♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Madah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Madah. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Jun 2013

Amalan Agar Murah Rezeki



Perkongsian dihari jumaat, insyaalahhh .... jika dilakukan dengan ikhlas .... dan jangan lupa untuk murahkan hati dengan bersedekah .. insyallah rezeki akan lebih murah insyaallah amin...







Selasa, 25 Jun 2013

Ampunkan Dosaku



Alahai bila musim jerebu ni, rasanya macam tak nak dah pergi kerja .. nak baring jer.. nak duduk dalam rumah jer.. tapi masalahnya kawasan rumah pun tahap IPU tinggi, kat kampung pun sama .. jadi mana nak melarikkan diri ermmm.... pusing² satu malaysia pun dah jerebu....




Tetiba rasa macam takut pulak, itulah orang banyak dosa memang macam ni ... allahuakbar .... bila diuji macam ni .. macam²lah dalam kepala ni terpikir.... 







Jumaat, 21 Jun 2013

Doa Pada Allah , Mengadu Pada Yang Maha Kuasa









Bicara Hati : Manusia mungkin boleh mendengar, boleh melihat .... tapi bolehkah dipercayai.... Berdoalah mohon pada yang maha esa, kerana dia maha mendengar, maha melihat dan mengetahui apa yang terbaik buat diri kita dan maha mengetahui yang akan berlaku dimasa hadapan pada diri kita, menangislah dihadapannya... sesungguhnya jika kita ikhlas.. allah pasti makbulkan ... bila masanya akan tiba.. redhalah pada ketentuannya.



Jangan cari redha manusia hingga Allah murka, carilah keredhaan Allah .. walaupun manusia murka 
(^___^)v

Khamis, 13 Jun 2013

Kata - kata Semangat Buat Hati Lebih Tenang



Takmoo mengeluh² .. takmoooo berkerut² .. nanti cepat tua hihihihihi , sebenarnya saya nak kongsikan kata² semangat buat diri, buat diri sendiri dan sapa² jerlah yang baca ni, pahaminya yer... maksudnya...

Betul tak?? ramai yang boleh menjadi pendengar yang setia, tapi berapa ramai yang boleh paham situasi yang sedang kita alami ....


Betul tak??? kita cuba menjaga hati semua orang disekeliling kita .. tapi pernah kah mereka pula terpikirkan hati kita ... 


Sikap yang satu ni rasanya masih kuat pada masyarakat melayu hari ini, walaupun zaman dah makin moden .. tapi pemikiran masih lagi macm tu.. masih lagi suka irihati, masih lagi suka berdengki.. masih suka berdendam .. allahuakbarrr... nauzubillah ....













Jumaat, 7 Jun 2013

Jangan Biarkan Hati Hitam



Jangan di biarkan hati hitam, kerana setitik hitam telah wujud makanya ... payah untuk mendapat sinaran semula ....

Jadi sinarilah hati² kita semua dengan ilmu rohani .. ilmu rohani tu lebih pada ilmu dalaman .. dari situlah kita membersihkan jiwa kita.. bukan ilmu batin yer.. piattt kang korang .. kalau dok ingat ilmu batin pulak.

Jadi jomlah di pagi jumaat ini kita ringankan mulut dengan berzikir insyaallah kesan zikir kepada otak manusia ni sangatlah baik ... (^___^)

Hati kita jugak akan tenang kalau selalu mendengarkan alunan² zikir ni .... 











Selasa, 28 Mei 2013

Harta Bukan Segalanya ...





Belajarlah untuk memahami hati seorang perempuan, hati seorang wanita, hati seorang ibu .. kerana ibu adalah wanita bukan, kerana isteri adalah wanita juga kan.. kan.... 

Seorang wanita itu sukakan belaian, sukakan usikkan .. suka akan gurauan ..... kerana disitulah wujudnya kemesraan .. kerana disitulah ikatan tidak akan renggang .... malah makin tesimpul rapat.

Harta mungkin boleh dicari sebanyak mana sekali pun.. boleh diusahakan ... tetapi untuk memahami hati seseorang .. untuk memahami hati dan masalah yang sedang dihadapi mungkin payah .... kerana wanita mudah memendam rasa, kerana wanita sukar meluahkan tak kala hatinya di rundung masalah.

Kata² ini bukan di tujukan pada sesiapa .. tapi rasanya semua wanita dan selagi yang membaca entry ini perempuan pasti setujukan.. dengan kata² ini ....

















Jumaat, 24 Mei 2013

Elakan Daripada Rezeki Tak Pernah Putus



Allah berikan rezeki dalam pelbagai bentuk, hargailah apa jua rezeki yang diperolehi .. dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik .. diberi keluarga yang punya sifat kasih sayang yang banyak .. itu semuanya ada rezeki ... nikmatilah dan hargainya .... jika mahukan rezeki yang lain, bermohonlah agar dipermudahkan .... untuk memperolehinya.. dan berusahalah ... kerana tanpa usaha tiada kejayaan yang mampu di perolehi.

Kata² semangat di bawah saya titipkan buat diri dan juga kawan².. sama² kita renungkan... sama² kita hayati ... insyaallah.. ada kebenarannya.











Apa jua rezeki yang kita perolehi jangan juga dilupakan pada kedua orang tua kita yang membesarkan kita daripada kecil, sekecil mana pun rezeki yang diperolehi kongsilah bersama mereka.. kerana barakah dan keberkatan doa kedua ibu bapa sangatlah mustajab.

Janganlah membazir² ... pada perkara² yang tidak bermanfaat buat diri sendiri mahu pun anak².

























Rabu, 22 Mei 2013

Elakkan Diri Daripada Berperasaan Begini





Apa agaknya kucing tu pikir yer ... 





Jumaat, 17 Mei 2013

Hari Jumaat Pertama Bulan Rejab 1434H




Alhamdulillah dah 7 Rejab, cepatnya masa berlalu .... sudah seminggu rupanya .... 




Muhasabah diri, selalu bermohon agar tidak dipandang serong apatah lagi ... di salah angap dengan apa yang di miliki .. mungkin kita tak boleh nak puaskan hati semua orang ... jadi jagalah hati kita.. jagalah hati moga kita tidak tergolong diantara mereka yang mempunyai hati yang kotor.. nauzubillah.



Berubah sedikit demi sedikit .. yang penting hati ikhlas .... bertaubat selagi di beri peluang dimuka bumi ini ....



Bicara Hati : Janganlah terlalu mengejar duniawi, percayalah kita akan kembali pada yang esa .. dan itu adalah dunia kita yang sebenar nanti.


















Selasa, 14 Mei 2013

You're still the one



Tajuk tak menahan, ni lah bahananya kalau dah lewat malam tak boleh lelap .. melayankan drama korea hihihihi .. emo kejaplah kalau tengok cerita ni.. kat Byond HD393 tu ...tapi suka jugak.. sebab perempuan dalam watak ni (isteri yang kene tinggal tu lah) sangat kuat... berdikari. Sesekali jer pun melayankan nya... kalau setiap malam.. mahu bangun lewat nak pergi kerja...

Oklah bukan nak cerita pasal cerita korea tu .. tajuk tak kene mengena sangat pun sipi² jer.. hihihi... cuti hujung minggu baru ni kan hari ibu, alahai sweetnya bila ada sibujang disisi ni... makin besar ni makin banyaklah keletahnya .. kadang² pitam nak cari jawapan kalau ada soalan yang tak masuk akal tapi .. tapi ... ' you're still the one ' (^____^)v ibu sayang kamu tau .. kamulah harta dunia dan akhirat ibu.
 

Sayang anak ibu .... sempat lagi mata tu dok jeling kamera yer ... 
sorry gambar gegar kalau dengan amir biasalah budak bertuah ni tak reti diamm....



Ramai kata .. sejak amir kurus ni .. muka amir macam ibu .. sejuk hati dan perut ibu dengar ... hihihihi.... pipi kami yang tak kurus².. makin bulat dan tembam hihihihihi .... senang hati agaknya.



Senyum sikit .. oic banyak pulak gambar dalam ni ... saja mengabadikan .. ni kat bilik tetamu .. sekarang jadi bilik solat kami sekeluarga dan tetamu .. tak lama lagi jadilah bilik amir pulak .. tak tahulah bilanya, ibu dengan ayah mood kelautt dah ni nak deko² bilik anak bujang.


Kata² indah buat hubby, dedikasi hari ibu (walaupun bukan hujung minggu baru ni jer.. setiap hari pun hari ibu kan) terima kasih atas segala² yang kita lalui bersama selama ini .. terima kasih kerana terima diri saya seadanya.. terima kasih bagi hadiah yang terlalu tinggi nilainya ini .. terima kasih .. sayang ayah .. mahu peluk .. kuat².. takmoo lepas.. hahahaha .. owerkan...




Isnin, 13 Mei 2013

Keberanian




Kalau takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai , kalau takut diceraikan .. janganlah berkahwin opssss ... pepandai tambah peribahasa yang akhir tu .... haihh pagi² kat opis ni dah ada gosipp hangat .. takmoo dengar .. takmoo dengar ... huhuhuhu .... tutup telinga dengan kapas pun masih dengar suara² itu huhuhuhu ... keberanian itu ibarat layan² betul ker??? terbang menempuh angin untuk menjadi semakin tinggi ... apa jua yang berlaku dalam hidup adalah satu pengalaman yang indah .. jangan takut menumpuh cabaran .. kerana itulah yang mematangkan diri kita ... dan itulah yang mendewasakan kita...




Hujung minggu kami penuh dengan jemputan kawin, opsss ... tahun ni memang banyak tema merah eh kawin.. pergi sana tema merah .. pergi sini tema merah dan sepanjang laluan nak ke tempat kenduri pun banyak tema merah, dalam hati siap terdetik janganlah kami datang rumah kenduri tu tema merah jugak gegegegge .... macam minggu lepas.

Warna baju kami tidak melambangkan mana² parti okkk.. jangan salah paham, ingakan kami ni sokong parti ini atau sebalik .... tapi yang gelihatinya.. nama jalan kat tempat kenduri tu .. jalan umno hihihihihi .... tak sempat nak snap gambar kat simpang jalan tu .. melayankan amir yang asyikk lah bertanya macam².. siap mintak amikkan bunga manggar kat tempat kenduri.















Jumaat, 10 Mei 2013

Sebelum Bulan Rejab menjelang





Salam pagi jumaat 29 JamadilAkhir 1434H
Penghulu hari, dan penghulu bulan islam jamadilakhir sebelum kehadiran bulan rejab.
Sangat indah harinya... sangat indah .. bersyukur di beri nikmat ini (^____^)




Jumaat penghulu segala hari, walaupun ada yang kata ahadlah penghulu hari kerana kita akan mulakan dengan isnin, tapi pada saya jumaat ... (^____^v

Alhamdulillahh ... masih dipanjangkan umur, moga panjangkan umur untuk bertemu bulan rejab yang akan bermula esok.. syaaban dan ramadhan yang bakal menjelang.

Di kesempatan ini saya memohon maaf kepada rakan² blog dan kepada sesiapa sahaja yang membaca entry² di blog saya.. dan yang rajin berkunjung kesini, komen atau pemerhati dan pembaca dalam diam disini ... semoga apa yang saya tuliskan tidak menyinggung hati kalian tanpa sengaja atau secara tidak sengaja .. maafkan saya yer...

Selamat bercuti hujung minggu, selamat hari ibu .. semoga semuanya selamat.... tak pastilah ada entry lagi tak selepas ni tuan tanah bz tak sudah².. nak siapkan laporan pulak ... okk.. tuan tanah nak pergi mendengarkan tazkiran di pagi hari jumaat ni sempena kehadiran bulan rejab ... 



Bicara Hati : Terlupa pagi ni ada tazkirah .. mestilah ada makan free ... semalam termasak spageti lebih  bawaklah bekal pagi.. sapa nak habiskan ni .... huhuhu ...



















Jumaat, 3 Mei 2013

Doa Ibu - Mulianya Hati Ibu



Salam pagi jumaat .... motivasi diri ... 





Belajar menghargai apa yang aku miliki, belajar menyangi dirinya seperti mana dirinya cuba memahami diri ini walaupun usianya baru 5 tahun.

Sangat bijak, sangat penyayang, sangat sensetif dan sangat manja.... dalam usaha mendidik menjadi seorang yang bertanggujawab dan berdisiplin. Apa jua pendedahan disekeliling begitu mudah diikuti, sebagai seorang yang melahirkannya tentulah aku mahukan yang terbaik buat dirinya... walaupun kesempurnaan itu terlalu subjektif dan kami hanya insan biasa.

Doa ibu agar anak ibu .... memahami ibu juga, adakalanya kata² yang keluar tanpa sedar dimulut ini adalah satu doa, jadinya ... memang kata² dimulut ini sehabis mungkin cuba ku tapisi ... apatah lagi .. pendedahan disekolah lebih meluas.. lebih mudah memerhati ... di luar kawalan ibu ...

Moga anak ibu menjadi anak yang soleh, belajar bersungguh².... diterangi hati dalam menuntut ilmu... ilmu dunia dan akhirat insyaallah....



Bicara Hati : Jumaat yang menyamankan.... 













Rabu, 17 April 2013

Jaga Hati Dan Jiwa








Jumaat, 12 April 2013

Salah Pahaman



Salah paham, salah pahaman atau salah pemahaman sebenarnya .... entahlah sama sahaja kot maksudnya...

Sejak akhir² ni emosi kat pejabat sering terganggu, entahlah kadang² jauh disudut hati kalau diberi peluang untuk berhenti rasanya seperti mahu berhenti sahaja.

Rasanya aku bukanlah kategori menyebokkan hal orang lain, jauh sekali mulut yang suka nak bercerita hal orang .. tapi itulah.. bila ada orang lain yang mendapat khabar angin dan tidak bertanyakan asal usul sebenar sekadar membuat tuduhan membabi buta buat hati saya mudah sensetif. Mudahnya orang itu mempercayai apa jua yang disampaikan... Sabarkan diri..... sabarlah.. wahai hati ..... 





Suasana kerja sebenarnya mempengaruhi juga kerja kita, kalau orang sekeliling dah tak boleh nak memahami kita, apatah lagi big boss kan... 

Sejujurnya kawan² kat opis semua pun baik² sahaja, tidak ada yang membuatkan hati terluka cumanya.. cumanya insan yang seorang itu sahaja.... ada sahaja yang tak kene dimatanya mengenai diriku... aku sedar aku ni bukanlah orang yang baik.. apatah lagi yang kita lakukan boleh diterima oleh semua orang dan mampu memuaskan hati semua orang, tapi entahlah .. hatiku rawan dibuatnya... seperti mahu berubah angin.. mungkin kerana sudah 8 tahun disini.



Bicara Hari : Tengahari rehat yang panjang, mahu tidur atau ke satu untuk merehatkan diri...
 





Khamis, 11 April 2013

Emosi




Salam pagi Khamis.. Cepatnya masa berlalu sekarang ni...








Selasa, 9 April 2013

Majalah Kegemaran



Koleksi Majalah Harmoni 2013 yang saya berjaya beli setakat ni.. tak semua pun berjaya beli.. 
ini sahaja yang ada......


Lain orang lain kegemaran bacaannya, lain orang lain juga citarasa atau majalah kesukaannya .. terpulanglah pada masing² punya citarasa... yang penting biarlah bahan bacaan itu yang memberi faedah dan manfaat buat dirikan...

Sejujurnya lepas kahwin selalu tercari² majalah apalah yang sesuai untuk dibaca, takkan nak beli majalah remaja owhh tak sesuai dah rasanya... saya ni pulak kategori dari muda (eh² macam dah tua nooo yer..) memang akan berubah² citarasa bacaan.

Masa sekolah menengah saya memang suka beli majalah remaja, walaupun bukan setiap keluaran tapi kalau ada keluaran yang bagus mesti saya beli buat koleksi, lepas tu beralih arah pada nur dah meningkat dewasa sikit.. tu pun sekejap jer kot... sebab lepas bertunang saya lebih suka beli buku pengantin hihihihi.. kunun² cari idea nak buat hantaran dan konsep kahwin.. sudahnya konsep kampung jua yang di dambakan campuran jawa perak (belah abah) jawa selangor (belah mak) korang bayangkan jerlah tema apa yang jadi kikikikikiki ..... ops... cerita pasal kawin pulak.

Akhirnya lepas kawin majalah harmoni adalah majalah inspirasi saya lepas kawin .... pada saya info² dan tips² dalam ini banyak membantu saya .. cara penyampaian pun mudah difahami dan kurang iklan masa mula² saya beli dulu.. berbanding sekarang macam dah banyak iklan pula.. dan harganya rm 4.50 kira mampu milik lah.. walaupun sebulan 2 kali keluaran.... 

Masa mengandung skip sekejap beli majalah harmoni saya beli majalah pa & ma hihihihihi .... kunun² nak mencari info dan tips² bakal ibu lah masa tu.. sambil baca kisah orang lain dan pengalaman mereka bersalin.

Korang ada majalah kegemaran tak?? ke.. korang tak minat baca majalah .... minat baca novel eh.. ke buku² ilmiah.. saya ni semua pun baca.. janji bukan yang majlah prono huhuhuhuhu ..;p



Bicara Hati : Lamanya tak baca novel baru.. eh²kan.. hubby bila nak bagi elaun tambahan ni nak beli novel baru kikikikiki .... 




Jumaat, 5 April 2013

Pelaburan Mudah



Pesanan seorang yang berpengalaman, begitu mudah.. tapi kenapa sukar dilakukan.. ini adalah pelaburan kita yang terbaik untuk masa hadapan di akhirat kelak. (^____^)v








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...