Assalamualaikum .. alhamdulillah ... akhirnya masa yang dinantikan tiba jua, dah tak tertanggung rasanya dalam hati saat kerinduan, kesabaran, rintihan dan ketabahan hati menanti kepulangan mak dengan bapak mertua .... penerbangan mereka pada 29 Ogos 2014 diselubungi kesayuan dihati .. hanya doa yang sentiasa kami iringi moga dipermudahkan semuanya.
Pada 14 Oktober 2014 akhirnya penerbangan mak dengan bapak kembali ketanah air, rasa syukur tak keruan moga dipermudahakan .. moga tidak ada pernerbangan delay .... itu jer yang kami risaukan.
Aku dengan akak² ipar tak pergi Klia, yang pergi cuma ipar² lelaki, hubby dan anak² buah ... amir?? dia dah tentu² sibuk nak mengikut.
Penerbangan mendarat kalau ikut pukul 8.50 malam dah sampai kat KLIA tu, jadinya pukul 8 barulah mereka gerak daripada rumah ... tu pun sampai KLIA 9.30 cari parking lagi .. susah .. sat barat bagai.. sebab parking dah penuh katanya ... aku tau cerita daripada rumah je lah sebab anak² buah wassup hihihihi ... kan ke aku kat rumah sebab tolong akak² ipar masak kuikuikui .. sebab tau mesti masing² kelaparan balik nanti ... lagipun malas rasanya nak berasak² kat KLIA tu.
Alhamdulillah muka lega FIL & MIL bila dah sampai rumah .... sukanya tengok muka orang balik haji ni.. putih bersih jer.. suci jer tau ... cuma kesian kat MIL batuk² , demam tak baik lagi ... lepas wukuf katanya batuk balik .. mujur masa wukuf di permudahkan semuanya ... di berikan kesihatan yang baik untuk buat perkara yang wajib.
Tu anak bertuah tu dok menebeng je kat atuk, rindu kat atuklah tu.. amir kan manja dengan atuk, sekolah, mengaji, pergi kedai semua asyik dengan atuk.. dia cam pelik sikit atuk balik pakai baju putih ni.. walaupun dah bagi tahu atuk balik haji .. amir tak berapa nak paham lagi ...
Malam tu tak ramai pun yang menyambut kat rumah kita² orang je lah adik beradik ni... ada takda adik MIL datang ... lepas tu memasing makan .. muka dah kepenatan .... nak kena serasikan dengan cuaca sekeliling ... maklumlah waktu tidur pun lain kan... haraplepas ni FIL dan MIL dapat rehat secukupnya dan kembali sihat ... tetamu ziaraha jangan cakaplah semalam pun dah ramai dtg .... sampai tak terlayan MIL.
Ramai tanya FIL dgn MIL pergi haji ko tak kirim apa² ke masya, allahuakbar ... nak kirim hapanya .. kalau boleh takmoo berkirim apa.. biarlah MIL dgn FIL dengan ikhlas doakan kami ... kesejateraan kami .. yang penting masa FIL dgn MIL kat sana dapat melakukan ibadah dengan tenang dan dapat melakukan tanggungjawab yang wajib ... itu pun dah buat kami bersyukur... maklumlah kat sana memang Allah nak uji kitakan.
Bicara Hati : Moga satu hari nanti, dapat peluang ke sana jugak, MIL bagi tahu makanan kat sana semuanya mahal² ....