Entry sebelum ni saya ade kongsikan yang keluarga mertua datang kerumah saya berbuka dan amir ade ajak kawan² dia datang rumah tengok movie, kalau ade yang belum baca boleh klik sini.
Oleh kerana hari ahad ayah exam dan kebetulan dah janji nak stady kat rumah kawan dia, jadi malam tu masa amir tengah seronok tengok movie dengan kawan² dia terpaksa lah soh kawan² amir balik .. bukan ape.. kalau tak buat macam tu nanti tak tahulah pulak pukul bape dia orang nak balik sebab dah malam kan, hubby pun mungkin balik lewat .. tinggal kami 2 beranak je lah, sebenarnya memang tak sampai hati nak buat macam tu .. tapi terpaksa buat .... kesian budak² tu tengah gelak² layan mr. bean sambil makan biskut roll coklat macam terpingga² jer bile di soh balik.
Bile kawan² dah balik semua, ayah dah keluar .. ibu pulak solat isyak .. bile ibu keluar bilik jer.. amir duduk kat penjuru sofa sambil buat muka sayu ....
ibu amir nak kawan ...
tadi kan dah main .....
iyerlah amir bosanlah takde kawan ...
haduhh ... tang ni ibu tak tau nak cari jawapan ni ...
ajak mandi takmoo mandi .. ajak baring tak nak baring .. lain pulak yang disoal jawabkan....
ibu bile baby dari perut ibu nak keluar ni ... amir tak sabar nak main dengan baby .... huhuhuhuhu
sayunya rasa dihati .... (kalau ade rezeki adelah mir)
tak pasal² dengar suara amir tu .. air mata ibu keluar berjujuran malam tu ....
Nasib baiklah tak lame ragamnya... pujuk² lame² nak jugak dia mandi, pakai baju tidur, bagi susu.. tepuk² montot yang bam tu .. tidurlah dia ...
Dulu takde anak .. doa nak anak dapat sorang pun jadilah .. kan Allah s.w.t dah bagi sorang, patut doa moga subur dapat banyak anak ... hihihihihi.. salah doa lah ni dulu.
Bicara Hati : Hari ahad balik kampung, buka rumah embah pulak, meriah sangat dengan adik beradik mak. (embah ialah nenek saya belah mak dan buyut amir lah tu kiranya)(^____^)v.