♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label mertua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mertua. Papar semua catatan

Jumaat, 5 September 2014

Pengalaman Hantar Mertua Ke Tabung Haji Kelana Jaya



Assalamualaikum .... tak semua orang berpeluang dan merasai nikmat dan rasa kesayuan ini ... mujurlah kelana jaya bukanlah jauh sangat lokasinya daripada rumah kami (tapi tu pun ketaq lutut bawak kereta)... hahaha .. memang takkkklahhh nak drive kan, shah alam pun sesat barat lagi hik hik hik hik ... >___< ni kan nak ke kelana jaya.

Ok kalau sebelum ni dah cerita kenduri kesyukuran untuk mertua sebelum pergi haji , kali ni nak kongsikan pertama kalinya ke kelana jaya pulak hantar mertua pergi haji. Sebelum ni atuk atau embah pergi ataupun saudara mara yang pergi .. saya memang tak pernah hantar ... salunya kat rumah jer.. orang lain yang pergi .. tapi kali ni fil dengan mil pergi saya pun hantar sekali.


Pengalaman pertama kalinya hantar pergi haji ke kelana jaya.... saya rasa korang pun patut pergi walaupun takda nak menghantar orang tau .. saja cari pengalaman .. tengok orang lalu lalang .. tengok prosedur penghantaran, tengok prosedur macam mana ... nanti ada peluang memang nak pergi dah tau dah ... tidaklah macam kami ni... terkulat² dibuatnya...


 Hubby kan kursus, patutnya terus pergi jumpa kat kelana jaya, tapi hubby balik petang tu kat rumah mak suprise sangat .. hahahaha ... dia kata kelas malam skip pun takpa .. nanti belajar dengan kawan sebab bab tu tak penting .. betul jugak ... hantar mak dengan bapak lagi penting, peluang datang seumur hidup sekali dan bila hantar daripada rumah nak pergi haji ni sayu dia lain macam.. perasaan dia semacam ....




Malam tu memasing adik beradik dah berkumpul daripada petang, sempatlah maghrib jemaah bersama .. sempatlah jugak baca yassin adik beradik ... kemudian ada sedara mara jugak yang datang nak hantar ke kelana jaya, mak dengan abah saya pun hantar jugak .. naik dengan kami .. tapi last minit hubby kena bawak kereta jugak .. cian hubby sebab ada sedara mara lain nak hantar ke kelana jaya tapi takda kereta .. takpalah ... saya, abah, mak dengan amir naik dengan pak cik saya (sebab saya ketaq nak drive).



Ni beg mil dan fil, yang kuning ni memang tabung haji bagi .. yang besar tu beli sendiri ... kain sarung malaysia tu jer tabung haji bagi ... semua pun akak ipar yang siapkan balut² ... saya tak sempat tolong, tau² dah siap nak bermanga huhuhuhu ... sebab yang beg besar tu nanti nak letak kat kargo ... mil dan fil akan turun di madinah dulu buat umrah dala 7@8 hari baru lah ke mekah.





Sebelum gerak sempatlah kami anak beranak bergambar .... kalau tak silap dah 9.30 malam .. kami gerak dalam pukul 10.00 malam .. sebab takut berhimpit ramaikan, maklumlah jemaah yang turun kat kelana jaya pun ramai ... tu pun kami sampai 10.45 dah ramai.. parking sesak ... yang pendaftaran 9 malam baru nak gerak daripada dalam bas ... elokk jer bas bersusun. mil dan fil kalau ikutkan pendaftaran pukul 1 ... korang boleh bayangkan betapa lamanya kami menunggu .. tapi percaya tak.. tak rasa lama pun sebab kami borak² .. tengok suasana keliling macam² kerenah orang ... masuk² jer disambut dengan jualan buih belon dan macam² jualan lagilah ... meriah sangat. Dalam pukul 12.00 lebih dia orang umumkan ... ada kena serahkan borang pengesahan lepas tu amik beg dan taq untuk letak kat beg ... panjang sangat beratur, adik² ipar yang beratur amikkan untuk mil dan fil.




Kami gerak dalam suasana yang cukup sayu .. lagi² masa abang ipar laungkan azan ... ya allah sayup² jer tau sebaknya .... masa kat rumah mil tu, mil dan fil naik van dengan abang ipar ... hubby bawak kereta, saya dengan abah satu kereta, adik² ipar satu kereta , ipar duai ada 2 kereta .... kiranya 6 kenderaan jugaklah gerak malam tu ... sampai sana memasing berpecah cari parking ... sebab terhad sangat² .. dan memang sesak .. kami pun dapat tempat parking yang bayar rm5 hinggit... mujur sekali bayar, kalau sejak harga tu .. naya jer ....




Ni masa dah di umumkan jemaah boleh mula beratur untuk masuk kedewan .. memasing dah berjujai air mata ... bersalam peluk cium, tapi macam biasalah masya dia cool kunun² cover comell takmoo nangis depan mil .. amik candid sana sini .. ermmmmm cayalah sambil amik gambar sambil kesat air mata .. touching sangat .. camnalah lagi 4 tahun nak hantar mak pulak dengan abah nanti ... masa taip ni pun , air mata dah bergenang .... 



Lebih kurang pukul 1 lepas diumumkan masuk kedewan, kami  hantar mil dengan fil masuk kedewan, saya, mak dengan abah balik ... dulu sebab amir dah mengantuk sangat .... esok nak sekolah ... masuk² kereta terus tidur .. hubby tunggu sampai mil dengan fil masuk dewan dengan adik beradik yang lain .... alhamdulillah dipermudahkan semua urusannya ... laluan nak kedewan pun tak susah .. tapi memang sesaklah sebab bukan jemaah jer yang beratur .. anak² yang nak menghantar pun beratur sama ... tu yang jadi sesak .... laungan di corong² pelusuk dewan dah macam kat mekah .. memang terasa sangat panggilan hajinya .. cuma sebab penerbangan ni yang terakhir (penerbangan ketiga) untuk malam tu jadi macam tak berapa nak teratur sangat .. memasing dah kepenatan agaknya urusetia .... sebab akak ipar kata macam berterabur sikit bila jemaah nak masuk dewan dengan nak tarik beg ... kesian kalau tengok orang² tua nak menarik beg .. sebab masa ni anak² tak boleh dah nak ikut.

Apapun semuanya berlaku secara perlahan dan teratur .. hubby kata sampai rumah pukul 2 lebih, kiranya tak jauh bezalah dengan kami sampai pun ... alhamdulillah dipermudahkan semuanya .. moga mil dan fil mendapat haji yang mabrur. 31 Ogos baru ni fil ada call alhamdulillah semuanya sihat kat sana ... kalau ikutkan hari ni dah seminggu lah mereka kat madinah .. insyaallah lepas ni ke mekah pulak.




Bicara Hati : Moga satu hari nanti .. kami juga akan berpeluang kesana ...






Khamis, 28 Ogos 2014

Pasrah



Sejuk pagi hari ni.. bila hujan di pagi hari seperti merahmati apa yang akan berlaku malam nanti .. insyaallah malam ni penerbangan mak dengan bapak mertua ke tanah suci , moga segalanya dipermudahkan ... doakan yang terbaik buat keluarga mertua saya moga diberikan kesihatan yang baik disana sepanjang 45 hari kalau tak silap saya .. sebab penerbangan pulang dijangka 13 oktober.

Dia buat perangai pagi ni??? grrrr .. tab tak boleh nak transfer gambar ke blog .. dah sudah.. entry berderet² lagi nak kongsikan ni .. pasrah je lah bila jadi macam ni .. pasrah bila entry kena tunda .. pasrah bila tengah mood membuak² nak kongsi entry .. ada kelapangan tab buat hal grrrr ..... pasrah ada entry pestime beraya rumah blogger akan keluar dah habis raya hahahaha .... dan paling teruja nak kongsikan entry amir dah pandai kayuhhhh basikal tanpa roda kecik pada usia 6 tahun 2 bulan ... (poyo je kan .. anak orang lain dah pandai kayuh usia 5 tahun kot .. tak kecoh pun)  #pasrah2 kat ig pun tak boleh upload gambar grrrrrrr sangat tau dibuatnya.... bila dia buat perangai tab ni ....

Dalam pada kami diuji tak sihat ... dalam tengah susun jadual untuk menghantar keluarga mertua malam ni .. hubby kena pergi kursus ... bermula semalam .. adehhhh #pasrah lagi .... aku dah nekad takpalah tak hantar ke kelana jaya .. jaga rumah .. semua pakat pergi takpalah aku kemas rumah ... kunun² pasrah ler tu .. tapi hubby suruh jugak pergi .. mintak tolong pak cik hantarkan ... sebab nanti nak letak beg mertua tak muat kat kereta adik ipar ... tu yang mohon moga dipermudahkan semuanya malam ni ... hubby akan datang terus daripada tempat kursus sebab esok pun hubby masih ada kursus lagi ... dan mujur jugak kursus di Bagan Lalang, kalau keluar daripada selangor kan ke haru.

Dan pasrah lagi .. big bos cuti 2 hari ni, sampai selasa depan baru ada .. sebab isnin kan ke cuti ganti ... sempena hari merdeka .... masing² amik kesempatan cuti panjang. Patutlah hari ni berat hati nak datang kerja ... dengan tak sihatnya gigih datang kerja ingat nak siapkan kerja urgent sebelum cuti .. kalau tahu big boss takda memang dah MC dah tau... tengah tak sihat ni ... 

Eh² pasrah sangat entry ni kan... membebel jer ... motif² huhuhuhu ... nak meluahkan perasaan jer, walaupun tak boleh upload gambar ... tapi tengah mood nak menulis .. korang layan jer lah ... yeahhh nak bw ke rumah korang ... sebelum balik petang ni, sebab mohon amik 4 jam.



Bicara Hati : Ada jugak yang esok mc ni , sebab tengok nombor pun dah berpinar kembang² camna nak buat kerja... tapi baca blog boleh pulak kikikikiki ... ;p















Isnin, 24 Februari 2014

BBQ Dirumah Mertua - Sesi Persidangan Adik - Beradik


Jarang² dah dapat berkumpul bersama sekarang ni .. memasing banyak hal, memasing dah membesar, memasing dah mula bekerja .. jadinya anak² buah bila free barulah dapat peluang buat macam ni.

Kami mak² ni tak kisah sangat, bapak²nya lagilah .. kalau bab makan suka jer... tapi sesekali dapat berkumpul panjang ceritanya .. mau kesubuh tak habis sesi persidangan .. ditambah pulak masa bbq ni tahun baru cina dan ada Maharaja Lawak Mega.

Baik yang kecik, yang besar .. semua sepakat .. gotong royong .. bab makan memang laju ... tambah² menu semuanya menyelerakan .. lagilah seronok ... amir jangan cakaplah ... masa ni lah pun dia nak mengamuk, merajuk .. suka tau mintak perhatian .. ibu ni barulah nak amik mood makan banyak² .. nasib baik kejap jer.. lepas pujuk okey balik.. kalau tidak.. memang putus selera dibuatnya.



Kambing lagi ???? hahahaha ... kali ni anak buah suami yang buat.. ni resepi dia.. seyes sedappp ... sos akak ipar buat sendiri.. mantap terbaiklah sangat² tau.







Jangung bakarlah paling ditunggu² sebab dah lama tak makan, sudahnya satu pun saya tak makan.. sebab dah kenyang makan yang lain² .. amir makan sosej jer.. dia suka sosej ... 







Malam tu sesi penutup adalah potong² kek besday anak buah.. akak ipar buat kek coklat.. terbaikkkk sedap amir paling suka kek coklat... selamat dah dipotong bukan uan yang sambut bestday yang potong .... saya pun tak perasan sapa yang potong.. tau² dah boleh ngappp hahaha ....





Kalau ada rezeki teringin nak buat bbq kat air terjun, lama sangat tak buat macam tu tau... tambah² amir dah besar ni okeylah sikit kot... rindu nak rasa nikmat mandi di alam semulajadi tau ... tak dapat bbq kat air terjun .. kat rumah mertua pun jadilah .. nasib baik buat malam.. kalau siang mau bentang kolam mandi bebudak nak mandi hihihihi ... >_____<






Bicara Hati : Orang kata yang jauh mari dekatkan, berkumpul ... mengeratkan silaturahim ... moga sentiasa rezeki diberkati bila berkongsi dengan orang tua.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...