♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Memaparkan catatan dengan label quilling. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label quilling. Papar semua catatan

Khamis, 13 Mac 2014

Mana Nak Order Quilling Art Yang Cantik









Simple tapi sangat² cantik dan kreatif .. itulah yang boleh ku gambarkan, aku?? nak buat .. ermmmm alamatnya terseliuhlah jari tangan nak ku quill kikikikiki .... ;p




Alasan² ... nak menjahit pun tak terjahit²... apatah lagi potong kain, ntah tak tahu mana hilangnya skill tu semua .. sejak asyik pegang kalkulator kot ... tu yang tetiba minat ni hilang ... hilang gitu jer ...... bukan tak minat, tapi tak di mulakan .. lepas tu pulak ... sibuk .. sibuk .. sibuk ... sudahnya .. langsung tak menjadi. Bila nak mulakan balik .. takda pulak yang nak bagi semangat .... tu kelauttt jer ... ehem.. ehem.. tapi baru ni dah potong kain buat shawl hik hik hik ... nanti story mory lain kali eh.




Cantikkan corak bunga ni, ni kawan saya buat .. dulu dia satu opis sekarang dah kerja tempat lain ... jujurnya saya minat sangat² quilling² macam ni ... sebab tu lah saya order super duper FM Comel² khas buat pembaca blog saya ... pada yang dah dapat tu tahniah yer... pada yang belum dapat lagi.. insyaallah adalah rezeki tu.. saya tempah khas memang untuk 2014 sahaja.











Alhamdulillah ini yang saya tempah .. khas untuk pembaca blog saya (cam ramai no yang baca blog suam² neslo ni), tapi saya order daripada rakan alam maya .... sebab rakan alam nyata saya tu bizi huhuhuhu .... takmoo layan ... cantik tak?? cantik tak???? ni semua khassss untuk pembaca blog saya.. sepanjang 2014 saya akan berikan.. setakat ni dah bagi 3 orang ... 




Mana saya order quilling fm yang cantik² ni?? hah!! korang mesti teruja kalau tengok blog art dia.. super duper cantik².. korang request lah nak macam mana pun.. mesti di layan punya .. tapi harga berbaloi²lah dengan apa yang korang nak kan.... tuan yang yang tangan kreatif punya 3 askar ni ialah cha si hijau cantik atau pun blog art dia orencantik.blogspot.com












Selasa, 30 Julai 2013

Kad Raya Quilling Edisi Istimewa Daripada Ch@hijaucantik



Seorang yang sangat teliti, seorang yang sangat² kreatif .. punya kreativiti luar biasa biarpun punya 3 askar yang masih perlukan perhatian yang rapi .. tapi hobinya yang satu ini .. memang cukup suka saya melihat dan megkaguminya hasilnya, ini kali kedua mendapat kad raya quilling daripada cha .. terima kasih cha .. kad raya pertama yang tahun lepas tak tahulah sempat ke tidak nak balas ni .. raya pun dah nak dekat ni dik.


Sudah selamat ku abadikan di cpu opis, saja ku lekatkan fm itu disitu .. memang menjadi perhatian .. bila ada yang menegur .. dan paling tak menahan .. eh daripada blogger ker??? hahahaha.. korang hadooo.. sebab dia orang tak tahu pun saya ada blog tu pasal lah dia orang macam pelik jer tetiba dapat kad raya kan daripada blogger...



Terima kasih yer cha atas tanda ingatan ini, saya mintak maaf kalau ada salah silap sepanjang komen di blog cha, takmoo sedih² tau... dan jangan rasa rendah diri ... hasil quilling ni cantik sangat .. tahun depan bulehlah amik tempahan .. untung² ada rezeki untuk budak² tu kan.. kan... (^___^)v
Kalau korang belum berkenalan dengan cha .. jomlah singgah kat blog beliau memang peminat tegar hijau, tu pasallah nama blog pun hijau cantik.




Bicara Hati : Bilalah agaknya dapat bersua dengan kamu kan ... 







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...