♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Pemangang Ajaib. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pemangang Ajaib. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Februari 2014

Resepi Kek Oren Paling Mudah Dan Sedap







Raya Cina baru ni sana sini dah dok jual buah limau .. sana sini dok bagi buah limau baik kat rumah mahupun kat opis kawwww, memang meriahlah orang kata raya cina kali ni.. tapi ang paw jer tak dapat .... penampau mau hahahahaha ....

Jadi kalau banyak sangat dah dapat limau tu janganlah buang yer .... mohlah kita buat kek oren yang senang ni, seyes senang ... bahan² pun tak susah .... pakai blender sudah.. tapi kalau gigih pukul pakai senduk kayu pun okkkeyyyy hihihihi .... (macam aku ler tue.. masa kali pertama buat)








Bahan :

2 Cawan tepung

1 Cawan mentega

1 Cawan gula

3 Biji telur

1 Biji Limau

1 Sudu kecil baking powder

½ Cawan Susu Full Cream (Tak nak pun takpa .. tapi kalau letak lagi sedap)

1 Sudu kecil esen vanila





Cara2 :

1. Pukul Mentega dan gula hingga kembang.

2. Masukan telur dan esen vanila. Pukul lagi.

Langkah 1 dan 2 ni saya buat kat blender.. lepas tu curah kat bekas barulah masukkan tepung.

3. Masukan tepung dan baking powder yang sudah diayak. Gaul sebati.


Kalau nak buat kaler oren/ pewarna kuning pun boleh bagi nampak menyerlah sikit, tapi saya cuma gunakan sebiji oren sahaja .. sila percaya.. kulit oren tu saya parutkan... kemudian lepas parut barulah potong dia perah jusnya.. letak sekali dalam adunan.. jangan korang piii boh bijik oren/ limau sekali sudah.. kalau ada bijik buang yer ... 
Akhir Sekali barulah masukan susu 




Lepas tu bakar aje.. saya guna pemanggang ajaib ni.. curah aje dalam pemanggang ni. lepas tu letak atas api perlahan. kene tengok selalu takut hangus.. macam saya ni tak sampai 15 ke 20 minit dah masak dah.. kalau nak garing lama sikit.. jangan hanggit sudah hahahaha ...



Senangkan .. Selamat Mencuba .... (^__^)v





Psstt ... kalau dah teringin sangat, takda limau .. sunquick pun okeyy tau.. gunalah apa jer bahan yang ada di rumah tu .. janji menjimatkan.. tak payah pening²... yang penting senang dan sedap...





Bicara Hati : Lama dapurku tak berasap sekarang ni hihihi.. sorry up pasal masak² pun dah jarang.













Selasa, 19 November 2013

Siakap Stim Menu Musim Sejuk



Musim sejuk² ni.. tekak pun tak berapa nak sihat.. jadi kita tok sah makan yang bergoreng² yer... nanti lagi parah tekak tu bertambah peritnya... Dan bila tak sihat ni elakkan minum ais, teh, telur dan pisang sebab takut lagi parah batuk jadi berkahak.. tapi telur memang tak boleh dipisahkan dengan amir .. achaner ibu nak buat.. pasrah jerlah... sebab tu batuk amir lambat baik... 

Masak stim siakap ala campak² bahan jer ni hahahahaha ... semua jadikan satu masukkan dalam pemangang ajaib.. maka ajaiblah masakkan itu jadi sedapppnya hahahaha ... menggunakan bahan yang adooo sahaja cili, halia, serai, bawang merah, bawang putih ... takda nak letak sos ikan bagai.. ada kiub ikan bilis jer.. itu pun sikit.. 

Paling terbaik saya gunakan belimbing kampung yang mak bekalkan.. orang kata belimbing besi/ belimbing buluh (^____^)v nikmat masam²nya terbaiklah...

Dan sepanjang tak sihat ni memang menu pat tam jerlah kami sekeluarga ni.. pak tam depan tu.. sebabnya balik kerja jer.. ibu nak tengok dapur pun tak lalu tau.. hadoilah.. dapat baring jer best.. mujurlah amir dengan ayah okk jer.. amirlah paling best .. makan nasi dengan telur kicap sudah...












Isnin, 17 Jun 2013

Ikan Bakar Cara Pemangang Ajaib





Mengiurkan tak??? abaikan ada warna hitam² tu.. tapi itu lah yang membuka selera tau ... sebab walaupun dia hitam macam tu .. tapi tak hangit pun sebenarnya hihihihihi ...

Sejak ada pemangang ajaib ni, banyak jugaklah menu yang saya masak ni cepat siap.. dan jimat masa.. bukan sahaja jimat minyak dan tenaga kikikikiki .... yang penting sedappp.... (^___^)

Nak resepi?? hahaha.. bakar ikan koboi macam ni.. malu pulak nak letak resepi, tapi kalau korang nak cuba .. cubalah .. dijamin sedapp.. lagi² cicah dengan kuah asam tau ...

Resepi versi masya :

Ikan cencaru / ikan kembung pun boleh kot 
Bawang merah, Bawang putih , Halia semaunya saya tumbuk dan gaul pada ikan. Kemudian saya campuran sos bbq salai dan sedikit tepung gandum .. kunun² takmoo ikan tugaring sangat... garam dan gula letak sikit yer.. ikut citarasa korang.. biarkan terperam 15 minit.. sambil² tu.. korang maskalah sayur apa nak masak.. lepas tu barulah bakar, masa bakar kat pemangang ajaib ni nak letak minyak .. tak letak pun boleh.. tapi .. saya ... masa balik² ikan tu.. saya letaklah sikit... lepas tu saya tutup balik.. seyeslah.. jiran² pun takkan tahu kita tengah bakar ikan.. sebab pemangang ajaib tu kan bertutup hihihihihi .. tidak berasap... lepas tu korang agak²lah sendiri yer.. bila dia masak.. jangan sampai rentung pulak...   


Kalau ada kawan² yang bermina nak beli pemangang ajaib bolehlah pergi ke blog kak atie, sebab kak atie ada jual pemangang ajaib ni.. saya beli kat langkawi .. kirim kat kawan .. tak beli kak atie, korang jangan salah paham pulak yer... saya kongsikan link ni memudahkan kawan² yang masih tercari² kat mana nak beli pemangang ajaib macam ni.




Bicara Hati : Saya dah cuba jugak masak pizza guna pemangang ajaib ni hihihihihi ... (^___^)v








Rabu, 5 Jun 2013

Menu Udang BBQ Versi Pemangang Ajaib



Udang sedappnya, bagi pengemar seafoodkan .. rasanya macam tak lengkap kalau nak buat bbq hanya ayam semata².... tapi kalau ada sakit gouttt sila buang daripada menu list yer untuk bbq huhuhuhu ....

Kalau ada udang atau ikan memang sesuai sangatlah buat bbq, sebab kempunan nak di bawak bercuti melepak tepi pantai .. jadi kita masak kat rumah sudah ... lepas makan golek² depan tv tidur hahahaha ..... tak payah nak muncung sangat macam muncung udang tu ...

Hubby beli udang sekilo rm 20.00 hinggit .. memang mahalkan sekarang ni , bukan kata udang .. rasanya semua seafood tengah mahal, ni pun beli dengan kawan hubby yang suka menjala tu .. merangkap jirang selang beberapa rumah jadilah .. rezeki kami.



 Dah jemu masak sambal tumis petai udang, dah jemu masak lemak bendi udang, dah muak masak yang bertumis².. meh kita cuba versi bbq saya pulak .... super duper mudah yer... saya kalau masak susah² saya angkat tanggan dulu .. memang tak pandai ...


Resepi udang bbq mudah versi masya :

Udang ikut sukati nak banyak mana
bawang putih
bawang besar
Halia nak letak boleh tak nak takpa, saya tak letak
sos tiram
sos bbq
lada hitam tumbuk sdikit sahaja kalau nak pedas
air suku cawan
tepung gandum nak bagi pekat buat macam kuah .. jadi tak payah susah² buah sos
garam dan gula kalau nak letak bagi perasa supaya tak tawar

Cara²nya : 

saya blender bawang putih dan bawang merah semua pun seketul², lepas tu campurkan kat udang, masukkan sos tiram dan sos bbq, saya masukkan air suku cawan dengan tepung sesudu... tepung nak bagi kuah pekat ... sebab saya guna pemangang ajaib ... dan malas nak buat kuah asing.. nak cepat masak dan cepat makan hihihihihi .... letak gamram dan gula sikit buat perasa.


Hasilnya letak dalam pemangang ajaib tu.. kuah jadi banyak sebab udangkan ada air dia sendiri ... macam dalam gambar kat atas, masak agak² sampai udang masak dalam 20 minit macam tu ...





Siappppp .. mengiurkan kan.. kan... 
hubby makan jilat jari hahaha.... dia kata sedappp ...... malu saya, amir pun makan bertambah².... 
bila cuba² macam ni tak sangka pulak sedapp.. kalau masak beria² tu ... tak menjadi.




Bicara Hati : Selamat mencuba ... kalau dah cuba bagi tahu tau.. sdapp tak...










Khamis, 14 Mac 2013

Langkawi - Buah tangan kawan sepejabat



Semakin hari semakin buntu memikirkan tajuk entry, itu baru part tajuk belum lagi part nak mengarang entry.... gambar² memang banyak dalam draft tu dah upload.. idea nak menulis jer.. kelaut sikit... nampaknya blog ni makin banyaklah entry tertunggak lepas ni....

Oklah dalam entry bicara hati ni saya ada bagi tahu patutnya ke Langkawi, tapi atas sebab² yang tak dapat dielakkan saya tak pergi.. alhamdulillah big boss memahami.

Kebetulan kawan saya yang pergi tu lelaki, jadi saya kirilah kat dia beli barang sikit.. dah saya tak dapat pergi.. hahaha.. ade hati nak mengirim juga tu... nasib baiklah kawan u okk jer... tau.... 


 Beg plastik warna biru hasil shopping kat sana katanya.....



Hasil rembatannya yang pertama Pemangang Ajaib
yang ini memang saya kirim siap bagi RM 50.00 kat dia... walaupun saya tahu harganya tak sampai RM 40.00 pun sebab dah serve² kat google pun...


 Kawan saya ni sinonimlah peminat keychain.. pergi mana² mesti beli bagi kawan² seopis.... 
Tak padan dengan lelakinya.. bab² beli cenderahati tak pernah kalah dengan perempuan hihihihihihi .....



Dan yang paling best sekodi coklat dihamparkan bagi kat kawan².... apa lagi... saya masukkan balang siap² buat stok kudapan dipetang hari..... terima kasih kawan... (^___^)v



Baru² ni tengok Romantika Shiela Rusli sekeluarga pergi Langkawi seronoknya merekakan.... eh² dah pulak masuk cerita retis hihihihihi...... Sendiri nak pergi tak tahulah bilekan.. dengar cerita kawan² jerlah...



Bicara Hati : Rehat nanti nak hantar bekas susu amir tertinggallah pulak dalam kereta pagi tadi.




Rabu, 6 Mac 2013

Berjaya Miliki Pemangang Ajaib

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...