Tempat pertama yang kami pergi kilang roti gardenia di seksyen 26 shah alam kalau tak silap saya, kilang gardenia ni ada 5 cawangan semuanya pun kat selangor ... takda kat negeri lain.. tapi roti ada kat semua negeri freshh pulak u pfttt.
Lebih kurang pukul 8.30 pagi dah gerak.. kalau ikutkan pukul 8.05 dah gerak .. tapi ada ibu bapa yang lewat .. makanya kami pun bertolak lewat .... tapi satu yang saya suka rombongan ni .. siap ada pemandu pelancong lagi kikikiki .. namanya abang fai .. bebudak pun suka .. sebab abang fai ni banyak cakap dan pandai amik hati budak².. dah kata pemandu pelancongkan ... bukan pemandu bas, pemandu bas diam kikiki.. bawak bas je kerjanya dan ishh korang tahu je lah bebudak ni.. manalah terkawal dah ramai² gitukan... bila ada pemandu pelancong ni .. dia orang dengarlah apa yang abang fai terangkan tu.. masa kat dalam bas.
Masa kat dalam kilang kami memang tak dibenarkan langsung amik sebarang gambar, dan budak² tabika pun tak dibenarkan bawak beg .. boleh bawak diri jer.. kikikiki.... ;p masuk tangan kosong .. pulang tangan penuh .. bak kata abang fai.
Memula masuk kami duduk di auditorium, kat situ boleh tengok video sedikit penerangan pasal sejarah roti gardenia lepas tu barulah lawatan ke dalam kilang. Demi keselamatan jugak bukan takat tak boleh amik gambar, nak pegang cermin kat kawasan proses roti tu pun tak boleh .. kat situ ada garisan kuning, daripada garisan tu lah kita kena berdiri .. takdalah jauh sangat pun daripada cermin ... masih lagi boleh nampak proses dalam kilang tu.
Lepas tengok wayang (video cerita sejarah roti) , dah tengok kilang roti .. kami di beri sarapan pulak.. makan wafer ko .. perisa oren yang baru .. nyum²... super duper sedapppp .... seyes lembut jer... dapat dua .. sempat ngap satu jer, amir pun suka .. cecepat dia habiskan. Lepas makan jomlah kita balik, opsss bukan balik sambung lagi 2 tempat pulak nak pergi.
Sebelum balik dapat goodies ni, kata masuk tangan kosongkan.. balik tangan penuh.. memang penuh tangan sebab amir punya pun ibu yang pegang .. anak bertuah betul... dia kemahin seronok dengan kengkawan dapat goodies soh ibu pegang .. motiff betul suruh ibu ikut yer...
Inilah roti² yang dapat dalam tu... ni satu beg punya barang, korang bayangkan ibu dengan amir dapat maknanya 2x ganda daripada dalam gambar, dengan roti sebuku tu memang banyaklah .. opss.. gambar roti sebuku belakang tu tak berapa nak nampaklah pulak.. nampak kotaknya jer. Jadi agih²lah pada mak denagn mak mertua hihihihi .. tak habisnya kita orang nak makan 3 beranak. Dalam ni jugak dapat buku resepi, oleh kerana buku resepi tu dapat dua .. saya nak kongsilah bagi kawan² blog .. esok saya bagi tahu yer.. macam mana nak dapatkan buku tu .. kalau ada yang berminatlah.. tunggu entry saya tau .. tau .. tau .. manalah tahu boleh gunakan masa ramadhan nanti, dapatlah idea masak untuk berbuka.
Hihihi bagi can tuan tanah interframe eh, jangan marah ... ala... asal amir tak senyum.. ibu pulak oberrr senyum. Nampak tak ibu lebih teruja nak possing .. anak dah sibuk nak naik bas nak pergi tempat yang lagi satu kikikikiki .....
Cukuplah ini je pengalaman saya yang pertama kalinya pergi sana, bukan saya jer.. amir lagilah kali pertama masuk kilang.. kilang roti pulak tu .. wangi jer tau bau kilang roti ni ... lagi² masa ni tengah proses roti krim jagung .. memang wangi sangat².
Bicara Hati : Nantikan entry esok untuk kawan² yang berminat nak dapatkan buku resepi mengenai roti.