♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥
Khamis, 6 Jun 2013
Home »
♥ Kasih Abadi ♥
,
AMiR
,
Anniversary
,
Dunia Masya
,
family
,
impian
»
Istimewanya pada tarikh 06062006
Dua tahun sebelum tahun 2006 pada tarikh yang sama adalah tarikh kami bertunang, dua tahun menempuh alam pertunangan, mungkin masa yang lama pada orang lain .. tapi pada diriku .. dua tahun adalah masa yang singkat ditambah lagi hubungan kami diperkenalkan oleh orang tua. Terlalu peribadi untuk di kongsikan tetapi kuasa Allah jangan sesekali menidakkan .. alhamdulillah .. berkat doa orang sekeliling sekarang 7 tahun kami bersama dan kenal 9 tahun (termasuk tempoh bertunang).
Di besarkan dalam gaya hidup yang berbeza, punya citarasa yang berbeza, punya minat yang berbeza, warna kesukaan ... memang tidak banyak persamaan kami ... tapi ... hobi kami suka menonton tv dan tak berminat berpeleseran itu sama.. buat kami serasi... hubby banyak membesar dan duduk di asrama sebab tu walaupun kami sekampung, rumah selang beberapa langkah, adik hubby kawan baik aku .. sumpahh... aku tak kenal hubby hahahaha .... percaya tak?? percaya tak??? ok... tak nak percaya sudah .. tapi itulah namanya jodoh ...
Banyak yang kami dah tempuhi .. tapi banyak lagi yang kami perlu tempuhi ... hanya satu yang ku pinta agar diri ini dihargai, agar hubungan ini diberkati hingga hujung nafas yang terakhir dan agar bertemu disyurga nanti amin... berkat doa anak² yang soleh hendaknya.
Impian hubby tahun ini .. moga dipermudahkan segalanya amin.
Banyak yang inginku coretkan dihari ulangtahun perkahwinan kali ini, tapi jariku kedu ... hanya terbuku dihati... mohon agar ada kekuatan diri .. mohon agar ada entry sambungan lagi ... hahahaha.. dah macam drama bersiri pulak kan... nak bersambungan bagai... tengoklah kalau ada mood... kita upload memori gambar 7 tahun lalu eh...
Bersyukur dalam tempoh 7 tahun ini dikurniakan seorang putera yang sangat bijak , pandai , baik hati dan mohon agar di besarkan dalam penuh kesempurnaan .. penuh kasih sayang ... penuh didikan. insyaallah... kerana dia adalah amanah dan harta dunia akhirat kami.
Bicara Hati : Tak mengharapkan hadiah yang besar² .. tapi mengingati tarikh ini bersama² sudah buat diri terharu dan dihargai.
Istimewanya pada tarikh 06062006
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
14 ulasan:
slmt ulangtahun perkahwinan masya..alhamdulillah tahniah. Ntah nape sy yg baca plak jd tacing huhuhuhu
Alhamdulillah happy annivsary..tarikh yg cntik..tk sgka ye hubby sekampung dengan yana.sy esok n kita berkongsi tahun yg sama
ammen atas setiap doanya..:)
Selamat ulangtahun perkahwinan dari kakak. Moga ikatan terus kukuh penuh dgn kebahagiaan dan keberkatan..
tahniah...semoga impian menjadi kenyataan...
salam isra ' mi'raj
6/6 istimewa jugak. kami pilih tarikh ni utk kenduri kahwin sebelah perempuan 15thn yg lalu :-)
sedap bahasanyer sejuk hati membacanyer.. cerita cinta umpama kisah novel..
happy anniversary yana n suami. betul org kata... kalau dah jodoh kan. kita tak dpt sangkal ketentuan Allah...
apapun k.izan doakan semoga yana n suami kekal bahagia hingga ke syurga.
Tahniah dan selamat ulangtahun perkahwinan. Itulah namanya jodoh...semoga kekal sehingga keakhirnya.
sorry yana..br sempat bw sini..apepun, happy anniversary..semoga bahagia selalu.. sungguh rasa best baca ayat2 dlm entri yana yg ni..indah je bahasanya..
selamat ulang tahun..wahh pilih tarikh cantik ye.. 060606.. terbaikk... =)
nory dulu bertunang 5 bulan lebih je, tak puas rasa alam bertunang...hehe
selamat..... mg tercapai semua impian..amin
tahniahh smg bkekalan hingga ke syurga ya :)
selamat ulangtahun .
saya doakan semoga hubungan akak dan suami berkekalan hingga hujung nyawa.aamiin
Catat Ulasan