♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Main Belon Di Taman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Main Belon Di Taman. Papar semua catatan

Rabu, 17 September 2014

Penuh Agenda



Assalamualaikum ..... lambat bersiaran menghabiskan bw kawan² sementara ada kelapangan hihihihihi ..... semalam cuti hari malaysia, kunun²nya naklah pergi berjalan² .. kunun je lah .. padahal hari senin tu hari dah cuti pun .. tapi cam biasalah cuti memang tak macam cuti ada je kerjaan nak dibuat .. lagi² kat rumah tu.

Sabtu dan ahad baru ni adik sepupu kawin tu yang saja amik cuti senin sebab tau mesti kepenatan ... lagipun pagi tu kena hantar adik ipar balik kolej, ingatkan balik tu nak sambung tidur .. sudahnya hubby ajak beli racun dan terjebak membeli rak stor ni hahahahaha .. naya².


Sebenarnya dah lama aim nak beli rak ni .. tapi tu lah asal serve yang 70kg tu jarang ada offer murah .. paling² pun rm115 .. cuma pernahlah sekali ada nampak rm 79.90 tapi tak hingat kat mana .. tapi masa tu takda ongkos pulak ... bila ada .. tidaklah pulak ada offer lagi ermmm ..... pendam je lah hasrat hati. Sampailah hubby singgah kedai dekat area GM Klang tu .. ada jual² rak belakang kedai bunga kalau tak silap .. eh ke sama baris kedai ... memang macam² rak ada kat situ .. yang ni muatan 400kg kalau tak silap rm 162.00 pftttttttttt mahalkan .. tapi aku rasa cam berbaloi dengan harganya .... hubby nak beli satu, aku kata amik dua lah ... ok set .. lepas tu daripada petang senin hubby pasang sampai semalam baru siap kikikikiki .. menyumpah² kita orang memang jenuh nak pasang benda alah ni .. sebab tu lah hubby tak suka beli barang ikea .. dia tak suka nak pasang² sendiri .. mencabar tenaga katanya... dah tu dengan aku² sekali tak pernah di bawaknya ke ikea tu tau huhuhuhuhu .... sebab mengenangkan nak susunatur stok tu .. takmoo barang berserabut kat bilik.. kita belilah jugak rak ni. Demi kepuasan dan kesenangan jangka panjang .. entry pasal susunatur stok lain kali lah story eh... masih serabut alam lagi.





Oleh kerana 2 hari dah dirumah dan sepupu amir datang, hubby pun cam letih jer pasang rak tu .. aku lagilah letih dengan dua pupu ni kejap pergi rumah mertua kang kejap balik rumah mengekek² tergelak² .. dengan becaknya main kat luar rumah.. jadi petang semalam sebelum sepupu amir balik rumah dia senidiri kita orang reward diri pergi alam impian .. saja tengok orang main layang², main belon buih .. dan riadah ..... dah petang pun kami sampai .. yang penting enjoy hahahahaha ... budak² pun happy .. amir siap bawak basikal .. tapi nampak belon takmoo main basikal pulak. Satu pencapaian baru amir buat .. dia dah berani panjat dinding batu tu hihihihihi ... 





Bicara Hati : Pasrah .. tak dapat pergi bercuti huhuhuhu ... kena jaga rumah mertua ...




Selasa, 24 Jun 2014

Riadah Petang Hari Di Taman Alam Impian



Bila dapat peluang riadah kat taman hujung minggu hari terakhir ahad sebelum menjelang musim persekolah baru, kemahin teruja anak bujang saya .... lagi² bukan selalu dapat pergi taman sejak duduk kampung ni. Memang sakanlah dia kan.. suka sangat.

Asal²nya singgah rumah lama, penyewa mintak kipas angin sebab kipas angin yang lama rosak .. dah sekali jalan.. balik terus singgah taman alam impian ni . dulu rumah dekat tak pergi pun, nak pergi tapi tak terpegi² .. sudahnya dapat peluang ni teruslah singgah.



Amir yang teruja sangat² ... tak turun kereta lagi dah cakap, amir nak main belon buih, amir nak main layang² .. amboi semua nak dimainnya yer.. jam dah 6.15 petang masa tu ... main belon buih je cukuplah ... nanti lain kali boleh datang lagi .. main layang² pulak.




Untuk permulaan main yang ni pun dah teruja nanti dah pandai boleh main yang giant bubble pulak eh ... harga berbeza² tau ikut lubang² untuk buih belon tu .. yang amir main ni rm 3.50 satu bekas .. kalau tambah buih rm 1.50 .. ini pun jenuh nak habiskan .... asalnya nak main yang rm 2.00 dah habis pulak ... ramai betul yang datang riadah petang tu.




Sorry tak dapat nak tayangkan video ... layankanlah amir main sambil berlari²an hihihi .. kemahin suka lagi dia.. bebas lari ... saya pun jadi teruja jugak .. sebab angin petang tu banyak dan cuaca dah mula redup. Korang nampak tak pemandangan belakang amir lari tu .. ada ruang rock climbing .. wahh bestnya kan .. takdalah tinggi sangat .. tapi mengujakan nak mencuba .. sebab dah lama tak buatkan. 




Lepas dah puas main .. memasing kehausan .... kat sekitar taman ni ada jual air dan keropok .. bolehlah korang beli .. hilangkan lapar dan haus. Hubby pun macam teruja je tengok kawasan joging kemahin besar lagi kat taman ni.



Lokasi taman alam impian ni senang jer kalau daripada kampung jawa, lalu susur econsave tu masuk kiri.. yups econsave berada disebelah kiri ... korang akan jumpa bulatan, dan bulatan yang kedua korang masuk kiri .. jam berapa eh .. 9 kot haha.. bab ikut kiraan jam ni gagal sikit .. tp korang jgn risau .. sesat barat ke hapa ...  kita orang pun memula risau jugak lps bulatan tak jumpa.. rupanya bulatan yang kedua daaaa... masuk kiri korang akan nampak taman ni sebelah kanan korang.



Bicara Hati : Nanti ada kesempatan saya cerita pasal farm in the city, korang pernah dengar tak???









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...