♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Rumah Di Kampung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rumah Di Kampung. Papar semua catatan

Rabu, 3 September 2014

Kenduri Kesyukuran Buat Keluarga Mertua



Assalamualaikummmm ..... alhamdulillah akhirnya pada 24 Ogos lepas isyak kami sepakat adik beradik hubby buat majlis kesyukuran buat keluarga mertua yang telah pun selamat ketanah suci mekah pada 29 Ogos 2014.

Kenduri memang dah rancang awal, cuma rasa lebih bermakna dan bersyukur sebab bapak mertua dapat pergi dengan mak mertua sekali ... ya allah sujud syukur kami sekeluarga dibuatnya ... sebab kalau ikutkan surat panggilan pertama hanya nama fil sahaja yang tersenarai .. puas buat rayuan sampailah kali ketiga keluarga mertua pergi ke tabung haji ibu pejabat kl dan bertanyakan status sebenar ... tak sia² mil marah orang kaunter tu terkial² baru nak cari file kikikiki ... (tak dapat ku bayangkan gaya mil marah) sebab masa kali ketiga ni mil datang bulan puasa .. ada ke patut orang kaunter tu cakap suruh datang lagi .. rayuan akan diberi tahu .. marah lah mil kan.. ingat dekat ke nak datang .. suka² je buat camtu tau ... dah lah tak tengok file ... boleh cakap macam tu jer ... dia ingat mil baru kali pertama datang kot ... hambikkk tak memasal bulan posa mil naik hangin, takpalah itu semua ada hikmahnya juga.

Kalau ikutkan masa raya tu memasing dah takda mood dah sebab keputusan rayuan tak dapat lagi, ya allah yang maha mendengar rintihan dan maha mengetahui .. 3 hari nak menjelang raya mil dapat tepon daripada tabung haji rayuan di terima dan boleh pergi sama dengan fil dengan penerbangan yang sama .... sebak rasa masa fil bagi tahu rayuan di terima .. barulah mil ada perasaan nak beraya .. dan barulah kami rasa seronok sangat .. dan barulah boleh buat persiapan untuk fil dan mil ke Mekah... kalau tak fil pun takda mood nak membeli keperluan nak ke Mekah.

Oklah .. itu mukadimah akhirnya rayuan mil diterima, lagipun faktor usia dan mengikut suami perlu jua di ambil kira.. saya tahu pihak tabung haji pun bukan mudah nak menerima semua rayuan kan ... dengan rasa kesyukuran yang teramat dan niat fil kalau mil dapat pergi sama dia nak kenduri qiqah kambing, ya allah orang tua dah niatkan gigihlah kami suami isteri mencari .. sudahnya adik ipar dapat jugak...  maklumlah musim rayakan orang dah tempah awal² untuk jamuan raya .. kami ni baru mencari tu yang payah... lagi² nak yang di sembelih bukan yang frozen memang mencabar jugaklah.



Amirrrr ..... kemahin rajin menolong masa kenduri tu .. sampai lupa penat .. ke sana sini dia dengan sepupu²nya .. sudahnya isnin tak sekolah kepenatan ... tapi petang elok pulak eh boleh main basikal .. siap pandai kayuh terus... pandai jer drama kan .... takpa² tadika ibu bagi can .. tahun depan dah sekolah memang tak boleh cuti sukati.




Seekor je kambing goleknya .. nahh selambak masa kenduri dah siap bakar .. jadinya habis kenduri .. senanglah orang kampung nak amik makan ... tapi kambing tak cukup hihihihihi ... amboi boleh tahan jugak yer... ramai yang suka.. mujurlah ada satay ayam .. alamak!!! satay pun tak boleh cover semua suka hahaha.... syukur jugak banyak menu .. jadi banyaklah pilihan ....




Gambar tetamu yang datang tak sempat amik, ni gambar kandid jer masa kenduri dan tengah sibuk bungkus berkat hihihihihi ..... penat jangan cakaplah esok semua pun kerja macam biasa hihihihi ... semua pun siapkan kemas malam tu jugak ... takpa rumah kami kat belakang takda dah nak kalut balik ... esoknya balik kerja sambung lagi kemas kat rumah mertua ...



Alhamdulillah dipermudahkan ... majlis kesyukuran berjalan lancar .. hanya jemput orang kampung untuk kenduri lepas isyak, tapi ada jugak kawan² hubby nak datang beraya rumah dengan jiran lama .. kami jemputlah sekali.. lepas tu mereka singgah rumah.. tapi rumah kami persinggahan je lah .... makan kat rumah fil.





Bicara Hati : Tetiba ada yang tegur, cikgu bila lagi nak buat kambing golek kat rumah sendiri .. amboiii mendalam maksudnya tu yer... kami senggih je suami isteri.










Isnin, 4 Ogos 2014

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin


Assalamualaikum.... pin pin pin ... hihihihi ... dah lama cuti kerja, dah lama cuti berblog dah masuk bulan baru pun hah!! Sebelum mulakan kerja yang sedia memang banyak ni menunggu giliran ... marilah bw kengkawan dulu .. wah bestnya entry memasing yer.. sakan beraya.... mood kuseru.... marilah kita mulakan dengan mood happy² selamat hari raya maaf zahir dan batin semua.  Maklumlah nak cuti raya hari tu tak sempat nak buat entry pasal raya .. mood tuan tanah kedaungkan rare tak tentu hala masa tu hahahaha ... dah macam memikirkan masalah negara jer huhhuhu...




Raya pertama tahun ni tak sempat nak bergambar, tapi .. kemeriahannya terasa sangat² sebab dah duduk rumah sendiri kat kampung, keterujaan itu adalah biasa tapi tidaklah sampai terlalu beria² dan membazir ... kami pakai apa yang ada jer.. gambar ni raya kedua malam kalau tak silap dah nak gerak pergi rumah buyut .. ni kat rumah mak saya ... 




Banyak nak story mori pasal raya kali ni .. tahun ni memang tak beraya jauh.. tak balik johor, tak balik pahang .. dan tak balik perak .. hanya beraya di selangor jer... sebab bapak dengan mak mertua insyaallah akan menunaikan haji penerbangan yang ketiga 29 ogos ... moga semuanya dipermudahkan .... (^___^)v


Cukuplah teaser sikit dulu yer.. nanti sambung lagi .. ngeh²...






Khamis, 15 Mei 2014

Pindah Barang Di Rumah Sendiri



pfffttt puas memunggah dirumah lama kenalah pulak mengemas di rumah baru sendiri. Bukan kemas sendirian .. haru wei .. haru .. kalau kena kemas sendiri hihihihihi .... tapi kemas beramai² .. mujurlah ada adik beradik yang membantu dan jugak kawan² anak buah hubby.


Rumah yang sebelum ni pun rumah sendiri hubby beli, cuma kali ni kami pindah rumah sendiri yang buat di kampung .. nampak lebih luas dan yang penting dekat dengan family .. jadi lebih memudahkan kami menjaga orang tua .. berbanding kami duduk jauh agak risau dan rungsing memikirkan orang tua yang kesihatannya tak menentu... Perancangan allah adalah yang sebaik²nya kami tak pernah merancang untuk buat rumah seawal ini, paling cepat pun mungkin bila hubby nak pencen nanti .. tapi bila rezeki allah bagi lebih dan dipermudahkan niat alhamdulillah kami dapat buat lebih awal .. yupss mungkin rezeki kamu lebih disana saya kurang disana jadi allah bagi saya rezeki lebih disini alhamdulillahh.. alhamdulillah .. syukurrr sangat²... moga apa yang allah aturkan adalah yang terbaik buat kami sekeluaga.





Dalam kepala ni dah meligat nak deko rumah, idea macam² .. tapi fulusss lah pulak nak kena gigih ni beli sikit² .. biar nampak kemas dan cukuplah sikit² sahaja sesedap mata memandang ... sebab senang nak kemas .. sana sini blog deko saya sekodeng cari idea hahahaha .... cuma tak taulah nak ada tema ke idok ni .. ada orang kata tema vantage lah eksklusif .. ada kata buatlah tema bali .. nampak nusantara ... takda maknanya nak bertema ... memang ikut sukati hati ini jelah kang lalalalalala ...;p jani hubby kata ok.




Dalam bilik air pun dah pikir nak deko hahahaha .. padahal bilik air tetamu je pun ... sebenarnya tak puashati sangat dengan tile yang kita orang pilih ni, tapi nak buat camna dah tak larat nak serve .. jadinya amik warna ni je lah .. yang penting tak payah pening² nak sental kalau kotor nanti kikikikiki .. sebab warna coklat ala² maroon .. warna pilihan asal kami sebenarnya biru untuk bilik air ni .. sudahnya kolah pun kita orang letak tile coklat ni choii sangat tau ... tak nampak macam kolam kat kolah tu ... tapi palinggggggggggg bengang sebab toilet tetamu ni ada masalah sikit flash dia buat hal grrrrrrr ..... baru duduk dah buat hal, harap kontraktor tukar balik ... sebab iyelah untuk tetamukan... nanti kalau ada ramai tetamu nak membuang camne kalau flash rosak huhuhuhu .... >__<




Rasanya part yang akan amik masa mengemas ialah bahagian dapur, hubby dah bagi hint nak buat kabinet .. sebab bab kabinet ni memang part saya .. jadinya mungkin akan terbiar dulu buat masa ni .. sebab nak amik masa buat pilihan dan ikut bajet serta kesesuaian ikut keluasan ruang dapaur .. hahaha .. tak semengah sungguh dapur berselerak pun ko nak letak gambar eh masya .. tu sapalah yang letak gayung kat dapur gas tu ... sebenarnya dapur ada dua satu dapur basah dan dapur kering, ini dapur kering .. kalau ikutkan saya nak satu dapur jer ... tapi hubby yang cadang nak 2 dapur ni huhuhuhu .... ni sapa yang nak masak ni saya ke awak .. awak tolong siang² ikan, ayam, kambing (opss kambing lagi tersebut), sayur mayur eh kat dapur basah .. tq tq tq sambil buat muka manja kenyit mata... sapa suruh buat dapur besar² .. yang sebenarnya memudahkan jugak kalau ada sedara mara datang nak rewang kenduri nanti (opsss... tak tahulah bilanya tu).




Rumah lama tu nampaknya nak tak nak kenalah sewakan jugak, bila dapat tau je kami dah pindah .. jiran semua tanya hubby dah ada penyewa ke?? berapa nak sewakan ni?? rumah dah ada kabinet dapurkan, ada econ kan, pagar automatikkan .. yupsss semuanya pun lengkap .. cuma wardrobe kabinet bilik jer kami tak sempat buat .... tempat parking tu pun luas ... sungguh hati ni rasa macam sayu sangat² nak pindah, dulu hubby ajak pindah pun ko nangis² takmoo pindah .. ni nak balik kampung pun nangis lagi .. macam² lah masya ni tau ... sapa tak sayang rumah sendiri .. kat sinilah rasanya banyak berdikari berdua dengan hubby sampai adanya amir kan.. mestilah sedih.. jiran² pun semuanya hokey .. dekat dengan padang ... senang nak riadah .. kalau bab nak berjalan jangan cakaplah .. dah banyak kemudahan sangat .. dekat dengan skve.. nak kebanting, ke shah alam pun dekat .. putrajaya lagilah dekat dah ade skve ni, lepas ni rindulah nak ke aeon bukit rimau.

Insyaallah bulan depan masuklah penyewa baru, harap sangat dia orang jagalah rumah ni macam rumah sendiri .. jangan cakap nak beli buat rumah sendiri sudahhhhhhh mau masya nangis guling² berjujuran air mata berjujai... banjir sungai klang tu.



Bicara Hati : Tak tahulah ada housewarming ke tak, ada yang sudi datang ke kalau buat ... malulah nak menjemput² ni, ruma titewww biasa² je masih kosong ... tapi insyaallah jamuan dengan adik beradik mestilah ada hihihihi ... (^_____^)v sebab dah banyak membantukan mengemas rumahkan.


















Rabu, 23 April 2014

Sikit ² Lama ² Makin Banyak



Fuhh tak tahu nak mula daripada mana, 2 hari tak buat entry .. saya ada jer.. berjalan kerumah kawan².. ada jugak yang saya singgah tapi tak tinggalkan komen .... ada jugak yang saya datang jejak berkali² kikikiki .... Mod keletihan nak menaip entry sebab tu lah takda entry 2 hari ni .. autopublish pun tak buat... hilang idea sekejap kepenatan.


Sikit² lama² makin banyak, itulah kerjaan kami suami isteri hujung minggu baru ni ... kami sepakat mengemas apa yang patut ... mainan amir kat belakang kemahin banyak ... banyak jugak yang dibuang .. tapi masih penuh satu box besar jugak yang hubby dah basuh yang masih elok ... boleh bawak balik kampung bagi anak buah main ... 





Yang sempat snap ... banyak lagi kat bilik² kikiki ... ni baru 6 tahun duduk, kalau 16 tahun tak tahulah ... tak jadi pindah agaknya ... hubby kepenatan sampaikan ada isi barang pun kotak dah terbalik.





Rasa macam tak banyak pun barang² kat rumah ni, tapi u lah .. sekali bukak almari haihh.. penuh sekotak .. sekali bukak kabinet .. haihh penuh satu box .. ke satu box tanpa sedar 10 box pun tak cukup ... tu belum lagi yang selamat masuk plastik hitam ... sampaikan yang paling gelihati .. kalau macam ni mau sewa lori berapa tan ni kikikiki ...


Ni baru part mengemas nak pindah, belum lagi pindah nanti huhuhu .. lagi penatlah agaknya mau sebulan tak hilang² kepenatan tu. Dulu 6 tahun dulu pindah pun gigih mengemas.. walaupun barang tak banyak mana .. masa tu berdua jer ... jadinya takda sapalah yang mengacau ... ni harap² ada amir .. bialah membantu .. jangan mengacau ibu jer.




Alhamdulillah ... ini lah projek paling besar hubby (saya banyak hutang entry ni kat blog dengan hubby, hubby suruh kongsikan tapi saya tak pernah kongsikan langsung) huhuhuhu .... Doakan moga semuanya dipermudahkan .. bukan tak nak kongsikan .. tak tahu nak mula mengarang macam mana.



Tak sabar rasanya nak duduk rumah, nak deko² ... kengkunun lah .. dah berangan ni .. nak tanam pkok² bunga keliling rumah ... hahahaha .. kemahin besar impiankan... jangan balik kerja terus tutup pintu tidur sudah.

Korang jangan komen tanya bape kos buat?? kat mana ni?? tanah sendiri ker?? besarrrnyaaaa ... huhuhuhu .. nampak kemahin besarrrkan .. modal pun besar ... mau raya ni tak duduk rumah, kami beraya sakan jer .. amir nanti ibu buat kocek banyak² kumpul duit, takutt nak bukak pintu rumah sendiri orang datang kohkohkohkoh ... 

Eh² ni entry pasal apa sebenanya ni, hahaha ... bukan nak cerita pasal kotak barang ker?? memula sikit .. lelama kemahin banyak barang nak isi.




Bicara Hati : Perancangan Allah adalah yang terbaik.















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...