♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label Tutorial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tutorial. Papar semua catatan

Khamis, 5 Julai 2012

Lembaran baru

  

Pagi ni pergi kerja dari kampung, jalan pun tak sesibuk mane.. macam biaser jer... jem pun takde hihihihihi... sampai awal, siap beli sarapan lagi hihihihihi

Bile sampai opis jer bukak komputer, bancuh cocoa collagen, minum sikit terus bukak blog.. hahahahaha... tak menahan terus bukak blogkan.... ;p sambil selak² kertas² dimeja untuk menyiapkan laporan... Macam biaser setiap hari saya akan bukak blog ni.

Tapi hari ni saya sangatlah² terkejut dan terkesima kerana tak sangka entry saya semalam malam nisfu syaaban menjadi kunjungan tertinggi dan diluar jangkaan daripada kebiasaan..... maklumlah blog saya ni suam² kuku jer.. pada blog otai² mungkin ini takde ape² tapi pada saya ini satu kejutan sepanjang saya berblog kerana dikunjungi ramai orang untuk membaca entry tersebut.

 Bile saya buka Stats pagi tadi...... ce tengok yang lain... nak cecah 50 pun payahkan...



 
Antara 'keyword' yang banyak digunakan dalam carian ke blog saya....


UV pertama yang mencatatkan sejarah tertinggi sepanjang berblog ni.... 
satu penghargaan buat diri sendiri.... sebab tak pernah tinggi macam ni...
BE pun takde kat blog ni.... tapi kempen² banyaklah juga saya dapat.. 
tq pada kawan² yang sudi singgah sini baca kisah hati saya...

Bicara Hati : Saya menulis blog ni bukan sebab duit dari nuff, tapi saya berkongsi ape sahaja mengenai kisah hati saya.... Terima kasih pada yang sudi baca bebelan saya.. sayang korang semua.... (^___^)v dan blog ni lah tempat terapi mata saya menghilangkan rasa kebosanan.


Khamis, 28 Jun 2012

Cara untuk buat tanda kuasa / angka berganda di atas

  

Cepatnya masa berlalu dah tengahari rupenya.. kalau dah tengahari dalam opis ni memang rajin ade yang matikan lampu kat unit saya ni.. bukan satu lampu tapi semua lampu dibahagia ini.. jimat² jadi.. saya BW dan menaip drat entry dalam bergelap jerlah huhuhuhuhu... ( org kata tak elok untuk kesihatan mata jangan tiru saya)

Lunch pun jarang keluar makan.. selalunya makan sarapan sekali lah untuk tengahari.. ate kalau dah makan pukul 10.30 @ 11.00 elok sekali lunch lah kan... 

Kawan bertanya kite menjawab.. yang mane saya termampu jerlah yer... yang sebenarnya lebih pada nak berkongsi ilmu (tibe² muka jadi malu²) sebab saya pun tak pandai sangat, pada yang dah tahu takpe... buat² amik tahu jer... pada yang tak tahu... jom belajar.

Hadoii panjang kemain kelaut bagai mukadimahnya haihh.. ok... sebelum tu saya mintak maaf dulu.. memang sebelum ni ada yang bertanya dan ade yang komen nak tahu juga macam saya boleh buat kuasa² dua tu jadi kecik.. tapi saya tak berkesempatan nak buat entry.. yang benarnya lebih pada tak tahu cara nak mengajar sebab tu lah tak jadi cikgu hihihihihi.... ok meh saya ajar yer... percuma jer.. takde pengeras² nya... ;p

1. Cara nak buat ( ² ) - Tekan Alt jangan lepaskan dan taip nombor 0178 secara laju dan lepaskan Alt.

2. Cara nak buat ( ½ ) - Tekan Alt jangan lepaskan dan taip nombor 0189 secara laju dan lepaskan Alt.
 
3. Cara nak buat ( ³ ) -  Tekan Alt jangan lepaskan dan taip nombor 0179 secara laju dan lepaskan Alt.
 
4. Cara nak buat ( ¼ ) - Tekan Alt jangan lepaskan dan taip nombor 0188 secara laju dan lepaskan Alt.
 
ok jadi tak x ??? jadikan.. yeahhhh berjaya... cuba tinggalkan komen kat sini kalau berjaya dan sebagai bukti korang mencuba..... hihihihi.. tak tinggalkan komen pun takpe.. takde hadiah....
 
 Terima kasih bertanda... ok saya dah tunaikan.. takmooo lupe² lagi tau hihihihi.... (^___^)v


Bicara Hati : Kalau rajin macam² lagi nombor / angka / simbol boleh jumpe.... nanti korang share lah dengan saya pulak hihihihi... nombor 3/4 pun boleh buat tapi saya lupelah kodnya .... saya pun tak khatam lagi.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...