Alhamdulillah.. selamat hari guru buat semua... terutama buat suami disayangi, adikku dan ipar²ku dan juga buat kawan² blogger yang menjadi guru... kalian begitu tabah didalam mendidik dan sentiasa berusaha memberi yang terbaik buat anak didik kalian tanpa jemu mahupun mengeluh....
Hari ini pastinya hari yang amat bermakna buat guru² sekalian.. mengimbau kenangan disekolah pastinya saat² ini adalah hari yang paling seronok sekali.. jadual free.. yeahhh takde kelas belajar hari ni.... aktiviti pastinya bebas bersama guru²... biasernya sukaneka bersama guru²... sambutan kemeriahan dengan nyanyian.. ucapan guru besar.... dan macam² lagi persembahan.. rindunya kemeriahan itu....
Gambar ini bukanlah tujuan untuk menunjuk² jauh sekali membanga diri.. gambar diambil curi² disebalik pintu bilik sewaktu ayah mengajar amir mengaji.... Alhamdulillah... kami telah mula mengajar amir solat berjemaah bersama seawal 2 tahun.... al-fatihah dan beberapa surah amir dan mula hafal, sekarang lepas solat kami akan mengajar mengaji pula... perlahan² kami mahu mendidiknya supaya menjadi anak yang soleh suatu hari nanti...
Insyaallah tahun depan nak hantar amir mengaji rumah ustaz pula... biarlah dia mahir tajuid ...
Nak letak juga gambar saya masa sekolah dulu.. buat lawatan kepenjara pudu.... serius.. seriau dia sampai sekarang lagi² masa tayangan sebat dan masa kat bilik tali gantung...