Korang pernah dengar tak buah ngah ku??? serius saya memang tak pernah dengar apetah lagi nak makan buah ni.. hihihihihi..... semalam saya jalan² ke Blog sweetmama barulah saya tahu mengenai buah ni yang boleh dibuat kerepek... buahnya seakan² seperti sengkuang cina tapi agak besar sikit dan lebih bersih.. saya sendiri pun tak pasti sama ada dia adalah buah yang sama atau bukan atau adik-beradik hihihihihi.....
Kan tadi saya ada bercerita mengenai penyagat serbaguna inilah projek yang saya nak buat tu.. kerepek ngah ku.. ok.. nagku cepat sapa pernah buat.... mesti otai² masak semua biaser buatkan.. saya ni jer.. yang tak tau kewujudan buah ni.. yang popular bagi masyarakat cina bile menyambut tahun baru cina... ;p
Inilah buah NGAH KU tu saya pun beli 10 biji jugak sama macam sweetmama, sebab kebetulan terjumpa dekat PASARAYA SEGI depan rumah tu.. cadang nak membeli sayur jer.. jadi takdelah bawak duit banyak sangat.. tak sangka pulak terjumpa ngah ku ni pun saya ambil 10biji jer baru nak cubakan rm1.33 okla tu kan.. takdelah mahal sangat...
Lepas dah kupas saya pun sangatlah menggunakan penyagat serbaguna saya tu.. memang serbaguna betullah dan ini antara hasil terawal saya sagat.. ;p
Nampak tak tu tangan sape.. sape lagi kalau bukan si bam bam ibu.. tak sabar dia nak makan tau... eloklah tu siap goreng jer dia pun baru bangun tido.. memang sesuailah sangat dibuat kudapan.. ;p
Ini antara hasil yang terakhir gorengan tau.. barulah sempat snap gambar....
Yang ini sempat snap dari kuali jer.. sebab yang dah digoreng tak sempat ambil gambar hubby dah balun semua huhuhuhuhu... sedap katanya.... sambil tengok tv.
nyummm².. sedappp.. amir tak berhenti² mengunyah sambil cakap sedappp.... (^__^)v
Terimakasih sangat² pada sweetmama sebab sudi kongsi cerita pasal kepek ngah ku ni... memang sedapp.. rasanya lebih lemak berbanding kentang ataupun ubi, alhamdulillah satu ilmu baru saya tahu daripada berblog ni... dan macam-macam lagi dapat dikongsi bersama²kan...daripada kawan² semua.. terima kasih...
Jangan tak tau hubby siap request raya nanti bolehlah buat kerepek ni.. saya gelak jer.. kalau ade jual bolehlah jugak buat.. takut² buah ni raya cina macam ni jer ade jual hihihihi....
Kawan² cubalah memang sedap dan tak mahal.. rugi tau kalau tak cuba lagipun masa goreng tu tak payah letak apa² sebab dia punya rasa dah asli, lemak dan memang ade garam sendiri.. dan ranggup sangat²...