♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Tanah Liat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tanah Liat. Papar semua catatan

Jumaat, 31 Mei 2013

Kreativiti amir menggunakan tanah liat




Jom layankan gambar² amir ni... bukan main tekun lagi dia buat, hasilnya .. memanglah super duber.. nak tergelak ibu dibuatnya .... 

Dah belikan, kenelah melayankan kerenah dia pulak, main sama².... saya tak perlu risau sangat sebab amir dah 5 tahun jadi dia memang dah boleh main tanah liat... cuma kene pesan jerlah.. lepas main simpan, kemas dan jangan lupa basuh tanggan.

Buat rama², buat ulat (ulat tu yang pertama dia buat) siap nyanyi² lagu ulat lagi ... gambar bawah rama² tu .. amir kata stoberi, hihihi.. ada rupa stoberi ker?? macam takda jer... yang bawah sekali sebelah kanan tu.. buat berger.. ayah.. kami nak makan berger bakar .... bila mahu tunaikan ni.... ;p

Doh tanah liat ni saya beli kat cosway.


Bicara Hati : tengahari ni rehat panjang, mahu kemana kita??? ...




Doh Tanah Liat - Mainan amir untuk cuti sekolah



Fuhhhhhh .... dah jumaat yer hari ini, esok?? esok bersiap sedia untuk kerahan tenaga, yang banyak diperlukan ... sebab apa.. minggu depan cerita yer... (^____^)v

Cuti sekolah dah 5 hari ni, jadual amir mmg 360 darjah ikut sukati dia jer.. saboo jerlah ... sebab dulu amir tak paham sangat istilah cuti sekolah, ditambah pulak hubby cuti sekolah pun dia tak paham sangat .. tapi dah besar ni payahlah sikit .. dia dah paham ... kalau hantar taska pulak tak ramai kawan sebab cuti sekolahkan... walaupun taska ada jer sediakan aktiviti yang bagus.. sudahnya isnin kat kampung, selasa pergi taska, rabu kat kampung, khamis pergi taska.. hari ni?? hari ni amir kat kampung dah...... ibu ? masih bekerja.. sebab kampung kami tak jauh mana pun... lain daerah jer.. masih kat selangor jugak.

Okkk.. sebelum cuti sekolah lagi, dah planning nak belikan amir tanah liat ni, ditambah pulak ... amir pernah bagi tahu dia pernah main kat sekolah .. saya apa lagi .. perkembangan yang positif lah ni... dah boleh belikan, saya ni buka apa.. kalau beli kat luar mainan ni saya pikirlah 100 kali tau.. sesuai tak dengan perkembangan amir ni.


 
Ini lah 5 doh satu set saya beli dekat cosway jer.. kalau tak silap ada offer .. RM 10.90 
SATU SET ADA 4 PERCUMA 1 JADI SEMUANYA ADA 5 WARNA.







Masa nak bagi kat amir ni kan.. kunun².. saya katalah amir dah habis examkan, ibu ada suprise untuk amir .... dah budak tu mengelupur nak tahu pulak .. tak menyempat sampai kat rumah .. tapi saya saiko sikit .. amir okk jer.. sanggup tunggu sampai kat rumah.. good boy.. memang teruja habislah tengok muka dia tu .. sebab amir pernah mintak saya belikan.. saya tak tahu nak beli jenama yang mana kat kedai kat luar tu.... yang cosway ni lembut dan wangi.. macam nak makan jer dibuatnya.


Berbaloi² jugak amir ada tanah liat.. dah kehulu .. kehilir, balik kampung pun dibawaknya.. nasib baiklah dia tak cakap nak bawak pergi taska... memang takkkk bagilah kan.. kat taska tu lagi banyak mainannya, lagi banyak idea kreatifnya.


Bicara Hati : Nanti kita kongsikan sikit eh.. hasil kreeativiti amir... Selamat Hari Kanak² Sedunia.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...