♥ Jom Klik Sini Macam² Ada ♥

Selasa, 15 Mei 2012

Biar sikit janji ikhlas

  



"Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.  
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak." - Renung²kan lah....


Saya masih lagi mencari pemenang teka teki meh klik sini kerana masih tiada lagi pemenang yang berjaya meneka dengan tepat.... (^___^)v harap sangat esok pagi bukak blog dah ade pengomen yang jawab dengan tepat....

Isnin, 14 Mei 2012

Coklat Langkawi ade ummppphhhh.....

  

Bile berjalan² kelangkawi mesti ade kudapan coklat.. rezeki kami bile pergi rumah mak cik petang semalam... adik sepupu baru balik dari langkawi.... maka selambakkk kami dapat coklat.... tibe8 pulak teringatkan coklat tu hihihihihihi... di petang hari macam ni...
 
Amirlah paling suke.... sebab banyak pilihan coklat... ohhh nooooo boleh buat berebut ni.. sebab ape yang amir suke.. ibu pun suke.. kami peminat coklat hihihihihi.. lepas tu memang jenuhlah soh amir gosok gigi... gigi pun dah mule berlubang ... ;p

Rezeki kami singgah rumah mak cik semalam nak melawat dia tak sihat.. sakit mata...... tapi dapat rezeki coklat pulak alhamdulillah.... nak pergi memang tak berkesempatan lagi ke langkawi tu... dapat ole² selalu huhuhuhuhu....


Saya masih lagi mencari pemenang teka teki meh klik sini kerana masih tiada lagi pemenang yang berjaya meneka dengan tepat.... (^___^)v harap sangat esok pagi bukak blog dah ade pengomen yang jawab dengan tepat....


Masih mencari ......

  

Susulan daripada teka teki gambar dan hadiah kerongsang idaman kerana takde seorang pun yang dapat meneka dengan betul, saya dengan rasminya menutup sesi teka teki tu dan menyambung lagi teka teki ini kepada soalan lain pula....

Pada saya peserta pertama yang jawab dieyana menjawab hampir tepat tapi... sebab dalam hati dan fikiran ini sebelum publish gambar nak peserta jawab burger ayam special bersalut telur jadi saya ambil keputusan tak terima jawapan dieyana sebab dieyana cuma jawab burger.... saya tunggu jugak kalau ade menjawab burger special.... tak jawab burger ayam special pun xpe... tapi masih jugak takde... sebelum jawapan lain lagi yang bukan² keluar dekat komen sampaikan saya baca pun saya akan tersenyumm saya tunjukkan jerlah gambar keseluruhannya.... okkk.. yer....
 
Gambar yang agak kabur....

Gambar jawapannya.....
Burger ayam special bersalut telur.....


Okkklah oleh kerana kerongsang tersebut masih belum menjadi milik sesiapa... saya sambung teka teki ini pada sesiapa sahaja follower saya dimalaysia terutamanya untuk meneka harga burger ini???? agak² berapa yer... saya mencari pemenang pertama yang berjaya meneka dengan betull.... (^___^)v

Selamat mencuba semua... tinggalkan jawapan pada komen ini...
 


Bujang pemalu

    
 
Bile hujung minggu aktiviti penuh dengan macam² agenda.. hari ni mulelah datang keje.. badan pun jadi lesu... hati pun melayang² jer.. mahu sambung tidur....
 
Amir ohhh amirr... daripada seawal usia sehari ibu rasa bersyukur kerana dikurniakan anak yang tak banyak ragam macam kamu.. dalam pantang.. tidur nyenyak.. hanya merenggek bile mahukan susu.. malam pun macam tu... bangun hanya nak susu.. banyak masa terhabis waktu tidur.... jadi ibu pun takdelah istilah tak cukup tidur hihihihi....

Sehari kesehari tanpa sedar amir makin membesar.. bile dah besar ragam lain pulak.. keletahnya tak menahan kami... banyak bercakap... banyak bertanya.. banyak yang nak diterokaii.... tapi... percayalah itu semua hanya bile bersama kami² sekeluarga dan orang² yang rapat sahaja....

Amir sebenarnya lebih pada pemalu.... bile bertemu dengan orang yang dia tak kenal.. dia takkan jawab bile ditanya.. dia akan pegang buju baju saya.. tapii.. tapi... tapi.. bile orang yang dia kenal walaupun kat pasar malam dari jauh amir dah panggil² kawan² atau pun orang yang dia kenal tuu... huhuhuhu....

Adekala saya risau sangat dengan sikap amir ni.. iyerlah bile sekolah nanti boleh ker.. dia berkawan.. sebab dia jenis lambat panas nak berkawan dengan orang.. dah kenal pulak.. tak mahu berenggang haihhhhh... harap sangat dia tak meragam bile mule sekolah tahun depan.... kami dah daftarkan dia untuk masuk pra-sekolah.. api tak pasti lagi dapat tak.. sebab saingan kuat² sekarang.. kabel mestilah kuat... bukan dasar laut jer... harap adelah rezeki amir nanti...

Kalau diluar rumah kat taman dengan semua kawan² amir ok jer.. elok jer main.. sebab dah kenalkan... tapi kalau kawan² dia datang rumah.. mulelah dia akan jadi ketua.. sesuai sangatlah dengan nama dia amir tu... sampai pernah sekali kawan² dia makan biskut kat rumah sambil main.. dia cakap.. makan duduklah.. nanti biskut berteraburr kat lantai.. gaya dia bercakap masa tu.. macam ketua kelas jer.. saya pulak yang dengar malu huhuhuhuhuhu.... (macam nak tutup muka) sebab terserlah sangat sikap tegas dia mewarisi sifat ayahnya okkkkk..... 
 
Tapi kalau kat luar rumah korang jangan tak percaya silap² dia yang menangis orang tegur dia macam tu...... eeemmm..... saya sekarang lebih banyak juga bagi amir bercambur dengan orang luar.. termasuklah anak² kawan hubby .. hubby pun dah mule bawak dia kesekolah kalau ade aktiviti petang.. sebab nak bagi dia biaserkan diri mengenali kawan² baru.. dan dunia luar....

Senyum bukan main lebar lagi.. padehal gigi dah mule rosak tu....








Jumaat, 11 Mei 2012

Tulips indah dihari ibu....

  






Selamat hari ibu pada semua.... 
Hargailah insan² bertuah disekeliling kita yang kita masih dapat panggil ibu.....
pada mereka yang telah kehilanggan ibu sedekahkan al-fatihah pada mereka....

Kad tulips ni saya terima daripada blogger ryo yang popular dengan masakannya 
khas dipetik daripada ladang tulips dia.. hihihihihi.... so sweet susah nak jumpe tulips warna pink.. tapi kalau warna putih memang banyak
(masya sila jangan perasan ryo bukan bagi pada kamu sorang hahahahahaha khas pada semua blogger yang sambut hari ibu)....

Niat didalam hati semoga diberi peluang unuk merasai bergelar ibu untuk baby purti pula.. maklum lah sekarang dah ade putera.. (^__^)v amin....
 
Selamat bercuti semua.... raikan kemeriahan hari ibu bersama² insan disayangi.....





Kerongsang idaman

  

Kemana tengahari ni?? emmm rasanya dok opis lagi baik kot.. cuaca kat luar tu tak menentu.... jangan nak cari penyakit kan... baik jalan² blog kawan² jer.....

Oleh kerana mood saya sekarang ni asyik nak join GA itu pun yang mudah jer.... hari ini saya pun berbesar hati nak buat GA ala² teka teki gitu.......


 Cantik tak??? saya ada lebih sape mahu angkatlah tangan......
Kalau mahu dan berminat bolehlah teka gambar kat bawah ni....




Syaratnya terbuka pada semua follower saya... di malaysia
saya mencari pemenang pertama yang teka dengan betull... 
tinggalkan jawapan pada komen dibawah..... 
harap tinggalkan url blog juga....
tidak ada tarikh tutuppp ade pemenang insyaallah saya terus umum.....
saya bagi kelu sikit.... gambar ini ialah makanan (^____^)v
Semoga berjaya..... 
Cepat²... saya tahu kawan² semua mempunyai mata yang tajam pandangankan...



Dua Bidadari

  


Salam pagi jumaat yang indah semoga hati ini sentiasa ditetapkan iman.. dikuat semangat mengahadapi apa jua rintangan yang berlaku.... ceria² selalu....
Oklah hari ni saya nak kongsikan kisah dua bidadari. hahahaha.. suspenkan... bidadari aper yer? dari kayangankah?? owhh bukan... saya nak kongsikan dua bidadari yang berlainan tapi saya suke.. saya suke... hihihihihi.... (tutup muke malu tersipu²)...

Bidadari yang pertama ialah minuman kesihatan yang saya minum selepas bersalinkan anak dan selepas tempoh pantang 100 hari.

 Minuman Berfungsi
Mewah Semulajadi.

"Setiap Malam Adalah Malam Pertama"
Bidadari juga kaya dengan protein, vitamin A.B,C,D dan E serta pelbagai herba.
Minuman yang enak dan bernutrisi tinggi, sanga baik untuk remaja dan wanita terutamanya bagi yang telah berumahtangga.


Abaikan pemandangan dibelakang.....
3 Bulan makan tak habis² hihihihihi... sebab aturan soh 2 sudu.. saya 1 sudu jer... tu pun dah ngilu...

Khasiat Bidadari :
 -Mengencangkan otot & merapatkan organ intim wanita
-Merawat dan mengecilkan rahim
-Mengencangkan payudara
-Menambah jumlah kolagen dalam tubuh
-Menambah tenaga dan stamina
-Menyeimbangkan suhu badan
-Mengatasi masalah keputihan
-Mengencangkan kulit dan mencerahkan wajah
-Mengurangi bau badan dan bau mulut
-Mempercepat proses pemulihan sehabis melahirkan
-Memperbaiki gairah seksual

Bahan² Kandungan didalam Bidadari:
Madu, Manjakani, Sirih, Rumput Fatimah, Sirih Raja, Kurma, Serai, Asam Jawa, Jarum Emas.

Sebab kandungan dialah buat saya tertarik untuk mencuba minum hampir 4 tahun yang lalu.... selepas bersalinkan amir... alhamdulillahhh hasilnya memang menakjubkan lagi² bile gitu² memang gilu... (tutup muka malu.. x boleh taip ayat)

Simpan ditempat sejuk dan kering.

Cara Penggunaan:
Goncang sebelum diminum
2 sudu besar setiap pagi dan malam
Boleh diminum sebelum atau selepas makan.
Elakkan sebarang minuman selepas 1 jam pengambilan.

Sekarang Bidadari dah di terkinikan cara penjualan atas permintaan ramai kot : klik sini
Harga tak sampai RM 60.00 Kalau ahli lagi murah rasanya...
Rasanya pulak agak manis masam² gitu.... sebab ade madu, kurma dan asam jawakan.. warna hitam keperangan macam ubat batukk..... (^__^)v


Bidadari yang kedua pula ialah saya dapat hadiah senaskah novel daripada ujie othman kerana menang teka gambar di sini. 

Terima kasih ujie.. sangat hargai novel ini.. kertas tu pun saya dah tampal dalam novel tu tanda ingatan hadiah kemenagan anjuran dari blogger... rezeki saya macam tau² jer baru habis baca novel Anis Ayuni.


Sinopsis Novel : 
Pertama kali melihat Aju dipinggir kafetaria Desa Permai, pintu hati Ray berdegup kencang. Kebijaksanaan sigadis mempertahankan diri daripada gangguan pelajar senior menarik hati Ray. Didalam feri menuju ke kampus USM, kedua²nya ditemukan. Dari situ semuanya bermula dengan indah. Namun, penyatuan dua hati itu amat sukar sekali.. banyak hati yang perlu dijaga.......

Seronok sangat baca novel ni.. ade lagi sikit.. baru nak habis baca.. harap happy ending... paling suke bahagian pertama kali Aju dengan Ray nak keluar... masa Aju nak naik motor dengan Ray.. saya baca sambil senyum² dan tergelak² sampai kene tegur dengan amir.. kenapa saya gelak.. emosi betullah ibu ni.. kalau baca.... paling sedih setakat ni part Aju kene bagi tahu yang dia dah bertunang... waaaaaaaaaaaaaaaaaa serius saya pun bergenang air mata... hadoilahh.....

Saya tak pasti novel ni ade jual atau tidak... dicetak Sa Production Sdn. Bhd. harga RM19.90 dan ditulis oleh Samsiah Mohd. Nor






Khamis, 10 Mei 2012

Sabah Giveaway By Sharina

  

Bile petang.. mood mengantuk datang.. haruslah luangkan masa join GA, lagi² nampak hadiah macam menarik jer.. kan.... haruslah serbuu.....



Tarikh tutup 20 Jun 2012
Jomlah join ramai² Klik Jer pada gambar header tu....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...