog suam²... air milo tabur gitu, jadinya masa memang terhadlah kalau asyik nak mengadap blog sahaja.. alamatnya kerja kat atas meja tak siap boss pulak mengamuk nanti.

Jadi sebab banyaaaaaaakkkkkk sangat masa kunun²nya mengadap blog .. sajalah saya intip² statistik terkini blog ni huhuhuhu .. sila jangan gelakkan saya, malu sebenarnya nak tunjuk ... tapi takpalah sebagai pembakar semangat saya jugak.. blog saya ni memang tak war warkan dimana² pun .. jadinya ... yang datang tu memang banyak daripada carian google (walaupun tak berapa nak mesra seo sangat) dan follower saya.... lap peluh kejap.


Tak banyak .. tapi saya bersyukur sangat, sebab makin meningkat .. dan ramai yang membaca blog saya.... sayang korang semua ....



Alhamdulillah .... UV pun dah makin naik, dulu jangan katalah seratus pun payah nak cecah, kan saya dah kata .. saya ni blog suam² milo tabur .. jadinya ... tak banyak entry saya boleh taip .. bila dah lama berblog ni .. saya banyak belajar daripada kawan² macam mana nak menyusun entry untuk dipublish, macam mana nak naikkan traffic ... semua pun kawan blog yang ajar ... semua pun info saya google .. tapi tu lah .. bila saya free barulah boleh cari ... info² macam ni, tak kisahlah ketinggalan sikitkan baru tahu.



Dann.. dan ini yang terkini pagi tadi saya print screen, terkial² jugaklah nak print banyak² ni ... jangan salah paham yer.. saya tak berniat nak menunjukk pun... tapi dah tunjuk korang hadaplah....



Sebenarnya tujuan publish ni, saya nak mohon exabytes korang rasa lepas tak huhuhuhuhu ..... kan saya dah kata bila free barulah sempat cari info, itu yang google sana sini cari info pasal exabytes ni ... manalah tahu ada rezeki sayakan.. jadi takdalah saya menulis kosong.. sekurang²nya adalah jugak pendapatan sampingan.




Bicara Hati : Duit nuffnang pun tak boleh nak cash out lagi ermmm .....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...