♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label islam indah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label islam indah. Papar semua catatan

Isnin, 9 Februari 2015

Pembakar Semagat : Tiada Istilah Monday Blues .....


Permulaan yang baru untuk hari isnin ... yups.. februari dah masuk minggu kedua .. jadi tak payahlah nak gosok² mata tu sangat .. macam tak percaya .. masa sekarang memang sangat² cepat berlalunya .... ibarat harga emas yang jauh meningkat naik ... tak pernahnya turun eh² tetiba pulak cite emas kuikuikuikui ...




Selamat pagi semua.. kata² ini sangatlah mendalam maksudnya kan .... aku memang suka kata² semangat ... kalau kat wall fb tu memang suka post kata² semangat dah jarang update status ... tu pun memang dah tak berapa nak aktif .. tapi tetap bukak fb tu.. sayang nak tutup.. kena jugak ikut perkembangan rakan² kan .... jujurnya kata² ini tak ku tujukan pada sesapa pun.. tapi percayalah ... bila seseorang tu tinggi kedudukkannya tapi masih punya adab merendah diri .. pastinya disukai ramai .... apatah lagi jika kedudukan itu di perolehi daripada usahanya sendiri dari bawah.






Dan bila kita ikhlas dalam sesuatu yang kita usahakan pasti akan berjaya, percaya, usaha, redha dan tawakal ... pastinya kejayaan itu akan jadi sangggggaaatttt indah (^______^)v insyaallah aminnnn .... Allah janji bila kita usaha ... dia akan beri bila waktunya sesuai ... jadi janganlah putus asa ... sebab Allah beri bila tiba waktunya bukan bila kita memang memerlukannya ... kerana sebaik² pemberian adalah semuanya dengan izinnya. 





Bicara Hati : Tahniah zero menang MLM eh² tetibakan .... suka sangat tarian singa tu.. sakit perut gelak ....













Jumaat, 19 September 2014

Madah Semangat Buat Diri Dan Kekuatan Hati














Indahnya kata2 semangat ini buat diri ..... Moga kita sentiasa bersyukur ....... 

Rabu, 4 Jun 2014

Ganjaran





********************************************************************************************


Tapi janganlah masak sahaja kan, kalau boleh temanlah sekali suami dan anak² makan semeja, jangan pulak kita ni sibukkkk duk sambung buat kerja lain .. sebab masa kat meja makan ni selalunya kita boleh manfaatkan untuk berkongsi cerita, bukanlah nak menggalakkan makan sambil berbual atau bercakap .. tapi rasa lebih nikmat dan muafakat kalau dapat makan bersama²kan.


Lagi satu .. waktu memask tu rajin²kanlah sambil berzikir, jangan pulak membebel .. dah macam tak ikhlas jadinya bila nak memasak .. sebab keberkatan dalam masakkan kita akan rasai bersama.


Renung²kanlah .... Hargailah masa bila bersama² .. amiklah peluang dan ruang yang ada lakukan dan kongsikan bersama².




Bicara Hati : Mudahnya mengumpul ganjaran, yang penting ikhlas....



















Jumaat, 11 April 2014

Bahaya Mengumpat - Tafakur Di Pagi Jumaat



Merenung di pagi jumaat, indahnya .. sayunya .. sunyinya.. kemeriahannya semuanya bergabung .. penghulu segala hari katanya. Bagi anak² yang bersekolah inilah hari yang dinantikan ... kerana esok akan bercuti.

Bahaya mengumpat dan marilah kita bertafakur .. merenung diri .. muhasabah diri .. janganlah sesekali amalan yang kita lakukan hilang pahala hanya kerana tanpa sedar sikap kita yang suka mengumpat .. kerana mulut badan binasa.

Sejak akhir² ni amir selalu bercerita tentang hari akhirat (selit cerita amir sikit yer) baru belajar bab baru agaknya, andaian aku amir sekarang mula belajar erti² dan maksud rukun² iman .. kerana bila bab akhirat dia macam takutt sangat².. lagi² asyik bertanya... nanti amir boleh jumpa ibu tak?? boleh jumpa ayah tak?? macam mana dah mati nak berkumpul ... kenapa mesti mati??? kenapa mesti duduk dalam tanah .. banyak lagi persoalannya yang akan timbul .. perlahan² kami perjelaskan... hikmahnya.. amir sekarang mula ikut atuk solat walaupun kami takda (kami kerja) bila dengar azan cepat² nak ambil air sembahyang ... dan akan ikut atuk solat.. walaupun bacaannya masih banyak yang belum hafal .. muhasabah ayah dan ibu melihatnya.

Salam Jumaat Semua ... Mari tingkat Ibadah .. Elakkan Mengumpat.









Jumaat, 10 Januari 2014

Jatuh Kalah Dan Gagal




Satu saatnya nanti .. satu harinya nanti kita jua akan kembali .. jadi hargailah mereka² disekeliling kita yang masih menyayangi kita .. hargailah mereka ... moga suatu hari nanti kita tidak menyesal bila dia telah tiada.....

Jatuh bangunnya sesorang itu atas kekuatan dirinya .. atas kekuatannya pada yang esa .. susah senangnya mengadulah pada yang esa ... mengalirkan lah air matamu dihadapannya .. kerana kekuatan itu akan datang dengan semangat darinya .. atas keredhaan diri ... 

Jika kita meratapi kegagalan hari ini .. pastinya ada hikmah yang akan menanti suatu hari nanti .. hikmah yang hanya yang esa sahaja yang maha mengetahui .. yaki dan percayalah kuasa yang esa tiada tandingannya .. jangan sesekali kita ingkari.

Kata² semangat di hari jumaat ini buat diri ... buat hati .. moga tidak mudah melupakan diri atas apa jua yang di kecapi .. atau apa jua yang belum dikecapi .. kerana yakin .. kegagalan itu lebih manis .... setelah kita memperolehi kejayaan nanti ...

Amin ...

Bicara Hati : Sebak tengok ustaz ridhuan tee abdullah buat persembahan malam td.




Isnin, 30 Disember 2013

Amalan Yang Disukai



Sedikit kata² motivasi dihari isnin, hari ni tuan tanah masuk lambat ke pejabat sebab hantar anak tuan tanah orentasi di tadika ... yeahhhhhh dah besar anak ibu dah 6 tahun yer ... alhamdulillah ... nanti kita story mori panjang lagi yer dekat blog .. pengalaman kali pertama amir di tadika baru (^____^)v 

Ibu pun oberrr semangat ni tau hihihihihi ...







Jumaat, 21 Jun 2013

Doa Pada Allah , Mengadu Pada Yang Maha Kuasa









Bicara Hati : Manusia mungkin boleh mendengar, boleh melihat .... tapi bolehkah dipercayai.... Berdoalah mohon pada yang maha esa, kerana dia maha mendengar, maha melihat dan mengetahui apa yang terbaik buat diri kita dan maha mengetahui yang akan berlaku dimasa hadapan pada diri kita, menangislah dihadapannya... sesungguhnya jika kita ikhlas.. allah pasti makbulkan ... bila masanya akan tiba.. redhalah pada ketentuannya.



Jangan cari redha manusia hingga Allah murka, carilah keredhaan Allah .. walaupun manusia murka 
(^___^)v
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...