♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Kerja Sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerja Sekolah. Papar semua catatan

Jumaat, 18 April 2014

Cara Mudah Kenalkan Agama , Budaya Dan Perayaan Kepada Anak Seusia Amir




Pengenalan dan pendedahan awal mengenai agama ni saya rasa perlu untuk semua anak² ... seeloknya biarlah bermula awal .. kalau anak umur 3 tahun dah boleh paham dan dah mula bertanya .. kita sebagai ibu bapa kenalah bagi tahu dengan anak² apa sebenarnya agama, budaya dan perayaan kita.

Kadang² kita tak perasan pendedahan macam ni, seyes jangan kata orang lain.. saya sendiri pun baru sedar benda ni .. sebenarnya bermula daripada tahun lepas ... masa tu saya tengok kertas² soalan peperiksaan amir ... dalam situ ada soalan mengenai gambar dan padanan perayaan mengikut kaum / agama.





Jujurnya saya terkedu amir jawab semua betul .. sebab saya tak pernah bagi pendedahan kat amir ... yaallah ibu culas.. iye ibu culas .. saya memang pernah cerita pasal masjid, pasal surau .. sinilah tempat beribadah .. sampai waktu solat kita kena solat. Tapi saya tak pernah bagi tahu kalau saya jumpa tokong budha, saya jumpa kuil .. sini bukan tempat solat orang islam .. sini untuk orang yang menganut agama kristian contohnya ... ini contoh yer ... (maksud saya saya tak pernah bercerita tentang agama lain) sebab tu saya cakap saya culas ... saya rasa bersyukur sangat sebab pendedahan ni amir dapat di sekolah .. sebab tu lah pentingnya pembelajaran di sekolah .. 





Okkk .. sebab amir dah belajar kat sekolah asas² ni .. saya sambungkan sahaja kat rumah mengenai perayaan pulak .. sebab amir mungkin dah faham kat mana padanan yang sesuai mengikut gambar orang berpakaian dan tempat solat, jadi saya ceritakan pulak pasal perayaan kat dia.. dan kebetulan sebenarnya .. ada kerja sekolah tahun ni yang berkaitan .. tu yang saya amik kesempatan jelaskan kat dia.


Jadi cara yang lebih mudah anak nak paham melalui gambar, jadi kalau ada gambar² ni senang nak terangkan kat anak²... ni contoh mewarna, lepas dia dah paham mewarna .. korang cari pulak yang ada soalan unsur padanan .. insyaallah kalau dia padankan betul maknanya dia dah paham ... ini semua penting tau ... ingat agama dan iman serta ibadah kena kenalkan pada anak² daripada kecil .. supaya nanti kita tidak dipersalahkan tidak kenalkan anak² dengan perkara ni.


Salam Jumaat .. puff yang lega malam tadi air dah keluar jam 11 malam huhuhuhu .. setelah 2 hari air dicatu .. 








Jumaat, 4 April 2014

Amir Dan Kerja Sekolah Di Hari Cuti



Dulu 5 tahun mungkin banyak kelonggaran saya bagi, sampaikan mewarna pun saya tolong .. tapi 6 tahun ni banyak bagi amir berdikari ... tak boleh manja² sangat ... tapi tu pun kadang kalau datang hamukkan dia kenalah layankan jugak.

Kunun² reward last cuti sekolah nak ajak pergi fun fair .. dah kenapa fun fair ni amir nak datang dia assyyyikkkkkkk lah tutup huh!! bertabahlah amir yer.. takda rezeki kita lagi.




Bila hari jumaat mesti wajib periksa beg dia, hari lain pun saya tengok jugak.. tapi jumaat ni luar biasa sikit.. kerja sekolah tadika amir memang banyak .. kadang cikgu siap bagi buku bacaan ... nampaknya bermula sekarang amir kena biasakan diri .. takut² tahun depan dia tak biasa nanti sebab dah sekolah pagi petang, malam mesti nak tidur awal kalau tak siap kerja camne kan .. kan ... :((

Anak korang pun sama tak macam tadika amir ni, ke tadika amir jer.. rasanya semua tadika kemas sama kot ... kawan saya kata dulu² sekolah cikgu tak bagi bawak balik .. kerja pun tak banyak .. tu saya pelik.. bila amir ni banyak kerja.. tapi bagus jugak .. terangsang minda dia... kalau tak mainnnn je ingatnya.



Bicara Hati : Air takda kat kampung huhuhuhu .... kesiannya ada rumah yang buat kenduri.











Isnin, 24 Mac 2014

Perkara Utama Perlu Dilakukan Bila Cuti Sekolah ????



Apa yang korang pikirkan bila cuti sekolah bermula??? tuisyen anak², kasut sekolah berbasuh ke tidak... mana nak bawak anak pergi bercuti atau hantar anak² balik kampung.
Rasanya sebagai ibu bapa memang macam² idea brillion korang akan rangka program unuk anak².. tambahan lagi sekarang ni macam² kem boleh join anjuran swasta untuk anak² buat aktiviti bagi mak ayah yang sibuk tak dapat bercuti... jadi anak² tak bosanlah.


 
Macam saya ni dah terdidik daripada kecik asal cuti sekolah kita semua akan amik alih tugas mak, almaklumlah kami kan 3 beradik gadis² dulu hihihi.. bawah² kami barulah mak ada 2 bujang, jadinya semua adik beradik ada tugas tambahan masing² cuti sekolah membasuh, sapu rumah, lipat baju, angkat air, masak nasi dan lauk (yang senang bolehlah) semua pun tugas kami lakukan tanpa mengeluh .. dan mak pun akan senang hati menyiapakan tempahan menjahit (yang ni aku heran.. pasal apa aku tak reti menjahit ni) takda istilah² abah nak bawak pergi bercuti ni huhuhuhu ... iyelah dengan keadaan kami dulu kereta takda, abah ada motor jer.. balik kampung atuk pun naik bas/ teksi tau ... memorinya saat tu .. dan upah yang kami akan dapat biasanya abah belanja makan .. beli makanan kami berkumpul makan sama² ... dapat aiskrim pun dah suka sangat (jadi kalau amir dapat upah aiskrim lepas tu dia hebohh cakap dengan semua orang... korang tahu tak ikut pergai sapa tu krikk krikk krikkk)








Macam saya ni, walaupun amir ni masih tadika.. perkara pertama yang saya akan buat bila cuti sekolah, semak beg dia.. yupsss.. semak beg dia.. pastikan ada kerja sekolah ataupun tidak... bukan apa... selalunya bila cuti sekolah mesti ada kerja sekolah bertimbun² tau... walaupun amir tadika korang jangan tak tahu gambar kat atas ni semua buku² latihan yang amir kena siapkan sepanjangggggg cuti ni, oleh kerana kami tak merancang kemana ... (atau mungkin ada perancangan last minit) jadi saya suka kalau amir boleh siapkan semua kerja² sekolah dia dulu.. barulah pikirkan nak buat benda lain.. sebab pada saya itu macam satu bonus atau ganjaran bila dia dah siapkan kerja. (ingat nak bawak pergi fun fair) jadilah.. harap dah bukaklah .. kot tutup lagi.. memang takda rezekilah.





Bicara Hati : Selamat bercuti kawan² yang turut bercuti membawa anak² berjalan.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...