♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label impian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label impian. Papar semua catatan

Khamis, 6 Jun 2013

Istimewanya pada tarikh 06062006



Dua tahun sebelum tahun 2006 pada tarikh yang sama adalah tarikh kami bertunang, dua tahun menempuh alam pertunangan, mungkin masa yang lama pada orang lain .. tapi pada diriku .. dua tahun adalah masa yang singkat ditambah lagi hubungan kami diperkenalkan oleh orang tua. Terlalu peribadi untuk di kongsikan tetapi kuasa Allah jangan sesekali menidakkan .. alhamdulillah .. berkat doa orang sekeliling sekarang 7 tahun kami bersama dan kenal 9 tahun (termasuk tempoh bertunang).


Di besarkan dalam gaya hidup yang berbeza, punya citarasa yang berbeza, punya minat yang berbeza, warna kesukaan ... memang tidak banyak persamaan kami ... tapi ... hobi kami suka menonton tv dan tak berminat berpeleseran itu sama.. buat kami serasi... hubby banyak membesar dan duduk di asrama sebab tu walaupun kami sekampung, rumah selang beberapa langkah, adik hubby kawan baik aku .. sumpahh... aku tak kenal hubby hahahaha .... percaya tak?? percaya tak??? ok... tak nak percaya sudah .. tapi itulah namanya jodoh ... 

Banyak yang kami dah tempuhi .. tapi banyak lagi yang kami perlu tempuhi ... hanya satu yang ku pinta agar diri ini dihargai, agar hubungan ini diberkati hingga hujung nafas yang terakhir dan agar bertemu disyurga nanti amin... berkat doa anak² yang soleh hendaknya.


 Impian hubby tahun ini .. moga dipermudahkan segalanya amin.


Banyak yang inginku coretkan dihari ulangtahun perkahwinan kali ini, tapi jariku kedu ... hanya terbuku dihati... mohon agar ada kekuatan diri .. mohon agar ada entry sambungan lagi ... hahahaha.. dah macam drama bersiri pulak kan... nak bersambungan bagai... tengoklah kalau ada mood... kita upload memori gambar 7 tahun lalu eh...

Bersyukur dalam tempoh 7 tahun ini dikurniakan seorang putera yang sangat bijak , pandai , baik hati dan mohon agar di besarkan dalam penuh kesempurnaan .. penuh kasih sayang ... penuh didikan. insyaallah... kerana dia adalah amanah dan harta dunia akhirat kami.



Bicara Hati : Tak mengharapkan hadiah yang besar² .. tapi mengingati tarikh ini bersama² sudah buat diri terharu dan dihargai.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...