♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label klinik mesra. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label klinik mesra. Papar semua catatan

Khamis, 27 Jun 2013

Nasihat Doktor mengenai sakit amir



Kat opis rasa macam dah tak betul jer hari selasa tu bila hubby bagi tahu amir sakit lagi kat kemaluan dia, kalau boleh jam² tu jugak nak balik rumah .. haihh.. sabar kan hati jugak sampai ke petang, tapi dah masa balik terus cepat² tak toleh kanan kiri dah ...

Dalam pukul 6.00 petang dah sampai klinik area jenjarom betul² lepas petronas klinik ni ... ya allah orang tak ramai tapi nak menunggu mengalahkan beli pisang goreng atau beli burger ... nasib baiklah amir tak meragam ... dalam kereta dah pujuk siap².... jangan nangis doktor nak pegang nak cek jer.. nak tengokk.... bukan dalam kereta dari rumah lagi dah pujuk .. sebab amir dah takut sikit bila suruh pergi jumpe doktor... bukan amir jer takut ibu pun takut jugak sebenarnya.



Klinik Mesra, jenjarom tapi tidaklah semesra mana .. bolehlah ...



Bila masuk bilik doktor jer, doktor bagi salam.. eh² islam rupanya.. muka macam cina ... terus bagi tahu sakit amir, doktor cek ... siap seluk guna kapas telingga yang halus baby punya tu... amir dah menjeritlah masa tu... tapi doktor cakap tak ada apa², mungkin ada jangkitan kuman... atau hama .. nanti suruh buat kat rumah lagi ... selain itu doktor bagi tahu ni kes biasa budak lelaki baya amir, owhh baru tahu .. saya selalu risaukan angin pasang jer... rupanya jangkitan hama pun mudah .. nampaknya kenelah lebih prihatin lagi ... doktor bagi ubat sapu, antibiotik, tahan sakit semuanya 4 jenis ubat kot .. rm 70.00 owhhh.. mujurlah hubby baru gajikan. (^____^)v 

Harap sangat semuanya okk selepas ni ... kalau tak okk jugak ibu akan bawak pergi jumpa pakar, hari ini ibu pulak cuti .. selepas 3 hari dengan ayah dan kebetulan ayah cuti, walaupun tadika dah bukak hari ni tapi ibu risaukan keselamatan amir kalau main dengan kawan² kat tadika, jadinya .. ibu rasa lebih selamat kalau amir dengan ibu.

Lepas balik klinik nak pujuk amir kita orang bawak dia makan kat giant banting tu, cian amir jalan kengkang²... dia kata sakit doktor tu buat ... tapi bila tanya kencing sakit tak?? dia kata tak pulak ... mana saya tak pening nak konklusikan sakit dia... 




Bicara Hati : Diuji, di duga moga segala berjaya diharungi ...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...