♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Khamis, 19 Januari 2012

Kuatnya Pengaruh Kerepek NGAH KU

Assalamualaikummm Semua...

Korang pernah dengar tak buah ngah ku??? serius saya memang tak pernah dengar apetah lagi nak makan buah ni.. hihihihihi..... semalam saya jalan² ke Blog sweetmama barulah saya tahu mengenai buah ni yang boleh dibuat kerepek... buahnya seakan² seperti sengkuang cina tapi agak besar sikit dan lebih bersih.. saya sendiri pun tak pasti sama ada dia adalah buah yang sama atau bukan atau adik-beradik hihihihihi.....

Kan tadi saya ada bercerita mengenai penyagat serbaguna inilah projek yang saya nak buat tu.. kerepek ngah ku.. ok.. nagku cepat sapa pernah buat.... mesti otai² masak semua biaser buatkan.. saya ni jer.. yang tak tau kewujudan buah ni.. yang popular bagi masyarakat cina bile menyambut tahun baru cina... ;p


 Inilah buah NGAH KU tu saya pun beli 10 biji jugak sama macam sweetmama, sebab kebetulan terjumpa dekat PASARAYA SEGI depan rumah tu.. cadang nak membeli sayur jer.. jadi takdelah bawak duit banyak sangat.. tak sangka pulak terjumpa ngah ku ni pun saya ambil 10biji jer baru nak cubakan rm1.33 okla tu kan.. takdelah mahal sangat...



 Lepas dah kupas saya pun sangatlah menggunakan penyagat serbaguna saya tu.. memang serbaguna betullah dan ini antara hasil terawal saya sagat.. ;p



 Nampak tak tu tangan sape.. sape lagi kalau bukan si bam bam ibu.. tak sabar dia nak makan tau... eloklah tu siap goreng jer dia pun baru bangun tido.. memang sesuailah sangat dibuat kudapan.. ;p



 Ini antara hasil yang terakhir gorengan tau.. barulah sempat snap gambar....



 Yang ini sempat snap dari kuali jer.. sebab yang dah digoreng tak sempat ambil gambar hubby dah balun semua huhuhuhuhu... sedap katanya.... sambil tengok tv.



 nyummm².. sedappp.. amir tak berhenti² mengunyah sambil cakap sedappp.... (^__^)v


Terimakasih sangat² pada sweetmama sebab sudi kongsi cerita pasal kepek ngah ku ni... memang sedapp.. rasanya lebih lemak berbanding kentang ataupun ubi, alhamdulillah satu ilmu baru saya tahu daripada berblog ni... dan macam-macam lagi dapat dikongsi bersama²kan...daripada kawan² semua.. terima kasih...

Jangan tak tau hubby siap request raya nanti bolehlah buat kerepek ni.. saya gelak jer.. kalau ade jual bolehlah jugak buat.. takut² buah ni raya cina macam ni jer ade jual hihihihi....

Kawan² cubalah memang sedap dan tak mahal.. rugi tau kalau tak cuba lagipun masa goreng tu tak payah letak apa² sebab dia punya rasa dah asli, lemak dan memang ade garam sendiri.. dan ranggup sangat²...





PENYAGAT SERBAGUNA

- Sagat Sebaguna -


Nampak tak gambar penyagat tu.. korang mesti biasa tengokkan, nak tau tak dah lama saya membeli... rasanya lebih daripada 2 tahun tapi tak pernah guna lagi hahahahaha... dasyatkan.. sebenarnya bukan tak nak guna sebab dah ade penyakat yang biasa guna jadi yang ni takdelah saya guna tersimpan elok jer dalam kabinet dapur tu.. beli pun dulu masa ade offer RM 8.00. Iye.. betul jangan tak percaya pulak.. kebetulan ade apek datang opis masa tu jual, sebab murah dan nampak serbaguna sangat² saya pun membelilah... hihihihihi.... ;p

Dan semalam adelah projek sikit nak dibuat barulah saya gunakan penyagat ni... itu pun sebab penyagat yang biasa tu dah tertinggal kat kampung terlupa nak bawak balik huhuhuhu....

Penyagat ini serbaguna sangat tau.. ade macam² pilihan dan pelbagai corak boleh dihasilkan, lagi² kalau nak buat kentang goreng atau kerepek budak² nak makan pun tertarik tau....

Nanti kite cerita tau projek ape yang kite buat guna sagat ni... (^__^)v







Rumahku Syurgaku - Cuti 2 Hari

Assalamualaikummm semua.....

Alhamdulillah... kembali bekerja setelah 2 hari becuti, menjadi suri rumahtangga sepenuh masa.. melayan kerenah amir.. di waktu bangun pagi, menyediakan sarapan, kemas rumah dan macam² lagi.. memang menyeronokkan.... (^__^)v

2 hari kat rumah dapat baca kejap jer.. blog kawan²... tak tahu kenapa bile saya nak update cerita kat 'new post' lembapnya mengalahkan kura².. sudahnya tak dapatlah nak buat entry... dan memang tak bukak laptop sangat pun kat rumah.... ;p rindunya dekat kawan semua tau... tak dapat nak BW sangat, korang tak rindu kat kite.. (perasan jer kan.... sapelah nak rindu kat blog yang biaser² suam² kuku ni..)

Bukan ape ambil cuti ni.. saje nak merehatkan minda, hilang stres² yang berlaku tahun lepas... walaupun sebenarnya hubby ajak cuti minggu depan sebab dia cuti seminggu... hihihihi.... tapi sebab dah mohon cuti dan memang niat nak rehatkan diri.. saya teruskan jer cuti...

Nama jer.. mohon cuti rehat, tapi bukan rehat sangat pun dekat rumah.. macam² dibuat... deko² rumah, walaupun tangan tak berapa nak kreatif dah.... baca novel (walaupun tak dapat nak habis²kan), masak² mencuba menu dan menghabiskan stok didapur....

Mood datang kerja hari ini pun dengan semangat baru.. berkobar² hihihihihi.. harap² takdelah yang nak cari pasal hinglangkan mood tengah segar bugar ni... ;p



Isnin, 16 Januari 2012

DiARi Perancangan

Assalamualaikummm Semua....

Dah 16 Januari hari ini.. cepatnya masa berlalukan... sedar tak sedar dah ½ bulan berlalu ditahun baru 2012, Bile tahun baru ni bagi kami yang bekerja diari dan kelender memanglah penting sangat² ade kat meja ni... sebab setiap hari pun nak tengok tarikhkan... diari pulak nak buat perancangan dan bawak pergi mesyuarat.

Bile nak buat perancangan tahun ni baru perasan mane diari ni.... rasa macam dah dapat hari tu... Alamak!!!! besarnya... diari opis bagi tahun ni ngee~~~ dah mengalahkan buku laporan harian cikgu² mengajar jer 
hihihihi ... ;p


Nasib baik ade yang bermurah hati nak bg diari yang comel ni.. dengan kelender....
hargai sangat pemberian ni.... 



Inilah diari yang opis bagi tahun ni... memang besarkan.. ngee~~~



Ini keleder yang dapat awal tahun hari tu.. kawan bagi.... 
suke sangat kelender ni.. comel.. bawah tu siap ade nota, bolehlah digunakan untuk meninggalkan pesanan...



Korang perlukan diari x?? dan suke tak buat catatkan kat diari tu... kite diari ni penting, terutama kalau kene pergi mesyuarat mesti kene bawak untuk buat catatan.. tak pun kalau dah boring kite buat lukisan hihihihihi (^__^)v


Jumaat, 13 Januari 2012

Gerimis Dipagi Hari

Assalamualaikummm Semua......

Alhamdulillah... dipagi jumaat ini masih lai dipanjangkan umur dan diber nafas dimuka bumi ini.. bersyukur sangat kepada Allah s.w.t.

Cuaca gerimis diluar seperti memahami diri ini yang juga hampir gerimis bila amir buat peragai lagi yang kesekian kalinya xmoo duduk dirumah pengasuh huhuhuhu......

Seawal 6.30pagi apabila telah siap berdandan barulah ibu mengejutkan amir untuk bangun, kejut punyelah kejut.. amir cuma merengek jer.. xmoo bangun².. bukak mata sekejap.. lepas tu sambung balik tido.... jenuh kejutkan ibu bagi tau kat ayah amir xmoo bangun....

Ayah pulak kejutkan amir, siap dukung keluar dari bilik, amir sambung balik tido kat sofa... huhuhuhuhu.... tanye mau kecing x?? cuma mengeleng jer.... Ayah terus dukung masuk dalam kete.. sambung tido dalam kete pulak....

Sesi bermula bile sampai rumah pengasuh, ibu dah turunkan basikal.. dah bawak beg... soh amir bangun.. dia menangis² xmoo turun, xmoo duduk rumah ibu shima (pengasuh)... amir nak dengan ibu kat rumah ... hadoiiiii.... jenuh jugaklah pujuk.. hampir 10 minit, tak tahulah ape masalahnya ni.. ni mesti sebab dah takde kawan nak main kat rumah pengasuh... nampaknya keputusan untuk masukkan kesekolah minggu depan kenelah jugak dilakukan... kalau kat sekolah mungkin dia ok sikit kot.. ade kwan yang sebaya dengan dia... dah tengok jugak sekolah kat belakang taman tu... taska+transit... ok kot.... hara² sesuailah dengan amir.. kalau tak susahlah ibu nak pergi kerja macam ni...



ala tomey²... nanti ibu pulak yang termenung macam ni.. pikirkan amir nak duduk mana.. kalau xmoo duduk rumah pengasuh.....



Rabu, 11 Januari 2012

Tweety Semakin Dilupakan

Assalamualaikumm Semua...

Tak tahu nak buat tajuk apa, hihihihi... macam tak kena dengan entry jer...
Nampak tak gambar tweety kat bawah tu, lama betul tak tengok gambar tweety ni... memang dah dilupakan kot.. sebab sekarang ramai yang suke angry bird. Dulu masa mengandung mak selalu pesan jangan tengok gambar yang bukan² nampak bende pelik² cepat istiqfar takut² terkenan ngee~~~ iyerlah kan tweety ni kepala dan mata buntang besar hihihihihi......

Sebenarnya hubby beli printer baru dekat rumah, tak sangka pulak tokey kedai tu.. baik hati.. bagi kami percuma album gambar ni... bile hubby bawak balik rumah tunjuk kat saya tergelak² saya.. mentang²lah orang sekarang dah jarang nak cuci gambar dia bagi percuma jerkan kat kami album ni.. kalau tak mesti dia jual hihihihi.... hubby pun dengan eksyenya 'ini hadiah untuk ibu' huhuhuhu.... sabo jerlah...


Ala tomey².. macam gedik jerkan.. tweety ni....


Sekali pandang macam buku ceritalah pulak....


Ade kotak tau.. 2 album lagi....


Ni bahagian dalam untuk letak gambar².....


Serius saya dah lama tak pergi cuci gambar, sejak ade kamera digital ni.. rasanya bukan saya jer.. orang lain pun macam tu jugak kot.. tu sebablah KODAK pun nak bangkrap hihihihihi... ;p

Nampaknya lepas ni... bolehlah saya cuci² (cuci ker??.. ape² jerlah) gambar amir dari kecik dan gambar² raya yang memang dah lama tak pernah hantar cuci dan bolehlah simpan dalam album ni..., printer hubby yang baru pun boleh print gambar cuma kene beli kertas jer... (^___^)v tapi lagi suka printer yang lama sebab boleh scan juga...


psssttt.. psssttt..... hubby kata kalau takmooo bagilah kat sape² jer album ni.. tibe² macam nak bagi hadiah pulak kat orang kalau buat GA hadiah ni pun ok jugakkan... ;p (akan dipertimbangkan.... kalau ade permintaan.... tak janji.. dan tak pasti ...) 


Selasa, 10 Januari 2012

Kami Singgah Di MarryBrown

Assalamualaikumm Semua....

Pernah makan dekat Marry Brown tak?? saya memang tak pernah makan... dan inilah kali pertama bawak amir kesitu.. itu pun kebetulan jer... sebab amir dah penat sangat masa kami jalan² nak membeli basikal.. maka kami singgahlah kat situ. Asalnya ayah cadang nak membeli air jer.. tapi bile tengok konsep kedai tu lain sikit... amir sibuk nak duduk kat buaian.. ayah pun belilah set nugget... kami pun layanlah makan nugget sambil main² buaian tu.. memang lain daripada yang lain...


 Nyum²... ibu cepatlah makan.. nanti amir habiskan...
wahh.. dah pandai yer... ikut ayat ibu guna kalau amir xmoo makan....



 Ayah pun join jugak... amir suke betul kat situ.. sambil mulut mengomel² bercerita.. ayah siap pasang lagu kat peti muzik dalam tu... sorry gambar takde dalam siaran bateri dah kong.....



Ini hasil tangan amir... yang kelakarnya amir siap soh ayah duduk dengan ibu sebab dia sibuk nak amil gambar kami.. itulah makanya kami tersenyum² begitu.. 
Sangat teruja pun iye jugak sebab ade konsep makan macam atas buaian hihihihi....
Mintak maaf jerlah yer.. gambar agak kabur yang ini.... tapi oklah tu kan... 'centre' pandai amir adjust, nanti lain kali boleh soh amir ambilkan gambar kami lagi..... (^__^)v

Isnin, 9 Januari 2012

Tahun Baru Dapat Basikal Baru

Assalamualaikumm Semua.... Dan Selamat Pagi..... (^__^)v

Cantik x??? inilah basikal baru amir, warna kuning.. amir yang pilih, amir yang suke dan memang pandai sebut warna kuning daripada umur setahun setengah serta kenal warna kuning daripada warna² lain (dah macam warna kegemaran pun iye jugak).... dan ayah yang bayar hihihihihi.....

Nampak tak banyak beza saiz yang lama dengan yang baru.. tapi yang baru ni insyaallah amir boleh guna sampai dia darjah dua kot sebab lebih besar dan saiz tempat duduk pun boleh lebih maksima ditinggikan.

Jenuh jugak nak cari basikal yang sesuai dengan amir sebab dia lelakikan, basikal² yang ada banyak pulak yang ade bakul.. bile berkenan yang BMX macam basikal lumba tu.. amir pulak xmoo.. sebab takde warne kuning, banyak warna hitam+putih.. lagipun anak² jiran dah ramai yang pakai warna tu.. takut tertukar nanti lagi ibu yang susah hihihihi......



 Salah satu sebab kenapa amir suke dan pilih basikal ni ialah sebab ade bear ni.. macam rupa lebah pun iyer jugak.. bile picit² berbunyi² dah macam hon lah ... 


 Nampak tak tu.. plastik pun tak bukak lagi sibuk nak naik.. memang keliling rumah dah pusing²... ibu tak boleh nak kata apa.. memang dah lama pun dia mengidam nak basikal yang baru.. sebab basikal yang lama (hadiah atuk bagi masa bestday amir setahun) dah agak kecil utk amir kayuh, dia pun selalu tido malam merengek² soh urutkan kaki....


 Main picit² hon bear tu.. sambil mengajuk macam orang jual roti hihihihihi........


Gambar blur pulak, amir tak reti dok diam.. memang dah sibuk ajak main kat luar... padehal cuaca pukul 6 pun masih panas, ibu cakap dah redup nanti baru boleh keluar....


Psttt... pssttt.. amir dah dapat hadiah dari ayah.. bilelah ibu boleh dapat hadiah pulak hihihihi....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...