♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Roti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Roti. Papar semua catatan

Khamis, 24 April 2014

Pertama Kali Menguli Doh Roti


Bila sibuk mengemas, bila musim hujan dah mula kembali dengar kabarnya catuan hingga akhir bulan ni sahaja ... takkan berlarutan .. alhamdulillah kalau betul. 3 Beranak dirumah sibuk mengemas .. kelaparan, kepenatan .. hubby ajak keluar pun malas.. mahu beli bungkus tak menyampai hati nak suruh hubby pergi beli naik kereta .. jadi meh lah kita menghabiskan stok dalam laci yang ada ni ... tak payah nak pening².. yang penting kenyang.

Sarapan kami pagi tu jangan tak tahu air nescafe panas dengan sosej golek pemanggang ajaib sahaja .. tak tahulah bape ketul .. yang pasti kami anak beranak makan tu sahaja .. sampai tengahari kelaparan .. kami makan maggie goreng simple sahaja 2 bungkus .. untuk 3 beranak .... Bila petang pulak, yups .. petang nak buat cekodok macam tak kena jer kalau guna tepung roti .. jadi marilah menguli doh buat roti simple yang penting ada mauripan... yang pasti dah uli amir kata nak donut hahaha.. gigih jadikan adunan tu untuk donut jugak 7 ketul .. cukuplah ...




Gigih saya mengulinya gunakan tangan ooohhhmaaiiii .. gigih tak .. tak penat mana pun nak banding kepuasan yang di rasai bila dapat makan roti adunan sendiri .. macam poyo jer kan .. macam berlagak jer kan ... ishhh ni bukan berlagak namanya .. anggap je lah ini semangat .. semangat supaya lepas ni kena rajin meroti untuk hasil lebih baik.







Lepas 20 minit naik .. cepat jugakkan.. resepi saya google jer.. tapi saya ubah suai ikut barang yang ada kat dapur sahaja. Saya gunakan tepung roti, mauripan, susu manis, garam, gula dan marjerin yang dicairkan. Semua gaulkan sebati tambah air sikit².. telur takda gara² dah habiskan masa masak maggie tadi ...






Saya biarkan adunan naik lagi .. sampai bebetul naik .. dan saya rasa satu kepuasan tengok kegebuan dia naik.. terus letak marjerin sikit .. taburan cheese dan gula .... mujur kismis takda kalau ak memang dah tabur.






Fuhhhhhh ... 30 minit bakar, seyes nampak macam rentung .. lupa nak google masa yang sesuai berapa lama bakar roti ni hahahaha ... main agak² jer dah masak kot ni ... risau jugak.. keras... lepas matikan api angkat cepa² sapukan butter atas tu bagi berkilat ....







hihihi .. inilah hasilnya .. alhamdulillah tak mengecewakan ... sedapp cuma kurang lembut di luar .. dalam lembut luar agak garing .. tapi taburan cheese tu menyelamatkan rasa roti tu menjadi lemak masin. Sempat makan seketul jer sebab memasing dah kekenyangan makan donut .. jadi selebihnya bawak balik kampung ... Abah kata sedappp .. cicah dengan roti dengan kari .. siap pesan.. nanti buatlah lagi gegegege .. kalau gigihlah abah yer.. ni pun tepung berkurun baru ku uli




Bicara Hati : Lepas ni nak buat roti lain pulak.. yang ada inti amir kata nak coklat, amboi kemahin lagikan...







Selasa, 1 April 2014

Roti Tuna Letak ' Cheese Cheedar ' Senang Dan Sedap


Kegemaran baru katanya .. kalau boleh sekarang ni amir nak makan roti bakar jer, tak kisahlah dalam tu letak apapun.. yang penting roti bakar .. memang berselera dia makan, baik letak kaya .. letak cheese dengan tuna macam ni lagi ligat dia makan.... tapi kalau garing sikit macam ni.. kadang takmoo makan.. dia suruh saya potong tepi² tu.... takda maknanya ibu nak potong .. ibu makan keliling tu hihihihihi .. barulah amir makan.


Mengoda tak .. mengoda tak ... ni kalau makan setiap hari mau berlemak² badan mak amir hihihihihi ....


Bagus jugak selera amir dah berubah ni, saya bukan apa risau jugak kalau dia asyik makan telur jer.. sebab telur sekarangkan ayam cucuk sana sini ... tak elok sangat unuk kesihatan. Jadi bila saya buat menu ni.. tak sangka pulak amir suka... jadi berbaloi²lah usaha ibu dan doa ibu .. supaya amir kurang makan telur.

Resepinya senang jer, saya gunakan roti keping, tuna dalam tin jenama tak ingat dan keju. Memula sapu tuna dekat roti kemudian lapiskan keju dan tutup dengan roti dan bakar.. ikut korang nak garing ke tak nak... saya okk jer.. janji tak rentung. 

Selamat Mencuba (^____^)v


Menu ni sesuai sarapan pagi dan minum petang, amir pun tak kisah asal saya buat dia makan jer.. ayah amir lagilah suka.. tak payah makan nasi hihihihi ...




















Khamis, 9 Januari 2014

Sekadar Alas Perut



Antara stok yang akan saya beli dan simpan di dalam laci opis selain daripada biskut, 3 in 1, maggie .. saya akan simpan dalam laci ialah roti jagung .. kenapa roti jagung ... sedapp saya suke rasa manisnya, saya juga bau jagung yang wangiii hihihihi .... (^___^)

2 bungkus ni kalau tanpa sedar dua² saya ngap hahahaha ... tapi kalau tak berapa lapar pagi hari makan 1 jer, yang penting alas perut dulu semntara menunggu tengahari .. sebab sarapan itu pentingkan... barulah boleh on kerja dengan baik.

Jarang rasanya pagi² hari saya nak makan nasi lemak, bukan apa takut mengantuk huhuhuhu ... seyes memang kalau boleh elakkan.. yang herannya kalau nasi goreng okk jer... kalau bihun goreng jangan cakaplah memang kegemaran hihihihi ....

Jadi buatlah pilihan yang terbaik untuk alas perut yer ... sebab sesuatu yang baik itu bermula daripada mood awal pagi .. kalau awal pagi dah takda mood camne nak jadi aura positif.


























Jumaat, 30 Ogos 2013

Resepi Sos Carbonara Sedap Dan Mudah


Sorry pada kawan² yang tertunggu²kan entry ni .. yang sedang menantikan entry ni ... roti bakar mentega bersama sos carbonara yang sangat sedappp hahahahaa ... perasan .. pingsan kejap, tajukkk tak nak kalah ....

Sebenarnya bila dah publish gambar tu baru termalu pulak nak kongsikan resepi ni, tapi kalau malu kesian lah pulak pada yang teringin nak mencuba... sebab cara buat sos yang saya buat ni simple dan mudah dengan erti kata lain mudah, murah dan sedapp sebab bajet pun tak sampai RM 10.00 kalau di kira² tau ... lagi² kalau korang pakai sup cambells cendawan yang dalam peket tu ... yang dalam kotak tu lah.. dalam tu ada 3 paket selalunya.

Okkk.. jom kita tengok bahan² yang digunakan serta cara memasaknya.....


Bahan² :-

Sos Prego
Sos Campbells Ayam
Cendawan butang dalam tin
Serbuk Lada Hitam / Lada hitam Tumbuk Kasa pun boleh.


 Bahan² penting ... Sos Prego Carbonara (kalau nak jimat beli yang dalam tin selalunya RM 3.90 dan sos campbells ayam (kalau nak perisa lain boleh boleh ikut suka) (kalau nak jimat tak buat banyak beli dalam peket)


okkk sediakan periuk masukkan air dalam satu cawan kemudian masukkan ½ tin sos campbells .. panaskan sampai mendidih kemudian baru masukkan sos carbonara pregoo pulak dalam 3 sudu besar.





Cendawan dalam tin yang saya dah rendamkan dengan air panas dan dihiris ... selepas step yang kat atas .. bila dah masukkan sos prego .. barulah masukkan cendawan .. dan tunggu sampai mendidih dengan api perlahan ... masukkan 1 sudu besar serbuk lada hitam, tapi saya gunakan lada hitam yang dah tumbukk lagi umpphhhh .... saya agak² ikut kepedasan yang saya nak ... dah agak² mendidih lama .. barulah matikan api .. senang jerkan .. seyes saya tak masukkan gula atau garam sebab rasanya semua dah cukup lengkap herba dalam tu. Sos campbells tu dia dah masin.



Tara inilah hasilnya .... nampak sos tu macam cairkan.. tapi sebenarnya likat melekat okkk .. nyum².. sedapppppp di makan dengan roti prancis yang dibakar dengan mentega bawang putih .. tapi sebab takda kat rumah .. makan dengan roti bakar dengan mentega pun sedapppppppp (^___^) Sos ni boleh guna untuk dimakan dengan spagetti jugak. Selamat mencuba ... 





Bicara Hati : Penuhnya jemputan hujung minggu ni huhuhuhu .. bermula dari malam ini sampai esok, esok malam, ahad ... fuhhh pening² nak bahagi² ... ahad tu pulak jiran depan rumah .. bebetul depan rumah buat open house.







Khamis, 21 Mac 2013

Massimo Roti Favorito



Roti kegemaran amir yang baru, sejak akhir² ni alhamdulillah.. ragam kesekolahnya dah berkurangan.. amir lebih teruja dengan latihan sukan yang dah bermula.... walhal sukan lagi sebulan.

Kalau dulu amir payah nak mandi pagi sekarang, kejut sekali pasang tv dia dah ok.. terus mandi... cuma dia akan mintak singgah ke gerai untuk nasi lemak telur mata dan saya akan suapkan sebelum dia pergi sekolah.. iyer suapkan dalam kereta jerlah kami dua beranak bersuap suap hihihihihi.... 5 suap dah cukup banyak.... sekadar buat sarat sebelum sarapan disekolah pukul 10.00 pagi.


Bekalan roti amir kesekolah pagi ni buat kesekian kalinya...


Sepatutnya hari ni saya kene pergi mesyuarat nunn di hulu selangor, gigihlah saya pesan kat amir bangun awal hari ni.. pada guru taska pun saya dah kabarkan yang saya akan hantar amir awal ke taska mungkin sebelum mandi.. dan mohon mereka mandi ditaska.. sampai macam tu sekali saya mengaturnya...

Hubby okk jer.. sepakat kami bangun awal, lepas azan tunggu hubby habis solat terus kami gerak keluar rumah.... sepauh jalan menuju ke hospital jalan jem seteruknya, tapi hubby kan super duper... pandai cari jalan alternatif... sampai opis pun sebelum pukul 7 belum ada orang.. pandang kanan kiri.. aikk.. mana bos ni.. kata nak pergi meeting, sms kawan seangkatan yang akan pergi sama tanya kat mana??? glupp mendengar kawan bagi tahu mereka dah pergi .... saya terkedu benggong kejap.. sebab tak jauh pun mereka bergerak tu... baru beberapa minit jer bergerak.. haihhh saya tahulah tempat tu jauh.. tapi saya pun duduk rumah jauh.. daripada opis susah payah saya aturkan jadual 5 minit pun tak boleh tunggu ker????!@$%$^%^ okkk .. saya tahu.. awak boss... walaupun bukan big boss.. tapi saya tahu.. awak memang big dari saya.... (dah tak pasal kene taip entry emo pagi²) terkilan tau... dengan orang macam ni.... kawan seangkatan saya yang pergi tu pun macam terkedu jer ....

Eh² sorry .. bukan tadi nak tulis pasal roti amir ke... ;p



Bicara Hati : 









Saya nampak jambu tak... 
dah kene tinggal possing²lah sorang² dalam opis...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...