♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Hari Konvo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Konvo. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Disember 2014

Majlis Konvokesyen Amir Belajar Di Tabika Kemas



Assalamualaikummmm ..... bila aku nak up entry ni baru lah aku perasan entry hari potensi tabika kemas yang amir join satu hari sebelum ramadhan lupe publish .. ke dah publish .. kenapa cari balik cam tak jumpe linknya huhuhuhu ...... aku lupe publish ngee~~~~ ampunnn .. insyaallah entry tu akan up kemudian.. pasrahlah korang baca entry basi .. yang penting kenangan amir sebenarnya ... itu je yang nak kita kongsikan... bukan sebab lain .. harap sangat satu hari nanti kenangan ni amir baca .. omak eh ni .. takut kelupaan jer.. banyak peristiwa lain lagi berlakukan.. sebab tu pentingnya coretkan kat sini.


Oklah berbalik pada hari konvo amir ni .... yang sebenarnya memula cikgu adakan jamuan perpisah buat anak² dan ajk tabika dulu .. lepas tu baru lah hari konvo ni pada 06 November 2014. Gigihlah ibu drive berdua dengan amir ... dan korang jangan tak tau masa 05 november 2014 tu kita orang berjimba² kat legoland .. mujooolahhhh sampai rumah awal kul 1 malam.. kot kul 3 risoo jugak amir payah nak bangun pagi. Bizi tak bizilah memang tahap kelangkelibut rasanya sepanjang november tu ... mana setiap minggu ada je hal nak uruskan kat rumah mertua lagi huhuhu ... pitamm ooooo ... tu yangblog pun kelautt hanyut.




Alhamdulillah perkembangan amir kat tabika makin okey.. bijak bergaul dah walaupun sifat malu dia tu masihlagi menebal .... masa majlis konvokesyen ni amir kena baca doa kat atas pentas ... terharu ibu dibuatnya .. pandai amir membaca.. walaupun ada bacaan jawi tu yang amir tak berapa lancar lagi.. dia hafal je kot.






Lepas amik sijil dan hadiah masing² hamboii kemahin kan silau mata omak amir bila amik gambar kamu dengan kengkawan. Alhamdulillah amir dapat kategori akedemi terbaik ... kalau tak silap ada 3 kategori sosial dan kokurikulum.. tak pastilah macam mana cikgu klasifikasikannya ..... jujurnya aku ingatkan dapat sijil jer.. tak sangka pulak ada dapat hadiah² gini.. goodies untuk ibubapa yang datang pulak tuala .. sebenarnya ada 4 sekolah yang bergabung masa amik konvo ni .. semua pun satu kampung cuma kat sekolah yang berbeza.. maklumlah kampung besar kan.. jadfi buat macam ni meriah sikit.. jimat pun jimat.. kalau sekolah amir je setakat 30 pelajar manalah nak meriah.. itu pun ramai yang tak datang ni.






Untuk 6 tahun semua lelaki yang dapat.. untuk 5 tahun semua perempuan yang dapat ... eh² main konker² lelaki dan perempuan pulak korang yer... macam ada kuasa vito pulak... tapi memang cikgu pun cakap budak yang 5 tahun masih malu² yang lelaki .. tu yang kurang menyerlah.


Majlis habis lebih kurang kul 1, ada jugak persembahan budak² sambil² kami makan tengahari .. lapar wehhh daripada kul 9 kut berkumpulll pukul 10 pagi majlis baru mula ... dan takdalah gambar menu² masakan sebab dah kebulur nak makan .. makanan hotel hahahaha .. amir siap ngadu .. lapar dan haus.






Bicara Hati : Syukur atas permulaan kejayaan ini, insyaallah tahun depan cabaran yang lebih besar akan di tempuhi .. moga segalanya dipermudahkan.

























Khamis, 4 Disember 2014

Jamuan Akhir Tahun Tabika Amir



Assalamualaikummmm .. parahlah omak amir ni hah!! nak up entry berkurun .. jamuan akhir tahun amir pulak.. amir pun dah cuti sekolah dah kuikuikuikui .... sekarang amir masuk kelas celik jawi pulak.. memenuhi jadual sekolah sebelum darjah 1 nanti.

Jamuan ni buat malam.. merangkap jamuan buat ajk² tabika kemas sekali ... tahun depan dah ajk baru ... aku?? memula malas nak join sebenarnya .... sebab yang jadi ajknya hubby ... tapi sebab amir .. aku bagilah sokongan moral kot datang jugak memeriahkan jamuan tu ... dah tu sekali sampai .. ramai giler kot orang hahahaha ... ingatkan buat sikit² jer.. sekali siap ada bbq lagi .. kita bakorrr .. kita bakoorrr katanya .... penaung pun datang jugak ....





Sorry gambar blurr .. tapi ibu nak jugak letak sebagai kenangan ..... malam tu jugak tetiba ada penyampaian hadiah bagi pelajar² 5 tahun dan 6 tahun yang cemerlang ..... terkejut dibuatnya .... sebab tak tau pun ada penyampaian hadiah .... sebab ikutkan hari khamis 06 November amir konvo .. ingatkan masa tu baru dapat hadiah. Mujurlah ikut sama.. kalau tak menyesal tak sudah ibu takda gambar kenangan amir ....











Muka teruja dapat hadiah .. tapi yang amir pegang tu hadiah ayah ..menang cabutan bertuah hihihihi ..... rezeki² dapat kuali yang ada penutup tu bolehlah lepas ni nak masak² ayam 3 ekor muat rasanya tak payah nak pakai periuk yang sedia ada tu .. sebab cam besar sangat .. yang ni sedang² jer ....













Hadiah yang sekolah bagi pulak dapat kasut .. tapi besarrrnya size kasut tu .. tak bolehlah amir nak pakai ... nak simpan pulak cam lama jer... nak tunggu baru boleh pakai .. rasa cam nak jual tak pun bagi sepupu amir .... lagi satu dapat baju sekolah kebangsaan .. pun besar jugak.. tahap abang sepupu amir darjah 5 boleh pakai huuhuhuhu .. ingatkan bolehlah jimat .. nan hadoo lah nampaknya... kenalah beli jugak. Balik tu amir kemain teruja terus bukak nak tengok hadiah tau .... tapi bila cuba besar sangatlah pulak.










Bicara Hati : Cepatnya masa berlalu dah setahun amir sekolah kat tabika kemas....




















Sabtu, 15 Jun 2013

Ayah Amir Dah Berjaya .....



Okkk.. entry intro sebelum ni , inilah dia ... kejadian ahad minggu lepas 09.06.2013 bersamaan dengan ulang tahun kelahiran amir kali ke-5, memang hadiah yang cukup bermakna buat kami sekeluarga ... 

Tahniah buat hubby, kejayaan penat lelah 4 tahun memerah tenaga, memerah otak menghadapi segalanya memang ber baloi².. walaupun hubby terkilan jugak bila pihak universiti naikkan kelayakkan untuk perolehi kelulusan cemerlang, sebab hubby sikit lagi dah dapat .. kalau ikutkan yang lama punya syarat memang dah layak sangat .. takpalah apapun hubby dah menjadi kejayaan buat kami .... moga ada hikmahnya, itu pun dah syukur .. lepas ni banyaklah masa buat kami .. yeahhh bestnya²...




Kejayaan hubby inspirasi buat anak ² , amin.. insyaallah....



Masa ni aku rasa amir tak berapa paham sangat apa istilah konvo ni, tapi amir lebih teruja tengok ayah kat skrin tv luar pwtc tu.. maklumlah ibu tak masuk dewan, yang masuk akak ipar dan bapak mertua sahaja.... aku, mak mertua dengan amir dan anak buah kat luar.. itu pun cukup ramai orang wehh.... pening.

Dann .. dannn .. pertama kalinya dalam sejarah aku belikan hubby mungaaaaaa tu hahahaha .... sila jangan nak gelak lebih eh, hubby kat bukan mamat bunga jadi tak payah nak beria² belikan yang besar.. yang kecik² ni pun hubby dah senyum² meleret dapat .... kakakakaka ...

Alhamdulillah segala urusan di hari konvo ni dipermudahkan.... lepas possing sana.. possing sini, hubby pulangkan jubah hari tu jugak, setel masalah .. sebab ka PWTC ni susah nak dapat parking, nasib baiklah kami dapat parking tau kat bawah tanah tu.

Balik tu .. makan ramai² memasing kebuluran ... sebab konvo mula 2.30 ptg sampai 5.30 ptg grrrrr ... sekalilah meraikkan hari lahir amir. (^____^)v



Bicara Hati : Takda rezeki nak sambung belajar tinggi² macam hubby, harap anak² adalah yang mewarisi kejayaan hubby ... amin.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...