♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Jumaat, 17 Februari 2012

BiNGKA UBi Mak JUGAK YANG TERBAiK

Assalamualaikummm Semua...

Sape suka makan bingka ubi?? suka gula merah ker?? bingka ubi kuning.. saya ni semua pun rembat jer suka... hihihihi.... pagi ni mak bekalkan bingka ubi ni untuk sarapan.. maklumlah pengasuh amir cuti tak sihat masuk hari ni dah 3 hari kami tido kampung, mak jaga amir... isnin nanti baru hantar balik rumah pengasuh.. (^__^)v

Secara peribadinya dulu memang tak suka makan bingka ubi, salah satu sebab takmoo tangan melekit² hihihihi... tapi sejak mak buat dan jual kuih ni hampir 11 tahun yang lalu.. sayalah peminat bingka ubi mak no.1 tau hahaha.. selain kuih karipap mak.. saya paling suka bahagian kerak² tu... sebab beli kat kedai manelah nak jumpe yang ade kerakkan..

Penuh satu tupperware avon mak bawakkan rezeki kawan² opislah dapat merasa jugak


Korang sarapan ape pagi ni?? ke.. makan tengahari terus.. takde sarapan (tu sayalah tu..) kalau tak dari kampung memang jaranglah ade bekalan.. sebab keluar rumah awal.. manelah sempat nak masak nak bawak bekal kepejabat kan... kan..

DOA KETiKA MULA DAN AKHiR KERJA

Assalamualaikum Semua...

Assalam pagi jumaat.. cepatnya masa berlalukan.. kan... dah pun masuk hari jumaat.. kalau kat pantai timur dah cuti hujung minggu ni..

Semoga dipagi yang penuh berkat ini kita mengamalkan doa untuk mulakan kerja... bukan hari ni jer.. setiap hari pun mesti baca doa ni sebelum memulakan tugas atau sesuatu kerja.... semoga kerja² kita akan lebih diberkati Amin.. (^__^)v.. kalau sebelum ni tak pernah amalkan.. bermula dari hari ini kenelah amalkan yer (peringatan untuk diri sendiri jugak tu).... lebih elok print.. terus lekat kat dpn meja tu hihihihihi....
 

Dah baca doa mula kerja jangan lupa baca doa dah siap kerja juga... saya kalau dah siap kerja cakap alhamdulillah jer.. memang sampai ke hari tak hafal² doanya akhir kerja ni.. lepas ni nak print letak kat meja. barulah tak lupa kan.. (^__^)v.   
Anda buat anda dapat.... Renung²kanlah Selamat Beramal..  

Khamis, 16 Februari 2012

Bile Anak Murid Melawan Tok Guru HiHiHiHi.....

Assalamualaikum Semua...

Selamat petang... bile petang jer mulalah mata ni.. mengantuk, kudapan pun tak berapa nak ada... tibe² teringkatkan kuih talam yang hari tu (hari tu lah sangatkan.. dah beberapa minggu yang lepas) saya cuba² buat.. akhirnya sekarang dah jatuh cinta ohkeyyyy... suka sangat² makan.. walaupun saya melawan tok guru huhuhuhu....

Biaserlah saya ni.. pepandai jer nak buat ubah suai... itulah jadinya.. tapi yang penting sedap tau (hahahaha..... perasan.... tak mau mengaku kalah)... siap habis seloyang bagi mak, embah dengan mertua hihihihi...

Rupanya jangan cakaplah.. dah kalau melawan tok guru mestilah.. rupa pun tak berapa nak comeyyy...

Sebab tak sabar nak makan.. potongan yang pertama lupa nak sapu minyak kat pisau tu.. jadi potongan kuih pun tak cantik


Habis sepinggan amir makan.. siap cakap sedap.. anak ibu tu semua pun sedapp hahahaha... nak ambil hati ibulah tu kan... (memang sedap pun.. ) sebab saya pepandai tukar resepi... hihihihi... resepi asal tengoklah kat SiNi macam² kuih talam ade tau...


Nak Resepi Jugak ker???? Ok saya bagi yang versi saya buat yer.. memang sedapp cuma mungkin kene perbaiki lagi hihihihihi.....

BAHAN UNTUK LAPISAN ATAS:
  • 3 cawan santan kelapa.
  • 3/4 cawan tepung gandum.
  • 1/4 cawan tepung jagung.
  • 1/4 cawan gula pasir.
  • secubit garam.
CARA²NYA :
  1. Satukan semua bahan-bahan di atas,Tapiskan.
  2. Masak dengan menggunakan api yang perlahan,bila naik wap tuangkan adunan keatas lapisan bawah tadi.
  3. Ratakan supaya mendapat ketebalan yang sekata.Kukus hingga masak (dlm 20 minit)
  4. Apabila masak buka tutup pengukus dan biarkan atas api selama 10-15 minit agar wap di atas kuih kering dan petua untuk mengelakkan kuih talam cepat basi.Selamat mencuba ya.


BAHAN UTK LAPISAN BAWAH :

  • 1 1/2 cwn kacang merah*- yg telah direbus empuk (saya pakai yg readymade jer...)
  • 1 cwn air*(* di kisar bersama)
  • 1 1/2 cwn tepung beras
  • 2 cwn santan sederhana pekat
  • 2 sudu besar Tepung Hoen Kwee (putih)/tpng jagung
  • 1 cwn gula halus
  • sedikit garam
  • sedikit pewarna merah
CARA²NYA :
  1. Kisar kacang merah yg telah di rebus bersama 1 cwn air. Biarkan ketepi.
  2. Dalam bekas lain masukkan tepung beras, tpng hoen kwee/tpng jagung, gula, garam bersama santan. Bancuh semua bahan dan tapis.
  3. Masukkan kacang merah yg di kisar tadi dan gaul sebati. Masak hingga naik wap dlm 10 minit guna api sederhana saja- tutup api.
  4. Panaskan pengukus. Alaskan loyang dngn plastik dan sapu minyak di kelilingnya.
  5. Tuangkan adunan tadi dan kukus selama 25 minit.
  6. Sementara itu, buat utk adunan lapisan atas.

Nanti cubalah tau... ikutlah cara² resepi TOK GURU
Kalau nak ikut resepi saya pun ok.. jangan lupa publish hihihi (^__^)v
 

Ayah Dapat Rezki Dikongsi Bersama²....

Assalamualaikum Semua...

Hujung minggu baru² ni... ayah ajak temankan beli buku² rujukkan.. amirlah yang paling seronok.. bukan teruja nak beli buku.. sebab ayah kata.. nak pergi JUSCO, saboooo jerlah kan... pagi² bangun siap sukarela nak mandi awal.. nak mandi sendiri.. elok jer.. kalau tak jenuh lah ibu ni dok kejutkan baru nak bangun huhuhuhu.... budak² dapat pergi berjalan² naik kereta itulah rupanya...

Nasib baik jalan tak jem kalau hari kerja jangan haraplah nak lapang macam jalan tu kite yang punyer... mula² pergi Jusco Bukit Raja lepas tu baru pergi Jusco Bukit Tinggi pulak. sebab ade buku yang takde jual kat popular Jusco Bukit Raja.Jalan jer yang lapang dalam kedai buku jem kat kaunter.. ramai betul orang sampaikan nak pilih buku pun susah...

Jom sekodeng buku yang kami beli hihihihi......

 Sebenarnya takde niat pun nak membeli, sebab temankan ayah jerkan.. jadi saya cuci² mata jerlah... tibe² ayah offer ambiklah mane² buku kalau nak.. hah!! hambik ko 2 buku sekali saya rembat... 
Buku Anda Bertanya Ustaz Ahar Idrus menjawab tu memang dah lama saya mengidamkan tau... dan buku novel Cinta Yang Kurasa

 Ini semua² amirlah punyer... dia yang pilih sendiri, siap beli colour baru.. untuk kesekian kalinya.. kali ni beli panjang pulak.. yang sebelum ni selalu yang pendek² jer.. memang tak lamalah 2 bulan cukup hilang kemana jer.. kat rumah tu berterabur...


 
 Ini semua barang8 ayah beli penuh satu plasti.. bawah² tu banyak jugak buku dengar kertas² untuk assigment... malas nak susun tu yang ambil gambar dari dalam plastik jer... penat betul.

 Bile dah dapat semua buku.. ayah ajak makan kat Mc. D ramainya orang sudahnya kami tapau.. tu pun lambat, penat amir tunggu sudahnya.. dia duduk main happy meal yang budak kaunter tu bagi...

Terima kasih Baucer ni banyak membantu buku² yang kami beli tadi hihihihi... nasib baik ayah nak kongsi dengan ibu dan amir kalau tak.. tak merasalah... tu pun ade satu baucer tak boleh guna lagi kene cop balik kat belakang.. kononnya.. cop tu tak jelas separuh jer.. macam² hal kaunter popular ni...

ANTARA PERKARA² YANG BOLEH MEROSAKKAN OTAK

Assalamualaikum Semua...

Sebenarnya banyak perkara yang boleh merosakkan otakkan... terutamanya faktor makanan dan nafsu kite yang sukar dikawalkan...

Apepun segalanya bergantung pada diri sendiri untuk mengubah diri kitakan..


Sekadar untuk berkongsi dengan rakan² juga...

Rabu, 15 Februari 2012

BiLA PENGASUH CUTi TAK SiHAT

Assalamualaikum Semua....

Pagi ni kelangkabut saya dibuatnya... maunya tak.. pengasuh amir malam tadi sms tak sihat rupanya, sms pulak dekat hubby.. dah tengah² malam manelah kami ni masing² nak sedarkan.. tengah nyenyak tido huhuhuhu...

Pagi ni saya bangun jerlah macam biaser (belum tau pasal sms pengasuh mintak cuti) mandi bersiap nak pergi kerja, siap kejutkan amir.. yang semakin² liat nak bangun awal sekarang sebab tido pun dah agak lewat huhuhu...

Sampai jer rumah pengasuh.. suami pengasuh cakap, eh.. kan ari ni cuti.. ngee~~ terkulat² kejap aku.. cuti?? cuti ape pulak yer.. rupanya dia sms hubby kate pengasuh/isterinya tak sihat hari ni mintak cuti...

Dalam kalut² kite pun balik rumah.. duduk sofa kejap sempat lagi pikir.. nak keje ke.. cuti ni.. tepon kampung tak berangkatlah pulak.. sudahnya kemas semua barang² amir.. keputusannya.. amir kene duduk kampung...

Dalam perjalanan balik kampung, gagahkan diri ni.. nasib baiklah amir tido.. elok jugak.. senang sikit nak bawak kete kan.. hubby dah kene pg sekolah.. jadi tawakal jerlah dalam hati ni bawak kete sorang² balik kampung... nasib baik sampai kampung.. mak kate ok boleh jaga amir.. sebab ade jugak anak kakak sepupu mak jagakan.. oklah tu.. amir ade kawan.. selesai masalah amir..

Sampai jer elok jer amir bangun, teruslah mandika dia.. siap² apa yang patut, saya pun terus pergi keje.. sudahnya pagi ni tamphrint pukul 9.18 pagi.. hahahaha.. rekod².. haru btllah... bukan takmoo cuti sebab bulan depan nak kene cuti panjang...

Korang pun mesti pernah hadapi masalah macam ni kan.. nasib baiklah mak duduk dekat, kampung tak jauh.. boleh hantar sane soh mak jagekan.. kalau duduk jauh.. memang ibu kene cutilah hari ni.. layan amir kat rumah hihihihihi... (^___^)v

Gambar takde kene mengena dengan entry.. saje letak hihihihi.. jangan mara.. sedapnya amir makan satay tu...

Kameramen Baru Nak Naik hihihihihi....

Assalamualaikum Semua...

Dah lama simpan draft ni tapi tak tau nak boh tajuk apa yang sesuai bile nak publish.. tu yang jadi tajuk macam tu hihihi.....

Tak salah kot.. tajuk tu.. ok rasanya.. bukan apa.. sejak akhir² ni amir selalu sangatlah pantang jumpe kamera ibu terletak, dia pun sibuk nak ambil gambar.. sudahnya mulut ni pun dah tak larat nak larang.. janji jangan rosak sudah.... atau terjatuh sudah.. haru kalau osak.. dahlah ayah yang hadiahkan.. walaupun kamera biaser² jer.. tapi ade nilai sentimental disitu sebab pemberian hubby/ayahkan...

Jom layan antara gambar² yang amir amik tu... korang nilailah sendiri boleh jadi kameramen profesional tak hahahahaha....











 Opss... ade gambar tuan tanah pulak.. ini pun amir yang beria² nak ambil tu yang ibu senyum.. jadi macam tu.. huhuhuhu

Semua ni gambar² yang amir ambil caye tak?? jangan tak percaya... ibu bagi kepercayan sepenuhnya amir amik.. lepas tu ibu tengok balik.. ok jugak.. bolehlah diharap... satu yang ibu suka amir boleh ambil gambar² ni elok jer 'centre' tak senget² pun... cume tu jerla dia suke ambil gambar yang bukan².. kakilah.. tu belum lagi gambar pokok²lah.. bunga²lah konon² ambil gambar pemandangan..... ade yang ibu dah delete sebab sampai full memori card kamera dibuatnya...


HOT Ke??? HiHiHiHi.....

Assalamualaikum Semua....

Saya pulak yang terlebih teruja bile Kieran Hot.Fm datang kat majlis kawan saya ni... maklumlah majlis sebelah lelaki saya tak tak dapat nak datang, sebab² yang tak dapat nak dielakkan kene menemankan hubby/ayah membeli buku² untuk habiskan baucer Rm200, nnt saya ceritakan yang itu yer... huhuhuhu.... 

Hotkan.. eloklah tu.. pengantin pun pakai baju merah menyala... memang hot tau.. dengan cuaca yang panas hari tu... (^__^)v


Semoga ikatan mereka berdua berkekalan hendaknya hingga kehujung nyawa dan dikuruniakan zuriat yang comel serta soleh dan solehah amin.... baca kat SiNi untuk majlis sebelah perempuan yang saya datang.. dua² pun kawan saya.. kami sebaya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...