♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Jubah Konvokesyen. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jubah Konvokesyen. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Disember 2014

Majlis Konvokesyen Amir Belajar Di Tabika Kemas



Assalamualaikummmm ..... bila aku nak up entry ni baru lah aku perasan entry hari potensi tabika kemas yang amir join satu hari sebelum ramadhan lupe publish .. ke dah publish .. kenapa cari balik cam tak jumpe linknya huhuhuhu ...... aku lupe publish ngee~~~~ ampunnn .. insyaallah entry tu akan up kemudian.. pasrahlah korang baca entry basi .. yang penting kenangan amir sebenarnya ... itu je yang nak kita kongsikan... bukan sebab lain .. harap sangat satu hari nanti kenangan ni amir baca .. omak eh ni .. takut kelupaan jer.. banyak peristiwa lain lagi berlakukan.. sebab tu pentingnya coretkan kat sini.


Oklah berbalik pada hari konvo amir ni .... yang sebenarnya memula cikgu adakan jamuan perpisah buat anak² dan ajk tabika dulu .. lepas tu baru lah hari konvo ni pada 06 November 2014. Gigihlah ibu drive berdua dengan amir ... dan korang jangan tak tau masa 05 november 2014 tu kita orang berjimba² kat legoland .. mujooolahhhh sampai rumah awal kul 1 malam.. kot kul 3 risoo jugak amir payah nak bangun pagi. Bizi tak bizilah memang tahap kelangkelibut rasanya sepanjang november tu ... mana setiap minggu ada je hal nak uruskan kat rumah mertua lagi huhuhu ... pitamm ooooo ... tu yangblog pun kelautt hanyut.




Alhamdulillah perkembangan amir kat tabika makin okey.. bijak bergaul dah walaupun sifat malu dia tu masihlagi menebal .... masa majlis konvokesyen ni amir kena baca doa kat atas pentas ... terharu ibu dibuatnya .. pandai amir membaca.. walaupun ada bacaan jawi tu yang amir tak berapa lancar lagi.. dia hafal je kot.






Lepas amik sijil dan hadiah masing² hamboii kemahin kan silau mata omak amir bila amik gambar kamu dengan kengkawan. Alhamdulillah amir dapat kategori akedemi terbaik ... kalau tak silap ada 3 kategori sosial dan kokurikulum.. tak pastilah macam mana cikgu klasifikasikannya ..... jujurnya aku ingatkan dapat sijil jer.. tak sangka pulak ada dapat hadiah² gini.. goodies untuk ibubapa yang datang pulak tuala .. sebenarnya ada 4 sekolah yang bergabung masa amik konvo ni .. semua pun satu kampung cuma kat sekolah yang berbeza.. maklumlah kampung besar kan.. jadfi buat macam ni meriah sikit.. jimat pun jimat.. kalau sekolah amir je setakat 30 pelajar manalah nak meriah.. itu pun ramai yang tak datang ni.






Untuk 6 tahun semua lelaki yang dapat.. untuk 5 tahun semua perempuan yang dapat ... eh² main konker² lelaki dan perempuan pulak korang yer... macam ada kuasa vito pulak... tapi memang cikgu pun cakap budak yang 5 tahun masih malu² yang lelaki .. tu yang kurang menyerlah.


Majlis habis lebih kurang kul 1, ada jugak persembahan budak² sambil² kami makan tengahari .. lapar wehhh daripada kul 9 kut berkumpulll pukul 10 pagi majlis baru mula ... dan takdalah gambar menu² masakan sebab dah kebulur nak makan .. makanan hotel hahahaha .. amir siap ngadu .. lapar dan haus.






Bicara Hati : Syukur atas permulaan kejayaan ini, insyaallah tahun depan cabaran yang lebih besar akan di tempuhi .. moga segalanya dipermudahkan.

























Sabtu, 15 Jun 2013

Ayah Amir Dah Berjaya .....



Okkk.. entry intro sebelum ni , inilah dia ... kejadian ahad minggu lepas 09.06.2013 bersamaan dengan ulang tahun kelahiran amir kali ke-5, memang hadiah yang cukup bermakna buat kami sekeluarga ... 

Tahniah buat hubby, kejayaan penat lelah 4 tahun memerah tenaga, memerah otak menghadapi segalanya memang ber baloi².. walaupun hubby terkilan jugak bila pihak universiti naikkan kelayakkan untuk perolehi kelulusan cemerlang, sebab hubby sikit lagi dah dapat .. kalau ikutkan yang lama punya syarat memang dah layak sangat .. takpalah apapun hubby dah menjadi kejayaan buat kami .... moga ada hikmahnya, itu pun dah syukur .. lepas ni banyaklah masa buat kami .. yeahhh bestnya²...




Kejayaan hubby inspirasi buat anak ² , amin.. insyaallah....



Masa ni aku rasa amir tak berapa paham sangat apa istilah konvo ni, tapi amir lebih teruja tengok ayah kat skrin tv luar pwtc tu.. maklumlah ibu tak masuk dewan, yang masuk akak ipar dan bapak mertua sahaja.... aku, mak mertua dengan amir dan anak buah kat luar.. itu pun cukup ramai orang wehh.... pening.

Dann .. dannn .. pertama kalinya dalam sejarah aku belikan hubby mungaaaaaa tu hahahaha .... sila jangan nak gelak lebih eh, hubby kat bukan mamat bunga jadi tak payah nak beria² belikan yang besar.. yang kecik² ni pun hubby dah senyum² meleret dapat .... kakakakaka ...

Alhamdulillah segala urusan di hari konvo ni dipermudahkan.... lepas possing sana.. possing sini, hubby pulangkan jubah hari tu jugak, setel masalah .. sebab ka PWTC ni susah nak dapat parking, nasib baiklah kami dapat parking tau kat bawah tanah tu.

Balik tu .. makan ramai² memasing kebuluran ... sebab konvo mula 2.30 ptg sampai 5.30 ptg grrrrr ... sekalilah meraikkan hari lahir amir. (^____^)v



Bicara Hati : Takda rezeki nak sambung belajar tinggi² macam hubby, harap anak² adalah yang mewarisi kejayaan hubby ... amin.








Kejayaan Ayah Semangat Dan Inspirasi Buat Anak ²





Tunjuk gambar ni jer .. mesti semua orang dah tahu apa maksudnya, okkk .. ni gambar intro jer.. gambar ni memang menjadi semangat buat saya, hubby dan inspirasi buat anak ² di masa depan.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...