♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Susu Halibs. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Susu Halibs. Papar semua catatan

Jumaat, 21 Februari 2014

Percubaan Minum Susu Halibs



Kebetulan kat opis ni ada kawan opis dah jadi ahli, jadinya lebih mudah kalau ade dealer kat opis ni hihihihihi .. sebelum ni pernah bagi amir minum susu yang lagi satu tu yang ada bacaan al-quran alhamdulillah memang berkesan.. saya bagi awal pagi jer selalunya ... tak mampu kooo nak bagi pagi petang siang malam.. lagipun ada limit sehari 3 kali jer boleh minum susu tu ... 3 kali bukan 3 scop kikiki.. jangan salah paham pulak.. sekali bancuh tu yang 3 scop.. tp saya 2 scop pun dah berkesan alhamdulillah... tu pun kadang saya campurkan dengan susu yang biasa.. memang jimatlah sebulan sekotak jer 500gram.


Oklah berbalik pada susu halibs ni, dia lebih murah sikit harga pasaran sekitar rm 28.00 dengan kuantiti 500gram, kalau ikutkan ada bacaan al-quran jugak tapi saya tak pastilah kebenarannya sebab dia tak nyatakan tak boleh dilangkah pada kotaknya berbanding susu yang lagi satu yang saya bagi sebelum ni memang ada dinyatakan pada ruangan kotak.



Untuk kotak yang pertama kali saya cuba ni .. saya beli di Muslim Shop Klang.


Inilah kotak susu halibs tu, kandungannya sangat baik ada kurma (sesuailah dengan amir yang tak suka kurma tapi kismis dia suka) dan kelebihan DHA dan AHA. Warna susu ni seakan² kekuningan sikit.. amir saya belikan yang perisa vanilla dia ada jugak perisa coklat.. tapi amir dia tak minat kalau susu coklat.. sebab dia lagi suka makan coklat hahaha ...



Dah habis sekotak pun saya cuba, alhamdulilah kesan positif yang saya perasan amir dah kurang pelat cakap R, alhamdulillah sesangat... susu ni sesuai untuk kanak² usia lebih 1 tahun .. tapi kita yang dewasa pun boleh jugak minum kalau nak.. takda masalah lagi bagus... Kalau tak silap saya orang mengandung pun boleh minum.. lagi bijaklah anak lahir nanti sebab ada kelebihan DHA dan AHA kan.


Yups.. amir dia memang pelat cakap R, tapi tidaklah teruk sangat .. cuma saya risau jugak kalau melarat sampai besar tak betul cakap R.. saya google sana sini semuanya bagi tips yang sama cara nak hilangkan pelat R, seyes saya tak mampu dan tak sanggup nak buat kat anak saya macam tu.. saya tak mampu ... tak sampai hati.. jadi saya pilih alternatif ni.. harap sangat membantu.. alhamdulillah memang membantu walaupun tak banyak tapi sikit² ada perubahannya.




Bicara Hati : Usahalah tanpa jemu .. demi yang terbaik untuk anak².... >_____< , orang kata susu kambing pun bagus .. tapi saya tak pernah cuba lagi bagi kat amir.




Khamis, 20 Februari 2014

Kedai Muslim Shop Di Klang



Sebenarnya dah lama dapat tahu kedai ni, tapi baru² ni jer dapat pergi.. ini pun tak baru sangatlah .. bulan lepas rasanya hihihi.. sorry entry basi lagi .. macam biasalah blog ni kan kegemaran menulis sampingan ... jadi kenalah tunggu tuan tanah kedaung ni ada masa barulah sempaT mengarang sebab bukan penulis blog 24 jam kan.. hik.. hik.. hik.. dan bukan blogger famous pun.. takkanlah ada yang tertunggu² entry kan.. stakat biasa² jer ... tu pun dah rasa bersyukur sangat².. ada jugak yang sudi baca blog picisan ni... ada jugak iklan nak masyuk.




Oklah kedai ni lokasinya betul² bersebelah pos laju kat depan stesen keretapi klang tu ... opsss.. komuter ke?? keretapi eh??? tapi ada stau stesen keretapi je kan kat klang ni.. hah!! kat situ lah dia... kedai ni tepi jalan jer.. tapi memang susahlah nak cari parking.. kita orang pun kira rezeki jugak dapat parking dekat dengan kedai ni.

Entry ni tak berbayar yer.. saya cuma kongsikan keterujaan saya dan kawan² dapat pergi kedai ni.. maklumlah nak pergi muslim shop yang kat shah alam tu tak terpergi².. tapi ada kedai yang dekat dengan opis ni.. bolehlah kami pergi... yang penting banyak barang² muslim, dan ada jugak keperluan harian di jual kat sini ....




Makanan kesihatan banyak pilihan kat sini kebanyakkannya macam kismis doa, makanan² yang ada unsur doa .. makanan kesihatan dan ada jugak ikan pekasam.. hahahaha .. yang ni memang kita orang pun tak sangka. Kati sini pun ada jual pati delima gulsan tau.. kekacang yang ada kat mekah tu takda kat sini.. tapi kalau kurma ada.. korang nak beli kurma ada banyak pilihan kat sini ...




Tapi kami paling teruja bila jumpe pelbagai jenis susu ilham (yang ada bacaan doa), halib's dan suffy goat ada dijual kat sini.. wah... wahh.. wahh.. keterujaan berganda dibuatnya ... maklumlah amir memang minum susu ilham.. walaupun sebulan sekotak jer pun saya belikan untuk dia... tu pun saya campurkan dengan susu biasa bagi dia minum.




Hahahaha .. inilah ikan pekasam yang mengoda.. saya tak beli.. kawan saya beli .. susah nak jumpa sekarang ni kan.. jadi dia mengandung .. memang teringin sangat nak makan.. kira macam rezeki dialah ni...




Dan buat saya tambah teruja ada jual minyak batooka  gold ni ... fungsi minyak ni korang boleh google yer.. dia sesuai untuk bayi dan kita² yang dewasa ni sakit selsema atau batuk.




Sebelum balik sempatlah jugak possing kat depan kedai, tapi toksah lah tengok muka kamii yang glamour tu... moh layan signboard dia.. ada jugak nombr telfon kot²lah korang berminat nak tanya barang apa lagi yang ada jualkan.



Bicara Hati : Saya beli susu halib's kat sini, alhamdulillah dah sebulan amir minum.. nanti saya kongsikan kelebihannya.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...